Browsing Tag

hak wanita

poliandri
Isu,

Ada sebab mengapa wanita tak boleh berkahwin 4 dan amalkan poliandri

POLIANDRI adalah amalan yang mana seseorang wanita itu berkahwin dengan lebih daripada seorang suami.

Walaupun hal itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam, namun ia masih juga berlaku dalam masyarakat Melayu sendiri apabila baru-baru ini tular mengenai kisah wanita yang mempunyai empat orang suami.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh peguam syarie, Hasanah Johari. Ceritanya terbongkar apabila suami keempat hadir ke mahkamah bagi memfailkan faraq nikah iaitu membubarkan pernikahan melalui kuasa mahkamah atas sebab-sebab tertentu.

Baca Juga Manisnya perkahwinan poligami jika dilakukan dengan betul

Sebenarnya, mengapa wanita tidak dibenarkan berkahwin lebih daripada satu, tidak seperti lelaki?

Merujuk laman udakwah.com, salah satu sebab larangan poliandri adalah kerana untuk pemeliharaan jurai keturunan.

Jika seorang lelaki ada lebih daripada seorang isteri, mudah untuk mengenal pasti ibu bapa bagi anak yang dilahirkan kelak.

ANTARA ciapan yang dimuat naik oleh peguam syarie, Hasanah Johari.

Bayangkan andai sebaliknya berlaku, hanya ibu sahaja dapat dipastikan dengan jelas, tetapi tidak pada bapa.

“Bapa bagi bayi tersebut agak sukar untuk ditentukan. Ini kerana anak yang lahir hanya berasal daripada satu sperma sahaja.

“Jika seseorang wanita itu mempunyai ramai suami dan kemudiannya hamil, pasti agak sukar untuk mengetahui anak yang dikandungkan itu hasil daripada sperma suami yang mana.

Baca Juga Awasi penularan animasi ‘skubidi toilet’, ini peranan ibu bapa didik anak kembali ke cara Islam

Turut Disyorkan Niat ceraikan isteri kerana politik? Jangan sesuka hati jatuhkan talak walaupun untuk bergurau

“Berlainan jika suami yang beristeri lebih daripada satu, jika salah seorang isterinya hamil, sudah pasti anak yang dikandungkan itu adalah hasil persenyawaan sperma suaminya itu,” katanya sebagaimana dipetik menerusi laman web berkenaan.

Pelihara kesejahteraan anak

Udakwah.com turut mengemukakan natijah akibat perkahwinan poliandri menerusi kajian klinikal.

Memetik artikel dalam laman web itu, hasil dapatan penyelidikan, ahli psikologi mendapati, kanak-kanak yang tidak mengetahui orang tua mereka terutamanya bapa masing-masing akan mengalami gangguan atau trauma mental yang teruk!

Trauma penderaan

KANAK-KANAK yang tidak mengetahui orang tua mereka terutamanya bapa masing-masing akan mengalami gangguan atau trauma mental yang teruk!

Malah dikatakan zaman kanak-kanak terbabit tidak begitu bahagia sebagaimana anak lain seusia mereka, pada kebiasaannya.

“Disebabkan itu, anak-anak pelacur melalui zaman kanak-kanak yang tidak begitu bahagia dan boleh dikatakan sebagai era gelap buat mereka,” kata laman web berkenaan.

Dari satu segi, seseorang lelaki masih boleh menjalankan kewajipan batinnya sebagai suami walaupun mempunyai beberapa orang isteri.

Artikel Berkaitan 

“Namun, jika seseorang wanita itu mempunyai beberapa orang suami, dia belum tentu dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

“Ini kerana wanita akan melalui beberapa perubahan psikologi atau tingkah laku disebabkan fasa kitaran haid mereka,” jelas laman berkenaan.

transgender
Gaya Hidup,

Transgender masuk tandas wanita? Ini sebabnya mengapa Islam menyuruh asingkan tandas lelaki dan wanita

BARU-BARU ini tular menerusi satu hantaran di laman Twitter apabila seorang wanita menceritakan kisahnya dimarahi oleh golongan transgender dek kerana teguran menggunakan tandas.

Akibatnya, mereka bukan sahaja lantang mempersoalkan teguran itu, bahkan juga bertindak biadab dengan merekodkan perilaku wanita tersebut bagi tujuan menularkannya seolah-olah menjadi mangsa ‘keganasan’.

Berang dengan tindak balas golongan tersebut, wanita berkenaan bertindak tegas dan menyatakan mereka sepatutnya menggunakan tandas lelaki meskipun sudah bertukar jantina.

Itulah antara senario yang sering berlaku di tandas awam pada masa ini selepas golongan transgender merasakan mereka ‘layak’ mendapatkan kemudahan sebagaimana seorang wanita.

Berkaitan isu di atas, sebenarnya sudah acap kali berlaku dalam negara kita apabila golongan ini sendiri menuntut hak mereka untuk diberikan keistimewaan menggunakan tandas wanita.

“ALLAH melaknat laki-laki yang menyerupai wanita, begitu pula wanita yang menyerupai laki-laki”

Namun tidak mudah bagi seorang Muslimah yang menjaga aurat dengan sempurna, pastinya perkara itu seolah menafikan hak sebagai seorang perempuan yang seharusnya menjaga aurat sebagaimana termaktub dalam al-Quran serta hadis.

Perlu difahami juga, mengapa Islam amat menitikberatkan hal ini walaupun sekadar melibatkan isu tandas antara lelaki dan wanita.

Baca Juga Betulkah beli makanan di pasar malam ada unsur gharar dan apa solusinya?

Menerusi satu hantaran oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi berhubung isu transgender masuk tandas perempuan, ada yang bertanya, apakah wujud dalil yang lelaki dan perempuan tidak boleh menggunakan tandas yang sama?

Jelas beliau, secara umumnya, Rasulullah sangat memelihara batas pertemuan antara lelaki dan perempuan, Islam meletakkan beberapa asas sebagai panduan bagi memelihara umatnya dari terjebak dengan fitnah yang membinasakan.

doa iftitah

DR AHMAD SANUSI AZMI

“Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari, Rasulullah SAW dilihat akan duduk seketika setelah selesai solat. Ini adalah bagi memberi ruang kaum wanita supaya beredar dahulu setelah solat.

“Perkara ini dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah bagi mengelakkan percampuran atau perselisihan antara lelaki perempuan yang mungkin berlaku setelah selesai solat.

ARTIKEL BERKAITAN 

“Al-Bukhari merekodkan: Daripada Ummu Salamah, beliau berkata, Rasulullah SAW akan duduk seketika setelah memberikan salam setelah selesai solat. Para wanita akan bangun setelah Baginda SAW memberi salam.

“Menurut Ibn Syihab, tindakan Rasulullah SAW ini adalah bagi memberikan laluan bagi wanita keluar dahulu dan mengelakkan perselisihan (percampuran, pertembungan) antara lelaki dan wanita (setelah selesai solat).

“Menurut al-Imam Abu Daud pula, Baginda juga pernah mengkhususkan satu pintu khas bagi wanita. Ini juga adalah bagi mengelakkan percampuran berlaku antara lelaki dan wanita.

SEBAIK-BAIK wanita perhiasan dunia ialah wanita solehah.

“Daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda “Alangkah baiknya sekiranya kita biarkan pintu ini dikhususkan untuk wanita sahaja. Berkata Nafi (anak murid Ibn Umar), setelah mendengar kata-kata Rasullah itu, Ibn Umar tidak pernah memasuki pintu itu sehinggalah beliau meninggal.

“Abu Said al-Ansari juga pernah mendengar hadis bahawa Rasulullah menasihatkan para wanita supaya mengasingkan sedikit laluan perjalanan mereka ketika melalui jalan. Ini adalah bagi mengelakkan fitnah yang mungkin berlaku.

Baca Juga Jangan seronok sangat guna aplikasi tukar jantina, hadam dulu penjelasan ini

“Mereka yang berurusan dengan masjid ini, pada andaian kita barangkali mereka adalah golongan yang mempunyai keadaan hati yang baik. Namun, walaupun dalam keadaan iman atau hati yang baik di masjid ini, Rasulullah tetap bertegas mengasingkan mereka kerana dibimbangi akan ditimpa fitnah.

“Kalau di masjid dalam keadaan hendak beribadah dengan suasana yang baik ini pun boleh terdedah dengan fitnah, maka apatah lagi dalam suasana dalam tandas yang lebih tersembunyi. Hati sudah pasti mudah terdedah dengan pelbagai fitnah. Maka ketika itu, sudah pasti penjagaan batasan pergaulan amat perlu dijaga,” katanya.

wanita Islam
Gaya Hidup,

Dari ilmu hadis ke bidang perubatan, banyak sumbangan wanita dalam sejarah Islam

RAMAI pihak dan agamawan Islam di seluruh dunia kesal dengan larangan yang dibuat kerajaan Taliban di Afghanistan dengan menghalang golongan wanita belajar di universiti dalam negara tersebut, baru-baru ini.

Antaranya termasuk Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz yang memberitahu bahawa wanita mempunyai peranan penting dalam pembinaan negara dan memerlukan pendidikan sewajarnya.

Baca juga Taliban larang wanita belajar di IPT, tetapi Islam mewajibkan mereka menimba ilmu

“Dalam tradisi Islam, wanita mempunyai peranan yang besar dan diangkat sebagai orang yang berperanan dalam bidang keilmuan, khususnya dalam mengeluarkan fatwa yang turut menjadi rujukan kaum Adam.

“Sejarah membuktikan terdapat wanita mengeluarkan fatwa yang hingga kini masih terpakai dan ini menunjukkan tradisi keilmuan tidak mengira latar gender,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di media sosial seperti yang dilaporkan Astro Awani.

Turut disyorkan 5 tokoh wanita Islam yang wajib dijadikan inspirasi dan tauladan kaum Hawa

DARI zaman Nabi Muhammad SAW hingga kini, ada ramai tokoh wanita Islam hebat dalam sejarah agama. Foto: Google

Sememangnya dalam sejarah Islam, kaum hawa adalah ilmuwan dan agamawan yang dijadikan tempat rujukan meliputi pelbagai bidang termasuk ilmu hadis dan perubatan.

Memetik portal kempen Onward for Afghan Women, berikut termasuk antara sumbangan wanita dalam bidang ilmu mengikut catatan Islam:

Baca juga Inilah 10 Muslim hebat yang mengubah dunia

1.Rujukan penting dalam ilmu hadis.

Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW pada tahun 632, isteri-isteri baginda iaitu Hafsah, Ummu Habibah, Ummu Salamah, Aisyah dan lain-lain menjadi sumber penting untuk memahami kehidupan Nabi serta mengekalkannya dalam ingatan sejarah masyarakat Islam.

Himpunan hadis yang sahih seperti Sahih Bukhari pastinya tidak akan dapat disiapkan tanpa usaha dan sumbangan para wanita berkenaan.

wanita Islam

PERAWI hadis wanita zaman dahulu begitu tinggi ilmunya, malah ada yang mempunyai puluhan anak didik daripada kedua-dua jantina. Foto: 123RF

Turut disyorkan Berhimpun di majlis ilmu tanda mensyukuri nikmat ALLAH

Selain itu, Mohammed Akram Nadwi, dalam karyanya Al-Muhaddithat: The Women Scholars in Islam, mengenal pasti lebih 8,000 wanita ulama hadis sepanjang sejarah Islam.

Ulama wanita tersebut kebanyakannya mencapai darjat yang tinggi dalam semua bidang ilmu agama dan mempunyai anak didik lelaki dan wanita.

SIAPA sangka universiti tertua dunia yang masih beroperasi di Maghribi telah diasaskan oleh seorang wanita Islam. Foto: AFP

2.Mengasaskan universiti dan sekolah.

Universiti al-Qarawiyyin yang tertua di dunia telah diasaskan pada tahun 859 di Maghribi oleh seorang wanita Islam bernama Fatima al-Fihri.

Sekolah itu merupakan pusat pembelajaran terkemuka dalam bidang sains, falsafah dan ilmu Islam dan telah melahirkan ramai sarjana Muslim dan bukan Islam seperti ahli falsafah Islam Ibn Rushd, ahli falsafah Yahudi Maimonides serta Paus Sylvester II.

Baca juga Fatima al-Fihri, pengasas universiti pertama dunia

wanita Islam

TIDAK wajar mengehadkan wanita kepada ilmu agama sahaja kerana bidang pengajian lain seperti perubatan juga penting bagi mendekatkan diri ke ALLAH SWT selain memenuhi keperluan umat sejagat. Foto: 123RF

Turut disyorkan Beramal tanpa ilmu dan kefahaman, betul ke amalan kita tak akan diterima…

3. Sumbangan dalam bidang sains dan perubatan.
Wanita Islam yang berpendidikan juga banyak menyumbang kepada bidang sains dan teknologi serta perubatan sejak zaman awal Islam.

Antaranya adalah Lubna dari Cordoba, seorang ahli matematik pada abad ke-10 yang dikenali atas pengetahuan serta kepakarannya menerusi ilmu sains, terutamanya dalam menyelesaikan masalah geometri dan algebra yang rumit.

Selain itu, Rufaida al-Aslamia yang lahir sekitar tahun 620 pula memegang gelaran jururawat serta pakar bedah wanita Islam pertama di dunia. Beliau pernah menubuhkan karavan bergerak untuk membantu masyarakat serta telah melatih ramai sahabat Nabi dalam kemahiran perubatan.

Sumber: Onward for Afghan Women

Foto: AFP & 123RF

Taliban wanita
Antarabangsa,

Taliban larang wanita belajar di IPT, tetapi Islam mewajibkan mereka menimba ilmu

MINGGU lalu, kerajaan Afghanistan pimpinan Taliban mengeluarkan larangan bagi kaum wanita menghadiri pengajian di peringkat universiti dalam negara berkenaan.

Lapor Utusan Malaysia, Menteri Pendidikan Tinggi, Nida Mohammad Nadim memberitahu larangan itu adalah wajar bagi mengelakkan percampuran jantina di universiti, selain menjadi ‘hukuman’ kepada pelajar wanita yang dikatakan tidak mematuhi etika pemakaian ditetapkan.

Walau bagaimanapun, tindakan Kementerian Pendidikan Tinggi Afghanistan itu mendapat kritikan pelbagai pihak di seluruh dunia termasuk Majlis Ulama Saudi serta Imam Besar al-Azhar, Ahmed el-Tayeb.

Baca juga Doa dijauhkan daripada 4 jenis ilmu yang tidak bermanfaat

IMAM Besar al-Azhar, Ahmed el-Tayeb. Foto: AFP

Memetik portal Egypt Today, tokoh Islam terkemuka tersebut berkata larangan yang dikenakan oleh Taliban menutup peluang pengajian buat golongan wanita adalah bercanggah dengan seruan agama supaya lelaki dan wanita menuntut ilmu “dari buaian hingga ke liang lahad”.

Beliau juga memberitahu ada lebih daripada dua ribu petikan hadis Nabi Muhammad SAW berkaitan hal ini di samping memetik ramai wanita Islam yang telah merintis bidang pengetahuan sains, pendidikan dan politik.

Seperti agamawan Islam yang lain, Ahmed menggesa pihak berkuasa Afghanistan untuk mempertimbangkan semula ‘pengharaman’ itu.

Turut disyorkan 5 Pendekatan Didik Anak Cara Rasulullah SAW Bagi Membentuk Mereka Menjadi Pemimpin Terbaik Pada Masa Depan  

Perempuan menuntut ilmu sebagai mematuhi perintah Ilahi

Umum mengetahui, Islam adalah agama yang begitu menitikberatkan soal ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Maka, tidak hairanlah mengapa wahyu pertama yang diturunkan oleh ALLAH SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW menekankan tentang pendidikan:

Firman ALLAH, “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama TUHANmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.

Bacalah, dan TUHAN-mu YANG MAHA PEMURAH yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah al-‘Alaq, ayat 1 hingga 5)

Taliban wanita

ALLAH SWT memerintahkan seluruh hamba-NYA menuntut ilmu tanpa mengira jantina. Foto: Unsplash

Perintah itu ditujukan kepada seluruh umat manusia termasuk kaum wanita yang tidak dinafikan mempunyai peranan yang cukup besar dalam masyarakat.

Pada zaman Rasulullah SAW, baginda sendiri memberi peluang yang sama kepada umatnya, baik lelaki mahupun perempuan, dalam mencari ilmu pengetahuan.

Abu Sa’id Al-Khudri berkata, beberapa sahabat wanita pernah mengajukan permintaan kepada baginda, “Lelaki telah mengambil alih (pertemuan) denganmu, wahai Rasulullah! Hendaknya kami diberikan satu hari untuk mempelajari ilmu-ilmu darimu…” Lantas baginda SAW menetapkan satu hari bagi para Muslimah untuk mengajar mereka tentang agama. (Hadis Riwayat Bukhari)

TIDAK kira bekerja ataupun bersuri rumah, wanita seharusnya menimba ilmu untuk kesejahteraan sosial, ekonomi serta kehidupan berkeluarga. Foto: Google

Turut disyorkan Rasulullah SAW ikon guru terbaik, berjaya tetapkan piawaian pendidikan ideal sejak 1,000 tahun lalu

Pendidikan bukanlah sekadar terletak pada kebolehan membaca dan menulis. Sebaliknya, ia juga adalah satu proses memperoleh pengetahuan serta nilai tertentu agar seseorang dapat menyumbang kepada kesejahteraan sosial, ekonomi dan politik masyarakat mereka.

Hakikatnya, tidak ada masyarakat yang boleh membangun menjadi maju tanpa mendidik warganya.

Lantas, memberikan pendidikan kepada wanita bukan sahaja dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara, tetapi juga melahirkan para ibu yang mampu membuat keputusan baik dalam memelihara kesejahteraan keluarga dan anak-anak mereka.

Sumber: Utusan Malaysia & Egypt Today

Foto: AFP & Unsplash

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus

The World
Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Cendekiawan Wanita UK Bidas Media Barat Salah Tafsir Pendirian Taliban Mengenai Hak Wanita

no comment

PELBAGAI cara dilakukan media barat sejak dulu dalam memainkan propaganda untuk menjatuhkan imej pejuang Taliban.

Malah terbaharu sejak Gerakan Islam itu menguasai pemerintahan Afghanistan, banyak laporan media barat yang mengatakan keadaan di negara itu semakin buruk selepas Taliban merampas pentadbiran di Kabul, meskipun Gerakan itu telah berikrar untuk memberikan semua hak wanita Afghanistan sesuai mengikut undang-undang Syariah.

Khola Hasan bidas media barat. Gambar: BBC

Seorang Sarjana Majlis Syariah Islam, United Kingdom (UK), Khola Hasan, berkata jika negara-negara Barat boleh memberi mereka bantuan, mereka mampu untuk maju.

“Media barat sering membuat tafsiran yang salah terhadap pegangan Taliban mengenai hak wanita. Namun ia hanyalah sekadar alasan kerana perubahan yang ketara di lakukan Taliban adalah sesuatu permulaan yang baik.

“Setiap orang Muslim yang saya kenal, baik sebagai rakan mahupun menerusi di media sosial, saya tidak tahu mereka secara peribadi, namun kita harus meraikan mereka dan tidak mengatakan mereka sebagai militan,” kata ulamak itu ketika di wawancara bersama BBC Radio 4, baru-baru ini.

Seorang pejuang Taliban berjalan melewati sebuah salon kecantikan dengan gambar wanita dicacatkan menggunakan cat semburan di Shar-e-Naw di Kabul. Gambar: Daily Advent

Ketika diminta untuk memberi maklum balas terhadap laporan mengenai wanita dan kanak-kanak dipukul serta disebat ketika melewati pos pemeriksaan Afghanistan, Hasan menjelaskan Afghanistan memilik masyarakat dengan pelbagai suku dengan dan kesetiaan terhadap suku mereka.

“Mereka hidup di tengah-tengah kepelbagaian suku sudah tentu banyak keganasan berlaku dalam masyarakat selama puluhan tahun hidup bersama,” tambahnya.

Hasan mendesak masyarakat antarabangsa untuk berhati-hati dalam menilai kejadian kecil agar tidak menjadikannya ia sesuatu yang besar.

Sarjana itu berpendapat bahawa, media barat sering memberi gambaran yang salah terhadap umat Islam yang disiarkan dengan pelbagai Bahasa mengenai Taliban.

Pejuang Taliban melakukan rondaan di kawasan Wazir Akbar Khan di kota Kabul, Afghanistan. Gambar: The Washington Post

“Antara propaganda yang dimainkan media barat adalah, sejak Taliban mengambil alih pentadbiran di Kabul, akan berlaku perang saudara, mereka akan menyembelih orang, wanita miskin akan kembali ke zaman kuno dan banyak lagi.

“Mereka telah memberitahu kepada seluruh dunia dengan janji-janji, mereka tidak akan menganiaya wanita dan mereka belum melakukannya kerana Taliban kini telah dewasa.

“Mereka tidak terdedah kepada dunia moden, jadi apa yang mereka katakan 20 tahun yang lalu oleh sebuah organisasi kecil yang terisolasi, tinggal di pergunungan, buta huruf, tidak berpendidikan, bukan hanya mengenai dunia tetapi lebih kepada pegangan mengenai Islam itu sendiri,” kata Ahli Majlis Syariah Islam UK itu lagi.

Sejak kejatuhan Kabul pada 15 Ogos lalu, Taliban berjanji tidak akan melakukan kekerasan terhadap wanita dan mereka tidak akan membalas dendam terhadap mereka yang menentang mereka selama 20 tahun perang di Afghanistan.

 

Sumber: Sputniknews.com

6b8d84ff-32e6-4af3-a613-f6361ad318bd
Berita Semasa, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

no comment

TIDAK lama setelah mengambil alih pemerintahan negara pada 15 Ogos lalu, Taliban mulai melakukan beberapa perubahan pentadbiran mengikut undang-undang Syariah termasuklah bendera rasmi Afghanistan.

Sebelum ini sudah diketahui, bendera Afghanistan memilik tiga warna iaitu hitam, hijau dan merah tetapi pemerintahan Taliban telah mengubahnya berlatarbelakangkan bendera itu kepada putih dengan kalimah syahadah, ‘La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah’ dengan warna hitam.

Pejuang Taliban bersama bendera baharu Afghanistan. Gambar: Al Jazeera

Ada di kalangan umat Islam memanggil pemimpin Taliban dengan gelaran ‘Ameerul Momineen’ (pemimpin Ummah) dan sepenuh hati menyokong kemenangan Taliban. Sementara setengah rakyat masih menentang Taliban kerana kebanyakan mereka berpendapat bahawa Taliban bukanlah golongan Islam yang sebenar serta membunuh ramai rakyat yang tidak bersalah atas nama Islam.

Saluran berita Televisyen Nasional Emiriah Islam Afghanistan yang menggunakan bendera baharu Afghanistan.

Gambar yang digunakan oleh berita Televisyen Nasional Emiriah Islam Afghanistan dengan berlatarbelakangkan bendera terbaharu negara itu membuktikan Taliban telah secara rasmi mengambil alihnya dan mengubah segalanya sesuai mengikut kepercayaan mereka.

Sehingga kini masih ramai yang tertanya-tanya mengapa rakyat Afghanistan berusaha melarikan diri dari negara mereka sendiri kerana ketakutan terhadap Taliban. Begitu juga keadaan bagaimana hak wanita di Afghanistan terjamin selepas mendakwa Taliban sebelum ini telah meninggalkan kesan terhadap ideologi mereka yang menindas wanita.

Wanita Afghanistan bebas untuk keluar untuk ke sekolah dan bekerja. Gambar: NBC News

 

Taliban jamin wanita Afghanistan dibenarkan mendapat pendidikan dan bekerja dengan hijab

The Arab News melaporkan bahawa jurucakap rasmi Taliban mengatakan bahawa wanita Afghanistan akan dibenarkan meninggalkan rumah mereka untuk mendapatkan akses pendidikan dan persekolahan serta boleh bekerja dengan memakai jilbab seperti yang diwajibkan oleh Islam.

“Sehingga kini, Taliban tidak menghalang wanita yang tinggal di Afghanistan untuk pergi ke sekolah. Malah kelihatan ramai kanak-kanak perempuan keluar untuk ke sekolah. Sementara beberapa guru sekolah menghantar mereka pulang ke rumah memandangkan situasi pentadbiran di Afghanistan masih dilihat tegang ketika ini,” kata salah seorang rakyat tempatan.

Seorang wartawan daripada Media China, Jawid Omid telah menyiarkan gambar beberapa gadis yang pergi ke sekolah di Kabul hari ini. Foto itu dikongsi oleh ribuan orang di media sosial yang mempersoalkan masa depan gadis dan wanita Afghanistan.

Pengambilalihan Taliban di negara itu telah menimbulkan banyak persoalan dan kebimbangan mengenai pendidikan wanita dan hak-hak wanita. Sementara kumpulan fundamentalis mengatakan bahawa mereka akan menghormati hak wanita.

“Tujuan kami adalah agar wanita mendapat akses pendidikan dan bekerja dengan mengenakan jilbab di atas kepala mereka,” kata seorang jurucakap Taliban kepada BBC.

Sementara Penganalisis Politik yang juga Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Prof Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid, berkata di Afghanistan wanitanya tersedia memakai jubah dan hijab disebabkan kesesuaian dengan keadaan cuaca yang sejuk dan berangin.

“Ianya adalah pakaian yang telah dipakai sejak dari dulu lagi dan di sebalik jubah, wanita mereka boleh melaram dengan baju yang cantik dan menarik, mereka boleh berseluar jeans dan blouse.

“Saya pernah berada lama di Himachal Pradesh, Utara India bersama rakan-rakan pensyarah dari Universiti Kabul bersama pelajar-pelajar perempuan serta lelaki dari Afghanistan.

“Mereka boleh bergaya sesuai dengan masa dan keadaan. Mereka mengatakan usah percaya pada apa yang ditulis oleh pemberita atau media Barat kerana mereka berat sebelah dengan Islam dan orang Muslim,” katanya.

 

Sumber: Muslim News Online