Browsing Tag

ibu menyusu

ibu menyusukan
Gaya Hidup,

Suami perlu beri ganjaran kepada isteri yang menyusukan anak

Suami perlu beri ganjaran kepada isteri yang menyusukan anak

MUNGKIN ada dalam kalangan kita yang beranggapan bahawa tugas dan kewajipan menyusu itu adalah sepenuhnya tanggungjawab si ibu.

Namun, tahukah anda sebenarnya tugas dan kewajipan yang sebenarnya adalah bergantung kepada si bapa juga.

Bagaimana si bapa juga bertanggungjawab ke atas tugas itu? Hal ini kerana, ia adalah termasuk dalam nafkah yang perlu disempurnakan oleh bapa kepada keluarganya.

Baca juga ‘Rezeki anak’ mesti diusahakan ibu bapanya, fahami erti sebenar frasa itu

ibu menyusukan

 

Baca juga Cekalnya bapa tunggal urus empat anak sambil bekerja. Ini ganjaran bila kita didik anak dan penat cari rezeki halal

Firman ALLAH, “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 233)

Ayat tersebut menjelaskan bahawa kewajipan si bapa untuk menyediakan keperluan kepada ibu yang menyusu dengan cara yang terbaik.

Sama ada anak yang disusui itu adalah daripada isteri sendiri mahupun ibu susuan, wajib ke atas si bapa untuk memberi nafkah kepada orang yang menyusukan itu.

Turut disyorkan Jadikan ibu bapa sebagai pengasuh anak kita, ketahui hukum-hakamnya

PARA suami dan bapa di luar sana perlu menghargai jasa isteri menyusukan anak dengan menyediakan nafkah secukupnya. Foto: Pexels

Baca juga Amalkan 3 cara didik anak ikut umur, ikuti panduan daripada Sayidina Ali RA

Jadi, si bapa dikehendaki menyediakan keperluan yang terbaik buat si ibu yang menyusukan anaknya. Sekalipun mereka adalah pasangan yang telah bercerai, namun bapa kepada bayi itu perlu memberi upah yang terbaik buat si ibu.

Menurut kitab-kitab fiqh juga, semua tanggungan dan nafkah adalah di bawah tanggungjawab suami.

Walaupun si ibu itu reda, tetapi tidak salah untuk memberi imbalan sebagai ‘self-reward’ kepadanya agar tugasnya itu dihargai.

menyusukan

MENURUT kitab-kitab fiqh, semua tanggungan dan nafkah adalah di bawah tanggungjawab suami. Foto: Pexels

Baca juga Bapa tetap perlu sediakan nafkah anak sekalipun sudah bercerai dengan pasangan

Ibu merupakan perantara kepada bapa dan anaknya untuk ditunaikan nafkah. Jadi, bapa perlulah melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.

Sebagaimana baginda SAW diriwayatkan sebagai seorang yang sangat menghormati ibu susuannya, iaitu Halimatusaadiah dan juga menghormati isterinya yang merupakan ibu kepada anak-anaknya.

Para suami dan bapa di luar sana turut perlu sentiasa menghargai isteri dengan menunaikan nafkah sewajarnya buat keluarga.

Sumber: Tzkrh 

Foto: Pexels & Unsplash