Browsing Tag

doa pelembut hati

dimarahi
Isu,

Dimarahi seseorang? Amalkan doa ini sebagai pelembut hati

LAIN orang lain ragamnya ketika berdepan situasi tertentu. Apabila dimarahi, segelintir mungkin sekadar menadah telinga dan memendam rasa. Sebaliknya, ada juga yang melawan kemarahan tersebut dengan turut berperang mulut.

Adakalanya, amarah bukan bukti benci atau suatu perbuatan disengajakan, namun ia adalah sebagai pengajaran untuk menjadikan diri kita lebih baik dengan melakukan perkara tidak sepatutnya.

Sekiranya kesalahan itu disebabkan oleh diri sendiri, memang wajar kita dimarahi. Namun, jika salah tersebut bukanlah daripada kita, sudah tentu kita akan cuba membetulkan salah faham yang berlaku.

Seandainya anda sedang dimarahi oleh seseorang, ada satu doa yang boleh dibaca seperti dinukilkan daripada portal Rumaysho.

Amalan tersebut adalah berdasarkan sebuah kisah yang pernah berlaku di antara Ali bin al-Husain dan seorang hamba perempuannya.

Baca juga [VIDEO] Bersabarlah bila ditimpa ujian. Begitu besar rupanya hadiah orang yang bersabar…

dimarahi

BERSABARLAH dengan ujian hidup kerana ALLAH tidak akan menguji hamba-hamba-NYA melebihi kemampuan mereka. Foto:123RF

Turut disyorkan Redakan api kemarahan dengan melakukan empat amalan ini

Menahan marah termasuk ciri penghuni syurga

Pada waktu itu, perempuan berkenaan ingin menuangkan air kepada Ali untuk beliau gunakan ketika bersuci. Namun, bekas yang dipegangnya terjatuh ke atas lantai dan pecah sehingga ia melukai Ali.

Ali lalu memandang budak tersebut, namun ia tidak memarahinya kerana budak itu berkata: “Ingatlah bahawa ALLAH telah berfirman:

وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ

Ertinya: “(Ciri-ciri penghuni syurga adalah) orang yang menahan amarahnya.”

Kemudian, Ali berkata: “Aku tidak memarahimu lagi.” Budak perempuan itu terus berkata:

وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ

Ertinya: “(Ciri-ciri penghuni syurga adalah) memaafkan kesalahan orang.”

Ali kemudian berkata lagi: “Saya sudah memaafkanmu.” Dan budak itu berkata lagi:

وَاللَّـهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Ertinya: “ALLAH menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”

Ali kemudian berkata: “Sekarang engkau bebas (merdeka).” (Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

Baca juga Bagaimana Rasulullah SAW saat marah? Ini peristiwanya

INGATLAH bahawa antara ciri penghuni syurga itu termasuk orang yang mampu menahan marahnya. Foto: Pexels

Sebenarnya, ayat yang dibaca oleh hamba perempuan itu dipetik melalui surah Al-’Imran ayat 134, iaitu:

الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّـهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Ertinya: “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) ALLAH mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

Jadi, jika anda berada dalam situasi tegang atau hampir dimarahi, boleh sahaja mengamalkan ayat di atas untuk memohon pertolongan ALLAH SWT, sama ada dengan melembutkan hati orang yang sedang marah itu atau melalui apa jua keadaan.

Sumber: Tzkrh & Rumaysho 

Foto: 123RF & Pexels