Browsing Tag

hari akhirat

nabi muhammad hari akhirat
Aqidah,

Tiga tempat ini Rasulullah SAW akan menunggu kita pada hari akhirat nanti

TIGA tempat ini Rasulullah akan menunggu kita pada hari akhirat nanti…

Apabila manusia dihidupkan semula setelah mati di Padang Mahsyar kelak, mereka akan bangkit dalam keadaan keliru dan penuh kacau-bilau tanpa mengira kedudukannya terdahulu atas dunia.

Ramai gentar dengan amalan hisab bakal dihadapi dan masing-masing menjadi kalut tercari-cari sebarang pertolongan yang dapat menyelamatkan mereka.

Baca juga 4 amalan ini akan memberatkan amalan di akhirat

Pada waktu itu, betapa beruntungnya kita menjadi sebahagian daripada umat Nabi Muhammad SAW kerana adanya syafaat baginda khas bagi mereka yang beramal soleh dan tidak henti-henti membasahi lidah berselawat ke atas Rasulullah.

Maka, di akhirat kelak ramailah umat Rasulullah SAW yang berpusu-pusu mencari baginda mengharapkan syafaatnya supaya terlepas daripada azab ALLAH.

Baca juga Nabi Muhammad SAW insan pertama dibangkitkan pada Hari Akhirat

Maka, di akhirat kelak ramailah umat Rasulullah SAW yang berpusu-pusu mencari baginda mengharapkan syafaatnya supaya terlepas daripada azab ALLAH. Foto: 123RF

Turut disyorkan 6 amalan membawa ke syurga. Mungkin anda pernah lakukan tanpa sedar

Ada diceritakan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah SAW akan berada di tiga tempat ini menantikan umatnya pada hari akhirat nanti.

Daripada Anas bin Malik RA berkata: Aku meminta Nabi SAW untuk memberikanku syafaat pada Hari Kiamat. Sabda Nabi SAW: “Aku akan melakukannya.”

“Aku berkata: Wahai Rasulullah, di manakah aku mencarimu? Sabda baginda: “Carilah aku, pada pertama kalinya di al-Sirat”. Aku berkata: “Jika aku tidak menemuimu di al-Sirat?” Sabda Nabi SAW: “Carilah aku di sisi al-Mizan”. Aku berkata: “Jika aku tidak menemuimu di sisi al-Mizan?” Sabda Nabi SAW: “Carilah aku di sisi al-Haudh (telaga), kerana aku tidak akan tersalah pada tiga tempat tersebut.””(Jami’ al-Tirmizi, Abwab: Sifah al-Qiyamah, wa al-Raqaiq wa al-Wara’, Bab: Ma Jaa Fi Syakni al-Sirat, 4/199). Imam al-Tirmizi mengatakan hadis ini adalah hasan gharib.

Baca juga Dalam syurga tiada orang tua, ini sebabnya

Rasulullah hari akhirat

DI akhirat nanti dikatakan ada telaga yang mampu menghilangkan kehausan manusia selama beribu tahun berada di sana. Foto: Pexels

Turut disyorkan Ini maksud sebenar hadis tentang wanita pelacur beri anjing dahaga minum…

Berdasarkan hadis tersebut, tiga tempat Rasulullah SAW akan menunggu kita sewaktu hari akhirat adalah:

1. Telaga al-Haudh.
Pada hari akhirat nanti, keadaan panas melampau menyebabkan manusia menjadi haus dan tercari-cari mata air untuk menghilangkan dahaga.

Memetik pendakwah bebas, Datuk Dr Zahazan Mohamed, ALLAH menyediakan kolam bagi setiap nabi pada waktu itu supaya ia dapat diberikan kepada hamba yang taat dalam kalangan umat mereka.

Paling besar adalah telaga Rasulullah SAW dikenali sebagai al-Haudh yang mana sumber airnya berasal dari al-Kauthar di syurga.

Baginda Nabi bersabda dalam sebuah hadis, “Kolamku luasnya sebulan perjalanan, airnya lebih putih daripada susu, baunya lebih harum daripada bau kasturi dan bekas minumnya sebanyak bintang di langit. Sesiapa yang meminumnya tidak akan dahaga selama-lamanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Baca juga Petanda akhir zaman dan kiamat, surutnya air Sungai Furat

SETIAP amalan yang dilakukan di atas muka bumi akan ditimbang walau sebesar zarah sekalipun. Foto: 123RF

2. Neraca Mizan.
Rasulullah SAW juga akan menunggu kita di Timbangan al-Mizan ketika segala amal pahala dan dosa kita dihitung.

Sabda Nabi SAW, “Sesuatu yang paling berat dalam mizan (timbangan seorang hamba) adalah akhlak yang baik.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ahmad).

Baca juga Jangan simpan benda tak pakai, koleksi barang dan harta juga akan dihisab

3. Titian sirat.
Titian sirat merupakan satu jambatan melintasi neraka Jahanam yang terletak di antara syurga dan neraka.

Pada hari kebangkitan nanti, semua manusia perlu menyeberangi lintasan ini setelah ditimbang amalannya untuk menuju ke syurga atau neraka.

Rasulullah hari akhirat

SESIAPA yang timbangan amal jahatnya berat akan terjerumus masuk ke Neraka Jahanam yang terletak di bawah titian sirat. Foto: Google

Baca juga 5 ‘Kuasa’ Selawat Yang Ramai Tidak Sedar

Seperti yang digambarkan menerusi beberapa hadis, titian sirat dikatakan lebih halus daripada rambut, lebih tajam daripada pedang, sangat licin dan mempunyai cangkuk seperti duri pohon Sa’dan.

Dalam pada itu, dikatakan satu hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia. Walaupun kita sedia tahu keberadaan Rasulullah SAW di sana nanti, namun belum tentu kita dapat sampai kepada baginda, apalagi dengan berbilion manusia lain yang juga mencari Nabi.

Malah tiada kerugian yang lebih besar selain menemui Nabi Muhammad SAW tetapi tidak meraih syafaat baginda.

Oleh itu, mari perbanyakkan selawat buat baginda Rasulullah mulai hari ini supaya kita turut tergolong dalam kelompak yang menerima pertolongan Nabi SAW.

Foto: 123RF, Pexels, Google & Unsplash

Aqidah,

Malaikat Munkar dan Nakir bersoal jawab dengan mayat di alam barzakh dalam bahasa apa?

APABILA matinya seorang anak Adam, dia tidak akan terlepas daripada disoal oleh Malaikat Munkar dan Nakir setibanya di alam barzakh.

Terlintas di fikiran, bahasa apakah yang akan digunakan di dalam sesi soal jawab nanti? Adakah bahasa basahan simati sewaktu hidup atau bahasa Arab?

Kalau dua malaikat itu menyoal dalam bahasa asing, adakah soalan tersebut dapat difahami oleh semua manusia? Padahal, ketika di dunia masing-masing bercakap dalam bahasa yang berlainan.

Baca juga Tiga waktu malaikat ada bersama manusia

Turut disyorkan Jauhi dosa jariah ini, agar tidak mengalir bila kita sudah meninggal dunia

Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, para ulama berbeza pendapat dalam hal ini.

Sebahagian daripada mereka mengatakan bahawa bahasa yang akan digunakan oleh malaikat ketika menyoal si mati dalam kubur ialah bahasa Suryani, iaitu satu bahasa Aram Timur, yang dipertuturkan oleh komuniti Kristian di Timur Tengah. Walau bagaimanapun, tidak ada nas qat’ie yang menyatakan hal ini.

Manakala, Dr Zulkifli berpendapat bahasa yang akan digunakan ialah bahasa Arab, tetapi turut bersetuju dengan pandangan Syeikh Ahmad al-Syarbasi di dalam kitabnya, Yas alunaka fi al-Din wa al-Hayah bahawa ALLAH SWT sahajalah yang mengetahui hakikat sebenar yang berlaku di sana.

Baca juga Tak mengapa hodoh di dunia, di akhirat nanti kita dapat memilih wajah yang diinginkan

munkar nakir

DI sisi ALLAH SWT, rupa paras dan harta tidak dilihat. Sebaliknya, yang diukur adalah amal kebaikan serta nilai ketakwaan terhadap-NYA. Foto: Google

Baca juga Jangan abaikan 10 adab ini supaya doa dimakbulkan ALLAH SWT

Soalan ‘bocor’ sudah ada, jawapannya pula yang payah

Apa yang pasti, malaikat akan bertanya dengan bahasa yang difahami oleh si mati. Bagi orang yang soleh, proses menjawab soalan Munkar dan Nakir bakal dipermudahkan. Sebaliknya, jika si mati seorang yang kafir dan derhaka, dia akan sukar menjawabnya.

Soalan yang bakal ditanya pula sudah pun ‘dibocorkan’ kepada kita sejak di dunia lagi iaitu siapa Tuhan, apa agama serta siapa Nabi yang diikuti.

Turut disyorkan 6 amalan membawa ke syurga. Mungkin anda pernah lakukan tanpa sedar

Perkara ini pernah diceritakan dalam sebuah hadis diriwayatkan daripada al-Barra bin ‘Azib RA, katanya:

Kami keluar bersama Nabi SAW menghantar mayat seorang lelaki daripada Ansar. Maka kami tiba di tanah perkuburan.(dan pada masa itu) kubur sedang digali liang lahadnya. Kemudian Rasulullah duduk, dan kami duduk di sekelilingnya. (suasana sangat tenang) seolah-olah ada burung di atas kepala kami. Dan di tangan baginda terdapat sebatang kayu yang dipukulnya ke tanah. Kemudian baginda mengangkat kepalanya dan berkata:

“Mohonlah perlindungan daripada ALLAH daripada azab kubur (baginda mengucapkan sebanyak dua kali ataupun tiga kali). Sesungguhnya dia apabila mendengar tapak selipar meninggalkan kuburnya, maka dikatakan kepadanya: wahai kamu, siapa Tuhan kamu, apa agama kamu dan siapa Nabi kamu?” (Hadis Riwayat Abu Dawud, Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad)

Baca juga Amal zikir ringkas ini, dosa akan berguguran seperti daun

Sekalipun soalan telah ‘bocor’ dan jawapannya sudah kita tahu, tetapi itu tidak bermakna ia mampu dijawab dengan mudah. Walau apa jua bahasa yang digunakan kelak, peliharalah amal baik sepanjang di dunia agar kita senang menjawab segala pertanyaan kedua-dua malaikat berkenaan nanti.

Sumber: Maktabah al-Bakri & Tzkrh

Foto: Unsplash, Google & 123RF

manusia pertama dibangkitkan
Aqidah,

Nabi Muhammad SAW insan pertama dibangkitkan pada Hari Akhirat

KALI pertama sangkakala ditiup oleh Malaikat Israfil pada hari Kiamat nanti akan menggegarkan dunia sehingga mati semua makhluk yang ada di atas muka bumi ketika itu.

Tiupan sangkakala kedua selepas itu barulah semua manusia akan dibangkitkan semula di sebuah tempat bernama Padang Mahsyar bagi dihisab segala amalannya.

Baca juga Tak mengapa hodoh di dunia, di akhirat nanti kita dapat memilih wajah yang diinginkan

manusia pertama dibangkitkan

SETIAP manusia pasti akan menemui kematian sebelum menuju ke kehidupan abadi. Foto: International Quran News Agency

Antara intisari firman ALLAH dalam surah Az-Zumar ayat ke-30 dan 31, merakamkan bahawa pada hari kiamat kelak, segala tingkah-laku dan amalan akan diungkit sehingga menyebabkan pertelingkahan sesama manusia kerana masing-masing ingin menyelamatkan diri sendiri.

Firman-NYA: “Sesungguhnya engkau (Muhammad) akan mati dan mereka (juga) akan mati. Kemudian sesungguhnya kamu pada hari kiamat akan bantah-membantah di hadapan TUHAN-mu.”

Turut disyorkan Kisah Rasulullah SAW dengar tapak kaki Bilal bin Rabah di syurga bukan cerita dongeng. Ini rupanya amalan yang dilakukan oleh muazin pertama…

hari akhirat

BERTELINGKAH antara manusia pada Hari Akhirat kerana masing-masing terlalu sibuk cuba menyelamatkan diri sendiri. Foto: Google

Turut disyorkan Rupanya 5 perkara ini juga boleh hapuskan dosa selain taubat

Apabila turunnya ayat ini, sahabat baginda iaitu Zubair RA bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah perkara yang terjadi di antara kita di dunia akan diungkit kembali di samping dosa-dosa peribadi?”

Baginda SAW kemudian menjawab: “Ya benar. Semuanya akan diungkit semula sehingga setiap orang memperoleh hak yang semestinya.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Baca juga 5 cara ALLAH SWT menghapuskan dosa hamba-NYA. Cara yang kelima sangat sukar dilalui manusia, namun besar ganjaran menanti

Siapa manusia pertama yang akan dibangkitkan?

Masa berada di padang Mahsyar adalah sangat lama. Keadaannya pula akan terasa panas ditambah dengan berbondong-bondong manusia yang menunggu giliran untuk dihisab.

Bagaimana keadaan kita sewaktu itu bergantung kepada amalan yang dikerjakan di atas dunia.

KEMULIAAN Nabi Muhammad SAW menyebabkan baginda menjadi manusia pertama yang akan dibangkitkan pada Hari Akhirat kelak. Foto: Unsplash

Memetik portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Nabi Muhammad SAW akan menjadi manusia pertama yang dibangkitkan pada hari Akhirat nanti.

Kemuliaan Nabi SAW telah menjadikannya insan yang paling istimewa. Baginda pula akan memberikan syafaat khusus buat umat baginda agar golongan Mukmin dapat memasuki syurga.

Turut disyorkan Wajah secerah rembulan. Seindah inilah rupa fizikal Rasulullah SAW

Kemuliaan itu juga menjadikan Rasulullah SAW sebagai manusia pertama dibangkitkan di akhirat kelak.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Aku adalah pemimpin anak Adam pada hari Kiamat. Aku adalah orang yang pertama akan dibangkitkan daripada kubur. Aku adalah orang pertama yang akan memberi syafaat dan dibenarkan memberi syafaat.” (Hadis Riwayat Muslim)

Oleh itu, perbanyakkanlah berselawat kepada baginda Nabi SAW sementara masih bernyawa agar kita dapat meraih syafaatnya sebagai tiket ke syurga ALLAH SWT.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan  & Tzkrh

Foto: Unsplash, Google & 123RF