Browsing Tag

hadis daging biawak

rahmah (1)
Berita Semasa,

Menu Rahmah sekalipun, jangan sesuka hati menghina rezeki dari ALLAH

Menu Rahmah sekalipun, jangan sesuka hati menghina rezeki dari ALLAH

SEJAK kecil lagi, kita sudah diajar supaya tidak mengata tentang makanan. Sekalipun kita tidak menyukai hidangan tersebut, jangan berkata buruk tentangnya.

Ini kerana makanan seharian yang dinikmati itu juga adalah salah satu bentuk rezeki dikurniakan ALLAH SWT kepada kita.

Paling tidak pun, hormatilah makanan itu. Tidak perlulah menjamahnya jika tidak menyukainya. Itulah adab yang diajarkan oleh agama Islam.

Sayangnya ada segelintir umat Islam di Malaysia yang entah mengapa masih tidak dapat menghadam perbuatan mudah itu, apalagi mengamalkan dalam kehidupan seharian.

Baca juga Rasulullah SAW kunyah makanan 44 kali, betulkah begitu?

Baca juga Bonceng motor bersama tunang sebagai penghantar makanan, alasan cari duit kahwin… Ustaz tegur, jangan tolak tepi hukum Islam

Tidak puas hati saiz Menu Rahmah kecil
Ibarat ‘diberi betis hendak paha’, itulah ungkapan sesuai menggambarkan satu hantaran yang tular di Facebook memperlihatkan seorang hamba ALLAH merungut tentang hidangan yang dijamahnya.

Menerusi perkongsian itu, difahamkan individu berkenaan mengkritik satu hidangan Menu Rahmah selepas menjamahnya di sebuah restoran makanan segera terkenal gara-gara tidak berpuas hati dengan saiz makanan yang diterima.

Untuk info, Menu Rahmah merupakan inisiatif kerajaan membantu golongan miskin tegar dengan menggalakkan peniaga dan pemain industri menawarkan hidangan berharga RM5 di premis perniagaan masing-masing.

Lantas, ramai warganet menegur pemilik hantaran tersebut yang dikatakan seolah-olah tidak bersyukur dengan rezeki diperoleh sedangkan makanan itu sememangnya setimpal harganya.

menu rahmah

HORMATILAH makanan yang dijamah sebagaimana diajarkan oleh agama. Foto: Unsplash

Baca juga Makanan yang dibuang, dicampak adalah habuan syaitan. Justeru jangan sesekali membazir apalagi mencela makanan

Umat Islam dilarang mencela makanan
Ketahuilah Islam menganjurkan umatnya untuk menghormati makanan kerana ia merupakan antara nikmat dan anugerah daripada Allah kepada setiap makhluk-NYA. Justeru, kita dilarang untuk menghina dan mencela makanan.

Malah, tokoh Islam terkenal, Imam al-Ghazali RA berkata melalui kitabnya Ihya’ Ulumuddin, seorang Muslim itu seharusnya reda dengan rezeki dan makanan yang ada.

Jika sesuatu makanan yang dihidangkan itu tidak disukai, kurang menyelerakan atau tidak sedap, maka perkara yang betul yang boleh dilakukan adalah dengan berdiam diri dan menahan diri daripada mencela makanan tersebut.

Baca juga Saudara dan jiran prihatin perlu sediakan makanan kepada keluarga yang berdepan kematian, bukannya riang menjamu selera di rumah si mati.

TANPA kita sedari, makanan yang dinikmati setiap hari sebenarnya adalah salah satu rezeki kurniaan ALLAH. Foto: Freepik

Baca juga Ini 7 makanan kegemaran Rasulullah SAW kita amalkan tanpa sedar

Jika Nabi SAW tidak suka, baginda tidak makan
Diceritakan dalam sebuah hadis tentang bagaimana perbuatan Nabi SAW ketika dihidangkan dengan makanan yang tidak disukai yang boleh dijadikan teladan kita.

Daripada Khalid al-Walid, beliau berkata:

Dihidangkan kepada Nabi SAW daging dhab (biawak) yang dipanggang. Lalu baginda menghulurkan tangan untuk memakannya. Dikatakan kepada baginda: ‘Sesungguhnya itu ialah daging dhab.’ Maka baginda menahan tangannya (tidak jadi menghulur). Khalid bertanya: ‘Adakah ia haram?’ Baginda menjawab: ‘Tidak, akan tetapi ia tidak ada di negeri kaumku, maka aku mendapati diriku tidak menyukainya.’ Khalid telah memakannya, sedangkan Rasulullah SAW memerhatikannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Menerusi hadis tersebut, dapat difahami bahawa jika Rasulullah SAW tidak menyukai sesuatu makanan itu, baginda tidak akan merungut tentang hidangan tersebut. Sebaliknya baginda hanya berdiam diri dan memilih untuk tidak memakannya.

Turut disyorkan Semangkuk bubur talbinah pengubat hati penawar duka, ini cara Rasulullah

menu rahmah

JIKA kita tidak menyukai sesuatu hidangan, usahlah menjamahnya. Foto: 123RF

Baca juga Makanan digigit kucing, boleh dimakan atau perlu dibuang?

Boleh tegur makanan untuk tujuan kebaikan
Jumhur ulama’ bersetuju bahawa hukumnya adalah makruh mencela makanan. Namun, jika ia bertujuan untuk belajar atau kebaikan pada masa hadapan, maka ia tidak menjadi kesalahan seperti dalam rancangan memasak atau si ibu yang mengajar anaknya memasak.

Namun, apabila menegur, gunalah bahasa yang elok agar tidak mengguriskan hati si tukang masak.

Oleh itu, teladanilah perbuatan Rasulullah SAW yang lebih suka memuji memuji makanan daripada mencelanya. Hakikatnya, makanan itu juga merupakan rezeki yang diberikan TUHAN kepada setiap hamba-NYA.

Sumber: Tzkrh

Foto: Google, Freepik & 123RF