Browsing Tag

Egypt

Screenshot 2021-04-05 at 3.07.03 PM
Berita Semasa, Jendela Dunia, Video,

[Video] 22 Mumia Firaun Di Kaherah Diarak Secara Besar-besaran

no comment

Mumia dari Muzium Mesir di Tahrir dipindahkan ke Muzium Tamadun Nasional Mesir di Fustat, Kaherah Pada 4 April 2021.

Perarakan menelan belanja jutaan Dolar Amerika itu dikawal ketat pihak keselamatan, dengan menggunakan kenderaan khas yang membawa mumia itu melalui perjalanan sekitar bandar raya ini sejauh tujuh kilometer dari Muzium Mesir ke Muzium Tamadun Nasional Mesir yang baharu.

Konvoi yang mendapat perhatian dunia itu membawa puluhan mumia diraja, melalui jalan raya yang dipasang dengan lampu dan sepanduk acara yang digelar ‘Perbarisan Emas Firaun’.

Mumia yang dipindahkan terdiri daripada 18 raja dan empat permaisuri yang dianggarkan berusia lebih 3,000 tahun.

Setiap satu mumia diletakkan di dalam kapsul berisi gas nitrogen untuk perlindungan dan kenderaan yang direka khas untuk memastikan keselamatan dan kestabilan setiap mumia.

Perarakan yang disiarkan secara langsung di televisyen ke seluruh Mesir dan ditayangkan di YouTube adalah salah satu usaha untuk menarik pelancong ke Mesir.

Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia jumlah pelawat ke negara itu merosot daripada 13.1 juta pada 2019 kepada 3.5 juta pada tahun lalu.

 Abdel Fattah al-Sisi dalam ciapannya di Twitter telah menulis :

“Dengan rasa bangga, kita menantikan kedatangan raja dan permaisuri firaun untuk ditempatkan di rumah baharu.

“Rakyat dapat menyaksikan tamadun unik dan sejarah kebanggaan negara kita,” 

– AFP