Browsing Tag

harus baca bismillah

Untitled design (16)
Isu,

Syeikh Ibn Baz Jelaskan Keharusan Membaca Lafaz Bismillah

no comment

KITA pastinya pernah berdepan dengan masalah sinki tersumbat. Cara mudah dan pantas untuk selesaikan masalah tersebut, kebiasaannya kita akan tuang dengan air panas yang mendidih.

Memetik perkongsian di laman Facebook Wahyu Iman menjelaskan mengenai adab ketika membuang air panas.

Wahyu Iman memuat naik persoalan yang diajukan kepada almarhum bekas Mufti Besar Kerajaan Arab Saudi, Syeikh Ibn Baz tentang keperluan mengucapkan lafaz Bismillah ketika menuang air panas ke dalam sinki.

Dengan jelas beliau menjawab bahawa, ucapan Bismillah perlu dilafazkan ketika hendak menuangkan air panas ke dalam singki kerana di situ sentiasa adanya jin.

Dalam ruangan yang sama, Syeikh Ibn Baz turut menceritakan pengalamannya hadir di sebuah rumah di mana sesi ruqyah sedang berlangsung dan beliau kemudiannya bertanya kepada jin mengapa mengganggu orang yang tidak bersalah ini?”

Lalu jin itu menjawab: “Dia menuang air panas ke atas anak kecilku dan telah membunuh mereka.”

Syeikh Ibn Baz berkata: “Tetapi kamu tahu kami tidak dapat melihat kamu.”

Jin berkata: “Kenapa dia tidak menyebut nama ALLAH SWT (Bismillah) pasti anak kecilku akan tersedar dan terus bergerak dari tempat itu.”

Situasi di atas menerangkan bahawa setiap kali menyebut nama ALLAH SWT ia akan berfungsi sebagai isyarat.

Kerana itu wajib dipastikan sentiasa menyebut lafaz Bismillah dalam setiap perkara yang dilakukan antaranya ketika masuk ke dalam rumah, bilik, sedang memakai pakaian, memakai kasut, menuang air panas ke dalam sinki atau longkang.

FOTO: Tanwir.ID