Browsing Tag

elak mengguris perasaan

Untitled design (22)
Gaya Hidup,

Hati-Hati Dalam Berbicara, ini Pesanan Ustaz Don

no comment

KITA pasti biasa dengan peribahasa – ‘Sesungguhnya lidah itu lebih tajam daripada mata pedang’.

Peribahasa tersebut menjelaskan bahawa ucapan atau kata-kata yang keluar daripada bibir perlu ditapis sebaik mungkin kerana bimbang ia akan mengguris perasaan insan yang mendengarnya.

Ada sesetengah individu sangat prihatin dengan perkataan yang dilafazkan, namun ada juga yang sembrono sahaja menuturkan ayat-ayat, terguris hati itu kemudian cerita.

Memetik perkongsian pendakwah terkenal Don Daniyal Don Biyajid atau popular dengan gelaran Ustaz Don di laman Facebooknya, beliau berkata, sebagai umat manusia perlu berhati-hati dalam menutur bicara kerana bimbang jika tersilap menyusun kata ia akan mengguris hati.

Dalam ruangan yang sama, beliau juga memetik hadis daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya seseorang terkadang berbicara dengan kata-kata yang dia sangkakan tidak mengapa, lalu tanpa diduga dia terjerumus dengan sebabnya ke dalam neraka (yang kedalamannya) sejauh perjalanan 70 tahun.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

“Orang kata, sebab pulut, santan binasa
Sebab mulut, badan binasa.

“Jadi, berwaspadalah apabila berkata-kata.
Takut yang dikata menjadi mengata.
Makanya lebih baik diam sebelum jadi punca. Sebelum jadi memakan daging saudara kita.

“Sebelum banyak hati yang akan terluka
Sebelum kita jadi ahli neraka,” tulisnya.