Browsing Tag

eropah

Masjid jadi platform penyatuan penduduk berbilang agama di negara Eropah. Ini 5 masjid paling mahal lagi menawan
Berita Semasa,

Masjid jadi platform penyatuan penduduk berbilang agama di negara Eropah. Ini 5 masjid paling mahal lagi menawan

MENURUT Islamic Republic News Agency (IRNA), masjid di seluruh dunia setakat tahun 2019 mencecah 3.85 juta buah. IRNA yang memetik laporan Al-Bayan berkata, bilangan masjid sedia ada di kebanyakan negara masih tidak mencukupi lantaran jumlah penduduk yang beragama Islam semakin meningkat di seantero benua dari semasa ke semasa. Hal itu dikatakan lebih meruncing di negara
The post Masjid jadi platform penyatuan penduduk berbilang agama di negara Eropah. Ini 5 masjid paling mahal lagi menawan appeared first on Sinar Plus.

cf307db6-caa9-444a-b79a-7c6c6230acd5
Jendela Dunia,

Masjid Mesra Alam Pertama Tersenarai Anugerah Berprestij RIBA

no comment

MASJID mesra alam pertama di Eropah yang dibina oleh syarikat pembinaan dan rekaan terkemuka, Gilbert-Ash telah dicalonkan untuk Anugerah Hadiah Stirling 2021. Masjid Pusat Cambridge adalah salah satu daripada enam projek yang akan dipilih daripada 54 pemenang Anugerah Nasional RIBA 2021.

Hadiah Stirling RIBA telah dianjurkan sejak tahun 1996 kecuali tahun lalu akibat pandemik Covid-19. Pengiktirafan itu diberikan kepada bangunan yang dianggap sebagai paling penting tahun ini untuk evolusi seni bina dan persekitaran binaan. Pemenang tahun ini akan diumumkan pada 14 Oktober.

Masjid Pusat Cambridge adalah masjid mesra alam pertama di Eropah. Marks Barfield Architects, yang sedang mencalonkan anugerah, merancang bangunan itu mampu menampung sehingga 1,000 jemaah, malah bangunan itu diiktiraf oleh RIBA sebagai sebuah masjid baharu abad ke-21

Projek ini melibatkan pelbagai kaedah pembinaan yang sangat kompleks. Ciri yang menentukan ialah kerangka kayu yang rumit terdiri daripada 30 struktur pokok yang saling berkaitan. Setiap pokok dibentuk oleh 16 tukang kayu yang mahir dalam seni geometri bagi memberikan kekuatan pada bingkai.

Kerja-kerja di bangunan itu juga merangkumi kafe, pejabat, rumah kediaman untuk Imam, tempat tinggal pelajar dan bilik mayat yang terpisah. Ia termasuk tempat letak kereta bawah tanah yang mampu memuatkan 80 kenderaan.

Gilbert-Ash mempunyai tiga projek yang sebelum ini telah disenarai pendek untuk hadiah berprestij selain Cambridge Central Mosque. Projek yang disenarai pendek merangkumi Teater Lyric pada tahun 2012, Pusat Pelawat Giant’s Causeway pada tahun 2013 dan Teater Everyman yang seterusnya memenangi Hadiah Stirling 2014.

“Kami gembira melihat Cambridge Central Mosque tersenarai pendek untuk anugerah paling berprestij ini. Ini adalah bangunan yang unik dalam pelbagai aspek.

“Salah satu kelebihan Gilbert-Ash adalah kerjasama ramai pihak dan ini adalah penting dalam menjaga momentum setiap projek. Kami dapat bekerjasama rapat dengan pasukan pelanggan sejak awal untuk mengembangkan idea dalam penyelesaian teknikal dan kaedah inovatif bagi mengatasi cabaran sepanjang projek ini dibangunkan.

“Ini adalah projek yang sangat bermanfaat untuk disampaikan dan kami bangga melihatnya diiktiraf sebagai salah satu yang paling penting tahun ini,” kata Pengarah Urusan, Gilbert-Ash, Ray Hutchinson.

Gilbert-Ash mengaitkan kejayaan setiap projek yang dilaksanakan dengan pendekatan ‘As One’ dan budaya kerja serta persekitaran keluarga yang unik sebagai syarikat milik pekerja. Ia terus melengkapkan portfolio projek pembinaan yang berjaya di pelbagai sektor termasuk seni dan budaya, tempat kerja, hotel dan riadah, pendidikan, sains dan teknologi, runcit, kediaman dan penginapan pelajar.

Sumber: BDC Magazine

TRT World
Berita Semasa, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Lebih 17,000 Barang Antik yang Dijarah AS Akan Dikembalikan ke Iraq

no comment

AMERIKA Syarikat (AS) akan mengembalikan semula lebih 17,000 khazanah arkeologi berusia 4,000 tahun yang dirampas sejak beberapa dekad ketika perang dan pemberontakan di Iraq.

“Ini adalah pengembalian barang antik terbesar ke Iraq,” kata Menteri Kebudayaan Iraq, Hassan Nazim, yang memujinya sebagai hasil usaha rundingan oleh pihak berkuasa Iraq bersama dengan kedutaan mereka di Washington.

Perdana Menteri Iraq, Mustafa al Kadhimi akan mengambil kembali artifak dari Mesopotamia kuno dengan pesawatnya, selepas pulang dari Washington untuk bertemu Presiden AS, Joe Biden.

“Sebilangan besar artifak adalah dokumen kuno sejak zaman Sumeria yang akan dipulihkan untuk dikomersialkan”, kata kementeriannya dalam satu kenyataan.

Artifak kuno berusia 4,000 tahun. Gambar: Reuters

Pemulihan dari Eropah

Barang-barang antik Iraq telah banyak dijarah selama beberapa dekad ketika perang dan pemberontakan. Ia dilakukan kumpulan jenayah terancang termasuk ketika pencerobohan Amerika Syarikat pada tahun 2003 yang menggulingkan kepimpinan Saddam Hussein.

“Tidak mungkin untuk kita mengukur jumlah artifak yang telah dicuri dari tapak arkeologi,” kata Qahtan al Obaid, Pengarah Barang Antik dan Warisan di Muzium Basra, kepada agensi berita AFP.

Tapak arkeologi di seluruh negara telah rosak dan diabaikan, manakala di muzium telah dijarah dengan lebih 15,000 artifak dicuri dari satu-satunya Muzium Nasional Iraq di Baghdad.

“Saya berharap dalam masa terdekat kita dapat memulihkan semula artifak ini terutama yang telah dirampas,” kata Nazim dalam kenyataannya.

Serpihan artifak Gilgamesh yang berusia 3,500 tahun. Gambar: Artnet News

Tablet Impian Gilgamesh

Antara barangan yang akan dikembalikan ke Iraq adalah tablet tanah liat berusia 3,500 tahun dengan ukiran epik Gilgamesh yang pernah berada di Muzium Alkitab Washington, kata Jabatan Kehakiman AS di Washington.

Serpihan tablet kuno itu menceritakan ukiran mimpi skrip epik dalam cuneiform Akkadian. Ia adalah salah satu daripada banyak artifak kuno dari Timur Tengah yang dikumpulkan oleh David Green, jutawan yang juga pemilik kedai seni dan kraf Hobby Lobby.

Ia dirampas oleh Jabatan Kehakiman AS pada tahun 2019, dua tahun setelah Green membuka muzium yang dikhaskan untuk sejarah Kristian kuno di pusat bandar Washington.

Tablet itu hanya satu daripada ribuan artifak asal Iraq, kebanyakan tablet itu berusia antara 3,000 hingga 4,000 tahun yang telah disita dari Hobby Lobby dan Muzium Alkitab untuk dihantar pulang ke Iraq.

Artifak yang mempunyai nilai tinggi sering diperdagangkan secara haram. Gambar: Middle East Online.

Artifak diperdagangkan secara haram oleh peniaga di Israel, UAE

Jabatan Kehakiman mengatakan artifak itu dijarah di Iraq, dan diperdagangkan secara haram oleh peniaga di Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut Jabatan Kehakiman, Hobby Lobby membeli tablet berukuran enam kali lima inci (15.2 x 12.7 sentimeter) dari sebuah rumah lelong terkemuka pada tahun 2014 dengan harga US1.67 juta dolar.

“Pada asalnya barang itu dibawa secara haram ke Amerika Syarikat pada tahun 2003 oleh seorang peniaga yang membelinya di London dari seorang peniaga yang terkenal di Jordan.

“Ia kemudian diperdagangkan beberapa kali dengan surat asal palsu untuk meyakinkan pembeli bahawa ia diperoleh secara sah, bukan produk perdagangan barang antik sebenar.

“Pada tahun 2014, Hobby Lobby mengatur untuk membeli tablet di New York, tetapi melakukan transaksi di Oklahoma untuk mengelakkan cukai penjualan, menurut Jabatan Kehakiman.

Syarikat kemudian menyumbangkannya kepada koleksi Muzium of the Bible.

Sejak tablet itu disita pada tahun 2019, Jabatan Kehakiman telah menuntut hak milik rasmi melalui undang-undang pelucutan bagi memulangkan kembali kepada pemilik yang sah.

“Barang rampasan ini merupakan perkara penting dalam misi mengembalikan karya sastera dunia ke negara asalnya,” kata Pemangku Peguam AS, Jacquelyn Kasulis.

 

Sumber: AFP

Pinterest
Gaya Hidup, Jendela Dunia, Personaliti, Pilihan Editor,

Hubungan Pakaian ‘Barat’ Dengan Wanita Islam di Eropah.

no comment

DAYA tarikan masyarakat Eropah terhadap wanita Muslim tidak lain adalah tubuh dan penampilan pemakaian. Buktinya apabila terdapat tindakan diskriminasi terhadap soal pemakaian yang masih berlaku di beberapa negara.

Di kebanyakkan negara barat, wanita Muslim sering menjadi sasaran.  Dalam beberapa tahun kebelakangan ini di UK, mangsa retorik berprofil tinggi yang masih mendapat perhatian dunia adalah Shamima Begum.

Shamima Begum ketika berada di kem pelarian Syria. Gambar: BBC

Baru-baru ini Mahkamah Agung memutuskan Begum tidak akan dapat kembali ke UK lagi bagi mencabar keputusan kerajaan yang mahu melucutkan kewarganegaraannya. Kes mahkamah yang berlanjutan sejak 2019 itu memutuskan Begum harus tinggal di Syria, tempat dia pernah berkunjung pada tahun 2015.

Gambar CCTV dari laporan ITV News mengenai pelajar sekolah Bethnal Green yang melarikan diri dari negara itu untuk menyertai Isis pada tahun 2015.

Begum kali pertama didakwa apabila tampil berpakaian jubah dan bertudung bersama dua lagi sahabatnya ketika hadir ke kolej selepas pulang melancong ke Syria. Dia dikaitkan mempunyai hubungan dengan kumpulan militan ISIS apabila tampil berbeza dengan kebanyakkan wanita Muslim di UK ketika itu.

Pada tahun 2019, Begum telah di temu ramah oleh media Times dan gambarnya muncul di akhbar dengan berpakaian jubah hitam serta mengenakan niqab (tudung muka) yang menutupi keseluruhan kepalanya.

Begum ketika di temuramah salah satu media tempatan. Gambar: The Guardian

Penampilan itu menimbulkan pelbagai persoalan

Gambar itu selaras dengan gambaran media barat yang menyebutnya sebagai ‘pengantin ISIS’ yang sering berpakaian serba hitam. Imej seperti itu banyak dikeluarkan oleh media ketika isu aktiviti ISIS sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia, sekali gus melahirkan lebih ramai golongan Islamfobia yang mengaitkan penampilan seseorang muslim dengan ekstremisme.

Pada tahun 2020, sekali lagi gambar Begum muncul di dalam akhbar, namun kali ini laporan menunjukkan ada perubahan gaya penampilannya apabila dia tidak lagi mengenakan jubah. Begum tambil dengan memakai pakaian barat termasuk seluar jeans, kemeja dan topi biru.

Laporan Berita ITV pada Februari 2021 menunjukkan rakaman Shamima Begum yang memakai pakaian ‘barat’ di kem tahanan Syria.

Pada bulan Mac 2021, media mengeluarkan kisah bagaimana Begum berusaha untuk menjauhkan diri daripada sejarah lalu yang dikaitkan dengan ISIS kembali mengenakan ‘pakaian barat’ dan rambut yang diluruskan.

Walaupun nampak pelik apabila dia mengenakan seluar jeans dan t-shirt, namun perbandingan ini dengan pakaian Islam yang dipakai Begum sebelumnya menunjukkan bahawa hanya berpakaian ala barat barulah wanita Muslim tidak akan diganggu.

Begum tidak mahu dikaitkan dengan ISIS kembali mengenakan ‘pakaian barat’ dan rambut yang diluruskan. Gambar: The Telegraph

Obsesi dengan pakaian menunjukkan betapa besar ancaman kepada wanita Muslim yang telah menjadi persepsi negatif dalam sejarah penjajahan di barat. Tanah-tanah di timur Eropah yang bersejarah digambarkan sebagai kekurangan peradaban kerana terlalu bermain dengan dunia fantasi yang kononnya memahami apa erti kebebasan.

Seperti yang ditulis secara ringkas oleh ahli falsafah, Edward Said dalam bukunya bertajuk Orientalisme. Beliau berkata, isu Begum seperti yang ditunjukkan oleh perubahan pakaiannya, secara tidak langsung menjadi simbol kebebasan di Eropah.

Wanita Islam yang merbahaya?

Bagi masyarakat di Eropah, pertambahan wanita Muslim di sana dianggap ‘merbahaya’, namun boleh menjadi ‘penyelamat’. Itu adalah ciri-ciri utama di Eropah yang jelas mengamalkan diskriminasi terhadap Wanita Muslim. Sebagai contoh, di Algeria yang dijajah pada tahun 1950-an, wanita Muslim digunakan sebagai bahan propaganda untuk menuntut hak kebebasan.

Ramai wartawan menjejaki Begum untuk diambil gambar dan mendedahkan kepada dunia bahawa tiada perbezaan seperti yang berlaku di Algeria, di mana wanita Muslim dipergunakan untuk kepentingan suatu pihak. Ramai wanita Muslim berpendapat bahawa mereka wujud bukan untuk dipergunakan tetapi menuntut keadilan, kebebasan selepas sering kali ditindas di mana isu itu tidak pernah ada kesudahannya.

Salah satu tunjukkan perasaan yang diadakan di Denmark yang mengharamkan pemakaian jubah atau burqa. Gambar: DW

Golongan Islamfobia terus meningkat dengan mendadak di UK setelah Perdana Menterinya, Boris Johnson pada Ogos 2018 telah menyebut orang Islam yang memakai niqab kelihatan seperti ‘kotak surat’.  Dia menggunakan wanita Muslim untuk berpolitik dan ia adalah perkara biasa yang berlaku di UK bagi menanam persepsi negatif masyarakat terhadap golongan wanita Muslim.

Kebanyakkan laporan media masih tertumpu kepada pilihan pakaian Begum bagi mendedahkan kepada masyarakat mengenai hak wanita Muslim, ia sekali gus sengaja memberi persoalan sama ada isu penampilan Begum merbahaya atau menindas.

Isu gaya dan penampilan di Eropah memberi kesan kepada wanita Muslim dalam kehidupan seharian mereka. Mereka dipersoalkan hak kebebasan beragama hingga mengganggu kebebasan mereka sebagai warganegara sendiri.

Ketika isu ini terus dimainkan golongan Islamofobia, pihak berkuasa harus bertindak bagi mengubah persepsi agar ia terus dihentikan. Semakin cepat ia dilaksanakan, semakin mudah bagi wanita Muslim untuk meneruskan kehidupan mereka.

 

Sumber Teks/Gambar: The Conversation