Browsing Tag

festival makanan halal

festival makanan halal
Antarabangsa,

Festival Makanan Halal London dikunjungi lebih 18,000 pelawat

FESTIVAL Makanan Halal kembali ke ibu negara United Kingdom (UK), London buat kali ke-6 dengan penyertaan melebihi 150 buah gerai yang menyaji 25 jenis masakan dari serata dunia, baru-baru ini.

Lebih 18,000 pengunjung menghadiri acara tersebut yang berlangsung selama dua hari bertempat di Taman Olimpik Ratu Elizabeth.

Festival itu mula diadakan tujuh tahun lalu oleh Pengarah Festival Algebra, Kevin Jackson bersama rakan kongsinya, Waleed Jahangia.

Baca juga Covid-19 tingkatkan permintaan makanan halal di negara bukan Islam

Memetik Arab News, beliau berkata, “Kami sengaja mewujudkan acara yang mengetengahkan makanan. Sememangnya makanan adalah cara terbaik untuk menyatukan budaya berbeza.’’

Kata Kevin lagi, ketika festival itu mula-mula dilancarkan, kebanyakan program Islamik di London pada waktu itu hanya dianjurkan di pusat komuniti dan dewan sekolah.

festival makanan halal

BERBANDING dahulu, rakyat Muslim di UK sudah mempunyai akses untuk menganjur acara berbentuk Islamik di tempat-tempat terkemuka sekitar ibu kota.

Namun, acara kali ini yang berjaya diadakan di Stadium London menunjukkan bahawa masyarakat Islam di sana kini sudah mempunyai akses kepada tempat-tempat terkemuka sekitar ibu kota.

Selepas dua tahun dihambat pandemik COVID-19, pihak penganjur menampilkan beberapa pembaharuan pada festival tahun ini seperti ruang istirahat VIP, tempat berkelah, kawasan permainan kanak-kanak serta pertandingan menyeronokkan.

Baca juga Gaza disekat bukan penghalang bagi pereka fesyen Palestin ini

Antara acara tumpuan termasuk demonstrasi secara langsung oleh bekas pemenang rancangan televisyen Masterchef yang juga seorang doktor Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), Dr Saliha Mahmood Ahmed.

Melalui demonstrasi tersebut, Saliha menggunakan doh roti untuk mengajar para wanita bagaimana mengesan tanda-tanda awal kanser payudara pada diri sendiri. Beliau berharap langkah itu dapat meningkatkan kesedaran terhadap kanser dalam masyarakat Islam di UK.

festival makanan halal

KEPELBAGAIAN budaya di Festival Makanan Halal London jelas terserlah menerusi jenis masakan dari serata dunia yang dijual di acara tersebut. Foto: IG London Halal Food Festival

Dalam masa sama, festival makanan halal itu turut berkembang meliputi budaya berbeza. Selain menyajikan makanan pelbagai bangsa, acara berkenaan juga dihadiri pengunjung dari serata dunia.

“Kami menerima pengunjung dari Manchester, Birmingham dan Scotland. Malah, ada juga yang datang dari Perancis dan Sepanyol. Bagi masyarakat Islam, ini adalah suatu acara besar dan mereka sanggup datang dari jauh untuk menghadirinya,” kata Kevin.

Baca juga Sikap pemurah lekat makanan di kenderaan, raih pujian warganet

Pemilik kedai masakan Mesir Mama Hayam, Fatima el-Rify memberitahu bahawa dia menerima banyak maklum balas positif daripada pengunjung festival yang merasai hidangannya.

“Pada mulanya, mereka tidak tahu (makanan Mesir). Namun kini mereka inginkan lagi (setelah memakannya) dan membawa rakan-rakan mereka bersama. Mereka sangat menyukai Kosheri dan Mahshi (makanan Mesir).

“Rasanya tiada tempat lain di London (melainkan di sini) untuk anda merasai pelbagai jenis masakan halal dengan mudah,” kata Fatima.

festival makanan halal

FESTIVAL Makanan Halal London itu juga menjadi platform penting buat perusahaan halal kecil dari segi penjenamaan produk. Foto: IG London Halal Food Festival

Baca juga Wanita Israel Derma Buah Pinggang Sempena Hari Jadinya kepada Kanak-Kanak Gaza

Platform antarabangsa ekonomi halal

Selain memenuhi keperluan pengunjung Muslim, festival itu juga bertujuan menyediakan suatu platform antarabangsa bagi ekonomi halal di samping membantu perusahaan halal yang kecil dan sederhana.

Pengasas Syarikat Mocktail, Shahin Bharwani yang menjual minuman bukan alkohol, berkata dia bertuah kerana dapat turut serta mempamerkan produknya di Festival Makanan Halal pada tahun 2016 yang lalu walaupun baru beberapa bulan melancarkan perniagaan tersebut.

“Acara sebegini bagus sebagai permulaan untuk mendapatkan pendedahan jenama yang diperlukan,” ujarnya.

Tambah Shahin, industri halal di negara itu telah mengalami pertumbuhan pesat. “Dahulu, tiada makanan seperti taco halal dan burger gourmet. Namun kini pilihan halal sedemikian sudah wujud. Ia sangat menakjubkan.”

festival london

FESTIVAL makanan halal di negara tersebut dijangka akan lebih berkembang selaras dengan permintaan tinggi terhadap industri halal. Foto: IG London Halal Food Festival

Abid Haider daripada kedai Proper Burgers pula menjangkakan acara itu bakal menjadi lebih besar pada tahun-tahun mendatang.

Industri halal kini sudah mencecah nilai bilion. Manakala, Festival Makanan Halal London itu hanya sebahagian kecil daripada usaha untuk menempa jenama halal di mata dunia.

Turut disyorkan Makanan dan minuman jin yang patut diketahui, serta perlu Muslim hindari

Sumber: Arab News

Foto: Instagram London Halal Food Festival