Browsing Tag

doa penutup majlis

Ibadah,

Rasulullah SAW ajarkan doa ini sebelum bersurai dari suatu majlis

RASULULLAH SAW ajarkan doa ini sebelum bersurai dari suatu majlis…

Umum ketahui, majlis ialah tempat menghimpunkan orang ramai untuk suatu tujuan. Bergantung kepada matlamat, ada pelbagai bentuk majlis seperti majlis ilmu dan majlis anugerah.

Dalam Islam, majlis ilmu antara perkara yang dituntut dan dimuliakan agama. Sama ada berhimpun di masjid untuk mendengar ceramah mahupun meraikan sambutan yang paling dinantikan para Muslimin di tempat terbuka, ia menjadi tanda kita mensyukuri nikmat yang dikurniakan ALLAH SWT.

Tambahan pula, ada pelbagai kelebihan yang disebutkan dalam hadis tentang berada dalam majlis ilmu seperti didoakan malaikat serta mendapatkan ketenangan.

Baca juga 70,000 malaikat mendoakan kita bila lakukan amalan ini

ADAT berkumpul, ada sahaja perkara yang hendak diceritakan. Maka, berwaspada agar celoteh tersebut tidak menjurus kepada dosa. Foto: Pexels

Turut disyorkan Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

Manakala, bagi majlis yang lebih umum seperti majlis keraian, sifatnya lebih terbuka dan mungkin dihadiri oleh pelbagai orang. Adakalanya acara itu juga disertai sesi makan-makan dan bersembang.

Namun, pada waktu itu, kita perlu berhati-hati kerana dibimbangi jika terlalu galak bercerita, mungkin ia akan membawa kepada sesi ‘membawang’ atau mengumpat pula.

Mungkin perkara itu dilakukan secara tidak sengaja, oleh itu ada satu amalan pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW untuk dilakukan oleh seseorang yang bersurai daripada majlis.

doa majlis

DOA Kaffaratul Majlis boleh diamalkan apabila terlibat dalam apa jua jenis acara. Foto: Baitul Muslim

Turut disyorkan Empat perkara sunat dilakukan selepas akad nikah
Amalan tersebut adalah doa memohon keampunan atas keterlanjuran diri jika terlalu banyak bercakap hal-hal yang tidak bermanfaat atau bersenda gurau. Doa ini juga dipanggil doa kaffaratul majlis atau penutup majlis.

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang duduk di suatu majlis lalu banyak senda guraunya (perkataan yang tidak bermanfaat untuk akhiratnya), maka hendaklah ia mengucapkan sebelum bangun dari majlisnya itu;

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وأَتُوبُ إِلَيْكَ

Subhaanakallohumma wa bihamdika, asy-hadu alla ilaaha illa anta, astaghfiruka wa atuubu ilaik’

Ertinya: MAHA SUCI ENGKAU, wahai ALLAH, dan dengan memujiMU, aku bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain ENGKAU. Aku meminta ampun kepada-MU dan aku bertaubat kepada-MU

Kecuali diampuni baginya dosa-dosa selama di majlisnya itu.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, amalan membaca doa kaffaratul majlis pada akhir setiap majlis atau pertemuan, tidak kira majlis ilmu mahupun acara lain, sememangnya disarankan sebagaimana yang diamalkan oleh baginda Rasulullah SAW.

Sumber: Tzkrh & Maktabah al-Bakri

Foto: Pexels, Unsplash & baitulmuslim.com