Browsing Tag

gps

mariam
Personaliti, Pilihan Editor, Video,

[Video] Wanita Hebat Pelopor GPS : Mariam al-Astrulabi

no comment

Mungkin tidak ramai yang mengetahui, sains di sebalik teknologi GPS pada hari ini, diasaskan oleh Mariam Al-ijliyy Al-Asturlabi. Wanita hebat ini dilahirkan pada abad ke 10 Masihi di Aleppo, Syria, anak kepada ahli astrologi terkenal di Baghdad Al-Ijliyy Al-Asturlabi, Mariam merupakan pakar ilmu sains yang ternama dengan menemukan ilmu perkiraan menggunakan astrolab, sebuah alat pengiraan yang fungsinya sama seperti GPS pada masa kini.

Klik video yang disediakan untuk mengetahui kehebatan beliau #mariam #astronomi #astrolabe #sejarah #wanita #Islam #Muslim #syria #Malaysia #SinarIslamPlus #SinarHarian #kompas

astrolabe 4
Gaya Hidup, Personaliti,

Wanita Hebat Pelopor Sistem GPS

no comment

SALAH satu teknologi yang banyak menyumbang kepada kemajuan masyarakat masa kini ialah GPS: Global Positioning System atau Sistem Kedudukan Global.

Di mana pelusuk dunia sekali pun, signal boleh dipancarkan dari rangkaian satelit yang mengelilingi bumi ke lokasi anda bagi mengenalpasti kedudukan pada ketepatan lebih tepat daripada satu meter kepada hampir setiap kali lokasi itu dicari.

Malah alat yang menggunakan receiver terbaharu L5 yang dihasilkan pada 2018 berupaya dan boleh diharap menentukan lokasi setepat 30 cm.

Mungkin tidak ramai yang mengetahui, sains di sebalik teknologi GPS ini diasaskan oleh Mariam Al-ijliyy Al-Asturlabi.

Dilahirkan pada abad ke 10 Masihi di Aleppo, Syria, anak kepada ahli astrologi terkenal di Baghdad Al-Ijliyy Al-Asturlabi, Mariam merupakan pakar ilmu sains yang ternama dengan menemukan ilmu perkiraan menggunakan astrolab, sebuah alat pengiraan yang fungsinya sama seperti GPS pada masa kini.

Sumber : britishmuseum.org

Beliau masyhur dengan ketajaman mindanya yang sangat fokus dan kecemerlangannya dalam bidang akademik hingga akhirnya berjaya meletakkan asas dalam menguruskan masalah pengembaraan menggunakan astrolab.
Dalam erti kata lain, beliau pelopor kepada ilmu GPS yang kita gunakan pada hari ini.
Fungsi alat ciptaannya bukan sahaja sebagai “kompas” untuk pengembara daratan dan lautan, ia juga bagi mengenal pasti jenis-jenis bintang di cakrawala dan penentu sistem kedudukan global, selain menentukan garis lintang dan bujur bumi untuk mengukur waktu seperti terbit dan tenggelamnya matahari, ia juga berfungsi sebagai pengukur kedudukan bulan dan bintang .

Ketepatan astrolab juga tidak lari seperti fungsi jam pada masa kini. Astrolab juga merupakan alat untuk mencari arah kiblat dan menentukan masuknya waktu solat. Instrumen ini juga digunakan untuk keilmuan astronomi, astrologi, dan horoskop.

Kisah Mariam Al-Astrulabi ada dituliskan dalam buku karangan Ibn al-Nadim -Kitab Al-Fihrist. Wanita hebat ini memperkemaskan dan melengkapkan reka bentuk alat GPS dan jam “moden” pada zaman itu, yang mana alat ini memerlukan pengiraan dan ketepatan matematik yang sangat kompleks, menjadikan ia sejenis alat yang memerlukan kepakaran untuk sesiapa yang ingin menggunakannya.

Astrolab pelopor kepada sistem GPS Dunia.

Hasil sumbangan Mariam terhadap ilmu astrologi, beliau diiktiraf oleh pakar ilmu falak dunia Henry E. Holt dengan menamakan penemuan asteroid yang mengorbit Matahari antara planet Jupiter dan Marikh pada tahun 1990 di Balai Cerap Polomar, Amerika Syarikat. Nama ‘7060 Al-‘Ijliya’ diberikan sempena memperingati jasa Mariam pada ilmu astrologi dunia.