Browsing Tag

ikhwanul muslim

Study in Eqypt
Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Universiti Mesir Pecat Pekerja Yang Terlibat Dengan Ikhwanul Muslimin

no comment

PRESIDEN Universiti Mesir akan menyiapkan senarai pekerja yang secara terang-terangan terlibat dalam menyokong kumpulan Ikhwanul Muslimin dan kumpulan pengganas.

Mereka yang terlibat akan dipecat serta merta mengikut pindaan perundangan yang dibuat oleh Parlimen Mesir baru-baru ini dengan membenarkan pemecatan penjawat awam tanpa mengambil tindakan disiplin.

Parlimen Mesir membenarkan universiti memecat pekarja yang terlibat dengan kumpulan Ukhwanul Muslim atau kumpulan pengganas. Gambar: sastraarab.com.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi Universiti pada 26 Julai lalu dengan mengarahkan presiden menyenarai nama pekerja yang terlibat dalam menyokong Ikhwanul Muslimin dan kumpulan pengganas lain.

Pada 12 Julai, Parlimen Mesir meluluskan rang undang-undang untuk mengubah beberapa peruntukan Undang-Undang No. 10 tahun 1972 mengenai pemecatan pentadbiran tanpa tindakan disiplin.

Undang-undang baharu ini memungkinkan pemecatan mana-mana kakitangan awam di negera itu atau badan pentadbiran jika didapati menjejaskan keselamatan negara atau jika nama mereka dimasukkan dalam daftar pengganas sesuai dengan Undang-Undang No. 8 tahun 2015 tentang senarai entiti pengganas.

Pada 23 September 2013, Mahkamah Urusan-Urusan Mesir mengeluarkan keputusan kehakiman yang melarang semua kegiatan Ikhwanul Muslimin.

Pada 25 Februari 2014, mahkamah mengeluarkan keputusan lain untuk menyenaraikan Ikhwan sebagai organisasi pengganas di Mesir.

Menurut pindaan baru, pemecatan pekerja akan dilakukan dengan keputusan dari presiden atau perdana menteri.

Maha Abdel Nasser. Gambar: ICT Business Magazine

Pada 28 Jun, Parti Sosial Demokrat yang diwakili oleh anggota parlimen Maha Abdel Nasser, menolak pindaan Undang-Undang No. 10 tahun 1973 mengenai pemecatan tanpa disiplin dengan menekankan bahawa undang-undang akan berubah menjadi alat penindasan terhadap setiap orang di bawah parti pro-pembangkang.

Keputusan tidak mewakili hak pekerja

Seorang bekas anggota Ikhwanul Muslimin yang bekerja di sebuah universiti di Mesir mengatakan kepada Al-Monitor, undang-undang baru itu tidak adil dan tidak mengambil kira hak pekerja, tanpa mengira kepercayaan mereka.

Dia berkata, isu itu tidak adil yang akan menyebabkan pemecatan ribuan pekerja hanya berdasarkan khabar angin atau maklumat dari rakan sekerja yang tidak disahkan.

Sumber itu yang enggan dikenali mengatakan bahawa dia adalah anggota Ikhwanul Muslimin suatu ketika dahulu, tetapi kini tidak lagi.

Pada 31 Oktober 2019, Kementerian Wakaf Agama mengeluarkan keputusan untuk memecat sembilan imam, berdasarkan keputusan mahkamah yang menuduh mereka berasal dari Ikhwanul Muslimin.

Keputusan ini menimbulkan kemarahan masyarakat hak asasi manusia di Mesir, terutama setelah banyak perbincangan mengenai majikan yang menyediakan senarai nama kakitangan mereka yang tergolong dalam Ikhwanul Muslimin untuk memberhentikan mereka.

Ahmad al-Gadami, seorang peguam dan penyelidik undang-undang, mengatakan kepada Al-Monitor bahawa sebarang keputusan untuk memberhentikan pekerja universiti atau penjawat awam adalah tidak rasional dan bertentangan dengan hak paling asas warga negara, iaitu hak untuk bekerja.

Gamadi yang bekerja untuk Yayasan Hak dan Kebebasan Al-Helaly, mengatakan bahawa pindaan baru tidak betul-betul konsisten. Perkara 97 dalam perlembagaan menetapkan bahawa proses pengadilan adalah hak yang dijamin untuk semua orang dan setiap orang diadili di hadapan hakim.

Meskipun demikian, undang-undang baru ini memungkinkan pemecatan pekerja berdasarkan keputusan presiden tanpa menggunakan hakim.

Pekerja ada hak menggunakan mahkamah

Dia menyatakan bahawa semua sistem perundangan di seluruh dunia memberikan jaminan terhadap pemecatan sewenang-wenangnya dan hak untuk menggunakan mahkamah jika perlu.

“Sekiranya sebilangan penjawat awam adalah pengganas, bagaimana mereka bekerja selama bertahun-tahun di institusi negara? Adakah hubungan ideologi semata-mata dengan Ikhwanul Muslimin dianggap sebagai tindakan ganas atau keganasan dan memerlukan pemecatan dari perkhidmatan,” tegasnya.

Gamadi menambah bahawa pindaan baru dimotivasi secara politik untuk membuang kategori pegawai kerajaan tertentu, iaitu mereka yang berinspirasi dengan Ikhwanul Muslimin.

Sementara itu, sumber kehakiman yang meminta namanya tidak disebutkan memberitahu Al-Monitor melalui telefon bahawa keputusan Majlis Tertinggi Universiti untuk memecat pekerja yang tergolong dalam kumpulan pengganas tidak bertentangan dengan perlembagaan.

Dia mengatakan bahawa Artikel 14 perlembagaan dengan jelas menetapkan bahawa pemecatan tidak disiplin hanya berlaku dalam situasi yang ditentukan oleh undang-undang. Ia memungkinkan berlakunya undang-undang untuk pemecatan pekerja dengan keputusan pentadbiran sekiranya mereka melakukan kesalahan besar atau mereka berhubung dengan kumpulan pengganas.

Sumber: Al-Monitor