Browsing Tag

gaza

Irish News
Gaya Hidup, Jendela Dunia, Personaliti, Pilihan Editor,

Hidayah Buat ‘Pembenci’

no comment

HIDAYAH itu datang tanpa disangka, malah tidakkan pernah untuk sesiapa merancangnya selain semuanya datang daripada kehendak Allah.

Adalah Rasulullah SAW dalam khutbahnya, dia memuji Allah dan memuja-Nya mengikut yang selayaknya, kemudian bersabda: “Sesiapa yang Allah hidayatkan padanya, maka dia tidaklah sesat dan siapa yang disesatkannya, nescaya seseorang itu tidak akan mendapat petunjuk.” Riwayat Muslim (867) dan al-Nasaie (1578)

Melalui sebuah rakaman video yang tersebar baru-baru ini, nama seorang saudara baharu, Lauren Booth kembali diperkatakan apabila ucapannya dalam suatu program telah menyentuh perasaan ramai penonton yang menyaksikannya.

Ketika menjadi tetamu di salah satu stesen televisyen. Gambar: Flickr

Beliau cuba mengimbas kembali hidayah yang diterimanya walaupun beliau sebelum itu adalah seorang yang pembenci Islam.

Lauren yang juga adik ipar kepada mantan Perdana Menteri Britain, Tony Blair tiba-tiba terdiam seolah menahan kesedihan apabila pengacara memberi ruang kepadanya menceritakan awal mula dirinya mengenal Islam.

Menurut Lauren, ketika khidmatnya diperlukan untuk menjadi sukarelawan ke bumi Palestin pada 2008, perasaannya tidak begitu senang apatah lagi bakal tinggal untuk beberapa lama di negara yang majoritinya adalah penduduk Islam.

“Pada 2008 adalah kali pertama saya ke sana sebagai bukan muslim dan berada di sana sepanjang bulan Ramadan. Di mana saya membiarkan saja lengan dan rambut saya kelihatan kerana itu adalah kebiasaan bagi saya sejak dulu.

“Bagi saya, kesopanan, gaya hidup, penampilan mungkin bukan suatu yang layak untuk orang lain pertikaikan,” katanya yang mendapat layanan sangat mesra daripada penduduk setempat meskipun mengenakan pakaian yang kurang sopan dan mendedahkan auratnya sebagai seorang wanita.

“Saya tidak pernah pun mendengar masyarakat Gaza menegur saya dengan perkataan haram dengan penampilan saya ketika itu. Malah sepanjang saya berada di sana pada bulan Ramadan, bebas berjalan-jalan, perkataan yang banyak mereka ucapkan kepada saya hanyalah ‘salam’,” katanya.

Lauren dilayan mesra oleh sebuah keluar Palestin di Gaza ketika menjadi sukarelawan. Gambar: UPI

Menceritakan lebih lanjut sebelum penghijrahannya menjadi seorang muslim pada 2010, Lauren pernah mengunjungi sebuah keluarga yang sangat miskin di Raffa.

Di mana tempat tersebut merupakan tempat asal jejaka Palestin, Faris Odeh yang ditembak mati oleh Pasukan Pertahanan Israel pada tahun 2000.

“Malam itu saya mengetuk pintu rumah keluarga yang sangat miskin di sebuah kem di Raffa. Dan keluar seorang wanita membuka pintu dan mengucapkan, ‘Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, silakan masuk. Selamat datang,” katanya.

“Dia menyambut saya masuk seolah dia sedang tinggal di dalam Taj Mahal dan bukannya sebuah kem yang miskin dengan wajahnya yang begitu cerah dan bercahaya.

“Saya cuma ingin tahu dan bertanya khabar adakah dia dalam keadaan baik sekarang. Wajahnya begitu bersinar dan saya tahu ia disebut ‘nur’. Wajahnya penuh dengan nur,” katanya.

Ketika Lauren masuk ke dalam rumah, hanya terdapat satu ruangan dengan lantai dan dinding simen serta tidak ada apa pun di dalamnya. Yang ada hanyalah tilam lusuh yang digunakan oleh pasangan suami isteri, orang tua dan anak-anaknya untuk tidur.

“Ketika itu perasaan saya menjadi marah, adakah seperti ini keadaan orang Islam. Saya sering berfikir, kenapa mereka orang berpuasa? Kenapa Tuhan sampai hati membuat orang Islam lapar? Langsung saya bertanyakan kepada wanita itu, kenapa mereka puasa di bulan Ramadan? Apa tujuannya?

“Mereka memberitahu Islam menyuruh berpuasa selama 30 hari di bulan Ramadan, tetapi kenapa selepas habis bulan Ramadan mereka masih tidak mempunyai makanan untuk dimakan dan menyebabkan mereka meneruskan berpuasa.

“Apa yang saya lihat hanya ada air untuk diminum, itu pun dalam keadaan yang keruh dan tidak sesuai untuk diminum,” katanya.

Wanita Palestin itu hanya memandang Lauren dan memberikan jawapan yang membuat Lauren semakin ingin tahu.

“Kata wanita itu, dia berpuasa di bulan Ramadan untuk mengingat kesusahan orang miskin. Dia tidak punya apa-apa dan saya tidak mampu memahaminya. Kenapa dia boleh puasa untuk mengingat kesusahan orang lain, sedangkan keadaan dia sendiri pun sangat susah sehingga tiada apa benda yang hendak dimakan,” katanya.

Lauren Booth secara rasmi memeluk Islam pada tahun 2010 selepas dua tahun pulang dari Palestin. Gambar: WISE Muslim Women.

Ketika itu, terlintaslah di fikiran Lauren mengenai tuhan, Islam dan terbuka hatinya untuk menjadi seorang muslim.

“Jika ini adalah Islam, saya ingin jadi Muslim. Jika kasih sayang Tuhan berupa sebuah agama, maka saya ingin agama itu.

“Jika kasih sayang kamu kepada sesama Islam dalam keadaan berat yang kamu tanggung demi kerana agama, maka saya ingin masuk agama itu.

Jika kasih sayang kepada seorang musafir seperti saya kerana agama, maka izinkan saya untuk menjadi seorang muslim seperti kami, Subhanullah,” kata Lauren yang mengambil masa selama dua tahun untuk dia betul-betul bersedia memeluk Islam.

“Saya mengambil masa selama dua tahun sebelum saya begitu yakin untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.

“Allah maha mengetahui berapa lama yang saya perlukan untuk cukup bersedia dalam keadaan merendah hati dan membersihkan hati ini daripada segala penyakit yang ada di dalamnya,” katanya sambil mengesat air mata yang mengalir ke pipinya.

Lauren secara rasmi memeluk Islam pada tahun 2010, perjuangannya dalam menemukan jalan Allah SWT dilihat unik, di mana awalnya dia adalah pembenci Islam.

Bumi Palestin
Isu, Pilihan Editor,

Bersama Pertahankan Kesucian Bumi Palestin, Berdosa Jika Umat Islam Tidak Ambil Tahu

no comment

BIBIR Muhammad Hadidi tidak henti-henti mengungkapkan kalimah alhamdulillah. Sambil menangis teresak-esak, beliau berkali-kali mencium pipi dan tangan mulus bayinya yang ditempatkan di sebuah hospital di Gaza, Palestin.

Beliau tidak menyangka, ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI telah mempertemukan beliau dengan anaknya selepas kem pelarian Shatea, Gaza yang dihuni mereka dibom oleh tentera Zionis.

Di sebalik kegembiraan itu, Muhammad Hadidi sebenarnya sedang menahan kepiluan. Sukmanya bagai ditusuk pedang paling tajam. Masakan tidak, isteri dan empat anaknya terbunuh dalam insiden pengeboman itu.

Rintihan atmanya sesungguhnya sukar dijelaskan dengan kata-kata, tetapi riak wajahnya menceritakan segalanya.

Itu hanyalah secebis daripada peristiwa pilu yang sempat dirakam. Barangkali ada yang lebih menyayat hati. Ya, seperti ramai yang sudah maklum, pada penghujung Ramadan lalu, Palestin bermandi darah.

Insiden serangan terhadap umat Islam yang sedang beribadah di Masjid al-Aqsa begitu menjentik hati. Lebih-lebih lagi apabila kita melihat saudara seagama kita diperlakukan sewenang-wenangnya dan agama suci yang kita agungkan diperkotak-katikkan begitu sahaja.

Setakat artikel ini ditulis, seramai 232 penduduk terkorban, sementara 1,900 mangsa cedera parah. Sehingga kini, Palestin masih lagi berduka!

Bumi Palestin


BUKAN sahaja ratusan nyawa yang melayang, malah banyak kediaman ranap akibat serangan udara Israel di Gaza.

Tragedi di tempat suci itu benar-benar mencetuskan amarah yang membuak-buak. Meskipun terpisah jauh, rakyat Malaysia bersoladiriti menentang kezaliman rejim Zionis.

Kita bersama-sama mengangkat tangan berdoa, bersolat hajat, menghulurkan dana termasuk bertubi-tubi mengecam musuh Islam itu menerusi media sosial. Semangat kebersamaan itu sebenarnya menjadi formula paling ampuh untuk kita mengukuhkan agama dan kesucian bumi Palestin yang sangat dimuliakan.

Baca juga Musta’ribeen : Perisik Israel mudah menyamar sebagai rakyat Palestin

Sebagai medium berpengaruh, Sinar Islam Plus ingin mengajak pembaca menggali lebih lanjut tentang negara Palestin yang banyak kali diungkapkan dalam al-Quran. Mengapakah kita perlu mempertahankan bumi suci itu dan Masjid al-Aqsa dan bagaimana isu Palestin dikaitkan dengan akidah umat Islam?

Disebut 70 kali dalam al-Quran

Untuk topik yang penuh menyentuh sanubari itu, penulis menghubungi Profesor Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Kamaruzaman Yusoff.

DR KAMARUZAMAN

Jelas beliau, ada beberapa sebab utama yang menyebabkan pertembungan antara Palestin dan Zionis terus-menerus berlaku sehingga ke hari ini. Antaranya tanah Palestin disebut sebagai Tanah Yang Dijanjikan Tuhan berdasarkan kitab Bible Ibrani kepada Bani Israel.

“Namun, insiden serangan dan kebiadaban Zionis terhadap Palestin yang berlaku pada masa ini adalah disebabkan keganasan, kejahatan, rampasan tanah dan rumah yang dilakukan oleh Israel.

“Tindakan itu menyebabkan orang Arab yang meyakini bahawa Palestin ialah tanah mereka merasakan hak dan ladang mereka perlu dipertahankan,“ katanya yang juga penganalisis Asia Barat.

Paling menyentap emosi umat Islam apabila keganasan yang dilakukan tentera negara haram Israel itu telah merenggut kesucian Masjid al-Aqsa.

“Walaupun Masjidil Aqsa terletak jauh dari Gaza, namun semangat kebersamaan yang tinggi membuatkan mereka turut merasai kepedihan serangan tersebut. Itu yang menyebabkan kebangkitan penuh semangat rakyat di sana,“ katanya.

Palestin yang merupakan negara yang pernah menjadi sebahagian bumi Syam adalah tanah yang diberkati, kata Dr Kamaruzaman.

“Bahkan, ia disebut lebih 70 kali dalam al-Quran sama ada secara langsung atau tidak,“ katanya.

Berkongsi pandangan sama, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor, Profesor Madya Dr Arieff Salleh Rosman berkata, sebagai umat Islam, menjadi kewajipan setiap Muslim untuk terus mempertahankan bumi Palestin yang terdapat Masjid al-Aqsa di dalamnya.

DR ARIEFF SALLEH

ALLAH SWT berfirman: “MAHA SUCI ALLAH yang telah menjalankan hamba-NYA (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang KAMI berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) KAMI…“ ( Surah al-Isra‘, ayat 1)

Melihat nas itu, jelaslah bahawa bumi Palestin begitu dimuliakan oleh ALLAH SWT, ujar Dr Arieff Salleh.

“Hubungan Masjidil Haram dan Masjid al-Aqsa dalam peristiwa Israk dan Mikraj menunjukkan kepentingan kedua-dua kawasan tersebut kepada akidah umat Islam.

“Bahkan, Masjid al-Aqsa merupakan masjid kedua yang dibina dalam sejarah umat manusia selepas Masjidil Haram,“ katanya.

Akidah umat Islam

Bukan itu sahaja, Dr Arieff Salleh menjelaskan, Masjid al-Aqsa juga pernah menjadi kiblat pertama umat Islam. Selama 16 bulan, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat bersolat berkiblatkan masjid berkenaan sebelum ALLAH memerintahkan agar ditukar kiblat kepada Kaabah di Masjidil Haram.

Beliau menambah, menghadap kiblat yang menjadi salah satu syarat sah solat adalah satu simbol pengabdian seorang hamba kepada ALLAH. Jelaslah, ia merupakan isu iman dan akidah.

Bumi Palestin

SEBAGAI umat Islam, menjadi kewajipan kita untuk mempertahankan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa yang merupakan tanda keimanan kepada ALLAH SWT.

“Oleh itu, perjuangan mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitarnya iaitu bumi Palestin daripada dijajah oleh rejim Zionis Yahudi merupakan tanda keimanan seseorang Muslim kepada ALLAH YANG MAHA ESA.

“Ingatlah bahawa sejarah membuktikan, kebencian Yahudi terhadap Nabi Muhammad SAW dan umat Islam masih berlarutan, mereka sentiasa merancang untuk menghancurkan kita,“ ujar beliau.

Baca juga Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

Justeru, Dr Arieff Salleh yang juga Felo Perundangan Islam & Kefatwaan, Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi, UTM sekali lagi menegaskan, apa yang berlaku di Palestin sememangnya isu yang melibatkan akidah umat Islam. Ia bukan sekadar isu politik dan kemanusiaan.

Ujarnya lagi, menentang rejim zionis Yahudi yang memimpin negara haram Israel merupakan kewajipan setiap individu Muslim di seluruh dunia!

Jelas beliau, pertembungan antara umat Islam di Palestin dengan rejim Zionis melibatkan pertembungan antara agama Islam dan Yahudi.

“Doktrin yang diimani Yahudi dan sebilangan besar Kristian Protestan bahawa tanah Palestin ialah tanah suci yang dijanjikan untuk umat Yahudi yang wajib mereka kuasai.

“Mereka mahu membina semula Haikal Sulaiman di tapak Masjid al-Aqsa sebagai pusat pemerintahan Dajal yang diyakini sebagai pemimpin yang ditunggu-tunggu untuk mengetuai dan menyelamatkan umat Yahudi.

“Sementelah dalam Islam pula, peristiwa tanda besar kiamat juga berlaku di kawasan Syam termasuk Syria dan Palestin.

“Antara peristiwa dan petunjuk besar kiamat adalah peperangan yang akan berlaku antara umat Islam dan Yahudi,“ terangnya.

Keberkatan tiada tandingan

Mengapakah bumi Palestin dianggap sebagai bumi suci bagi umat Islam dan memiliki keberkatan yang tiada tandingannya?

Menjawab persoalan itu, pendakwah Ahmad Hazran Ahmad Kamal atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Aran menjelaskan, bumi suci itu ada kaitan dengan hampir separuh daripada 25 nabi dan rasul.

IMAM MUDA ARAN

Antaranya Nabi Ibrahim AS, Nabi Ismail AS, Nabi Ishak AS, Nabi Yaakub AS, Nabi Daud AS, Nabi Yunus AS, Nabi Yusuf AS dan Nabi Syuib AS.

“Bahkan, Palestin sendiri sarat dengan kisah yang istimewa seperti kisah Nabi Muhammad SAW dan peristiwa Israk dan Mikraj.

“Bayangkan, ketika kejadian itu, baginda SAW mengimamkan solat di Masjid al-Aqsa yang diikuti dengan kehadiran (roh) 124,000 nabi, menurut para ulama,“ ujarnya.

Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu bersusah payah mengembara (atau bermusafir bagi tujuan ibadah) melainkan pada tiga buah masjid iaitu Masjidil Haram, masjidku ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa.“ (Hadis Muttafaqun ‘Alaih)

Bukan itu sahaja, jelas beliau, ALLAH SWT menyebut Palestin dalam al-Quran dengan pelbagai gelaran.

“Antaranya al-ardh al-muqaddasah (tanah yang suci) yang merujuk kepada Palestin sebagaimana yang dijelaskan dalam kitab tafsir yang muktabar,“ katanya.

Baca juga Mengutuk Jenayah Negara Haram Israel: Anti-Zionisme atau Anti-Semitik?

Kepada satu soalan, Imam Muda Aran berkata: “Berdosa hukumnya andai kita tidak ambil berat tentang urusan umat Islam yang lain. Ini termasuklah situasi yang berlaku di Palestin.

“Bahkan, dalam satu riwayat, Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa golongan itu bukan dalam kalangan mereka.“

Pembebasan Baitulmaqdis antara petanda kiamat

PEMBEBASAN Baitulmaqdis di Palestin merupakan antara tanda-tanda hari kiamat sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis masyhur.

Antaranya, Rasulullah SAW bersabda: “Hitunglah enam perkara yang akan terjadi menjelang hari kiamat; iaitu kematianku, kemudian pembebasan Baitulmaqdis (dalam riwayat lain: pemakmuran Baitulmaqdis), kemudian kematian yang menyerang kamu sekalian bagaikan penyakit yang menyerang kambing sehingga mati tiba-tiba, kemudian melimpahnya harta benda sehingga ada lelaki yang diberi seratus dinar, namun ia masih marah (merasa kurang), kemudian timbulnya fitnah sehingga tidak ada satu pun rumah orang Arab (dalam riwayat lain: rumah orang Islam) melainkan ia akan memasukinya, kemudian perjanjian yang akan berlaku antara kamu sekalian dan bangsa kulit kuning (Bani al-Asfar iaitu Rom), lalu mereka akan mengkhianati perjanjian tersebut dan mereka akan datang menghadapi kalian di bawah 80 panji-panji perang, di bawah setiap panji pula terdiri daripada 12,000 tentera.“ (Riwayat al-Bukhari, Ibn Majah, Ahmad, Ibn Abi Syaybah, al-Tabarani, al-Hakim dan lain-lain)

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Mohd Hasrul Shuhari menjelaskan, dalam sebuah hadis yang lain, tidak disebut nama tempat. Namun, ia menunjukkan pertembungan sebelum hari kiamat antara umat Islam dan orang Yahudi.

DR MOHD HASRUL

Sabda Rasulullah SAW: “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi sehinggalah orang Yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok. Maka, batu atau pokok akan bersuara: ‘Wahai Muslim! Wahai hamba ALLAH! di belakangku ini ada orang Yahudi, marilah bunuhnya, kecuali pokok gharqad kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi.“ (Riwayat Muslim)

Berdasarkan beberapa hadis berstatus sahih atau hasan itu, katanya, ia jelas menunjukkan bahawa antara tanda-tanda kiamat adalah berlakunya peperangan antara umat Islam dan orang Yahudi dan Baitulmaqdis yang kini masih dikuasai oleh puak Zionis Yahudi.

“Maka, tanggapan masyarakat bahawa pembebasan Baitulmaqdis merupakan tanda-tanda kiamat bukanlah perkara yang salah kerana banyak hadis lain menunjukkan kita memang berada pada akhir zaman yang hampir dengan hari kiamat,“ katanya ketika ditemu bual secara maya baru-baru ini.

Dalam pada itu, ahli akademik itu turut mengingatkan umat Islam agar memahami hadis akhir zaman berdasarkan bimbingan para ulama dan bukan membuat telahan sesuka hati.

Bumi Palestin

TIDAK kiralah di mana sahaja keberadaan kita, sebagai umat Islam, jangan putus mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin.

“Contohnya, terdapat pihak yang mentafsirkan atau mensyarahkan nas-nas al-Quran dan hadis berkaitan peperangan ini dengan menubuhkan tentera atas nama jihad.

“Mereka sesuka hati membunuh, mengebom dan menembak orang bukan Islam termasuk orang Islam sendiri yang didakwa tali barut kuffar.

“Puak-puak tersebut memahami nas-nas secara literal sehingga mengkafirkan orang Islam sendiri.

“Mereka lupa terdapat juga hadis yang memberi peringatan tentang golongan ruwaibidah yang mudah mengkafirkan dan membunuh orang lain pada akhir zaman seperti yang dilakukan golongan Khawarij dahulu,“ tegasnya.

ANEKDOT

SEJARAH peperangan di Palestin

Bumi Palestin

Pemandangan Baitulmaqdis sebelum 1948. -Sumber: Library of Congress USA

– Peperangan yang tercetus di Palestin sudah lama berlaku sejak sebelum kedatangan Islam lagi.

– Palestin atau khususnya Baitulmaqdis pernah dikuasai oleh umat Islam pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab RA.

– Pada tahun 16 Hijrah (638 Masihi), tentera Islam berjaya menguasai Baitulmaqdis yang ketika itu berada di bawah pemerintahan Empayar Rom Byzantine.

– Sekitar 400 tahun kemudian iaitu pada tahun 1099 Masihi, Empayar Rom Byzantine menerusi Perang Salib telah berjaya merampas semula Baitulmaqdis daripada tangan umat Islam.

– Lebih kurang 88 tahun selepas itu, berlaku pertempuran Hattin pada tahun 1187 Masihi (583 Hijrah) yang menyaksikan Sultan Salahuddin al-Ayyubi berjaya mengalahkan tentera Salib dan menawan kembali Baitulmaqdis.

– Setelah Palestin terlepas lagi daripada tangan umat Islam, datanglah seorang pemimpin yang disebut dalam sebuah hadis: “Akan dibuka kota Constantinople. Sebaik-baik pemerintah ialah pemerintahnya, dan sebaik baik tentera ialah tentera tersebut.“ (Kata al-Hafiz al-Haithami dalam Majma‘ al-Zawaid: Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani. Perawinya thiqah)

– Hadis itu dikatakan merujuk kepada Sultan Muhammad al-Fatih yang berjaya menguasai Palestin pada tahun 1453 Masihi (857 Hijrah).

– Penguasaan tersebut sekali gus berjaya menguburkan terus Empayar Rom Byzantine untuk selama-lamanya.

– Begitulah antara sejarah penguasaan umat Islam terhadap Palestin dan kini ia dikuasai oleh Zionis Yahudi menubuhkan Israel.

Sumber: Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Mohd Hasrul Shuhari

Foto: Freepik, AFP, Reuters, Aljazeera & Bernama

Randa Abdel-Fattah
Jendela Dunia,

“Anjing Anak Anda Dalam Ketakutan?”

no comment

“Anjing anak anda dalam ketakutan?”

Ada dalam kalangan anak-anak Gaza yang dibunuh, dibantai dan disembelih.

Ini adalah bagaimana penulis keturunan Palestin-Australia Randa Abdel-Fattah menjawab persoalan seorang wanita yang menyatakan keprihatinannya kerana “anjing anaknya itu tertekan” ketika roket Hamas dilancarkan ke atas Tel Aviv.

 

#Gaza #Palestine #TelAviv #Israel #Massacre #RandaAbdelFattah #KitaLaluiBersama #SinarIslamPlus

dd407a3c-7513-460b-a433-f8d300ec7a8a
Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Kisah Anak Syurga Gaza

no comment

Ketika diminta untuk menggambarkan bagaimana perasaan mereka, ramai antara ibu bapa akan menjawab dengan redha, ‘Itu kehendak Allah’.

Kata-kata itu sering menjadi mainan bibir ibu bapa di Palestin apabila kehilangan anak yang mereka sayangi syahid terlebih dahulu daripada mereka angkara penggeboman rejim Israel ke atas kediaman mereka. Lebih sayu, mereka mengatakan bahawa anak-anak mereka ingin menjadi doktor, artis dan pemimpin suatu hari nanti.

Hala Rifi bercita-cita ingin menjadi doktor.

“Saya seperti tidak percaya,” kata  Saad Asaliyah yang juga seorang pemandu teksi dari Jabaliya. Bapa ini kehilangan anak perempuannya yang berusia 10 tahun.
“Saya cuba melawan perasaan dengan mengatakan bahawa itu kehendak Allah untuk dia pergi meninggalkan kami,” katanya.

Selama 11 hari pertempuran antara Israel dan Hamas, sekurang-kurangnya 67 kanak-kanak di bawah umur 18 terbunuh di Gaza dan dua di Israel, menurut laporan The New York Times.
Hampir semua kanak-kanak yang terbunuh adalah warga Palestin.

Yazan-al-Masri-2-Marwan-al-Masri-6-Rahaf-al-Masri-10-dan-Ibrahim-al-Masri terbunuh di kediamannya di Beit Hanoun, Gaza.

Kepadatan penduduk di Gaza lebih cenderung didiami golongan muda dengan anggarannya separuh daripadanya berusia di bawah 18 tahun. Oleh itu, ketika pesawat perang Israel menyerang rumah dan kawasan perumahan, jumlah kanak-kanak yang berisiko mati adalah sangat tinggi. Adakalanya hampir keseluruhan isi rumah mati dengan hanya satu letupan bom.

Israel menyalahkan Hamas atas jumlah kematian orang awam yang tinggi di Gaza kerana kumpulan itu melancar roket dan melakukan operasi ketenteraan dari kawasan awam. Pengkritik Israel menyebut angka kematian sebagai bukti bahawa serangan Israel itu dilakukan secara membabi buta.

Di Gaza, mereka hidup di tengah-tengah kemiskinan dan pengangguran yang tinggi, malah tidak dapat melakukan pergerakkan bebas di dalam mahupun ke luar wilayah kerana sekatan yang dikenakan oleh Israel dan Mesir.

Mereka juga hidup di bawah ancaman perang yang berterusan. Rata-rata yang berusia 15 tahun telah melalui empat serangan besar Israel dalam usia muda itu. Malah hampir semua orang di Gaza mengetahui seseorang boleh terbunuh dalam setiap pertempuran itu.

“Saya melihat kanak-kanak yang terbunuh, saya melihat mereka yang masih hidup ditarik keluar dari runtuhan bangunan dan kehilangan anggota badan, malah merasai bagaimana kanak-kanak ini pergi ke sekolah dan melihat rakan mereka sudah tiada, satu perasaan hiba yang cukup sukar untuk diluahkan,” kata seorang Psikologi kanak-kanak di Gaza, Ola Abu Hasaballah.

Nadine Awad, 16 berkebolehan berbahasa Inggeris dengan baik.

Di kampung Arab Dahmash, ketika siren berbunyi sekitar jam 3 pagi 12 Mei lalu, Nadine Awad, 16, dan ayahnya berlari keluar untuk bersembunyi.  Namun bom yang jatuh bersebelahan rumahnya telah membunuh dua beranak itu,” kata bapa saudara kepada Nadine, Ismail Arafat.

Tambah Ismail, Nadine sangat rapat dengan ayahnya dan suka menemani ke mana ayahnya pergi.

“Yang menyedihkan ketika siren berbunyi, dia masih mahu mengikuti ayahnya untuk mencari tempat berlindung dan kini dia bahagia menemani ayahnya di kubur,” katanya dengan penuh sebak.
Gurunya, Sirin Slameh berkata, Nadine adalah pelajar pintar dan berkebolehan bertutur di dalam bahasa Inggeris dengan baik. Dia juga berkemahiran bermain piano dan aktif melakukan kerja-kerja kebajikan.

“Seminggu sebelum kematiannya, dia baharu saja menerima keputusan ujian matematik di sekolahnya dengan memperoleh markah cemerlang iaitu sebanyak 97 per seratus,” kata Sirin yang mengimbas kenangan bersama anak syurga itu.

Hamada al-Emour,13 dan sepupunya, Ammar-al-Emour-10.

Pada hari yang sama, 12 Mei, Hamada al-Emour, 13, dan sepupunya, Ammar al-Emour, 10, keluar untuk menggunting rambut di kedai berhampiran rumahnya bagi persediaan sehari sebelum sambutan Aidilfitri.

Ketika perjalan pulang selepas menggunting rambut, serangan udara dari rejim Israel telah membunuh kedua kanak-kanak ini yang berlaku di hadapan mata ayahnya, Atiya al-Emor.
“Saya tidak mahu mengingatkan apa berlaku di hadapan mata saya kerana ia terlalu menyedihkan dan mengerikan,”  kata Atiya.

Mahmoud Tolbeh, anak yang rajin membantu keluarga.

Mahmoud Tolbeh, 12, adalah pelajar cemerlang, kata ayahnya, Hamed Tolbeh. Dia menyukai sains dan bercita-cita menjadi jurutera mekanikal. Dia banyak membantu kerja-kerja rumah, membuat telur dan sandwic untuk adik-beradiknya.

Menyediakan teh dan kopi ketika tetamu datang ke rumah, membersihkan rumah dan rajin membantu membeli barang makanan di kedai.
“Dia adalah tulang belakang keluarga dan kami sangat bergantung kepadanya jika ingin meminta bantuannya,” kata Hamed.

Pada malam terakhir Ramadan, dia pergi meneman sepupu ke kedai gunting rambut. Mahmoud berada beberapa langkah dari pintu masuk kedai ketika serpihan bom dari serangan udara Israel menghentam kepala dan lehernya.

Yahya Khalifa, 13 mengimpikan untuk membaca al-Quran di dalam Masjid Al-Aqsa.

Yahya Khalifa, 13,terbunuh oleh serangan tentera Israel ketika dia keluar ke kedai untuk membeli yogurt dan askrim untuk keluarganya.
“Dia suka menunggang basikal, dia juga telah menghafal beberapa bab al-Quran dan katanya suatu hari nanti berharap dapat membaca al-Quran di dalam Masjid Al- Aqsa,” kata  bapanya, Mazen Khalifa.

Identiti kanak-kanak yang terbunuh, gambar mereka dan keadaan kematian mereka datang dari ibu bapa dan saudara-mara mereka yang lain, guru dan sekolah di Gaza dan Israel, organisasi hak antarabangsa, pegawai Palestin, media sosial, dan organisasi berita di Gaza dan Israel.

Empat beradik mati bersama, Amir Tanani,(6), Ahmad Tanani (2), Ismail Tanani (7) dan Adham Tanani (4)- (tiada di dalam gambar).

Sebilangan besar perincian disokong oleh pelbagai sumber

Pengarah Pusat Hak Asasi Manusia Palestin di Gaza, Raji Sourani berkata, tentera Israel mengatakan bahawa ia mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kematian orang awam.
Dikatakan sasaran utama pengebomannya ditujukan kepada rangkaian terowong bawah tanah Hamas yang juga sebuah laluan strategik ketenteraan Hams yang berada di bawah kawasan kediaman awam.

“Akan tetapi, ramai orang di Gaza mengatakan bahawa jumlah orang awam yang terbunuh membuktikan bahawa apa sahaja langkah berjaga-jaga yang mungkin diambil Israel tidak mencukupi.
“Mereka yang mengeluarkan kenyataan harus ada alasan yang kukuh, apa yang kita saksikan mereka (rejim Israel) ingin menimbulkan kesakitan dan penderitaan kepada rakyat Gaza,” katanya.
Hamas menembakkan lebih dari 4,000 roket ke bandar yang didiami orang Israel, tetapi kebanyakannya dipintas oleh sistem pertahanan udara Iron Dome Israel.

Kebanyakkan penduduk Israel terselamat memandangkan mereka memiliki bilik selamat di dalam kediaman mereka. Di Gaza, kebanyakan orang tidak memiliki akses ke bilik atau tempat perlindungan yang selamat. Ramai  berlindung di sekolah-sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tetapi mereka juga telah dibom, membuktikan rakyat Gaza boleh terbunuh di mana-mana sahaja mereka berada.

Muhammad Zain al-Attar (9 bulan) dan kakaknya, Amira-al-Attar (6) serta abangnya lelakinya, Islam-al-Attar (8), mati bersama.

Tengah malam di Beit Lahia, Gaza, tiga kanak-kanak yang ketakutan memeluk erat badan ibunya. Muhammad-Zain al-Attar, 9 bulan duduk di tengah, adiknya, Amira al-Attar, 6 dan anak lelakinya, Islam al-Attar, 8, berada di kiri dan kanan badan ibunya.

“Serangan pertama bom dari tentera Israel telah meruntuhkan pintu masuk tingkat bawah apartmen kami menyebabkan saya, isteri dan anak-anak terperangkat di bawah runtuhan hingga sukar untuk kami keluar.

Serangan kedua pula akhirnya telah meranapkan keseluruhan kediaman tiga tingkat itu menyebabkan kami terus tertimbus,” kata ayah kepada anak-anak itu, Muhammad al-Attar.
Katanya lagi, ketika dia menggali untuk menyelamatkan diri dari runtuhan itu, dia melihat isteri dan anak-anaknya terbunuh di bawah tiang konkrit bersama tiga anaknya di dalam keadaan berpeluk.

Pakar kesihatan mental dan organisasi bebas yang bekerja dengan anak-anak di Gaza mengatakan, mangsa perang di Gaza biasanya akan menderita dengan gangguan tekanan pasca-trauma, ketakutan dan kegelisahan kronik.Perasaan itu dapat menghasilkan mimpi buruk yang melemahkan semangtat seterusnya boleh merosakkan diri dan bersikap agresif.

“Gaza memberi pengalaman yang sangat ngeri bagi kanak-kanak kerana mereka berada di bawah pemerintahan tentera. Sebelas daripada kanak-kanak terbunuh bulan ini di kediaman masing-masing,” kata Jurucakap Majlis Pelarian Norway, Karl Schembri.

Beliau turut menjalankan program psikoterapi dan pendidikan untuk anak-anak di Gaza.

“Sebelum ini mereka mendapat bantuan dan pemulihan untuk mengatasi mimpi buruk dan trauma mereka akibat perang, namun kini kesemuanya terbunuh dan dikuburkan bersama impian dan tiada lagi mimpi buruk mereka selepas ini ,” kata Schembri.

Suheib al-Hadidi (12), Yahya al-Hadidi (10), Osama al-Hadidi (5) dan Abdurrahman al-Hadidi (7).

Suheib al-Hadidi, 12, tinggal bersama ibu bapa dan empat adik-beradiknya di kem pelarian Shati di Kota Gaza. Dia cemburu melihat sekawan burung yang mendapat kebebasan untuk pergi ke mana-mana dan membayangkan untuk hidup seperti burung. Dia memiliki ayam belati, melatihnya untuk duduk di bahu dan membayangkan masa depan sebagai penternak, kata sepupunya, Abdullah al-Hadidi.

Adiknya, Yahya al-Hadidi, 10, adalah seorang pemalu yang suka menunggang basikalnya dan bermain dengan kucing. Manakala adik bongsunya Osama al-Hadidi  dianggap salah seorang ahli keluarganya yang suka bergaya. Dia suka menukar pakaian dan bersusah payah untuk menyempurnakan penampilannya. Dia akan mandi dan menukar pakaiannya setiap dua jam.

Abdurrahman al-Hadidi, 7 pula minat belajar bahasa Inggeris, minat dengan kereta kawalan jauh dan mengimpikan untuk melancong ke Turki suatu masa nanti, kata ayahnya, Muhammad al-Hadidi. Keempat adik-beradik ini tidur di rumah bapa saudara mereka ketika bom Israel menghentam rumah itu menyebabkan mereka, ibu saudara dan empat sepupunya terbunuh.

Yara al-Qawlaq, (9), Hala al-Qawlaq, (12), Rula al-Qawlaq, (5), Zaid al-Qawlaq, (8), Qusai al-Qawlaq, (6) months, Adam al-Qawlaq, (3), Ahmad al-Qawlaq, (15), and Hana al-Qawlaq, (14) (tiada dalam gambar). pictured).

Keluarga al-Qawlaq memiliki dua bangunan pangsapuri bersebelahan di Jalan Al Wahda iaitu jalan raya utama di Kota Gaza.Sekitar jam 1 pagi 16 Mei, serangan Israel menyebabkan kedua-dua bangunan itu runtuh, membunuh lebih daripada 20 anggota keluarga besar itu termasuk lapan anak Yara al-Qawlaq, 9, Hala al-Qawlaq, 12, Rula al-Qawlaq, 5 , Zaid al-Qawlaq, 8, Qusai al-Qawlaq, 6 bulan, Adam al-Qawlaq, 3, Ahmad al-Qawlaq, 15, dan Hana al-Qawlaq, 14.

Mencari mangsa dari keluarga al-Qawlaq.

“Itu tidak dapat dibayangkan, ia diluar keperimanusiaan dan satu penyeksaan,” kata Waseem al-Qawlaq, yang selamat.

Dima al-Ifranji, (15),Yazan al-Ifranji, (13), Mira al-Ifranji, (11) dan Amir al-Ifranji, (9).

Dima al-Ifranji, 15, adalah anak harapan buat ayahnya. Dia adalah salah seorang pelajar cemerlang di kelasnya. Mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dan Perancis dan mengimpikan untuk belajar perubatan, kata ayahnya, Rami al-Ifranji.

Adiknya, Yazan al-Ifranji, 13, adalah anak yang cerdas, sering kali menjadi yang pertama menjawab soalan di kelas. Dia suka bermain bola sepak dan mendengar muzik, dan berharap dapat menjadi jurutera komputer.

Mira al-Ifranji, 11, membayangkan masa depan untuk menjadi seorang doktor gigi. Dan Amir al-Ifranji, 9, adalah anak yang sopan dengan senyuman bersemangat dan suka bermain bola sepak dan permainan video di telefonnya. Serangan udara Israel pada 16 Mei lalu membunuh keempat-empat kanak-kanak dan ibu mereka.

Dana Ishkontana, (9), and Lana Ishkontana, (5), Yahya Ishkontana, (4), dan Zain Ishkontana, (2).

Walaupun sudah lewat malam selepas sambutan perayaan menyambut akhir Ramadan sudah berakhir, Dana Ishkontana, 9, dan Lana Ishkontana, 5, ingin terus mengenakan pakaian barunya itu kerana ayahnya, Raed Ishkontana mahu mengambil gambar mereka melalui telefonnya. Sementara dua adik-beradiknya lain Yahya Ishkontana, 4, dan Zain Ishkontana, 2, berada bersama ibunya.

Raed Ishkontana, yang terselamat dalam serangan udara, meratapi kematian isteri dan empat anaknya.

Apabila, ibunya mahu melangkah ke dapur untuk mengambil makanan ringan, gula-gula coklat dan kerepek kentang untuk anaknya, roket tentera Israel telah membedil kediaman mereka menyebabkan keempat anak dan ibu mereka terbunuh.

Tala Abu Elouf, (13) dan abangnya, Tawfiq Abu Elouf, (17).

Ayahnya menggelar ‘Galaxy’ kepada anaknya  Tala Abu Elouf, 13 kerana dia mempunyai mata berwarna coklat. Dia suka bergurau bersama ayahnya, Dr. Ayman Abu Elouf, kata sepupunya, Alaa Abu Elouf. Abangnya, Tawfiq Abu Elouf, 17, adalah seorang pelajar yang serius dan sedang gigih mempersiapkan diri untuk ujian peperiksaan bagi sekolah menengah. Kesemua keluarga saudaranya itu terbunuh dalam serangan udara Israel di Jalan Al Wahda di Kota Gaza pada 16 Mei, kata Abu Elouf.

Rafeef Abu Dayer.

Rafeef Abu Dayer, 10, suka melukis. Dia telah membuat lukisan salah satu bangunan tinggi yang dihancurkan oleh serangan udara Israel di Kota Gaza dua hari sebelumnya dan mula mewarnai gambarnya ketika ibunya memanggilnya untuk makan tengah hari.

“Anda boleh kembali melukis setelah anda makan,” kata ibunya.

Lukisan terakhir Rafeef Abu Dayer, 10, yang dihasilkan sebelum dia terbunuh.

Gadis itu duduk untuk makan tengah hari bersama 13 saudara di sebuah taman perumahan persendirian. Beberapa minit kemudian, Israel menyerang sebuah bangunan berdekatan, kata seorang bapa saudara. Serpihan dan runtuhan terkena Rafeef. Dia dan bapa saudara lain terbunuh.

Pada 19 Mei, sehari sebelum Israel dan Hamas menyetujui gencatan senjata, Dima Asaliyah, 10, berjalan pulang dari rumah kakaknya dengan membawa oven elektrik untuk membuat piza. Sebuah drone pengintai Israel melayang di atas kepalanya menyebabkan dia terbunuh.

Sumber: The New York Times

7682a5f3-2aae-46a1-877f-4c4e39631a7c
Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Gaza Berhak Untuk Senyum

no comment

SEPERTI tiada apa-apa yang telah berlaku selepas tiada lagi kedengaran bom pemusnah dari bedilan roket rejim Zionis. Tiada lagi kedengaran deruan bingit jet perang melintasi ruang udara bumi bertuah Gaza.

Apa yang kelihatan hanyalah kemusnahan yang amat dahsyat hampir mencecah nilaian billion ringgit yang memerlukan bertahun-tahun untuk dibangunkan kembali.

Namun rakyat Palestin khususnya wilayah Gaza yang menjadi sasaran utama bedilan roket Zionis Israel masih berhak untuk senyum, bergelak-tawa kerana bagi mereka kehidupan perlu diteruskan.

Apa pun keadaan yang telah berlaku tidak menghalang rakyat Gaza untuk keluar menikmati makanan bersama keluarga.

Apa yang tertangguh sebelum ini seperti meraikan Aidilfitri dengan menziarahi sanak saudara, jiran tertangga, sambutan hari jadi, minum bersembang bersama kawan dan pelbagai aktiviti rutin kembali diteruskan.

Pemuda Gaza mengambil peluang berjumpa kawan selepas gencatan senjata diumumkan.

Gencatan senjata bagi mereka adalah tempoh untuk ‘berehat’, menyelesaikan rutin harian dan kembali menjalani kehidupan biasa, apatah lagi melaluinya perkara yang sama sejak tujuh dekad yang lalu bagaikan sudah lali. Inilah kehebatan jiwa yang dikurniakan Allah kepada rakyat Gaza bagi mempertahankan terus bumi tanah air mereka sampai bila-bila.

Ketika pertempuran Pejuang Palestin dengan rejim Zionis berlaku, puluhan ribu penduduk Palestin terpaksa berlindung di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk melepaskan diri daripada pengeboman Israel.

Kesedihan yang tidak dapat digambarkan bagi kanak-kanak yang kehilangan tempat mereka berteduh.

Kini banyak keluarga sudah mula pulang ke rumah masing-masing setelah gencatan senjata berkuat kuasa pada awal pagi Jumaat lalu. Melihat adakah sisa-sisa kediaman mereka masih boleh dijadikan tempat perlindungan ahli keluarga yang masih hidup.

Rakyat Gaza kembali pulang ke rumah selepas gencatan senjata diumumkan.

Wartawan Al Jazeera, Harry Fawcett yang melaporkan dari Gaza berkata, Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB menganggarkan hampir 17,000 unit kediaman dan komersial telah rosak dan musnah disebabkan oleh serangan bedilan roket rejim Zionis sepanjang 11 hari pertempuran.

“Ini termasuk 769 unit perumahan dan komersil yang tidak dapat dihuni, sekurang-kurangnya 1.042 unit di sekitar 258 bangunan yang musnah dan 14.538 unit lagi yang mengalami sedikit kerosakan.

“Terdapat nisbah kira-kira lebih dari enam orang bagi setiap rumah di bandar ini dan di Semenanjung, iaitu lebih daripada 80,000 orang yang kehilangan rumah atau mengalami kerosakan serius sebahagian rumah mereka. Ia adalah satu malapetaka paling besar berlaku sejak konflik antara Israel dan Palestin berlaku,” kata badan PBB itu dalam satu kenyataan.

Hilang tempat berteduh dan mata pencarian.

Penduduk Gaza, Nazmi Dahdouh, 70, yang juga seorang ayah kepada lima anak menyatakan rumahnya di Kota Gaza musnah dalam serangan Israel.

“Kami tidak mempunyai rumah lain. Saya akan tinggal di khemah di atas runtuhan rumah saya sehingga dibina semula, ”katanya kepada agensi media AFP.

Tetapi Malak Mattar, seorang seniman di Kota Gaza, memberitahu Al Jazeera gencatan senjata telah membawa kelegaan kepada keluarganya.

“Kami berasa lega yang akhirnya kami dapat tidur lena selama berjam-jam yang merupakan perkara yang kami tidak dapat lakukan selama 11 hari yang lalu, kini keadaannya sangat baik, merasa selamat dan mendapat bekalan makanan,”katanya.

Media pemerintah Mesir melaporkan bahawa dua perwakilan keselamatan Mesir telah tiba untuk memantau perjanjian gencatan senjata dari kedua-dua belah pihak.

Antony Blinken. Gambar AP

Jabatan Luar Amerika Syarikat mengatakan diplomat tertinggi Antony Blinken akan bertemu dengan wakil Israel dan Palestin dalam beberapa hari untuk membincangkan usaha pemulihan dan bekerjasama dalam membangun masa depan yang lebih baik untuk Israel dan Palestin.

Ketua PBB Antonio Guterres menyatakan Israel dan Palestin sekarang memiliki tanggung jawab untuk mengadakan dialog untuk mengatasi punca konflik.

Dia juga meminta sokongan kukuh masyarakat antarabangsa untuk pembinaan dan pemulihan yang cepat dan mampan.

Kolumnis Diplomat Washington, Eric Ham, mengatakan konfrontasi ketenteraan terbaru antara Israel dan Hamas telah menyebabkan pergeseran persepsi terhadap Israel di kalangan beberapa ahli kongres Amerika Syarikat.

“Apa yang anda lihat sekarang adalah sejumlah ahli kongres Demokrat yang bersedia keluar dan berbicara dengan tegas secara terang-terangan mengenai pencerobohan atau tindak balas tentera Israel terhadap apa yang kita lihat di Semenanjung Gaza,” kata Ham kepada Al Jazeera.

“Ini adalah sesuatu yang belum pernah dilihat sebelum ini,” katanya.

Sumber: Al Jazeera

edaef323-e0ef-4474-abcd-4579401ad840
Berita Semasa, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Rakyat Gaza Lancar Kempen “Kita Akan Bina Semula”

no comment

SELEPAS berakhirnya 11 hari pengeboman ngeri yang sentiasa berulang bagi kehidupan masyarakat Gaza di Palestin, kini tiba masanya menghitung kemusnahan dan kematian yang berlaku.

Jumlah kematian akibat pengeboman tentera rejim zionis Israel di Semenanjung Gaza sehingga hari ini adalah 248 orang termasuk 66 kanak-kanak dan 39 wanita, 17 warga emas serta 1,948 yang lain mengalami kecederaan.

Antara mereka yang syahid kebanyakkan orang awam termasuk kanak-kanak dan wanita.

Perang berkenaan bermula dengan angkara pencerobohan Masjid Al-Aqsa dan kediaman penduduk Palestin di daerah Sheikh Jarrah, Baitulmaqdis oleh rejim tentera zionis sehingga tercetusnya pertempuran dengan masyarakat tempatan dan selanjutnya penduduk Gaza.

Meskipun Briged Al-Qassam berkali-kali memberi amaran, namun tentera zionis yang angkuh dan sombong tidak mengendahkannya dan terus membuat hura-hara dan menganggu dua tempat itu.

Sebagai tindak balas, para mujahidin melancarkan serangan bertali arus dan ini mengejutkan Israel. Mereka tidak menyangka pihak mujahidin mampu memberi serangan yang sengit pada pertempuran yang digelarkan sebagai Perang Pedang Al-Quds.

Letupan dahsyat dari pengeboman rejim zionis.

Biarpun Semenanjung Gaza kini meraikan kemenangan setelah 11 hari berdepan serangan pengganas Israel, wilayah itu terpaksa menanggung kemusnahan teruk khususnya pada kediaman dan kemudahan awam.

Kerja pembersihan tinggalan perang dilakukan sukarelawan Palestin.

Semalam, ratusan orang Palestin menjadi sukarelawan apabila Perbandaraan Gaza melancarkan kempen ‘We Will Build It’ dan mereka melakukan kerja gotong-royong membersihkan tinggalan perang di bandar berkenaan.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh. Gambar- AP News

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, berkata, ribuan rakyat kami telah berarak ke Aqsa untuk melindunginya. Ini mengesahkan bahawa Al Aqsa adalah garis merah – garisan simbolik yang jika dilangkah musuh akan berdepan dengan tindak balas pejuang Islam.

“Anak watan berhimpun meraikan kemenangan kami. Apa yang terjadi sangatlah agung. Kemenangan agung yang terjadi saat ini. Gaza bangun bagi membuang penyakit di Aqsa dan menepis tangan kotor yang menyentuh Sheikh Jarrah.

Golongan wanita tidak ketinggalan membantu membersihkan tinggalan perang.

“Kami telah memberikan kesakitan, kesakitan yang amat dalam kesannya ke atas Israel, tentera, rakyat dan masa depannya. Gaza telah menang menpertahankan Al-Quds, Masjid Al Aqsa, kejiranan Sheikh Jarrah dan tebing barat.

“Ini adalah peperangan yang ada kesudahannya, Al-Quds adalah matlamat utamanya. Permulaannya di perkarangan Al Aqsa segala darah yang tumpah di sini adalah jalan menuju ke Al-Quds.

“Sudah kami katakan kepada musuh, jangan bermain dengan api dan mencemar Masjid Al Aqsa. Kami tahu apa yang kami katakan dan kami pasti musuh dapat menghadamnya sekarang.

“Gaza telah menghunus pedang Al-Quds dan mengajar musuh suatu pengajaran yang takkan dilupakan. Pasukan pejuang mempunyai minda yang kreatif dan inovasi-inovasi ini telah disaksikan dunia di semua peringkat.

Bagi mereka, hidup perlu diteruskan.

“Peperangan Pedang Al-Quds telah melalui banyak tahap dan membuka pintu kepada suatu tahap yang baru. Semua orang atasan di dalam pasukan musuh dan pemerhati di setiap pelusuk dan luar daripadanya akan membaca apa yang telah dicapai oleh pasukan pejuang.

“Pasukan pejuang menamatkan perjanjian bersejarah abad ini dan segala imbal balik dan normalisasi dengan pihak penjajah.

“Hubungan bersama pihak Arab dan semua negara Islam sekitarnya perlu diperketatkan, dan kita telah lihat bagaimana kekuatan sesuatu negara, pegangan demi pegangan, berdiri di belakang Al-Quds.

“Gaza berkorban dengan darah dan rumah demi Al-Quds dan masjid Al Aqsa, untuk menjayakan percaturan pejuang.

Tiada apa yang mampu mereka lakukan kecuali melihat keadaan tidak seperti dulu.

“Terima kasih Qatar kerana memainkan peranan dari aspek politik dan pergerakan diplomatik dalam menghadapi pencerobohan ini. Kami berterima kasih ke atas Iran atas bantuan senjata dan kewangan kepada pasukan pejuang kami di Gaza. Kami juga berterima kasih kepada Arab dan negara-negara Islam yang lain,” katanya.

Hilang tempat berteduh dan mata pencarian.

Sementara itu, Kementerian Kerja Raya dan Perumahan di Gaza menafsirkan kemusnahan yang berlaku ketika pencerobohan zionis di Gaza seperti di bawah:

Jumlah Kemusnahan:
– 1,800 unit perumahan musnah sepenuhnya
– 16,800 unit perumahan musnah sebahagiannya
– lima bangunan tinggi kediaman musnah sepenuhnya
– 74 institusi kerajaan dan kemudahan awam musnah sepenuhnya
– 66 sekolah terdedah kepada pengeboman
– tiga Masjid musnah sepenuhnya
– 40 masjid sebahagiannya musnah
– Satu gereja hancur sebahagian
– AS$150 juta adalah anggaran awal kerugian bangunan yang musnah
– AS$350 juta diperlukan untuk pembinaan semula sektor perumahan

 

Sumber Teks dan Gambar: Twitter PidotArts

The Electronic Intifada
Gaya Hidup, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

no comment

HARI ini jam 7 pagi waktu Malaysia, seluruh umat Islam menyatakan rasa syukur apabila pengumuman daripada Setiausaha Gerakan Pejuang Gaza, Komander Ziyad Al-Nakhalah mengumumkan Israel terpaksa akur dengan permintaan dunia untuk melakukan gencatan senjata menandakan pejuang Mujahid Hamas memenangi peperangan Al-Quds kali ini.

Setiausaha Gerakan Pejuang Gaza, Komander Ziyad, Al-Nakhalah mengumumkan gencatan senjata pagi ini.

Kekalahan rejim zionis membuktikan mereka gagal dalam mengesan strategi pejuang Palestin itu yang sudah lama bersedia mental dan fizikal demi mempertahankan bumi bertuah tanah air mereka dari terus di cerobohi penjajah Israel.

Sepanjang 11 hari pertempuran berlaku, peluru zionis hanya mensasar orang awam, wanita dan kanak-kanak, bangunan pentadbiran, sekolah, hospital yang telah mengorbankan ramai manusia tidak berdosa. Namun berbeza dengan pejuang Palestin yang telah melumpuhkan pangkalan dan markas rejim zionis dan melancarkan serangan hendap pada kedudukan yang tidak pernah disangka mereka.

Rakyat Gaza meraikan kemenangan terhadap rejim zionis dalam peperangan Al-Quds.

Anggota Biro Politik Hamas, Khalil Al Hayya berkata, “kami sudah menang, wahai Netanyahu kerana mujahidin kami sedang berjalan melalui terowang yang kau dakwa telah musnah. Mujahidin kami sedang bergembira di terowong-terowong Gaza yang Izzah dan mulia,” katanya dari kenyataan yang dikeluar beberapa jam yang lalu.

Ini jelas buktinya, kewujudan beratus terowong rahsia di bawah muka bumi Gaza antara strategi perang yang paling ditakuti rejim zionis, apatah lagi mereka mengetahui terdapat lebih 750 terowong lama dan baharu telah di bina menuju hingga ke sempadan Mesir.

Usaha zionis merobohkan terowong sering kali gagal- gambar Alaraby

Sejak dulu pelbagai usaha dilakukan zionis untuk memusnahkan fungsi terowong yang suatu masa lalu dijadikan laluan masyarakat Gaza melakukan aktiviti untuk menyeludup keperluan harian dari dihidu penjajah zionis.

Terowong yang berselirat di bawah tanah Semenanjung Gaza memiliki sejarah yang panjang. Ia dibina bertahun dulu dengan pelbagai kedalaman dan keluasan antara 800 hingga 1,400 meter panjangnya dengan kedalaman antara 15 hingga 30 meter.

Membawa binatang ternakan melalui terowong adalah perkara biasa rakyat Gaza.- Gambar: NBC News

Pembinaan terowong yang biasanya digali bermula dari dalam bangunan atau rumah yang runtuh mengambil masa paling kurang enam bulan untuk disiapkan.

Sejarah terowong di Gaza sudah lama wujud dan kini berubah fungsi daripada dijadikan laluan menyeludup makanan kepada membawa senjata sejak penjajahan kaum Yahudi Israel ke bumi Palestin itu.

Tentera Hamas sentiasa bersedia di dalam kubu kuat mereka di laluan terowong yang sukar dikesan musuh. Gambar: Dunia Tempo.co

Namun kini tinggalan terowong itu menjadi kelebihan buat pejuang Hamas di mana fungsi terowong adalah paksi kekuatan mereka dalam menyusun strategi dan melakukan pelbagai aktiviti bagi tujuan menguatkan pasukan ketenteraannya menentang zionis.

Sejak Hamas menguasai Gaza pada Jun 2006, jumlah barangan yang dibawa melalui terowong dari Mesir ke Gaza semakin bertambah.

Ketika Intifada pertama dan sepanjang perselisihan antara Hamas dan Fatah, banyak senjata diseludup ke Gaza dari Mesir melalui terowong. Satu ketika dulu penyeludup disamakan dengan penjenayah, tetapi hari ini, desakan hidup dan sekatan ekonomi oleh Israel menjadikan hampir semua warga Palestin tidak peduli lagi dengan anggapan itu.

Tentera Hamas bersedia dengan kelengkapan perang untuk bertempur bersama zionis- Gambar: Eramuslim

Ini diakui Komander Israel bahawa pergerakan itu masih memiliki jumlah senjata yang besar dan mempunyai lebih 20,000 pejuang terlatih yang mana mereka bergerak melalui terowong jauh di bawah sempadan Mesir.

 

Terowong ini adalah kunci memastikan kuasa politik dan ketenteraan Hamas yang bukan saja menjadikan mereka sasaran serangan Israel malah menjadi isu utama dalam rundingan gencatan senjata.

Selain sebuah terowong yang dikenali sebagai Koridor Philadelphi yang sudah diketahui Israel, ada ratusan lagi terowong yang berselirat di perut bumi Gaza hingga ke sempadan Mesir.

Pengarah Pusat Pengajian Strategik Begin-Sadat Universiti Bar-Ilan Israel, Prof Efraim Inbar, percaya kerajaan Israel bertanggungjawab pada kewujudan pelbagai terowong ini.

“Israel tidak melihatnya sebagai serius pada awalnya. Malah tidak menggunakan sumber dan wang yang ada untuk mengesan dan menghentikannya. Masalah yang dihadapi Israel sekarang adalah mereka perlu memusnahkan semua terowong ini dan memastikan ia tidak akan dibina pada masa depan,” katanya,

Antara terowong yang berjaya diruntuhkan zionis, namun segera dibaikpulih penduduk Gaza. (AP Gambar/Adel Hana)

 

Sebelum ini, Israel pernah menimbangkan untuk menangani kewujudan terowong ini dengan menggali parit yang dipenuhi dengan air laut. Justeru, setiap pengguna terowong berisiko untuk lemas. Bagaimanapun, pelan itu tidak menjadi kerana ia boleh mendedahkan Gaza pada keadaan bawah tanah yang rapuh.

Israel juga pernah meminta Amerika Syarikat membekalkan jurutera tentera yang boleh membina dinding bawah tanah di sebelah Mesir bersebelahan Koridor Philadelphi. Amerika Syarikat bersetuju pada prinsipnya walaupun tidak jelas sama ada pihak Mesir memberikan kebenaran.

Ketakutan Israel pada terowong di Gaza yang semakin banyak dibuka semula amat jelas apabila mereka meminta pihak berkuasa antarabangsa memantau gencatan senjata.

Malah, Israel cuba untuk memusnahkan jaringan bawah tanah ini dengan bom jenis bunker-busting (bom yang boleh menembusi sasaran bawah tanah) yang diperoleh dari Amerika Syarikat.

Ilustrasi terowong Gaza yang ditakuti zionis. Gambar WordPress.com

Nicholas Pelham, penganalisis dari Kumpulan Krisis Antarabangsa berkata, penutupan terowong ini secara kekal adalah proses utama dan berpanjangan.

“Tanpa memperoleh semua wilayah, sukar untuk menutup terowong ini dalam masa yang lama,” katanya.

Apa yang membuat Israel lebih bimbang apabila sayap bersenjata Hamas, Briged Izz Al-Din Al-Qassam menggunakan terowong untuk persiapan perang. Sayap itu dikatakan menghantar ribuan pejuang untuk berlatih di Iran dan Lubnan melalui terowong, taktik yang digunakan secara berjaya oleh Hizbollah bagi menentang Israel pada 2006.

Menurut seorang Komander Hamas, satu daripada pelajaran yang dipelajari daripada terowong adalah ia mengurangkan risiko yang diambil apabila menyerang balas.

“Jangan ledakan bom di situ, gali terowong dan gunakan wayar peledak bagi membolehkan misil dilancarkan dari jauh. Jadi, Hamas hanya akan kerugian tiub atau alatan menembak yang hanya berharga RM30.20 dan bukan pejuang,” katanya.

Komander Islam Jihad, Abu Bilal yang beroperasi secara bebas di Gaza, mengakui serangan roket secara psikologinya memusnahkan Israel tetapi memiliki impak ketenteraan yang sedikit.

“Kami tidak boleh berbuat apa-apa selain serangan roket dan harapan mereka memasuki Gaza. Kami berdoa supaya kereta kebal masuk kekawasan kami, semua pejuang akan menunggu peluang untuk membunuh mereka,” katanya.

Keadaan laluan di dalam terowong yang baru disiapkan.- Gambar: Wikipedia Smuggling.

Rangkaian persenjataan Hamas termasuk misil Qassam yang dihasilkan di Gaza dan roket tiruan Rusia yang dihasilkan di China. Semua itu diseludup melalui sempadan selain mortar, mesingan, bom, pelancar roket dan pelbagai senjata perang lain yang diimprovisasi.

Hamas juga mewarisi simpanan senjata infantri Amerika Syarikat dan amunisi yang ditinggalkan Pergerakan Fatah apabila pejuangnya keluar dari Gaza pada 2007.

Hamas juga meningkatkan struktur ketenteraannya dengan lima briged di bawah komander berbeza yang melapor kepada Ketua Izz Al-Din Al-Qassam. Mereka juga dilatih bergerak dalam unit individu jika keadaan memerlukan.

Selain itu, pejuang Hamas juga meningkatkan propaganda melawan persenjataan Israel. Dengan wartawan yang dihalang memasuki Palestin oleh tentera Israel, laman web Hamas – Pusat Maklumat Palestin (PIC) adalah senjata utama bagi mendapatkan sumber berita. Ia menyiarkan berita duka berikutan serangan Israel dan ikrar untuk menyerang wilayah yang dikuasai Israel.

PIC juga memberi alamat web yang lain jika laman web itu gagal dicapai. Ini kerana Israel sentiasa mencari jalan memusnahkan Hamas termasuk mengganggu stesen TV Hamas, Al-Aqsa dengan menyelitkan kartun menunjukkan pejuang Hamas diletupkan dengan nasihat ‘anda tidak akan berjaya’.

Info Terowong Gaza

# Ada lebih 750 terowong di bawah bumi Gaza dan satu daripadanya ditemui Israel dikenali sebagai Koridor Philadephi.

# Terowong yang biasa untuk penyeludupan barangan pengguna panjangnya antara 800 hingga 1,400 meter dengan kedalaman antara 15 hingga 30 meter.

# Pembinaan mengambil masa paling kurang enam bulan.

# Upah menggali RM480 sehari.

# Dianggarkan 90 peratus produk yang memasuki Gaza setiap bulan bernilai RM128 juta dan semuanya dibawa melalui terowong melalui Mesir.

# Jaringan bawah tanah ini juga sumber pendapatan dan senjata bagi pergerakan Hamas dengan bayaran RM8,880 untuk setiap terowong.

 

Sumber: Spiegel Online International/Reuters/AFP/Gulfnews

Khamenei.ir 2
Jendela Dunia, Personaliti, Pilihan Editor,

Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

no comment

“Kenapa kamu suruh saya solat di rumah? Hanya kerana pesawat dan helikopter itu? Kalau memang saya harus mati syahid malam ini, malam inilah yang saya tunggu-tunggu seumur hidup. Insya Allah, saya akan mati syahid malam ini”, kata-kata terakhir pejuang pembebasan Palestin yang juga pemimpin Hamas, Sheikh Ahmad Yassin kepada isterinya pada subuh 22 Mac 2004.

Wajah syahid, Sheikh Ahmad Yassin

Tarikh keramat itu tidak akan dilupakan seluruh rakyat Palestin di mana kembalinya sosok perjuang menghadap Maha Pencipta angkara kegerunan tentera zionis Israel terhadap jihad beliau yang menuntut pembebasan Palestin dari penjajahan kaum Yahudi, Israel di tanah airnya.

Langit Gaza ketika itu tidak seperti hari biasa, bumi Palestin tiba-tiba bergegar dengan kemunculan jet perjuang F-16 tentera zionis yang berlegar-legar di ruang udara masjid di mana tempat beliau dan anaknya berjemaah setiap hari. Malah larangan isterinya yang meminta beliau berjemaah di rumah juga tidak diendahkan.

Tiga peluru berpandu jenis Hellfire dari helikopter AH-64 milik Israel seperti inilah telah membedil Sheikh Ahmad Yassin.

Saat beliau keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh, tiga peluru berpandu jenis Hellfire dari helikopter AH-64 milik zionis menyambut beliau di pintu masjid sehingga berkecai jasadnya.

Tindakan bacul dan kekejam zionis menggunakan tiga peluru berpandu untuk membunuh seorang lelaki yang lumpuh dan hanya menghabiskan sisa-sisa hidupnya diatas kerusi roda tidak boleh diterima masyarakat dari seluruh dunia.

Kejadian itu turut mengorbankan enam termasuk dua pengawal dan seorang anak lelakinya, manakala 17 lagi cedera. Media Israel mengesahkan pembunuhan itu adalah diarahkan kerajaan Israel yang dipimpin Ariel Sharon.

Lokasi kejadian di mana Syeikh Ahmad Yassin dibedil peluru berpandu milik Zionis Israel. Imej Buletinonline.net

Palestin berkabung, air mata mengalir dari pencinta jihad sampailah kanak-kanak, golongan kaya, marhaen dan semua rakyat dari seluruh Gaza hingga ke serata pelusuk dunia. Ia antara serangan berprofil tinggi Israel ke atas pemimpin Palestin dalam tempoh 16 tahun.

Tangisan rakyat Palestin mengiringi jenazah Sheikh Ahmad Yassin : Imej-gettyimages

Siapa Sheikh Ahmad Yassin yang digeruni Zionis?
Ketokohan beliau memang tiada galang ganti, pengorbanannya dalam perjuangan pembebasan bumi kelahirannya memang perlu diangkat menjadi inspirasi keturunan dan waris masyarakat Palestin.

Syeikh Ahmad Yassin atau nama sebenarnya Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin dilahirkan di kampung al-Jora, daerah Majdal wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun 1938. Dia dibesarkan di sana sehingga tahun 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin sehingga memaksa beliau dan keluarga berhijrah ke Semenanjung Gaza.

Membesar sebagai seorang pelajar yang cemerlang, beliau amat disayangi oleh guru. Beliau juga aktif bersukan sehingga ditimpa kemalangan ketika beriadah menyebabkan beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya.

Keadaannya yang lumpuh tidak menghalang beliau meneruskan kecemerlangan dalam pelajaran hingga diterima melanjutkan pelajaran ke Universiti Ain Shams di Kaherah pada 1964. Pengajiannya tidak sempat tamat kerana beliau telah dipenjarakan selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir kerana terlibat dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin pada tahun 1966.

Lebih dahsyat lagi beliau telah dihantar pulang ke Gaza oleh pihak berkuasa Mesir tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Ujian yang getir ini tidak sedikit pun membunuh semangatnya untuk terus bergerak aktif memperjuangkan Islam dan dakwah Islamiyyah.

Syeikh Ahmad Yassin turut disayangi kanak-kanak kerana sifat keperibadiannya yang ramah dan cepat mesra: Imej -Islampos

Kepulangannya ke Gaza menyaksikan beliau lebih aktif memperjuangkan Islam sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di masjid Gaza. Dalam tempoh yang singkat sahaja beliau telah menjadi terkenal di kalangan penduduk Gaza terutamanya selepas penjajahan rejim Zionis ke atas Gaza pada tahun 1967.

Selain daripada dua tugas utama, beliau juga aktif melakukan kerja kebajikan dan pendakwah yang gigih mendidik anak-anak Gaza. Hasil dari usaha tersebut sekitar tahun 1969 dan 1970 pertubuhan Ikhwanul Muslimin mula berkembang di Gaza. Hasilnya pada tahun 1973 dengan bantuan anggota pertubuhan itu, Syeikh Ahmad Yassin berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjaga kebajikan pelarian Palestin diberi nama Mujamma al-Islam.

Beliau disanjungi ramai masyarakat Palestin kerana ketokohannya serta perjuang pembebasan Palestin.

Usahanya tidak terhenti setakat itu sahaja. Memandangkan keadaan di Palestin lebih memaksa umat islam di sana untuk berjihad, beliau dan beberapa anggota Ikhwanul Muslimin yang lain telah menubuhkan sebuah gerakan jihad yang dinamakan sebagai al-Mujahidun al-Filastiniyun pada tahun 1982 sebagai kesinambungan perjuangan Kataib Syuyukh yang mengambil wasilah jihad sebagai landasan perjuangan mereka.

Bagi Ahmad Yassin kelumpuhan dirinya tidak mengahalang dirinya dari usaha mendidik dan membina generasi mujahidin Palestin untuk berhadapan dengan penjajah Zionis yang telah menjajah bumi mereka dan juga Masjid al-Aqsa.

Pada tahun 1983, ketika beliau menjawat jawatan sebagai pengarah Pusat Islam di Gaza, beliau ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis di atas tuduhan memilki senjata api dan cuba untuk menggugat kerajaan Zionis Israel.

Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun melalui mahkamah tentera Israel, namun pada tahun 1985 hasil dari proses pertukaran tawanan di antara pihak PLO dengan rejim Zionis, beliau dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 11 bulan.

Logo HAMAS diperkarangan Masjid Al-Aqsa: imej-Anadolu Agency

Melihatkan kepada situasi negara-negara Arab tidak lagi berminat untuk memerdekan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa, begitu juga dengan gerakan PLO yang semakin bersikap tutup mata terhadap rejim Zionis, Yassin dan juga rakan- rakannya di dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin telah menubuhkan gerakan pembebasan Islam yang dikenali sebagai HAMAS pada tahun 1987.

HAMAS telah memulakan corak baru penentangan dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan pertempuran secara bersemuka dengan pihak tentera Zionis. Kebanyakan ahli pergerakan ini dipilih dari kalangan ahli masjid dan menggelarkan diri mereka Atfal Hijarah, (kanak- kanak batu) kerana menggunakan batu untuk berhadapan dengan tentera Zionis.

Intifada pertama diketui Syeikh Ahmad Yassin: Imej – twitter Malek Hussin.

Penentangan yang memberi impak yang besar terhadap rejim Zionis ini dikenali sebagai Intifadah. Kesan amat hebat, di mana pihak tentera Zionis terpaksa mengambil tindakan drastik sebagai tindak balas terhadap kemaraan gerakan HAMAS.

Sebagai natijahnya, pada bulan Ogos 1988 pihak tentera Zionis telah merobohkan rumahnya dan membuangnya ke sempadan Lebanon. Tidak cukup sekadar itu sahaja, pada 18 Mei 1989 beliau bersama ratusan anggota pergerakan HAMAS yang lain telah dipenjarakan kerana kejayaan operasi yang telah dilancarkan oleh gerakan itu dalam usaha membunuh tentera dan komando Israel.

Sekali lagi mahkamah tentera Israel pada 16 Oktober 1991 telah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara ke atas Syeikh Ahmad Yassin di atas sembilan pertuduhan yang disabitkan ke atasnya, termasuk tuduhan membunuh, menculik dan juga menyerang tentera Zionis.

Sahabat baiknya, Presiden Palestin, Yasser Arafat turut menziarahi Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau terlantar sakit.

Kesan daripada penahanan tersebut beliau telah mengalami lumpuh seluruh tubuh kecuali kepalanya sahaja. Beliau juga mengalami kehilangan penglihatan mata kanannya dan juga kekaburan penglihatan pada mata kirinya selain daripada masalah pendengaran akibat tekanan dan deraan yang dikenakan ke atasnya.

Sepanjang tempoh itu juga beliau dihidapi jangkitan pada paru-paru dan bahagian perut. Keadaan kesihatannya semakin parah itu telah memaksa pihak penjara membawanya berulang- alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pada 13 Disember 1992 kumpulan komando HAMAS yang dikenali sebagai Kataib al-Qassam telah berjaya menculik seorang tentera Zionis dan menawarkan pertukaran tawanan dengan pihak rejim. Mereka menawarkan pertukaran di antara tentera tersebut dengan pembebasan Syeikh Ahmad Yassin dan beberapa tawanan HAMAS lain yang sakit dan yang telah berumur.

Pihak rejim Zionis bagaimanapun menolak permintaan itu malah cuba menyerbu masuk ke rumah di mana tenteranya ditawan dengan harapan untuk membebaskannya. Percubaan mereka gagal, tentera Zionis yang ditawan itu mati dibunuh berserta dua tentera Zionis yang lain dan juga tiga pejuang Palestin telah syahid di tempat kejadian. Kejadian itu berlaku di Bir Nabala berdekatan dengan kota Baitul Maqdis.

Syeikh Ahmad Yassin sering ditolak oleh anaknya untuk ke mana-mana. Imej – Bayyraq.com

Pada 1 Oktober 1997, hasil dari perundingan pertukaran tawanan di antara kerajaan Jordan dengan rejim Zionis, Syeikh Ahmad Yassin berjaya dibebaskan. Kerajaan Jordan berjaya memberkas dua anggota perisikan rejim Zionis ketika mereka gagal dalam percubaan untuk membunuh ketua biro politik HAMAS, Khaled Mishaal di Amman, Jordan.

Demi untuk mendapatkan kembali dua perisik tersebut, pihak rejim Zionis telah bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh Raja Jordan, Raja Hussin yang meminta Syeikh Ahmad Yassin dibebaskan.

Sejurus pembebasannya Syeikh Ahmad Yassin kembali memainkan peranan sebagai pemimpin agama bagi gerakan HAMAS yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Palestin dan juga semakin digeruni oleh rejim Zionis.

September 2000 telah menyaksikan tercetusnya Intifadah kali kedua selepas perdana menteri rejim Zionis, Ariel Sharon telah mencemarkan Masjid al-Aqsa bersama 200 tenteranya.

Sekali lagi Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya membangkitkan rakyat Palestin untuk bangun berjuang menentang kegilaan rejim Zionis. Impaknya amat besar kepada rejim Zionis. Kerugian harta dan nyawa yang dialaminya adalah yang paling teruk dalam 50 tahun penubuhan negara haram Israel.

Penentangan berlaku tiap- tiap hari tanpa menunjukkan rasa menyerah kalah. Hasilnya pelbagi usaha dilakukan oleh pihak rejim demi mengekang kemaraan rakyat Palestin.

Antaranya menyerang bandar-bandar, membunuh orang awam, membina tembok pemisah, membunuh pejuang Palestin dan pemimpin-pemimpin mereka.

Hasil dari kegilaan itu, beberapa pemimpin pejuang Palestin ditemui syahid dibunuh oleh rejim Zionis dengan menggunakan jet pejuang, helikopter dan juga kereta kebal mereka. Antara yang syahid ialah Salah Shahadah, Ismail Abu Shanab dan ramai lagi.

Syeikh Ahmad Yassin juga tidak terlepas dari usaha jahat tersebut, seperti yang berlaku pada 6 September 2003 bila mana sebuah helikopter Apache milih tentera Zionis telah membedil dan merobohkan rumah Ahmad Yassin, mujurlah beliau selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya.

Begitu juga apa yang dialami oleh Abdul Aziz Rantisi, orang nombor dua HAMAS yang telah dibedil keretanya ketika beliau di dalam perjalanan.

Namun, pada subuh 22 Mac 2004, mereka sekali lagi menyerang Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari masjid setelah selesai solat subuh secara berjemaah. Tiga roket telah dilancarkan ke atas Syeikh yang lumpuh itu telah berjaya mengorbankan diri Ahmad Yassin dan lima yang lain termasuk anaknya.

Inna lillahi wa inna ilayhi rojiun…

Syeikh Ahmad Yassin (1937-2004) Inna lillahi wa inna ilayhi rojiun… Imej-PIC

Sumber: PalestinKini

68a22122b44c63cc8a31796923d0dc30
Gaya Hidup, Gaya Hidup, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Rahsia Keberanian Kanak-kanak Gaza

no comment

SEKEPING gambar kanak-kanak berusia kurang daripada 10 tahun melempar batu ke arah kereta kebal tentera Zionis Israel, menceritakan segala-galanya.

Ia mempamerkan kemarahan yang tidak lagi dapat dikawal.

Namun ia juga menunjukkan kemarahan itu melahirkan keberanian luar biasa walaupun dalam jiwa seorang kanak-kanak kecil yang seharusnya dalam ketakutan dan dilindungi daripada segala bahaya.

Kanak-kanak Gaza tidak pernah gentar biarpun apa yang datang.

Tetapi kejadian ini berlaku di Gaza, Palestin. Penduduk dalam wilayah digelar “Penjara Terbuka Paling Luas di Dunia” ini sudah lali dengan ketakutan.

Apakah rahsia sebenarnya kanak-kanak Gaza dilahirkan dengan begitu kental jiwa mereka, tiada ketakutan dalam hati dan betapa kuatnya kesabaran dalam melayari hidup yang begitu besar dugaan diturunkan kepada mereka.

Kanak-kanak Gaza dilahirkan tidak seperti mana kanak-kanak lain di dunia. Barangkali mereka sendiri tidak berkesempatan untuk bertahnik atau mengadakan majlis mencukur jambul, namun kelahiran mereka disambut dengan bunyi-bunyian bom, tembakan dan jeritan tangisan di persekitaran mereka.

Sudah tertanam dihati mereka, Palestin adalah bumi mereka.

Pemimpin Redaksi al-Sa’adah, Marihan Abu Laban berkata kecekalan dan ketabahan jiwa masyarakat Gaza dalam menghadapi kekejaman tentera Zionis Israel seumur hidup tidak dapat dipisahkan dengan memberi kesan pada institusi kekeluargaan mereka.

Katanya, bermulanya sejak kali pertama membuka mata ke dunia ini, mereka telah melalui pelbagai musibah. Ada antara mereka tidak pernah mengenali siapa ayah, siapa abang atau kakak-kakak yang telah syahid terlebih dahulu sebelum mereka dilahirkan.

Dilahirkan dengan jiwa yang cukup kental.

“Kehilangan orang-orang yang tersayang yang syahid menjadikan mereka tabah dan tinggi kesabarannya. Keredhaan yang ihtisab dan berharap pahala dari Allah memberi kekuatan dan keyakinan dengan takdir Allah itu.

“Wanita Palestin sentiasa menceritakan kepada anak-anak mereka bahawa kita tinggal di bumi ini adalah kurniaan Allah, tidak ada seorang pun yang boleh merebutnya.

“Mereka menyadari untuk meraih kemerdekaan memerlukan banyak perjuangan dan pengorbanan, sebab itu mereka tidak pernah merancang membatasi jumlah kelahiran anak mereka. Malah kita pernah berjumpa dengan ibu yang memiliki 10 anak bahkan ada yang lebih daripada itu,” katanya.

Tidak gentar walaupun melawan dengan cara tersendiri.

Sementara itu, wartawan Islammedia, Akhmad Arqom pernah menulis pertemuan bersama salah seorang pemimpin perjuangan Palestin yang menceritakan rahsia kekuatan mental kanak-kanak Gaza yang sebenarnya.

“Saya teringat situasi ketika pertemuan bersama salah seorang pemimpin mereka dalam sebuah forum 10 tahun lalu. Ketika mereka ditanya apakah rahsia sehingga pejuang-pejuang Palestin memiliki semangat, kesabaran dan keberanian perjuangan yang menakjubkan sejak kecil?

Dengan merendah diri mereka menjawab: ‘kuncinya adalah kami mendidik generasi kami dengan ini’, sambil mengangkat kitab suci al-Quran di hadapan orang ramai.”

Mereka dilatih dengan menaruh harapan tinggi atas bantuan Allah.

 

Anak Gaza dididik dengan situasi sebenar.

Pendidikan terhadap anak yang dilakukan oleh wanita di Gaza memang berbeza dengan negara Arab lainnya, kerana situasinya juga berbeza. Setiap wanita di dunia tertentu ingin mendidik anak-anaknya hingga mereka besar dan memiliki ilmu yang tinggi.

Terdapat perbezaan situasi yang dialami oleh wanita Palestin. Mereka berada dalam negara konflik, memiliki musuh yang tidak tahu menghormati hak orang lain dan melakukan kekejaman ke atas sesiapa sahaja, termasuk ke atas kanak-kanak.

Di atas sebab itu, ketika mendidik anak-anak, wanita Palestin terpaksa menceritakan realiti sebenar iaitu mereka akan berdepan dengan kekejaman rejim Zionis Israel.

Tidak seperti ibu-ibu di negara lain yang lebih gemar menceritakan sesuatu yang indah kepada anak-anak kecil mereka, ibu Palestin terpaksa menanam semangat cinta jihad dan menentang kekejaman yang dilakukan penjajah Yahudi.

Sebab itu, jika kita lihat rakyat Palestin sejak kecil telah memiliki rasa tanggungjawab, berpegang teguh dan bersandar pada diri sendiri, baik dari segi ekonomi, politik, perjuangan dan perkara-perkara lainnya.

Menjalani kehidupan biasa tanpa perlu takut.

Anak Gaza semakin bertambah.

Jumlah penduduk Palestin harus melebihi jumlah penduduk Yahudi adalah perkara yang sangat penting bagi masyarakat Palestin. Wanita Palestin diberikan keistimewaan mampu melahirkan anak sehingga 15 orang.

Mereka menginginkan jumlah tentera dan anak yang besar di Palestin. Meskipun keluarga tersebut kurang berkemampuan, namun wanita Palestina tetap berusaha melahirkan ramai anak, kerana kemiskinan bukanlah masalah kelahiran anak. Bagi mereka rezeki itu tetap datangnya dari Allah.

Mereka mahukan kebebasan seperti kanak-kanak lain di dunia ini.

Perjuangan Wanita Palestin.

Wanita Palestin adalah sebahagian daripada penjuang di tanah air sendiri. Mereka kebanyakkan adalah wanita terpelajar. Tidak ada wanita yang buta huruf, kerana itu wanita Palestin memiliki peranan besar dalam memerangi penjajah. Dari segi ekonomi, mereka sangat cerdas dalam mengatur urusan rumah tangga.

Mereka juga mampu memahami situasi penjajahan, jika suaminya ditangkap oleh penjajah Israel atau syahid, mereka tetap menyimpan perasaan berbangga untuk diceritakan kepada masyarakat sekeliling. Bahkan peranan mereka sebagai penyumbang jihad terbesar tanpa perlu mengangkat senjata menentang rejim Zionis.

Diugut dan ditangkap tentera Zionis, Israel sudah menjadi perkara biasa.

Kekuatan mental ditanam dari institusi kekeluargaan.

Hari demi hari rakyat Palestin perlu memperkuat diri. Mereka membekal kekuatan dengan ilmu dan amal malah dengan kekuatan pemuda, memperkuat perjuangan hingga mereka dapat menuntut kembali keamanan tanah air mereka.

Tidak seperti wilayah Palestin lainnya seperti Tebing Barat, rakyat Gaza dilihat lebih kuat berpegang kepada agama Islam. Wanita-wanitanya yang hampir seluruhnya berjilbab.

Pada dasarnya, kehidupan semua masyarakat Palestin adalah dari golongan yang berpegang kuat kepada agama Islam dan tidak hanya di wilayah Gaza saja. Malah walaupun kita melihat ada sesetangah wanita yang kelihatan tidak memakai hijab, namun mereka tetap berusaha mendirikan solat, berpuasa dan menjalankan ibadah yang lainnya.

Mereka memiliki peraturan syariat, adab serta peraturan tradisi terdahulu. Tiga hal inilah yang kemudian menyebabkan banyak wanita di Gaza memakai hijab.

Dipukul, ditendang sudah dianggap sebagai permainan di usia kanak-kanak mereka.

Pemahaman terhadap agama Islam antara Gaza dan Tebing Barat sebenarnya sama dan tidak ada berbeza. Oleh kerana jumlah orang Kristian di Tebing Barat lebih ramai menyebabkan seringkali terlihat ada perbezaan antara Gaza dan Tebing Barat. Bagaimanapu, masyarakat Muslim di Gaza dan Tebing Barat tetap bersatu.

Sumber: Thisisgender.Com