Browsing Tag

Duit haram

Duit haram
Isu,

Tak boleh guna duit haram untuk bayar sewa rumah, beli pakaian dan seumpamanya. Ini penjelasannya

RAMAI yang menyangka bahawa duit haram tidak boleh digunakan untuk membeli makanan atau minuman. Ini kerana ia mempunyai perkaitan dengan sumber haram yang bakal menjadi darah daging kita.

Namun begitu, jika sudah namanya pun haram, sudah pastilah ia tidak boleh digunakan untuk sebarang tujuan apa pun. Itulah faktanya. Mengambilnya pun haram, inikan pula menggunakannya.

Begitulah juga jika wang haram tadi digunakan untuk membeli rumah ataupun kenderaan.

Memetik artikel yang disiarkan dalam e-Kemusykilan portal soal jawab agama Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, hukumnya tetap haram untuk menggunakan duit haram.

Masakan tidak, Islam begitu menitikberatkan tentang urusan kewangan tidak kiralah sama ada ia diperoleh daripada pendapatan yang halal atau haram dan bagaimana ia dibelanjakan.

Kaedah fiqh menyebut: “Sesuatu yang haram dilakukan, maka haram menuntutnya.”

Duit haram

HARTA yang kita peroleh untuk dijadikan sebagai perbelanjaan sara hidup mestilah daripada sumber yang halal.

Baca juga Bukan Sahaja Makanan Dan Minuman, Pendapatan Haram Juga Tidak Boleh Digunakan Untuk Keperluan Rutin Dan Tuntutan Wajib

Begitu juga dalam kaedah disebut bahawa: “Sekiranya bercampur sesuatu yang halal dan haram, maka diberatkan hukum haram.”

Malah, ALLAH SWT berfirman: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 188)

Dalil tersebut jelas menunjukkan bahawa harta yang kita peroleh untuk dijadikan sebagai sara hidup mestilah daripada sumber yang halal.

Baca juga Beri wang riba kepada fakir miskin untuk bersihkan harta haram, berikut hukumnya

Bukan itu sahaja, dalam surah yang sama, ayat 172 pula, ALLAH menegaskan supaya umat Islam makan daripada harta yang baik sama ada dari sudut fizikal atau maknawinya.

Dalam hal itu, Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang dan Kedah, Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin ketika ditemu bual Sinar Islam Plus sebelum ini menyatakan, penggunaan wang haram memang jelas diharamkan bukan sahaja untuk membeli makanan dan minuman, tetapi juga untuk keperluan rutin dan harian yang lain.

DR MOHD HAPIZ

“Ia termasuklah membayar sewa rumah, membeli pakaian untuk diri dan keluarga.

“Pengharamannya begitu helas kerana ia bukan milik kita. Pada masa sama, kita juga tidak boleh menggunakannya untuk melaksanakan tuntutan wajib lain seperti menunaikan zakat, haji ataupun umrah.

Baca juga Enam punca harta jadi haram yang orang tidak sedar

“Meskipun ibadah tersebut secara fizikalnya seperti sah, namun ketahuilah bahawa ia tidak diterima oleh ALLAH SWT,” terang beliau.

Foto: 123rf & Freepik