Browsing Tag

doa ketika sakit

doa ketika sakit
Gaya Hidup,

Ada ayat khusus yang turun bersama hikmah dan khasiat, amalkannya selalu mudah-mudahan jadi penawar

SAKIT, luka dan cedera, itu antara keadaan yang membolehkan kudrat dan kemampuan seseorang manusia berkurang.

Walaupun kita boleh bersukan atau pergi ke gim untuk membina otot, namu hakikatnya manusia memang diciptakan lemah. Terseliuh kaki turun tangga lah, lebam ibu jari kaki terlanggar bucu meja dan macam-macam lagi.

Jika ada yang menyediakan kotak kecemasan di rumah atau di tempat kerja, bolehlah mendapatkan rawatan awal sebelum ke klinik atau hospital. Manakala di kampung pula, ada yang gemar berjumpa orang alim untuk membacakan ayat-ayat doa sebagai satu ikhtiar berubat.

Sebenarnya, amalan membaca surah atau apa-apa doa ini memang ada asasnya dalam Islam. Ia bukanlah amalan yang direka-reka.

Baca juga Sakit boleh jadi penghapus dosa. Tapi jangan sesekali mengeluh atau persoalkan takdir ALLAH

doa ketika sakit

USAH mengeluh ketika ditimpa kesakitan kerana ALLAH SWT sebenarnya membuka peluang bagi kita menghapuskan dosa-dosa yang lalu. Foto: 123RF

Baca juga Doktor Beragama Hindu Bantu Pesakit Covid-19 Ucap Syahadah Sebelum Meninggal

Dikongsikan portal Tzkrh, Rasulullah SAW sendiri pernah menyuruh isterinya Saidatina Aisyah RA untuk membaca beberapa potong ayat daripada al-Quran sebagai rawatan sakit.

Dari ‘Aisyah RA, dia berkata, “Apabila Rasulullah SAW hendak tidur, Baginda akan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca Qul Huwallahu Ahad (Surah al-Ikhlas) dan mu’awidzatain (Surah an-Naas dan al-Falaq), kemudian Baginda mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata, “Ketika Baginda sakit, Baginda menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika Rasulullah hendak tidur).” (Hadis Riwayat Bukhari)

Al-Quran ialah mukjizat kalam ALLAH sendiri yang terkandung syifa iaitu kesembuhan. Maka tidak mustahil sebenarnya untuk ALLAH memberikan keringanan sakit berkat kalam-NYA yang dibaca.

Baca juga Agar proses bersalin berjalan lancar, para ibu boleh melazimkan doa ini

ALLAH SWT tidak akan menguji hamba-NYA melebihi daya kemampuan mereka. Foto: Pexels

Selain itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyarankan tiga langkah berikut apabila terasa sakit di anggota tertentu:

1. Letakkan tangan di bahagian anggota yang sakit
2. Baca Bismillah sebanyak tiga kali
3. Kemudian membaca doa berikut sebanyak tujuh kali:

أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِن شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

Ertinya: “Aku berlindung dengan ALLAH SWT dan kekuasaan-NYA daripada kejahatan yang aku dapati dan aku takuti.” (Hadis Riwayat Muslim)

Membaca ayat-ayat al-Quran ketika cedera atau sakit tidak menafikan usaha dari sudut perubatan moden. Dalam masa sama, ada juga sakit yang tidak boleh diubat melalui rawatan konvensional, menyebabkan kita perlu berbalik kepada kaedah tradisional.

Apa pun, pilihlah langkah yang dirasakan sesuai dan tepat menurut keadaan, dalam masa sama tidak meninggalkan amalan sunnah Rasulullah SAW.

Sumber: Tzkrh & Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Foto: 123RF, Pexels & Facebook JAKIM