Browsing Tag

Gambar

Jemaah selesai menunaikan solat di Masjid Qibli
Jendela Dunia, Pilihan Editor,

26 gambar sebelum Zionis merampas Palestin

no comment

Oleh MUHAMMAD YUSUFF HASSAN

Ramai mungkin masih belum mengetahui bagaimanakah gambaran  Palestin sebelum wujudnya negara haram Israel pada tahun 1948.

Sejarah mencatatkan kota Baitulmaqdis adalah satu kota yang sangat unik di mana umat Islam, Kristian dan Yahudi pernah hidup sebagai satu komuniti dengan aman sebelum terbinanya negara rasis Israel.

“Living under the blue sky” itulah moto yang sering digunakan pemerintah Kerajaan Uthmaniyyah sejak pembebasan kota Constatinople oleh Sultan Muhammad al-Fatih.

Kerajaan Uthmaniyyah memerintah Baitulmaqdis daripada tahun 1300 hingga 1922. Sepanjang pemerintahan mereka di kota suci tiga agama samawi itu, sistem “millet“ telah dilaksanakan di mana sistem ia memelihara keharmonian agama bagi jajahan empayar Uthmaniyyah.

(Sistem millet merujuk kepada hak yang diberi kepada setiap komuniti agama untuk secara sendiri bertanggung jawab terhadap fungsi sosial dan pentadbiran yang tidak jatuh di bawah bidang kuasa kerajaan pusat)

Apabila berkembangnya pemerintahan, lebih banyak millet disusun dan diatur. Bagi orang beragama Kristian mereka terbahagi kepada Kristian Armenia, Katolik, dan Ortodoks, misalnya, dengan setiap mazhab dibahagikan kepada wilayah gereja yang khusus.

Sistem millet tidak bertahan selepas berakhirnya Empayar Uthmaniyyah. Ketika empayar ini mula melemah pada tahun 1700-an dan 1800-an, campur tangan Eropah di empayar itu mula mencemar keamanan.

Ketika Tanzimat(Undang-undang) liberal mula dipergunakan pada tahun 1800-an, sistem millet dihapuskan, memihak kepada pemerintahan sekular yang lebih bergaya Eropah. Kerajaan Uthmaniyyah dipaksa untuk menjamin “hak” yang kabur kepada minoriti agama, yang sebenarnya membatasi kebebasan mereka.

Baitulmaqdis kemudian seolah-olah dibiarkan memerintah sendiri mengikut peraturan mereka sendiri. Setiap kelompok agama dipaksa untuk mengikuti undang-undang sekular yang sama atas desakan Eropah pada ketika itu. Perkara ini akhirnya menyebabkan ketegangan agama di empayar Uthmaniyyah.

Sistem millet adalah penyelesaian yang unik dan kreatif untuk memerintah empayar pelbagai etnik dan agama. Hak dan kebebasan yang diberikannya kepada agama minoriti adalah jauh lebih meluas dari masa kini. Semasa Eropah bergelut dengan penganiayaan agama hingga tahun 1900-an, Uthmaniyyah mewujudkan sistem pluralistik agama yang harmoni dan stabil yang menjamin kebebasan beragama selama beratus-ratus tahun.

 

Sumber : ilm Feed/lostislamichistory.com

Gambar-gambar di bawah diambil antara tahun 1890-1914 ketika Palestin berada di bawah pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah.

 

1.Tentera Turki Uthmaniyyah mengawal di dalam kompaun Masjid al-Aqsa/Sumber :Ilm Feed

2.Masjid Qibli, kompaun al-Aqsa/Sumber : Ilm Feed

3.Pemandangan di dalam Masjid Qibli, al-Aqsa/Sumber : Ilm Feed

4.Pemandangan Kota Baitulmaqdis/Sumber : Ilm Feed

5.Pemandangan Masjid Qubah Emas dari Masjid Qibli/Sumber : Ilm Feed

6.Lawatan dari pemerintah Eropah ke Masjid Qubah Emas/Sumber : Ilm Feed

7.Gambar di dalam Kubah Emas yang sangat Ikonik/Sumber : Ilm Feed

8.Jemaah selesai menunaikan solat di Masjid Qibli/Sumber : Ilm Feed

9.Jalan lama di dalam Kawasan Muslim (Muslim Quarter) di Baitulmaqdis/Sumber : Ilm Feed

10.Gereja Kubur Suci (Church of The Holy Sepulchre) di Baitulmaqdis/Sumber : Ilm Feed

11.Tembok ratapan tempat beribadat bangsa Yahudi sudah disediakan sejak dahulu lagi/Sumber : lostislamichistory.com

12.Tembok Ratapan dirakam oleh Félix Bonfils pada tahun 1890/Sumber : Wiki Commons

13.Pusat Bandar Baitulmaqdis di Jalan Jaffa(Jaffa Street)/Sumber : Ilm Feed

14.Pusat Bandar di hadapan Pintu Jaffa(Jaffa Gate) merupakan pusat perniagaan di Baitulmaqdis satu ketika dahulu/Sumber : Ilm Feed

15.Pusat Bandar Baitulmaqdis di tidak jauh dari Pintu Jaffa(Jaffa Gate)/Sumber : Ilm Feed

16.Pintu Damsyiq (Damascus Gate)/Sumber : Ilm Feed

17.Pemandangan sisi lain Kota Baitulmaqdis dan kompaun al-Aqsa/Sumber : Ilm Feed

18.Stesen keretapi Baitulmaqdis yang dibina oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah/Sumber : Ilm Feed

19.Stesen keretapi Baitulmaqdis yang dibina oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah/Sumber : Ilm Feed

20.Tentera Kerajaan Turki Uthmaniyyah/Sumber : Ilm Feed

21.Masjid Qubah Emas(Dome of The Rock)/Sumber : Ilm Feed

22.Gaza satu ketika dahulu/Sumber : Ilm Feed

23.

24.

24

25.

26.