Browsing Tag

Duit raya

duit raya pahala
Berita Semasa,

Janganlah kedekut hulur duit raya kerana kita akan dapat 3 pahala ini

Janganlah kedekut hulur duit raya kerana kita akan dapat 3 pahala ini

MENJEJAKI Syawal, bulan itu begitu sinonim dengan sambutan Hari Raya, rumah terbuka serta juadah makanan istimewa seperti lemang, ketupat, rendang dan pelbagai jenis kuih raya.

Selain itu, menjadi tradisi umat Islam di Malaysia apabila menyambut Hari Raya Aidilfitri, rezeki akan dikongsikan dengan memberi duit raya, terutamanya kepada anak-anak kecil.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, konsep memberi duit raya kepada ibu bapa, kaum kerabat, serta kanak-kanak pada 1 Syawal sama seperti perbuatan sedekah dalam Islam.

Baca juga Haram guna duit Raya anak? Berikut perinciannya

duit raya pahala

Baca juga Beri sedekah dalam tiga keadaan ini besar ganjarannya

Duit raya adalah sedekah, beri ikut kemampuan
Manakala, amalan bersedekah banyak disebutkan oleh ALLAH SWT dalam al-Quran, antaranya:

Firman ALLAH SWT, “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan ALLAH akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), ALLAH Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah, ayat 271)

Oleh itu, Islam sangat menganjurkan umatnya untuk bersedekah atau saling memberi demi membantu saudara lain kerana ada begitu banyak kebaikan di sebalik perbuatan.

Apalagi, ALLAH pasti akan memberi ganjaran pahala bagi insan-insan yang tidak lokek dalam berkongsikan rezeki mereka bersama orang lain walaupun sedikit, asalkan ia diberikan secara ikhlas.

Justeru, usahlah terbeban dengan jumlah duit raya yang perlu dihulur kerana sedekah tidak sepatutnya menjadi suatu perbuatan yang menyusahkan. Sebaliknya, memberilah dengan seikhlas hati dan bersesuaian dengan kemampuan.

Baca juga Utamakan sedekah pada keluarga dahulu, berikut 10 fadilat melaksanakannya

duit raya pahala

MEMBERI duit raya selaras ajaran agama yang menggalakkan kita membahagiakan kaum kerabat semasa Hari Raya. Foto: 123RF

Baca juga Bolehkah tuan rumah menolak tetamu yang datang ziarah lewat malam?

Utamakan duit raya kepada keluarga
Dalam pada itu, apabila memberikan duit raya, sebaik-baiknya utamakan ibu bapa serta kaum kerabat kita sebelum orang lain.

Bukan apa, hal ini kerana dalam Islam, memberi sedekah kepada ahli keluarga adalah lebih afdal berbanding menitipkan kepada orang asing.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda: “Dan dinar (harta) yang kamu belanjakan di jalan ALLAH dan dinar yang kamu berikan kepada hamba (untuk membebaskan) dan dinar yang kamu sedekahkan kepada orang miskin serta dinar yang kamu sedekahkan kepada keluargamu. Maka, yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu sedekahkan kepada keluargamu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Turut disyorkan Ini Kelebihan Sedekah Secara Sembunyi Yang Ramai Mungkin Tidak Sedar

SANTUNI juga ibu bapa kita dengan memberikan duit raya kepada mereka. Foto: 123RF

Baca juga Ucapan maaf zahir dan batin bukan budaya bulan Syawal, tetapi ia adalah tuntutan Islam. Masih ramai salah faham tentang perkara ini

Bahkan, perbuatan sedekah kepada ibu bapa termasuk antara ibadah yang sangat menguntungkan kerana ia merupakan amalan yang diberi ganjaran dalam tiga bentuk pahala amalan soleh iaitu birrul walidain (berbuat baik kepada dua ibu bapa), mengeratkan silaturahim, serta pahala bersedekah.

Begitu juga jika ia diberikan kepada kaum kerabat, sanak saudara dan umpamanya. Ia turut mendapat dua pahala iaitu pahala bersedekah dan juga pahala menghubungkan silaturahim.

Oleh itu, jangan lokek dalam menghulurkan duit raya di bulan Syawal ini kerana kita akan diganjarkan dengan tiga pahala istimewa apabila melakukannya.

Sumber: NU Online

Foto: 123RF

Duit raya
Isu,

Dilema Terima Duit Raya Daripada Kaki Judi

no comment

MASIH belum terlambat rasanya untuk berbicara tentang duit raya. Maklum sahajalah, kita masih lagi dalam suasana berhari raya walaupun terpaksa menyambut lebaran di dalam rumah sendiri.

Itu bukanlah penghalang untuk kita meriahkan sambutan Aidilfitri dengan cara masing-masing. Walaupun dilarang aktiviti kunjung-mengunjung dan membuat rumah terbuka, namun tradisi memberikan duit raya masih tetap diteruskan.

Cuma bezanya kali ini, kebanyakan dalam kalangan kita memberikan duit raya kepada anak saudara, anak buah, anak kenalan dan sebagainya hanyalah melalui platform online.

Cara itu lebih selamat demi memutuskan rantaian Covid-19 yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

Namun begitu, kadangkala ibu bapa terasa berat hati mahu menerima duit raya bagi pihak anak mereka. Lebih-lebih lagi jika mengetahui insan berhati mulia itu seorang kaki judi.

Bukanlah mahu menyimpan prasangka, tetapi kadangkala sukar untuk kita menepis rasa waswas berkenaan. Bimbang pula seandainya jika wang itu memang benar-benar datang daripada hasil yang haram.

Duit raya

HARUS hukumnya memberikan duit raya kepada keluarga, jiran tetangga dan sebagainya.

Apakah pandangan Islam mengenainya? Bolehkah kita menerima duit raya daripada individu yang diketahui memang seorang kaki judi?

Sebelum menjawab persoalan berkenaan, perlu difahami bahawa pemberian duit raya kepada keluarga, jiran tetangga dan sebagainya adalah harus hukumnya. Ini kerana, ia bertepatan dengan usaha menzahirkan syiar Islam menerusi kegembiraan memberi dan menerima sedekah, mengeratkan silaturahim serta kunjung-mengunjung.

Baca juga Musta’ribeen : Perisik Israel mudah menyamar sebagai rakyat Palestin

Sekiranya kita mengetahui bahawa pemberi duit raya itu seorang kaki judi yang kebanyakan pendapatannya terdiri daripada aktiviti haram yang jelas dilarang dalam Islam, kita perlu memastikan status wang yang diterima sama ada individu tersebut memang sumber pendapatan sepenuhnya daripada hasil judi ataupun bercampur dengan sumber pendapatan halal yang lain.

Memetik artikel Irsyad al-Fatwa Siri ke-570: Hukum Menerima Duit Raya Daripada Kaki Judi yang disiarkan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan baru-baru ini, ini penting kerana ulama telah membahagikan harta kepada dua kategori iaitu harta yang haram pada sifat dan harta yang haram disebabkan faktor luar.

“Hukum bermuamalat dengan kedua-dua jenis harta tersebut adalah berbeza,” jelas artikel berkenaan.

Duit raya

MAKRUH hukumnya menerima duit raya daripada kaki judi jika hasil wang itu bercampur antara sumber yang halal dan haram.

Dalam keadaan wang yang bercampur antara sumber yang haram dan halal, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, hukumnya adalah makruh untuk menerima duit raya berkenaan.

Demikian menurut pendapat Imam Nawawi dalam kitab Raudhah al-Tholibin.

“Sekiranya seseorang menerimanya juga, maka tidak menjadi masalah dan tidak berdosa. Ini kerana dosa berjudi tersebut adalah pada pelakunya sahaja dan penerima tidak menanggung dosa yang dilakukan pemberi tersebut,” katanya.

Ia sebagaimana yang dijelaskan menerusi firman ALLAH SWT: “Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh setiap orang itu melainkan orang itu sahaja yang akan menanggung dosanya.” (Surah al-An’am, ayat 164)

Bukan itu sahaja, wang yang diterima tadi boleh dimiliki dan digunakan.

Duit raya

PEMBERIAN harta mahupun wang akan berubah menjadi halal dan harus kerana berlakunya pertukaran pemilikan.

Menurut satu kaedah fiqh: “Perpindahan yang disebabkan oleh pemilikan akan mengakibatkan perubahan pada ain.” (Rujuk al-Qawa’id al-Fiqhiyyah wa Tatbiqatuha fi al-Mazahib al-Arba’ah 527/1)

Melihat ungkapan berkenaan, jelaslah bahawa hukum sesuatu pemberian harta mahupun wang akan berubah menjadi halal dan harus kerana berlakunya pertukaran pemilikan.

“Begitu juga keadaannya seorang memperoleh harta secara haram seperti terlibat dengan riba atau judi. Apabila diserahkan kepada orang lain melalui sedekah atau hadiah, maka ia menjadi halal bagi orang yang menerima tersebut,” jelas artikel berkenaan.

Namun begitu, pejabat mufti itu menegaskan, penerima tidak boleh reda dengan perbuatannya itu.

“Penerima disarankan supaya menasihati pelaku tersebut untuk menghentikan perbuatannya itu, bertaubat kepada ALLAH SWT dan carilah pendapatan daripada sumber yang halal lagi baik,” jelasnya.