Browsing Tag

euro 2020

e2b79ba2fee6678430b16656503f745c
Gaya Hidup, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

UEFA Larang Bendera Pelangi Pada Euro 2020 di Rusia, Azerbaijan

no comment

UEFA meminta semua penaja utamanya termasuk pembuat kenderaan Volkswagen supaya tidak memaparkan sebarang bentuk iklan dengan menggunakan warna pelangi bagi mewakili komuniti LGBTQ di Baku dan St Petersburg ketika pertandingan Euro 2020.

Ini bagi mematuhi undang-undang tempatan apatah lagi Azerbaijan sebagai sebuah negara Islam yang membimbangi budaya songsang itu akan menular ke negaranya.


Penaja hanya membenarkan bendera pelangi dikibar di Rom dan London sepanjang kejohanan Euro 2020. Gambar: Marton Monus / Reuters

Menurut kenyataan dari syarikat gergasi kereta Jerman itu, Volkswagen akur dengan arahan tersebut.

Ketika dihubungi oleh agensi berita AFP, seorang jurucakap mengatakan UEFA menyokong penuh sikap toleransi dan rasa hormat itu.

Begitupun jurucakap, Persatuan Gay dan Lesbian Jerman (LSVD), Alfonso Pantisano menyatakan kemarahan atas sikap UEFA yang dianggap hipokrit dan mengkhianati golongan tersebut.

“Tindakan tersebut mengkhianati golongan lesbian, gay, bioseksual, trans dan interseks di Azerbaijan dan Rusia, tetapi juga di seluruh Eropah.

“Keberanian dan tipu daya UEFA perlu ada batasnya. Dengan tindakan ini, ia tidak hanya mengkhianati golongan lesbian, gay, bioseksual, trans dan interseks di Azerbaijan dan Rusia, tetapi juga di seluruh Eropah.

“Sekali lagi ketika kejohanan Eropah kali ini nampak jelas bahawa UEFA protes untuk memperjuangkan masyarakat yang pelbagai, inklusif dan bebas diskriminasi tidak lagi bermakna, mereka seperti hipokrit,”katanya.

Pertandingan peringkat kumpulan Jerman menentang Hungary masih ada penyokong yang mengibar bendera pelangi. Gambar: Football365

Sebelum ini pada pertandingan peringkat kumpulan Jerman menentang Hungary, kota Munich ingin mewarnai Allianz Arena dengan warna pelangi sebagai menyokong komuniti LGBTQ. Namun UEFA menolak arahan pihak berkuasa tempatan.

Beberapa penaja Euro 2020, termasuk Volkswagen telah menyiarkan iklan berwarna pelangi di stadium selama 16 perlawanan terakhir, walaupun tidak ada permainan yang dimainkan di Rusia atau Azerbaijan.

Namun Volkswagen mengatakan bahawa ia menyesali dengan penolakan terakhir UEFA dan menambah bahawa ia ingin menghantar isyarat yang jelas untuk meminta kesamarataan.

Syarikat itu bagaimanapun mengatakan mereka dibenarkan untuk menayangkan iklan berwarna pelangi hanya di Rom dan London sepanjang Kejuaraan Eropah itu.

Dua perlawanan bola sepak Euro 2020 di Hungary sedang disiasat oleh UEFA selepas berlaku insiden mengibarkan bendera pelangi baru-baru ini.

Semasa perlawanan pembukaan Euro 2020 menentang Portugal di Budapest bulan lalu, gambar di media sosial menunjukkan sepanduk dengan ‘Anti-LMBTQ’ atau singkatan Hungary untuk lesbian, gay, bioseksual, transgender dan queer (LGBTQ) tertera.

Parlimen Hungary meluluskan undang-undang pada bulan Jun yang melarang penyebaran kandungan berunsur LGBTQ di sekolah yang dianggap mempromosikan homoseksual dan perubahan jantina selepas mendapat kritikan dari kumpulan hak asasi manusia dan parti pembangkang.

Perdana Menterinya, Viktor Orban yang akan menghadapi pilihan raya tahun depan menjadi semakin konservatif terhadap dasar sosial, menentang pendatang dan orang-orang LGBTQ semasa pemerintahannya yang dianggap tidak adil dan telah memecah-belahkan orang-orang Hungaria.

SUMBER: AGENSI BERITA