Browsing Tag

Festival

1975
Berita Semasa,

Mufti seru penonton The 1975 di Good Vibes Festival bertaubat, mohon keampunan ALLAH

MUFTI Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menasihatkan umat Islam yang melihat persembahan band British, The 1975 di Good Vibes Festival 2023 untuk memohon keampunan daripada ALLAH SWT.

Memetik laporan NST, Wan Salim berkata penonton yang hadir ke konsert pada Jumaat lalu itu perlu bertaubat walaupun tidak melakukan dosa.

Jelasnya lagi, walaupun penonton tidak menyangka untuk melihat perbuatan maksiat tersebut, mereka tetap perlu memohon ampun kepada ALLAH.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa Islam tidak menentang hiburan termasuk konsert, drama, filem dan seumpamanya.

Baca Juga Solat tidak jejaskan urusan, prestasi seseorang – Mufti Pulau Pinang

Yang dilarang ialah hiburan dan sebarang aktiviti yang boleh merosakkan minda dan tingkah laku penonton atau peminat

Oleh itu, Wan Salim menasihati umat Islam yang hadir ke konsert itu supaya memohon keampunan kepada ALLAH, walaupun perbuatan maksiat itu dilakukan tanpa diduga di hadapan mereka.

MUFTI Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor. 

Terdahulu, media tempatan melaporkan Konsert kumpulan rock Britain, The 1975 di Sepang dihentikan serta merta selepas vokalisnya, Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.

Healy, penyanyi utama di Festival Good Vibes itu juga mengutuk undang-undang berkaitan hubungan sejenis dan mencium anggota kumpulannya di atas pentas.

Teguran buat penganjur

Dikhabarkan kumpulan tersebut pernah melakukan konsert di Dubai sekitar tahun 2019 dan disekat dari negara tersebut kerana perbuatan jijik yang sama sewaktu konsert berlangsung.

Berkaitan isu ini, Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun di laman media sosialnya tampil membut teguran terutama kepada penganjur, adakah perkara ini tidak diteliti sebaiknya sebelum diluluskan?

ARTIKEL BERKAITAN 

“Bahkan, banyak bukti yang menunjukkan kumpulan ini penyokong tegar LGBT, jika tidak mengapa dengan berani mereka mengulangi adegan jijik ini di Malaysia pula walaupun sudah dimaklumkan tentang garis panduan sebelum konsert dimulai?

“Menurut Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam Garis Panduan Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara menyebut tentang larangan mempamerkan perlakuan atau tutur kata yang berunsur lucah dengan aksi yang menghairahkan seperti berkucupan, mencium penonton atau melakukan perbuatan seumpamanya sesama sendiri.

“Di luar sana, ada banyak negara Umat Islam yang boleh mengawal dan menghalang konsert sebegini daripada dilaksanakan, bahkan ada negara bukan Islam juga mengawalnya.

KUMPULAN rock Britain, The 1975. 

“Kita tidak sepatutnya berbangga sedikit pun dengan apa jua rekod hebat yang boleh dicapai dalam konsert sebegini, melainkan rasa takut Murka ALLAH yang akan turun satu demi satu ke atas kelemahan banyak pihak yang sepatutnya bertanggungjawab,” katanya.

Menurut beliau lagi, adakah penganjur sengaja butakan mata dan pekakkan telinga atas suara umat Islam Malaysia sebelum ini? Adakah kerana meraikan kepelbagaian agama dan bangsa?

“Sedangkan semua agama melarang perbuatan jijik dan tidak bermaruah yang berani ditayangkan apatah menyokong perbuatan mereka. Semua ni hanya demi memenuhi keinginan hawa nafsu dan ketamakan semata-mata.

Baca Juga Ancaman berpakaian syuhrah untuk tampil berbeza atau mencari populariti

“Jika dibiarkan berterusan begini maka suburlah budaya hedonisme. Kesannya akan lahir generasi hamba hiburan, maka bertambah kaya pihak penganjur yang tamak dan generasi muda kita semakin rosak.

“Ingatlah bahawa normalisasi sengaja buat maksiat selepas itu taubat telah menjadi tipu daya yang sangat berjaya oleh hawa nafsu dan syaitan.

“Istilah terlambat bila berlaku sesuatu yang mudharat akan cuba dicantikkan juga dengan ayat “adalah hikmah disebalik semua ni”, walaupun hakikatnya musibah itu sendiri dicari bukan diberi. Lagi-lagi jika diperingkat atasan lagi tidak diteliti.

“Ia bukan kali pertama penyanyi tersebut melakukan aksi sedemikian di negara Islam. Pada 2019, dia mencium seorang peminat lelaki di atas pentas sewaktu konsert di Dubai,” tegasnya.

Untitled design (31)
Hukum,

Hukum menyertai perayaan hantu lapar

Menurut Routledge Encyclopedia of Religious Rites, Rituals and Festivals (Religion and Society), perayaan hantu lapar dikenali sebagai Yulanhui atau Yulanpen dalam hari ke-15 pada bulan ke-7 mengikut kalendar Buddha.

Ritual adalah kegiatan yang dilaksanakan untuk tujuan simbolis berdasarkan suatu agama atau juga berdasarkan tradisi dari suatu komuniti tertentu. Kebiasannya adat dan tradisi di dalam ritual itu sudah ditetapkan sejak zaman nenek moyang mereka dan tidak dilaksanakan secara sembarangan.

Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) ada berkongsi mengenai perayaan hantu lapar ini. Sejarahnya bermula daripada kisah ibu Maudgalyayana yang menyembunyikan derma anaknya kepada kuil dan kemudiannya menjadi hantu lapar di neraka. Kisah ini disebutkan dalam Yulanpen Sutra.

Maudgalyayana merayu kepada Buddha yang turun daripada syurga dan membuka gerbang neraka. Buddha mengumumkan bahawa setiap tahun pada hari ke-15 bulan ke-7, hantu yang lapar akan dibenarkan makan.

HUNGRY ghost festival (perayaan hantu lapar) seakan sama dengan Festival Yulanhui di China, Festival Bon di Jepun dan Festival Avalamba di India.

Festival ini seakan sama dengan Festival Yulanhui di China, Festival Bon di Jepun dan Festival Avalamba di India. Terdapat juga bentuk perayaan yang hampir sama dalam ajaran Tao. Di Malaysia, ia diraikan secara sinkretis (bersekali) oleh masyarakat Cina yang menggabungkan kepercayaan ajaran Buddha dan Tao.

Setelah meneliti sejarah dan kepercayaan dalam festival ini, JAKIM berpandangan bahawa tidak ada keperluan bagi umat Islam untuk menghadirinya. Ini kerana, ia berkait rapat dengan akidah dan pegangan umat Islam.

Larangan ini berdasarkan firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan mereka (yang diredai ALLAH itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. (Surah al-Furqan: 72)

Maksud az-zur menurut Ibn Kathir adalah perayaan orang-orang kafir. Dalam masa yang sama, kita wajar menghormati kepercayaan dan perayaan mereka serta tidak boleh menghinanya sama sekali.

Memetik perkongisan di laman media sosial oleh pendakwah bebas, Firdaus Wong, “perayaan hantu lapar Cina ke hantu Korea ke Jepun ke hantu raya ke atau apa jua hantu hantu sekalian pun, tidak berubah kehantuannya walau mekap tebal seinci. Ini bukan soal takut atau risau terpengaruh tetapi isu prinsip dalam agama”.

MENYERTAI festival ini bukan soal takut atau risau terpengaruh tetapi isu prinsip dalam agama.

Mengambil penjelasan daripada JAKIM kembali, bagi yang ada keperluan untuk menghadirnya atas tujuan pembelajaran, ianya dibolehkan dengan syarat tidak melibatkan diri dengan sebarang upacara berkaitan.

Manakala bagi yang hadir atas tujuan merasmikan perayaan berkenaan, dinasihatkan agar diwakilkan kepada pembantu atau timbalan atau sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai dalam kalangan bukan Islam.

Terdapat beberapa garis panduan bagi orang Islam yang turut merayakan hari kebesaran agama orang bukan Islam yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Garis panduan ini menetapkan beberapa syarat antaranya:

1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.
3. Majlis tersebut tidak disertakan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.
4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.

Hukum menyertai perayaan hantu lapar adalah haram bagi umat islam sendiri, namun pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.

bon odori
Berita Semasa, Dalam Negara,

Umat Islam tidak seharusnya sertai festival Jepun, Bon Odori

UMAT Islam tidak seharusnya sertai mana-mana program membabitkan soal agama dan akidah. Demikian kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berhubung Festival Bon Odori yang akan diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 16 Julai ini.

bon odori

IDRIS AHMAD

Katanya, kajian yang dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mendapati sambutan perayaan Jepun berkenaan mempunyai unsur-unsur keagamaan.

“Kita nasihatkan kepada semua orang Islam supaya tidak sertai program ini. Ada banyak lagi program lain yang boleh disertai,” katanya pada sidang media.

Baca juga Islam pesat berkembang di kawasan setinggan Brazil

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor pula meminta umat Islam agar tidak menghadiri acara itu kerana dibimbangi boleh membawa kepada syirik.

“Festival ini ada kaitan dengan mengingati roh atau semangat nenek-moyang maka dikhuatiri boleh menyebabkan syirik. Orang Islam perlu sentiasa pelihara kemurnian akidah mereka,” ujarnya seperti yang dilaporkan agensi berita, BERNAMA.

Bon odori

POSTER festival keluaran pihak penganjur yang menampilkan watak berhijab dikritik sebahagian warga maya.

Menurut Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Muhammad Najhan Shahir Halim, menyertai atau terlibat dalam pesta berkenaan boleh menggugat keimanan seorang Muslim.

“Malah, kita juga dilarang menyerupai golongan bukan Islam pada sudut yang melanggari akidah dan syariat,” katanya lagi.

Muhammad Najhan bagaimanapun meminta umat Islam agar menghormati budaya serta kepercayaan agama lain. Malah, Bon Odori adalah antara perayaan pelbagai agama yang hidup harmoni dan aman selagi ia tidak mencampuri urusan umat Islam dan ajarannya.

Baca juga Islam pesat berkembang di kawasan setinggan Brazil

Bon Odori di Malaysia

Dipetik daripada sebuah laporan berita The Star, Bon Odori adalah sebuah festival musim panas terkenal di Jepun melibatkan nyanyian dan tarian, diiringi rentak dram serta alunan seruling.

Bon Odori

SETIAP tahun, Festival Bon Odori di Malaysia dihadiri ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara.

Di Malaysia, festival tersebut telah diadakan sejak tahun 1977 bertujuan mengeratkan hubungan antara negara Malaysia dan Jepun dengan pameran makanan, seni dan tarian Jepun.

Menurut laman web salah satu penganjur acara, The Japan Club of Kuala Lumpur, Bon Odori yang dimulakan oleh ekspatriat Jepun telah berkembang menjadi pesta tahunan disertai lebih 35 ribu orang setiap tahun.

Acara berkenaan memberi peluang kepada orang ramai merasai makanan Jepun daripada deretan gerai jualan di samping melihat persembahan dram serta menyertai tarian Bon Odori.

Bon odori

KEMUNCAK acara yang melibatkan persembahan tarian Bon Odori pada sebelah malam menjadi penyebab mengapa umat Islam tidak disarankan menyertai acara oleh pihak agama.

Secara tradisinya, Bon Odori adalah upacara Buddha Jepun bersifat tarian yang telah disambut sejak 500 tahun dahulu bertujuan menyeru semangat orang yang sudah mati.

Sebuah artikel daripada laman web Kementerian Luar Negeri Jepun pula mengatakan, tarian Bon Odori yang asalnya adalah sebahagian daripada upacara untuk menghormati roh nenek moyang tetapi kini dianjurkan lebih kepada memupuk semangat kekeluargaan.

Festival tetap dilaksanakan

Susulan kenyataan Idris, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pihaknya akan merujuk pihak berkuasa agama negeri serta pihak Kedutaan Jepun bagi mendapatkan maklumat terperinci.

Bon odori

AMIRUDIN SHARI

Beliau berkata, sebelum ini pihaknya tidak menerima sebarang nasihat atau pandangan berkaitan penganjuran festival itu sebaliknya menganggap ia sebagai acara kebudayaan.

“Kita perasan informasi (larangan menyertai festival) itu datang beberapa hari lalu menerusi Wikipedia, malah sebelum ini, tidak timbul isu mengenai festival itu,” katanya selepas pelancaran Majlis Penasihat Kesihatan Awam Negeri Selangor (SELPHAC) semalam.

Amirudin berkata pihaknya akan tetap meneruskan Festival Bon Odori tersebut untuk memberi ruang kepada penganut agama lain menyambutnya seperti mana-mana perayaan yang disambut dalam negeri itu.

FESTIVAL Bon Odori di negara ini begitu popular sehinggakan bas khas ke lokasi acara juga ada disediakan buat kemudahan pengunjung.

Kerajaan negeri Pulai Pinang juga tidak bercadang untuk membatalkan penganjuran pesta berkenaan yang dijadual berlangsung di Padang Kota Lama pada 30 Julai nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin menjelaskan, acara Bon Odori dalam konteks Pulau Pinang tidak mengandungi elemen pemujaan atau upacara keagamaan tertentu.

“Sambutan itu akan tetap diteruskan sebagai meraikan hubungan antara negara Jepun dan Malaysia yang terjalin sejak sekian lama.

“Kami melihat sambutan Bon Odori yang dianjurkan di negeri ini memupuk semangat kekeluargaan selain merangsang ekonomi,” katanya melalui sebuah laporan berita oleh Harian Metro.

Sumber: The Star, Harian Metro

Foto: The Japan Club of Kuala Lumpur