Browsing Tag

ibadah

Untitled design - 2022-08-01T171305.082
Isu,

5 perkara anak lelaki Muslim sejati harus kuasai di usia remaja

ANAK merupakan anugerah yang sangat bernilai daripada Sang Pencipta kepada hamba-NYA. Untuk mencorakkan anak menjadi Muslim sejati ia bermula daripada didikan dan asuhan insan yang bergelar ibu dan bapa.

Anak-anak yang sedang meningkat usia remaja sedang melalui fasa paling kritikal di dalam hidup. Justeru, peranan ibu bapa sangat diperlukan bagi membantu mereka melaluinya dengan wajar dan mengikut lunas agama.

Mendidik anak merupakan suatu bentuk ibadah dan gedung pahala kepada kedua orang tua jika mengikut acuan yang diajarkan Islam.

SEBAGAI ibu bapa, jika ajaran agama yang  betul dipraktikkan dalam kehidupan seharian dengan mendalam akan melahirkan anak yang  soleh. 

Sepertimana sabda Rasulullah SAW, “Perintahkanlah anak kamu sembahyang semasa umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka semasa umur 10 tahun serta asingkanlah tempat tidur mereka”. (Hadis Riwayat Abu Daud, Al-Hakim & Tirmizi).

Kewajipan solat bermula sejak baligh dan sesuai dengan tuntutan Nabi Muhammad SAW melalui hadis di atas, anak-anak telah sepatutnya diperintahkan solat seawal usia tujuh tahun lagi. Jika sedari kecil lagi sudah diasuh mematuhi perintah solat, anak itu akan membesar menjadi lelaki Muslim yang bertanggungjawab.

Rasulullah ikon manusia sejagat

Dalam sesetengah kelompok masyarakat di barat, pencapaian ini diukur dengan berapa banyak alkohol yang seseorang itu boleh minum tanpa berhenti mengambil nafas, atau bertahan untuk muntah setelah minum banyak minuman keras.

Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh ALLAH dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan-NYA. Salah satunya adalah pemuda yang sentiasa beribadat kepada ALLAH. 

Satu lagi definisi lelaki sejati dalam sejarah adalah bergantung kepada tegapnya tubuh seorang lelaki itu, tidak kira bagaimana cara dia melakukannya.

Hakikatnya, definisi “Lelaki Sejati” yang sepatutnya dijulang oleh umat Islam ialah ikon manusia sejagat iaitu junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Menelusuri perjuangan Baginda dan perihal hidupnya yang diuji seawal usia remaja, tiada seorang pun di dunia ini boleh dilabelkan sebagai lelaki sejati lebih daripada Baginda.

Baca juga Puasa Hari Asyura singkirkan dosa-dosa silam? Berikut perinciannya

Abdullah bin Umar RA mengkhabarkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Setiap kamu adalah pemimpin. Dan setiap pemimpin bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Imam itu pemimpin dalam keluarganya, bertanggung jawab tentang kepemimpinannya. Laki-laki itu pemimpin, bertanggung jawab tentang kepemimpinannya. Wanita itu pemimpin dalam rumah tangganya, dan bertanggung jawab tentang kepemimpinannya. Khadam itu pemimpin bagi harta majikannya, bertanggungjawab terhadap kepemimpinannya. Kata Abdullah, agaknya Nabi SAW juga bersabda: “Laki-laki itu pemimpin bagi harta-benda ayahnya dan bertanggungjawab terhadap kepemimpinannya. Kamu seluruhnya adalah pemimpin, bertanggungjawab atas kepemimpinannya”. (Hadis Sahih Bukhari)

CONTOHI dan hayati akhlak Rasulullah SAW sebagai tunjang utama dalam panduan hidup. 

Mengambil petikan ceramah daripada pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus di dalam You Tube yang berjudul ‘Anak jantan perlu kuasai lima perkara’, beliau menyenaraikan seperti berikut:

1. Pandai mengajar orang mengucap dua kalimah syahadah.

2. Pandai Iqamat dan azan

3. Tahu mengimamkan solat jenazah

4. Pandai membaca doa selamat

5. Boleh sambung takbir raya

Meskipun setiap lelaki melalui cabaran hidup yang tersendiri, namun seandainya mereka berusaha menguasai lima perkara di atas sebagai asas kehidupan, insya-ALLAH akan dapat membantu mereka melalui kehidupan bermasyarakat, membentuk karekter dan membina ciri kepimpinan di dalam diri mereka.

Rejab
Isu, Pilihan Editor,

Maraton ibadah menuju Ramadan bermula pada bulan Rejab ini

BERMULA selepas Maghrib malam tadi, bulan Rejab sudah membuka tirainya. Ia menandakan lagi dua bulan kita bakal bertemu dengan bulan yang begitu dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam iaitu Ramadan al-Karim.

Sebelum menyulam ibadah dengan lebih banyak lagi pada bulan penuh barakah tersebut, sudah tentu persediaannya perlu dilakukan mulai sekarang.

Masakan tidak, bulan Rejab sering kali dikaitkan sebagai bulan ‘pemanas’ atau menjadi madrasah buat semua umat Islam.

Menyingkap makna Rejab itu sendiri, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Mohd Hasrul Shuhari menjelaskan, ia bermaksud membesarkan atau mengagungkan.

DR MOHD HASRUL

Malah, katanya, ia juga termasuk sebagai antara empat bulan-bulan haram (al-Asyhur al-Hurum) yang meliputi bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam.

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika ALLAH SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada 12 bulan, daripadanya terdapat empat bulan haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara bulan Jamadi al-Akhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Pada bulan haram, jelas Dr Mohd Hasrul, umat Islam dilarang melakukan kezaliman waima terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Bahkan, kita juga ditegah daripada melakukan maksiat.

ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) ALLAH ialah 12 bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab ALLAH semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-NYA).” (Surah at-Taubah, ayat 36)

Baca juga Lakukan Latihan Sebanyak Mungkin Untuk Biasakan Diri Sebelum Bertemu Ramadan Yang Barakah

Melihat nas tersebut, ahli akademik itu mengemukakan pandangan Imam al-Baghawi dalam tafsirnya yang menyatakan bahawa maksud ayat menganiaya diri adalah: “Janganlah kalian menganiayai diri kalian dengan melakukan maksiat di bulan-bulan haram dan meninggalkan perbuatan taat.”

Rejab

AJAK keluarga untuk bersama-sama bersedia meningkatkan momentum ibadah sebelum tibanya bulan Ramadan.

“Ketahuilah, setiap kezaliman yang dilakukan dalam bulan-bulan haram ini, dosanya akan lebih besar berbanding bulan-bulan lain.

“Begitu juga halnya dengan amal soleh yang dilakukan. Pahalanya lebih besar jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Demikianlah perspektif al-Hafiz Ibn Kathir menerusi kitab tafsirnya ketika menukikan pendapat Ibn Abbas berkaitan perihal pahala dan dosa,” katanya.

Dengan kelebihan yang ada pada bulan berkenaan, Dr Mohd Hasrul menyarankan agar umat Islam memperbanyakkan amalan soleh.

“Antaranya seperti mendirikan solat, puasa, zikir dan seumpamanya untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. Itulah perbuatan yang sebaik-baiknya,” ungkapnya. 

Seperkara lagi, pendakwah itu menjelaskan, jumhur ulama termasuk daripada Mazhab Syafie menyatakan mustahab (sunat) berpuasa pada bulan Rejab sebagaimana disunatkan berbuat demikian pada bulan-bulan haram yang lain.

“Tiada masalah andai kita mahu berpuasa pada semua bulan haram tersebut menurut majoriti ulama.

“Cuma, ada sebahagian daripada mereka meletakkan syarat tertentu untuk menghilangkan kemakruhannya bagi membezakannya dengan puasa bulan Ramadan,” katanya.

Benarkah ada solat yang dikhususkan pada bulan Rejab?

Menjawab persoalan itu, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan menerusi laman sosial Facebook miliknya menegaskan, tiada solat khusus pada bulan ketujuh dalam tahun Hijrah berkenaan.

“Bagaimanapun, tiada tegahan untuk umat Islam memperbanyakkan solat sunat, zikir ataupun doa dalam bulan Rejab kerana untuk ber’taqarrub’ (mendekatkan diri) kepada ALLAH SWT,” katanya.

Rasulullah SAW bersabda: “Solat merupakan sebaik-baik perkara, sesiapa yang mampu melakukannya dengan banyak, maka perbanyakkanlah.” (Hadis Riwayat Ahmad, at-Tabarani dan al-Hakim)

Sementara itu, pendakwah Asmak Husin mengajarkan kita supaya mengamalkan doa yang berbunyi Allahumma bariklana fi Rajab wa Sya’ban, wa barik (wa ballighna) lana fi Ramadhan (Ya ALLAH, KAU berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan KAU berkatilah (pertemukan kami) kepada kami pada bulan Ramadan.”

ASMAK

“Doa ini boleh diamalkan sebagai peringatan kepada diri untuk bersiap siaga bertemu bulan Ramadan. Ia hanya sebagai memohon harap kepada ALLAH SWT.

“Begitupun, dalam bab doa tersebut, suka saya ingatkan bahawa hadis (berkaitan doa bulan Rejab) ini berstatus lemah sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi dalam al-Azkar dan Ibn Rajab dalam Kitab Latha’iful Ma’arif, selain oleh al-Albany dalam Dhaif al-Jami.

“Sementara itu, al-Haitsami berkata, al-Bazzar meriwayatkan bahawa di dalamnya terdapat Zanidah bin Abi Raqad. Al-Bukhari berkata tentangnya bahawa hadisnya munkar, manakala sejumlah ulama mengatakan dia tidak dikenal (majhul),” katanya.

Namun begitu, tiada masalah untuk kita beramal dengan doa tersebut. Ini kerana kita dituntut berdoa dan meminta apa sahaja dengan ALLAH SWT.

Ia selagi mana perkara yang diminta itu tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Foto: Freepik & 123rf

SEORANG bapa berpeluang mendapat hak hadanah sekiranya mereka berja
Isu,

Kanak-Kanak Juga Dapat Pahala Sepertimana Orang Dewasa, Berikut Syarat-Syaratnya

KE mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi. Demikianlah peribahasa tepat yang menggambarkan perilaku seseorang anak yang mewarisi olah ibu bapanya.

Ya, sikap anak-anak adalah cerminan ibu bapanya sendiri. Ini kerana merekalah yang mencorakkan si kecil sehingga menjadi ‘manusia’.

Walaupun usianya masih kecil, namun mereka sebenarnya akan beroleh pahala andai melaksanakan ibadah meskipun belum mencapai umur akil baligh.

Baca juga Sikap Anak Adalah Cerminan Ibu Bapa. Didik, Tunjukkan Teladan Baik Sejak Mereka Kecil Lagi

Demikian penjelasan Ketua Penolong Mufti (Bahagian Penyelidikan) Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

DR SYED SHAHRIDZAN

Jelas beliau, jumhur ulama menyatakan sedemikian bagi kanak-kanak mumaiyiz (tahu membezakan sesuatu yang baik dan buruk) asalkan syarat dan rukun ibadah dipenuhi dengan sempurna sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab Syarh Sahih Muslim.

Ulama dalam bidang fiqah dan hadis itu menjelaskan: “Menurut Mazhab Malik, al-Syafie, Ahmad dan keseluruhan ulama dalam kalangan sahabat nabi dan tabiin dan selepas mereka, bahawa haji kanak-kanak adalah sah dan dia diganjari (diberi pahala) dan dia menuruti hukum-hakam haji orang yang akil baligh melainkan dia tidak sah (tidak gugur) kefarduan (rukun) Islam. Jika dia mencapai akil baligh selepas itu dan mampu (untuk melaksanakan haji), maka fardu itu diwajibkan ke atasnya”.

Malah, Imam al-Nawawi turut memperincikan kadar pahala yang bakal diraih oleh kanak-kanak adalah sama dengan ganjaran diperoleh golongan dewasa yang sudah akil baligh sepertimana yang dinukilkannya dalam Kitab Raudah al-Tolibin.

Kanak-kanak dapat pahala

IBU BAPA yang memerintahkan anak-anak menunaikan ibadah juga akan diberikan imbalan pahala oleh ALLAH SWT.

“Selain itu, kanak-kanak yang mumaiyiz tidak dicatatkan dosa-dosanya selagi mana belum mencapai usia akil baligh.

“Bukan itu sahaja, ibu bapa yang memerintahkan anak masing-masing yang sudah mumaiyiz supaya menunaikan ibadah juga akan diberikan imbalan pahala oleh ALLAH SWT.

“Ia berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim yang mana ada seorang wanita bertanyakan kepada Rasulullah SAW tentang status haji anak perempuan kecilnya yang dibawa bersama.

“Lalu baginda SAW menjawab; “Ya dan kamu juga mendapat ganjaran”,” katanya.

Baca juga 3 Waktu Yang Sesuai Untuk Menasihati Anak-anak

Bagi kanak-kanak yang masih belum mumaiyiz (lazimnya berusia enam tahun ke bawah), agamawan itu menjelaskan, mereka tidak diberikan pahala disebabkan ibadah dilakukan tidak sah.

Kanak-kanak dapat pahala

DOSA kanak-kanak tidak akan dicatatkan selagi belum sampai usia baligh.

“Ini kerana mereka tidak menepati syarat sah ibadah yang mana salah satunya adalah mumaiyiz menurut jumhur ulama termasuk Mazhab Syafie,” ungkapnya.

Foto: Freepik 

Gaya Hidup, Gaya Hidup, Panduan,

Bukan saja kena bersih daripada kekotoran, tetapi hati juga kena bersih. Itu cerminan orang bertakwa

SETIAP orang mempunyai ‘prinsip’ kebersihan sendiri. Sebagai contoh, segelintir daripada kita tidak sanggup melihat sedikit debu pun pada papan pemuka kenderaan.

Namun, bagi sesetengah individu, mereka tidak kisah pun kalau sampah berupa plastik makanan, botol minuman atau resit tol bertimbun di dalam kereta.

Kadangkala, disebabkan terlalu malas, mereka sanggup membuangnya di merata-rata tempat. Meskipun semua itu nampak remeh, tetapi realitinya, hal tersebut memang kerap berlaku.

Dalam situasi yang lain, ada di antara kita yang sangat mementingkan kebersihan saat mahu melakukan ibadah, namun tidak pada perkara lain.

Rukun asas pembinaan masyarakat

Sinar Islam Plus menemubual pendakwah Abu Bakar Ali As-Sudani untuk berbicara lanjut mengenai topik tersebut.

ABU BAKAR ALI

Jelas beliau, Islam sebagai agama yang suci sememangnya sangat menitikberatkan perihal kebersihan. Bahkan, ia merupakan satu kewajiban syariat dan jalan untuk memelihara umatnya daripada kekotoran.

Walaupun perkara itu kelihatan remeh pada tanggapan segelintir masyarakat, namun beliau menegaskan, kebersihan adalah satu rukun asas dalam pembinaan masyarakat secara keseluruhannya.

Malah dalam Islam, katanya, perilaku mulia itu sebenarnya mencakupi dua aspek yang signifikan iaitu luaran (zahir) dan dalaman (batin).

“Dari segi luaran bermaksud bersih daripada kekotoran dan sifat-sifat atau perangai zahir yang keji.

“Bagi kebersihan batin pula, ia merangkumi sifat bersih daripada segala kekotoran dalaman, selain sifat-sifat terkeji yang dimiliki oleh manusia seperti riak, ujub dan seumpamanya,” katanya ketika ditemu bual secara maya baru-baru ini.

Firman ALLAH SWT: “…Sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah al-Baqarah, ayat 222)

Dalam satu riwayat hadis yang masyhur, Rasulullah SAW bersabda: “Bersuci itu adalah antara ciri-ciri keimanan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Jelas Abu Bakar, terlalu banyak hadis yang memerihalkan betapa pentingnya menjaga kebersihan.

Nabi Muhammad SAW sendiri menyuruh kita menghilangkan perkara-perkara yang mengganggu seperti kekotoran. Bahkan, baginda juga seorang yang pembersih.

“Maka tidak hairanlah mengapa nabi menyuruh umatnya membersihkan segala anggota badan termasuklah memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan seumpamanya.

“Malah, ada di antara amalan tersebut digalakkan dilakukan pada hari-hari tertentu seperti hari Jumaat dan Hari Raya.

“Begitu juga halnya apabila kita diwajibkan untuk mandi wajib bagi sesiapa yang patut melakukannya, selain digalakkan mandi sunat,” jelasnya.

Sifat orang bertakwa

Menyambung hujah, Abu Bakar menjelaskan, Rasulullah SAW juga memberi amaran betapa pedihnya azab bagi orang yang tidak menjaga kebersihan.

Antaranya ancaman azab kubur bagi sesiapa yang tidak membersihkan kemaluannya daripada air kencing sebagaimana yang termaktub dalam hadis masyhur.

“Demikianlah juga nabi menyarankan kepada kita supaya membersihkan jiwa daripada sifat-sifat dan akhlak-akhlak tidak elok seperti bersangka buruk, dengki, riak, bangga diri dan sebagainya.

“Semua perangai tercela itu, selain sifat luaran yang tidak elok seperti bercakap kasar dan sebagainya perlu dihindari.

“Dalam erti kata lain, setiap tindak-tanduk manusia mestilah bersih zahir dan batin,” jelasnya.

Mengapa kebersihan itu sering kali dikaitkan dengan sifat orang bertakwa? Menjawab persoalan itu, pendakwah Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Da’i Fuad menjelaskan, ini kerana seseorang yang mendapat tasawur (gambaran) Islam yang jelas, mereka pasti akan sedaya upaya menjaga kebersihan.

DA’I FUAD

Masakan tidak, terasa malu sekiranya seseorang itu menyatakan dirinya seorang penganut agama Islam, tetapi masih tidak berpakaian kemas, penampilan kusut-masai dan tidak menjaga jambangnya dengan baik, terang beliau.

“Sama juga halnya dengan orang yang mengaku beragama Islam, tetapi tidak berusaha menyucikan diri mereka. Sedangkan, Islam itu sebenarnya kehidupan kita. Bahkan, kebersihan itu termasuk daripada pucuk-pucuk keimanan kita kepada ALLAH SWT.

“Jadi seandainya seseorang itu mempunyai sifat syukur kepada ALLAH SWT, maka golongan itu akan memahami pengertian kebersihan dalam erti kata sebenar. Maka tidak hairanlah mengapa mereka mendapat panduan dan sokongan daripada-NYA.

“Ingatlah kebersihan fizikal dan rohani saling berkait rapat antara satu sama lain. Bayangkan apabila kita hendak bertemu ALLAH SWT pada suatu hari nanti, wajib bagi kita untuk bersuci.

“Apabila seseorang itu mengingati prinsip asas itu, nescaya dia pasti akan bersuci jika berjumpa dengan makhluk ciptaan ALLAH SWT yang lain.

“Orang yang beriman pasti akan bersuci, sementelah orang yang bersuci itu, insya-ALLAH beriman sekiranya dirinya melakukannya atas nama-NYA,” katanya.

Konsep kebersihan sebenar

Dalam pada itu, Da’i Fuad menegur sikap sebilangan masyarakat yang begitu menjaga kebersihan dari segi luaran, tetapi kurang menitikberatkan dari aspek dalaman. Contohnya, menyimpan hasad dengki dengan orang lain.

Ujar beliau, jelas sekali individu tersebut tidak mengaplikasikan konsep kebersihan yang sebenar mengikut pandangan agama.

Apatah lagi gagal untuk meluruskan hati mereka dengan menyimpan perasaan benci di dalam hatinya.

“Jika diteliti, hasad dengki bermaksud bercita-cita supaya nikmat yang dikurniakan kepada orang dibenci itu hilang. Ini menunjukkan betapa keruhnya hati dan perasaan mereka. Ketahuilah, ini bukan maksud pembersih yang benar.

“Andai kita berhasrat untuk menyucikan tubuh badan masing-masing, niatkanlah sekali untuk menyucikan juga seluruh hati kita,” katanya.

Membicarakan tentang topik kebersihan juga, pendakwah berkenaan mengajak umat Islam untuk mencontohi perilaku Imam al-Ghazali, .

Katanya, ulama tasawuf yang agung itu telah berpesan, ketika kita membasuh kepala dan muka, mintalah kepada-NYA; ‘Ya ALLAH, kalau ada dosa dari mata dan mulutku, ENGKAU alirkanlah dosa itu sepertimana mengalirnya air ini, ya ALLAH’.

“Bukan itu sahaja, Imam al-Ghazali waima ketika mandi harus ataupun sunat pasti akan meminta kepada ALLAH SWT agar membersihkan hatinya sepertimana bersihnya jasadnya apabila air melalui pada bahagian tubuhnya. Pada masa sama, ilmuan hebat tersebut juga meminta agar setiap laluan air tadi diampunkan oleh ALLAH SWT.

“Sewajarnya, kita perlu beri perhatian dalam soal kebersihan yang begitu signifikan dalam agama suci ini. Bayangkan membuang sampah merata-rata itu pun dikira sebagai dosa kecil, apatah lagi tidak menghargai alam dan merosakkan pelbagai jenis tumbuhan dan kawasan semula jadi.

“Oleh itu, fahamilah perkara ini secara dasar agar kita sentiasa memelihara diri dan tubuh serta memastikan keseluruhan kehidupan kita berada dalam keadaan baik lagi mulia,” katanya.

Seperkara lagi, Da’i Fuad turut mengingatkan bahawa soal kebersihan dan kesucian, bukan sahaja berkait dengan perihal ibadah semata-mata.

Tidak kurang juga pentingnya adalah perkara yang berkaitan tentang tempat dan ruang ibadah, pakaian serta segenap perkara yang digunakan berkaitan dengannya.

Baca juga ‘Contohi Rasululullah yang sentiasa amalkan kebersihan dalam setiap aspek kehidupan baginda’

“Seandainya kain atau seluar mereka gunakan terkena percikan air kencing, maka ia menjadi najis dan tidak sah dibawa dalam solat.

“Oleh sebab itu, pembersihan terhadap ruang ibadah dan pakaian yang dipakai menjadi keperluan utama untuk memastikan bahawa ibadah kita diterima oleh ALLAH SWT.

“Bahkan, pada awal ibadah fardu lagi, diwajibkan untuk kita berwuduk. Wuduk itu bukan sahaja bertujuan membersihkan diri, malah sebagai persiapan yang suci bagi menghadap ILAHI,” ujarnya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Foto: NEOSiAM 2021/Pexels

759817d6-2769-4cd1-8d3d-1e7399cd626d
Gaya Hidup,

Empat Kaedah Menangani Ibadah Tergendala Akibat Pandemik

SEJAK tahun lalu lagi umat Islam bukan saja di negara ini malah seluruh dunia tidak lagi merasa tenteram, resah, tertekan apabila rutin kehidupan mereka tidak lagi seperti biasa. Segala pergerakan terbatas dan dihalang akibat ujian yang diturunkan ALLAH berupa wabak Covid-19 menyebabkan ibadah mereka tergendala.

Setiap ujian yang ALLAH berikan kepada kita adalah untuk menilai sejauh manakah pergantungan kita kepada ALLAH selain mengajar kita untuk bersedia menempuh ujian akhir zaman sebagaimana yang dipesan Rasulullah SAW.

Firman ALLAH di dalam Surah Ar-Rum ayat 41 yang maksudnya: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana ALLAH hendak mereka merasakan sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Program Tanyalah Ustaz di TV3 dan TV9 pada 20 September 2021 dengan topik Ibadah Tergendala.

Mengupas mengenai topik Ibadah Tergendala yang disiarkan menerusi Program Tanyalah Ustaz di TV3 dan TV9 pagi ini, pandemik yang diturunkan ALLAH untuk memberikan umatNya kebaikan dan kasih sayang menerusi hikmah tanpa kita sendari.

Menurut Penceramah Bebas, Ustaz Azam Al-Kankari berkata umat Islam tidak diajar untuk bersangka buruk terhadap ALLAH kerana setiap ujian yang diturunkan itu nescaya akan digantikan dengan kebaikan dan kasih sayangNya.

Beliau turut berkongsi sebuah hadis Rasululluh SAW yang diriwayatkan oleh Iman Al Bukhari, ‘Siapa yang ALLAH menghendaki kepadanya kebaikkan nescaya ALLAH akan menguji mereka’.

Ustaz Azam menambah, apa saja ujian yang ALLAH turunkan, hendaklah kita sentiasa bersangka baik dan bersyukur serta memohon keampunan kepadaNya.

“Umat Islam tidak perlu bimbang sekiranya ujian itu telah menghalang kita daripada dapat melakukan ibadah kepadaNya secara selesa kerana sekiranya kita sentiasa beriman kepada ALLAH, kita akan mencari jalan lain untuk melakukan tanggungjawab kita melakukan ibadah.

“Di sini saya sertakan empat kaedah yang boleh kita lakukan agar dapat memberi kembali motivasi dan semangat untuk kita tidak meninggalkan amal ibadah kita walaupun dihalang oleh wabak yang sangat merbahaya ini.

“Pertama kita haruslah sentiasa berusaha untuk menghidupkan ibadah di mana saja kita berada khususnya di rumah. Walaupun kita tidak dapat pergi ke masjid atau surau untuk berjemaah, mengikuti kelas agama, menghadiri majlis ilmu, namun semua perkara itu boleh kita lakukan dengan usaha kita sendiri ketika berada di rumah bersama keluarga,” katanya.

Seterusnya Ustaz Azam mengajak umat Islam berusaha mencari alternatif sendiri untuk mencari ilmu dengan memanfaatkan segala teknologi yang ada di rumah. Ia seperti menonton program-program agama yang banyak disiarkan di saluran televisyen negara mahupun luar negara.

“Carilah ilmu di mana saja kita berada. Dalam dunia yang penuh dengan teknologi ini semua maklumat boleh kita dapatkan di hujung jari saja. Bagi mereka yang sering amalkan bersedekah di masjid atau surau, kini kita boleh terus melakukan amalan baik kita itu untuk bersedekah menerusi atas talian. Carilah maklumat yang tepat dan diyakini agar sedekah kita itu sampai kepada mereka yang sangat memerlukan dalam situasi ramai yang sedang susah ketika ini.

“Selain itu kaedah ketiga, jadikanlah ulamak dan umarak sebagai rujukan, menghormati badan autoriti pejabat mufti jangan dipertikaikan apa yang telah difatwakan. Ia merujuk kepada beberapa SOP yang dikeluarkan oleh pejabat mufti dan telah diperdebatkan alim ulamak kita bukan untuk menyusahkan umat Islam tetapi demi kebaikan agama, masyarakat dan negara.

“Dan yang terakhir hendaklah kita sentiasa berdoa kepada ALLAH untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat Islam dan negara. Berdoalah agar kepada ALLAH untuk diangkat kembali wabak ini segera agar agar kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa seterusnya dapat melaksanakan ibadah kita dengan sempurna serta tidak lagi tergendala,” katanya.

Jika kita merenung dan bermuhasabah dengan apa yang berlaku maka kita akan mengetahui bahawa setiap yang berlaku adalah disebabkan perbuatan kezaliman kita sendiri.

Justeru, musibah yang diturunkan ALLAH menerusi wabak dan penyakit yang membahayakan ini tidak ada sesiapa yang mampu untuk menghalangnya melainkan dengan izin ALLAH.

Firman ALLAH di dalam Surah Yunus ayat 107: “Dan jika ALLAH mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurnia-Nya.

 

 

 

 

Beri wang haram
Isu, Pilihan Editor,

Bukan Sahaja Makanan Dan Minuman, Pendapatan Haram Juga Tidak Boleh Digunakan Untuk Keperluan Rutin Dan Tuntutan Wajib

no comment

ACAP kali juga kita mendengar ungkapan mencari yang halal itu fardu. Sesungguhnya, ia bukan sekadar pernyataan biasa semata-mata. Sebaliknya, itulah tuntutan agama Islam kepada semua umatnya yang wajib dipenuhi tanpa gagal.

Setiap apa yang difardukan itu pasti ada sebabnya tersendiri dan terselit hikmah di sebaliknya. Semuanya tidak lain tidak bukan hanyalah demi meraih rahmat, keberkatan dan keredaan ALLAH SWT dalam kehidupan singkat kita di dunia yang fana ini.

Namun begitu, dalam kesibukan kita mencari rezeki dan mengejar harta dunia, ada masanya manusia tergelincir daripada landasannya. Kadangkala kita terleka untuk menyemak semula apakah cara atau pekerjaan yang dilakukan benarbenar berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, warisan teragung peninggalan Nabi Muhammad SAW?

Ini kerana terdapat segelintir orang tanpa sedar menggunakan hasil pendapatan haram untuk menyara keluarga. Hakikatnya, skop sumber haram itu begitu luas. Ia bukan sekadar memfokuskan kepada pemerolehan yang dilarang oleh agama.

Apakah maksud sebenar pendapatan haram dari sudut pandangan Islam? Benarkah wang daripada sumber berkenaan tidak boleh digunakan untuk membeli makanan dan minuman sahaja?

Tidak diiktiraf syarak

Bagi menjelaskan maksud pendapatan haram menurut perspektif Islam, Sinar Islam Plus mendapatkan Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang dan Kedah, Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin.

DR MOHD HAPIZ

Jelas beliau, pendapatan haram adalah sebarang pemerolehan daripada sumber mahupun kaedah yang haram atau tidak diiktiraf oleh syarak.

Ia merangkumi sama ada aset fizikal atau bukan fizikal. Misalnya saham, syer, keuntungan yang diberikan kepada kita hasil daripada usaha pekerjaan yang mana ia bukan berasal daripada sumber haram atau diperoleh dengan kaedah tidak diiktiraf oleh syarak, terang Dr Mohd Hapiz.

“Kadangkala ada sesetengah perkara itu halal, tetapi cara pemerolehan atau pelaburan digunakan tidak diterima oleh syarak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

“Ingatlah bahawa haram ini bukan hanya melibatkan khinzir atau anjing yang dari segi ainnya (bentuknya) dihukumkan sedemikian semata-mata,” katanya ketika ditemu bual secara maya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Dr Mohd Hapiz turut memperbetul persepsi sebilangan masyarakat yang menganggap bahawa pendapatan haram tidak boleh digunakan untuk membeli makanan dan minuman semata-mata.

Sebaliknya, beliau menegaskan, penggunaannya jelas haram bukan sekadar untuk membeli dua perkara itu, tetapi juga bagi keperluan rutin dan harian yang lain. Ia termasuklah membayar sewa rumah, membeli pakaian untuk diri dan keluarga.

Firman ALLAH SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang telah KAMI berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada ALLAH, jika betul kamu hanya beribadah kepada-NYA.” (Surah al-Baqarah, ayat 172)

Dari segi penggunaan pendapatan haram, Dr Mohd Hapiz menambah, pengharamannya begitu jelas kerana bukan milik kita. Malah, kita juga tidak boleh menggunakannya untuk melaksanakan tuntutan wajib lain seperti membayar zakat, waima menunaikan haji dan umrah.

“Ibadah tersebut secara fizikalnya seperti sah, tetapi tidak diterima oleh-NYA. Pada masa sama, duit haram tadi juga tidak boleh diambil untuk membayar hutang,” tegasnya.

Pendapatan haram


PENDAPATAN haram tidak boleh digunakan untuk melaksanakan tuntutan yang wajib seperti zakat kerana ia dikira sebagai tidak sah.

Benarkah pendapatan yang haram akan mempengaruhi sikap, kehidupan dan terhakisnya iman seseorang?

Menjawab persoalan itu, Dr Mohd Hapiz yang juga Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara mengakui perkara itu.

Barangkali dari segi kehidupan fizikal, orang nampak kita beruntung memiliki segala-galanya, boleh bekerja dan solat seperti biasa, namun ia tidak dalam kehidupan rohani dan ibadah, terangnya.

Hilang barakah

“Malah, hubungan kita dengan ALLAH SWT adalah sia-sia kerana hilangnya barakah dan dicabut keredaan-NYA.

“Ia sebagaimana yang dijelaskan dalam sebuah hadis sahih Rasulullah SAW yang menyatakan, ALLAH SWT tidak menerima ibadah hamba-NYA kecuali yang baik,” katanya.

Ahli akademik itu kemudian menceritakan kisah pemuda yang bermusafir di padang pasir. Secara umumnya, doa golongan itu mudah dikabulkan oleh ALLAH SWT, tetapi tidak pada lelaki tersebut.

Pendapatan haram

JAUHI riba dan perbuatan yang dilarang oleh agama yang menyebabkan kita tergolong sebagai penghuni neraka.

Rasulullah SAW bersabda: “Seorang lelaki yang telah lama berjalan dan jauhnya perjalanan yang ditempuh hingga rambutnya kusut-masai dan berdebu. Dia menadahkan tangannya ke langit lalu berdoa; “Wahai Tuhanku!” Padahal, makanannya daripada sumber yang haram, minumannya daripada yang haram, pakaiannya daripada yang haram dan dia diberi makan dengan makanan yang haram. Maka bagaimana mungkin ALLAH SWT akan memperkenan doanya?” (Riwayat Muslim)

Melihat ungkapan tersebut dan fakta yang dinyatakan tadi, begitu dahsyatnya impak kepada kehidupan kerana tiada pahala amalan yang tinggal bagi mereka yang bergelumang dengan kehidupan daripada sumber haram, ungkapnya.

“Tiada maknalah kehidupannya. Ia umpama kita hendak jadi baik dan mahu berhubungan dengan ALLAH, tetapi hakikatnya kita begitu jauh dengan-NYA. Masakan tidak, ALLAH tidak menerima kita dan amal ibadah yang dilakukan.

“Sedar atau tidak, kehidupan golongan sebegini sebenarnya sama dengan orang bukan Islam. Maka sebab itulah kehidupan golongan yang terjebak dengan sumber haram itu tidak berkah, malah doanya juga tidak dimakbulkan, selain amal ibadahnya menjadi sia-sia.

“Umpamanya, disebutkan dalam al-Quran bahawa perbuatan riba yang diamalkan seolah-olah kita sedang mengisytiharkan perang dengan ALLAH SWT dan rasul. Jadi bagaimana kehidupannya ingin tenteram jika itulah yang dilakukan termasuk menyara keluarganya hasil daripada sumber haram tadi?” soalnya.

Sucikan pendapatan haram

Senada dengan Dr Mohd Hapiz ialah pendakwah Mustafar Mohd Suki.

MUSTAFAR

Beliau mengingatkan kembali fakta yang dikemukakan oleh pensyarah berkenaan bahawa hasil pendapatan haram sama sekali tidak boleh digunakan untuk keperluan umat Islam.

“Bukan setakat makanan dan minuman, tetapi para ulama menyatakan, ia termasuklah pakaian dan apa-apa sahaja yang melibatkan kegunaan kita seperti kenderaan, perabot, membaiki rumah, membeli sofa dan sebagainya.

“Segelintir orang menyatakan tidak mengapa jika sumber haram tadi digunakan untuk mengisi minyak kereta atau membeli kenderaan baharu, menukar tayar dan seumpamanya, ketahuilah semua ini dilarang sama sekali,” tegasnya.

Mustafar yang juga Pengasas Tadbir Insan Training & Consultancy mengingatkan agar kita jangan sesekali mendekati perbuatan yang ditegah oleh agama. Terlalu banyak amaran yang diceritakan dalam al-Quran dan hadis bagi kelompok berkenaan.

“Dalam ayat 275, Surah al-Baqarah misalnya, ALLAH SWT memberikan ancaman bahawa orang yang memakan riba di akhirat kelak akan berdiri dalam keadaan terhuyung-hayang, kelihatan seperti dirasuk syaitan.

“Bagi mereka yang buat-buat tidak tahu ataupun tidak kisah dengan urusan halal atau haram, maka golongan ini, kata ALLAH SWT, mereka ialah penghuni neraka,” tegasnya.

Baca juga Dilema Terima Duit Raya Daripada Kaki Judi

Pendapatan haram

PASTIKAN pendapatan dari sumber yang halal digunakan untuk memenuhi keperluan rutin kita.

Begitupun, ujar beliau, terdapat situasi tertentu yang membenarkan kita menggunakan wang hasil pendapatan haram.

“Harta haram itu hanya boleh digunakan dalam keadaan yang terpaksa dan tidak boleh dielakkan. Itu pun sekadar cukup dalam keadaan daruratnya,” jelasnya.

Bagi menyucikan pendapatan yang haram tadi, Mustafar menjelaskan, ia bergantung kepada jenis harta yang diperoleh.

Seandainya ia melibatkan harta yang memang dikategorikan sebagai haram misalnya riba dan judi, para ulama termasuk pandangan daripada Mazhab Syafie menyatakan, ia perlu dibersihkan dengan cara menggunakannya bagi tujuan maslahah umum. Umpamanya membuat jalan, jambatan dan apa sahaja untuk kebajikan awam.

“Bagi kategori harta yang diperoleh dengan cara haram seperti mencuri, Islam menetapkan harta itu wajib dipulangkan kepada pemilik asalnya sebagaimana disebutkan dalam Hadis Sahih Riwayat Ahmad.

“Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tak dapat ditemui, maka kembalikanlah kepada ahli warisnya. Jika tidak dapat mengesan mereka, maka serahkannya kepada baitulmal,” jelasnya.

Jaga solat, bertakwa, beristighfar antara tip raih keberkatan rezeki

KONSEP mencari keberkatan seharusnya ada dalam kehidupan setiap Muslim. Ini kerana ia merupakan bekalan yang akan membantu kita menjalani kehidupan lebih tenang.

Pendakwah Nor Zahirah Mohd Johari atau lebih dikenali sebagai Da’i Zahirah menjelaskan, keberkatan yang dikurniakan oleh ALLAH SWT itu boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti usia, amalan yang dilakukan, kesihatan, harta mencukupi dan sebagainya.

DA’I ZAHIRAH

“Ketahuilah bahawa ALLAH SWT begitu sayangkan hamba-NYA yang bersungguh-sungguh dan tidak lalai dalam melakukan pekerjaan mereka,” katanya baru-baru ini.

Perkara itu ada dinyatakan dalam hadis yang mana Rasulullah SAW bersabda: “ALLAH kasih kepada pekerja yang melakukan sesuatu amalan. Apabila dia melakukan sesuatu perkara, hendaklah dia melakukan dengan baik.” (Riwayat al-Baihaqi)

Melihat ungkapan hadis itu, ujar Da’i Zahirah, jelaslah bahawa apabila kita bersungguh-sungguh melakukan suatu pekerjaan itu dengan baik, maka barulah keberkatan dan rezeki itu akan menyusul.

“Perkara itulah yang akan menarik kepada ketenangan hidup dan kita berasa cukup dengan segala kurniaan ALLAH,” katanya.

Pendakwah itu turut menjelaskan, rezeki yang berkat tidak semestinya banyak dan melimpah-ruah.

“Maksud sebenar keberkatan rezeki adalah apabila kita mendapat duit yang sedikit, namun kita tetap berasa cukup dan tidak perlu meminta-minta daripada orang lain.

“Apabila memperoleh duit yang banyak pula atau bergaji besar, kita boleh mengagihkannya kepada orang lain,” katanya.

Selanjutnya, Da’i Zahirah berkongsi tip untuk meraih rezeki yang berkat. Antaranya dengan melazimi takwa, menjaga solat dan mengajak ahli keluarga untuk menunaikan Rukun Islam kedua itu.

Pendapatan haram

PASTIKAN pendapatan kita datang daripada sumber yang halal dan diberkati-NYA.

“Dalam al-Quran menerusi ayat 6, Surah Hud, ALLAH SWT menggambarkan bahawa rezeki setiap makhluk itu dijaga oleh-NYA. Menurut Imam al-Qurtubi, ketika ayat itu diturunkan, Rasulullah SAW kerap mengetuk pintu rumah puteri kesayangannya, Fatimah dan mengajak mereka menunaikan solat.

“Bahkan, Saidina Umar al-Khattab juga melakukan perkara sama dan mengingatkan kepada ahli keluarganya supaya urusan mencari rezeki jangan sampai menyibukkan mereka daripada menunaikan kewajipan yang satu itu.

“Imam al-Qurtubi turut menjelaskan, Rasulullah SAW juga akan menyuruh keluarganya mendirikan solat saat mereka ditimpa kesusahan. Subhanallah, begitu besarnya peranan solat dalam kehidupan seorang Muslim,” ujarnya.

Seperkara lagi, Da’i Zahirah mengingatkan agar kita sentiasa melazimkan diri dengan beristighfar kerana ia memberi impak yang besar terhadap rezeki.

“Dalam Hadis Riwayat Ahmad, ada dinyatakan bahawa sesiapa yang berbuat demikian, ALLAH SWT akan memberikan jalan keluar terhadap setiap kesempitan yang dihadapi dan mengurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka,” jelasnya.

ANEKDOT

ADAB dituntut dalam pekerjaan untuk peroleh rezeki halal

– Niatkan melakukan suatu pekerjaan itu semata-mata kerana ALLAH dan untuk meraih pendapatan halal serta membantu perkembangan diri dan orang sekeliling.

– Melakukan pekerjaan dengan baik.

– Bersifat amanah dan tidak menyalahgunakan kuasa serta harta yang dipertanggungjawabkan.

Pendapatan haram


JANGAN sesekali menerima hasil pemerolehan daripada sebarang perkara yang diharamkan oleh agama atau mengandungi unsur syubhah.

– Elakkan diri daripada melakukan pekerjaan yang syubhah (ragu-ragu atau haram).

–  Dalam kita bekerja, jangan lupa untuk beribadah kepada ALLAH kerana hakikatnya, rezeki yang dilakukan ketika itu datangnya daripada ALLAH SWT.

– Bersyukur dengan perkara yang diperoleh walaupun kecil.

– Zahirkan kesyukuran dengan memperbanyak sedekah dan membantu orang yang memerlukan.

– Utamakan nafkah kepada keluarga seperti ibu, ayah, adik-beradik dan kemudian barulah sedekahkan kepada orang lain.

– Belajar untuk menerima teguran dan berusaha untuk memperbaiki diri supaya boleh melakukan suatu pekerjaan itu dengan lebih baik lagi.

– Kurangkan mengeluh dan melihat masalah. Sebaliknya, carilah solusi terhadap kemelut yang dihadapi.

– Menjaga hubungan dengan ALLAH, jaga juga perhubungan kita dengan orang di sekeliling dan rakan sekerja.

– Amalkan zikir dan amalan sunat yang boleh menarik rezeki. Contohnya berzikir pada waktu pagi dan melakukan amalan sunat seperti solat sunat duha.

– Banyakkan istighfar memohon keampunan daripada ALLAH supaya DIA menghapuskan dosa-dosa kecil yang pernah kita lakukan.

Sumber: Pendakwah Nor Zahirah Mohd Johari (Da’i Zahirah)

Foto: Freepik, Bernama, Unsplash & Koleksi Foto Sinar Harian

Hamba ALLAH
Gaya Hidup,

Ambil Kesempatan Dalam PKP 3.0 Jadi Hamba ALLAH Terbaik

no comment

Oleh NURUL HAJAR JAMALUDDIN

TREND kes harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan angka yang masih menggusarkan. Keputusan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi membendung wabak berkenaan daripada terus merebak amat dialu-alukan.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu mendengar bahawa taun menimpa sesuatu tempat, maka janganlah kamu masuk ke kawasan tersebut. Dan apabila kamu berada di dalam kawasan yang terdapat padanya taun, janganlah kamu keluar daripadanya.“ (Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis tersebut, sewajarnya kita sebagai rakyat yang patuh, perlu bersama-sama berganding bahu menyahut saranan kerajaan dan Kementerian Kesihatan agar terus duduk di rumah jika tiada keperluan mendesak untuk keluar.

Benar, secara fitrahnya, pelaksanaan PKP 3.0 bukanlah satu perkara yang disukai ramai. Banyak perkara yang lazimnya dilakukan, tidak dapat dibuat.

Ibu bapa misalnya, berdepan dengan seribu satu cabaran untuk menguruskan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) anak-anak menerusi medium dalam talian. Macam-macam ragam terutama anak-anak yang baru memasuki alam persekolahan.

Namun begitu, jika diperluaskan perspektifnya, ketika musim pandemik inilah, memberi ruang dan peluang kepada kita mempertingkatkan amalan dan ibadah yang selama ini mungkin tidak dapat dilakukan secara sempurna.

Umpamanya, setiap ibu bapa yang bekerja dari rumah dapat menjaga kesempurnaan ibadah anak-anak dengan memantau solat mereka, selain menemani dan membantu pelaksanaan PdPR.

Hamba ALLAH

SAMBIL bekerja dari rumah, ibu bapa boleh memantau pendidikan rohani anak-anak sepanjang PKP.

Fahamilah bahawa pendidikan rohani kepada cahaya mata juga merupakan tanggungjawab signifikan ibu bapa. Justeru, menitikberatkan urusan berkenaan dapat mempertingkatkan ketakwaan kepada ALLAH YANG MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI.

Baca juga 11 Amalan Yang Pahalanya Setara Seperti Tunaikan Haji, Umrah

Pun demikian, ketika usaha melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19, ada perkara lain yang tidak enak didengar. Apa lagi kalau bukan isu keganasan rumah tangga. Kes seperti isteri didera oleh suami sehingga menyebabkan kematian memang situasi yang sangat dikesali.

Sepatutnya, hal-hal sebegitu tidak berlaku kerana pada saat sukar ini, kasih sayang sepatutnya semakin bertaut dan masing-masing perlu bersatu hati untuk mengharungi apa sahaja situasi yang melanda.

Lazimi kalamullah

Namun, penulis tidak nafikan, lebih ramai di antara kita memanfaatkan peluang PKP 3.0 ini dengan sebaik-baiknya.

Kebanyakan keluarga nampaknya telah menggunakan masa keemasan yang ada dengan menggandakan amal ibadah bersama insan yang tersayang. Selain menunaikan ibadah secara berjemaah, mereka mengadakan sesi usrah untuk membina ukhuwah Islamiah yang kental.

Usaha itu selayaknya dipuji kerana ia merupakan salah satu cara untuk menambahkan kasih sayang sesama ahli keluarga.

Bagi kelompok suami yang hatinya yang sentiasa ‘melekat‘ di masjid, namun tidak dapat berbuat demikian ketika PKP, kesempatan yang terbentang luas kini perlulah digunakan untuk memimpin solat berjemaah bersama famili di kediaman masing-masing.

Apabila ahli keluarga dapat merapatkan saf bersama, pasti rahmat kasih sayang-NYA akan terbuka luas, sekali gus menjauhkan daripada berlakunya kes-kes rumah tangga yang menyayat hati.

Dalam pada itu, pada era pandemik ini, sesetengah orang yang kurang bernasib baik akan berhadapan dengan kekurangan sumber ekonomi dan paling menyedihkan pastinya kehilangan orang tersayang akibat Covid-19.

Dalam hal itu, kestabilan spiritual dan fizikal sangat didambakan. Justeru, satu anjakan paradigma perlu dilakukan agar kita tidak mudah mengangkat ‘bendera putih‘ terlalu awal ketika berdepan dengan situasi kritikal itu.

Hamba ALLAH


MANFAATKAN kesempatan masa yang diberikan untuk bersama keluarga dan pada masa sama, tingkatkan ibadah serta memperbetul bacaan anak-anak ketika mengaji.

Ingatlah, di mana ada usaha, di situ pasti ada jalannya. Pada penulis, bersama-samalah kita utuhkan sistem kekuatan dalaman atau spiritual dan fizikal bagi mewujudkan individu yang memiliki daya ketahanan yang tinggi serta tidak mudah koyak dengan cabaran.

Pada masa sama, kita perkukuhkan lagi ibadah terutama amalan solat. Dekatkanlah diri dengan ayat-ayat suci al-Quran. Sekiranya sudah lama tidak melazimkannya, mulakan dengan membaca surah yang menjadi kebiasaan dahulu.

Sesungguhnya, al-Quran al-Karim merupakan mukjizat yang diturunkan ALLAH kepada Rasulullah SAW junjungan kita. Setiap ayat yang dibaca, dengan izin-NYA, ALLAH akan menghadirkan sebuah ketenangan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Jika terdapat kekangan masa, dengarkanlah alunan ayat suci al-Quran. Biarkan ia menyapa halwa telinga kita dengan bait-bait kalimah ALLAH yang penuh indah.

Semoga spiritual kita terisi dengan ayat-ayat daripada kitabullah. Bertadabbur dan fahamilah isinya agar aras tingkatan amalan kita bertambah, walaupun ketika pandemik besar melanda.

Menerusi akal yang sihat dan cerdas, kesannya tubuh badan dapat berfungsi dengan baik. Ia seperti pepatah Arab yang menyatakan bahawa akal yang cerdas berada dalam badan yang sihat.

Sebelum mengakhiri kalam ini, suka untuk penulis mengingatkan semua umat Islam agar terus menormalisasikan bacaan zikir. Itulah ibadah yang masyru‘ (disyariatkan) oleh agama kita.

Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah (Tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH).“ (Riwayat al-Tirmidzi, Ibnu Majah dan lain-lain)

Pada musim PKP inilah, masa yang sesuai untuk kita berusaha menjadi hamba ALLAH yang terbaik dari setiap segi sebelum pergi menemui-NYA nanti.

*** Nurul Hajar Jamaluddin ialah Pembantu Hal Ehwal Islam, Universiti Teknologi Malaysia

Foto: Bernama & Freepik

Lailatulqadar
Isu,

Apa Sahaja Ibadah Dapat Ganjaran Hidupkan Lailatulqadar

no comment

MASA berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar, kita kini sudah memasuki fasa terakhir Ramadan. Bulan mulia itu hanya berbaki lebih kurang lapan hari lagi.

Dalam fasa ini, boleh dikatakan ia merupakan kemuncak kepada bulan agung ini. Masakan tidak, ramai ternanti-nanti saat tibanya lailatulqadar atau malam al-Qadar yang penuh keberkatan dan lebih baik daripada 1,000 bulan.

Ia hanya boleh digapai pada 10 malam terakhir Ramadan. Tiada siapa yang tahu bilakah tarikh sebenar malam penuh rahmat berkenaan. Apa yang pasti, secara spesifiknya, ia boleh diraih pada malam-malam yang ganjil.

Rasulullah SAW bersabda: “Carilah malam al-Qadar pada 10 malam terakhir pada malam yang ganjil.” (Riwayat Ahmad)

Lailatulqadar

LAILATULQADAR lebih baik daripada 1,000 bulan.

Barangkali, lailatulqadar boleh sahaja jatuh pada malam ke-21 Ramadan tempoh hari atau mungkin juga malam ini (23 Ramadan), 25, 27 ataupun 29 Ramadan.

Hanya ALLAH SWT sahaja yang MAHA MENGETAHUI tarikh sebenarnya.

Menurut Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Muhammad Fahmi Rusli menjelaskan, hikmah paling utama mengapa tarikh sebenar lailatulqadar disembunyikan daripada pengetahuan semua supaya kita tetap bersungguh-sungguh beribadah pada hari-hari terakhir Ramadan.

“Maka tidaklah kita hanya beribadah dan bersungguh-sungguh pada satu malam tertentu sahaja,” katanya dipetik menerusi ciapan di Twitter miliknya ketika menjawab pertanyaan warganet.

Apabila masuknya sahaja waktu Maghrib, beliau menyarankan umat Islam supaya melakukan apa sahaja jenis ibadah.

“Ketahuilah, apa sahaja ibadah dari malam (bermula Maghrib) hingga terbit fajar (masuk Subuh) telah dianggap mendapat bahagian daripada ganjaran menghidupkan malam al-Qadr,” jelaskan.

Beliau turut berkongsi pandangan Imam Sa’id Ibn al-Musayyib tentang ibadah pada lailatulqadar.

Imam Sa’id berkata: “Sesiapa yang melakukan solat Isyak pada malam al-Qadr, maka dia telah memperoleh bahagiannya daripada (ganjaran beribadah) padanya.” (Riwayat Malik)

Bagi wanita sedang dalam keuzuran ketika tempoh 10 malam terakhir, usah bimbang. Jelas Muhammad Fahmi, terdapat banyak amalan yang boleh dilakukan untuk mendapat pahala lailatulqadar.

Baca juga Edmonton dan Calgary Izin Laungkan Azan Sepanjang Ramadan

Antara amalan tersebut termasuklah:

1. Berdoa dan zikrullah.

Lailatulqadar

BANYAKKAN berdoa sepanjang bulan Ramadan.

Banyakkan berdoa dengan apa sahaja doa kebaikan dan zikrullah seperti tasbih, takbir, tahmid, tahlil serta lain-lain.

2. Mendengar al-Quran.

Walaupun wanita haid tidak boleh membaca al-Quran, namun mereka boleh sahaja mendengar bacaan ayat suci kalam ALLAH itu. Mendengar al-Quran juga suatu ibadah dan salah satu cara mengambil manfaat daripada kitab suci umat Islam.

3. Menuntut ilmu.

Menuntut ilmu khususnya ilmu fardu ain merupakan ibadah yang utama. Bahkan, ia lebih afdal berbanding solat sunat. Caranya dengan membaca atau mendengar kuliah dan ceramah ilmu.

4. Sekiranya seorang wanita itu menyediakan juadah bersahur, maka ia turut menghasilkan pahala ibadah pada malam al-Qadr.

Lailatulqadar

SEDIAKAN juadah bersahur untuk orang yang berpuasa juga akan dapat meraih ganjaran pahala.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempersiapkan (peralatan) bagi mereka yang pergi berperang, dia juga (dianggap) telah pergi berperang. Dan sesiapa yang menjaga (kebajikan) keluarga seseorang yang pergi berperang, dia juga dianggap telah pergi berperang.” (Riwayat Muslim)

Pendek kata, jelas pendakwah itu, apa sahaja ibadah yang tidak disyaratkan bersih daripada haid boleh dilakukan.

“Walaupun ibadah itu tidak saya nyatakan di atas, ia tetap akan menghasilkan pahala pada malam al-Qadr,” katanya.

Rupanya tidaklah sesukar mana untuk kita meraih imbalan pada malam agung itu. Marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan dengan meningkatkan amal ibadah dalam bulan Ramadan sebelum ia pergi meninggalkan kita.

Foto: Freepik