Browsing Tag

china

Lhasa-Mosque-1
Antarabangsa,

Masjid Hebalin di China antara tertinggi di dunia, ketahui fakta hebat ini

TERLETAK pada ketinggian melebihi 3,650 meter atas paras laut, Masjid Besar Lhasa yang terletak di Wilayah Autonomi Tibet, China merupakan salah satu masjid tertinggi di dunia.

Memetik portal About Islam, rumah ALLAH yang juga dikenali sebagai Masjid Hebalin itu dibina pada tahun 1716. Namun, rupa bentuk masjid yang dapat dilihat kini adalah hasil daripada suatu pengubahsuaian pada tahun 1959.

Baca juga 6 reka bentuk masjid unik seluruh dunia membuktikan Islam meraikan kepelbagaian budaya

masjid China

DIANGGARKAN ada sekitar 40 ribu masjid di China.

Baca juga Sembahyang di masjid Quba’ sama pahalanya seperti mengerjakan umrah

Dari segi susun atur binaan, masjid Hebalin mempunyai sebuah halaman seluas 2,600 m2 yang boleh diakses melalui tiga pintu masuk berbeza. Manakala, bangunan masjid itu sendiri terdiri daripada dewan solat, kawasan bunker, ruang wuduk, bilik air serta beberapa kemudahan lain.

Dalam pada itu, dewan solat terletak di sebelah barat masjid meliputi kawasan seluas 285 m2 dan terbahagi kepada ruang dalam, ruang luar dan pelantar utama.

Turut disyorkan Letupan bom di masjid Peshawar ketika Muslimin sedang solat Zuhur, ini fakta-fakta yang perlu diketahui

masjid China

MASJID Besar Lhasa menggunakan gabungan seni bina tradisional Tibet dan motif Islam. Foto: About Islam

Baca juga Aidiladha di China disambut berbeza di setiap wilayah

Gabungan seni bina Cina-Islam

Menariknya, seni bina Masjid Hebalin menggabungkan ciri-ciri keagamaan bersama corak tempatan.

Bahagian luar masjid menggunakan gaya tradisional Tibet dikenali sebagai Zang, manakala ruang dalam bangunan dihiasi seni Islam bermotifkan bunga dan tumbuhan.

Di China, dianggarkan hanya satu hingga tiga peratus daripada penduduk tempatan yang beragama Islam.

Baca juga Inilah 10 Muslim hebat yang mengubah dunia

WALAUPUN Hui merupakan kumpulan Muslim terbesar, namun kepadatan masyarakat Islam tertinggi adalah di wilayah Xinjiang.

Baca juga Muslimin dilarang menghadiri dan menyertai upacara perayaan bukan Islam, fatwa baru dikeluarkan

Di samping itu, kumpulan Muslim terbesar di negara tersebut adalah orang Hui. Menurut bancian yang dijalankan kerajaan China pada tahun 2000, ada kira-kira 9.8 juta penduduk Hui diikuti dengan golongan Dongxiang yang terdiri daripada 514 ribu orang. Seterusnya, etnik Salar membentuk kira-kira 105 ribu orang, manakala kaum Bonan mempunyai 17 ribu penduduk.

Komuniti-komuniti Cina Muslim berkenaan berbeza dengan masyarakat Uighur di wilayah Xinjiang yang dijadikan sebahagian daripada China berikutan perang saudara China pada tahun 1949.

Sumber & Foto: About Islam

masjid unik seluruh dunia kepelbagaian Islam
Antarabangsa,

6 reka bentuk masjid unik seluruh dunia membuktikan Islam meraikan kepelbagaian budaya

6 reka bentuk masjid unik seluruh dunia membuktikan Islam meraikan kepelbagaian budaya…

MASJID boleh hadir dalam pelbagai rupa, daripada sebuah bilik kecil di suatu bangunan hinggalah sebuah binaan besar dengan reka bentuk kompleks. Ini kerana al-Quran tidak pernah menggariskan rupa bentuk yang khusus bagi sesebuah masjid.

Mengikut sejarah, masyarakat Islam terdahulu biasanya mengadakan solat berjemaah dengan berkumpul secara rahsia di rumah masing-masing. Namun, semakin Islam berkembang, keperluan ahli komunitinya juga berubah.

Kebanyakan masjid terawal dibina hanya mempunyai reka bentuk yang ringkas. Bahkan, ia tidak memiliki sebarang kubah atau menara sebagaimana yang ada pada masjid-masjid sekarang. Sebagai tanda masuknya waktu solat, muazzin akan berdiri melaungkan azan di atas bumbung masjid yang rata.

Baca juga Laksanakan solat sunat Tahiyyatul Masjid sebagai tanda memuliakan rumah ALLAH

Kini, di seluruh dunia, masjid telah dibina menggunakan pelbagai reka bentuk tradisional dan unik bagi mencerminkan budaya masyarakat tempatan.

Portal agensi berita, Middle East Eye menyenaraikan enam masjid dari pelosok dunia berbeza yang memperlihatkan warisan unik komuniti Islam di sana.

1. Masjid Raya Sumatera Barat, Indonesia

Islam mula tersebar secara beransur-ansur di Indonesia bermula abad ke-12 melalui pedagang Arab.

Masjid Raya Sumatera Barat di Indonesia yang dibina oleh arkitek tempatan, Rizal Muslimin tidak mempunyai kubah atau menara. Sebaliknya, ia memiliki bumbung dengan struktur lengkung yang dikenali sebagai minang.

masjid unik seluruh dunia kepelbagaian islam

PEREKA Masjid Besar Sumatera Barat berkata beliau mendapat inspirasi kain yang dipegang oleh kaum Quraisy ketika ingin meletakkan Hajar Aswad ke Kaabah (Creative Commons)

Rumah ibadah berkenaan mula dibuka pada tahun 2014 dan mampu memuatkan hampir 20,000 jemaah sepanjang tiga tingkat.

Kata Muslimin, beliau mendapat inspirasi menerusi penyelesaian kepada pertikaian yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Dalam peristiwa itu, berlaku pergaduhan antara puak Quraisy ketika ingin menempatkan Hajar Aswad pada Kaabah. Lalu, baginda meletakkan batu hitam tersebut di atas kain sambil bahagian sudut kain dipegang oleh seorang wakil daripada setiap puak. Dengan ini, masing-masing berpeluang meletakkan Hajar Aswad ke kiblat umat Islam itu.

Dengan gabungan ukiran minang tradisional dan kaligrafi Islam menghiasi dinding luar masjid, struktur megah itu menjadi tumpuan utama daerah Padang di Sumatera.

Baca juga ALLAH sangat mencintai masjid dan membenci pasar

2. Masjid Sepanyol, India
Dikenali sebagai Masjid Iqbal Ud Daula dalam masyarakat setempat, masjid ini terletak di bandar Hyderabad, India.

Masjid Sepanyol mula dibina sekitar tahun 1900 di bawah arahan Iqbal Ud Daula yang merupakan anak kepada pemerintah pada waktu itu.

Daula yang baru sahaja pulang ke India selepas menghabiskan masa di Sepanyol dikatakan mendapat inspirasi daripada seni bina negara Eropah berkenaan.

masjid unik seluruh dunia kepelbagaian Islam

MASJID Sepanyol di Hyderabad mempunyai ciri-ciri reka bentuk Sepanyol disebabkan pemerintah pada waktu itu yang meminati budaya berkenaan (Sriharsha/Creative Commons)

Dari segi reka bentuk masjid, bangunan itu mempunyai hujung menara yang tajam bermodelkan gereja-gereja di semenanjung Iberia. Selain ruang solat utama, terdapat juga dua bilik di kedua-dua sisi masjid yang disambungkan melalui tingkap gaya Perancis.

Walaupun tidak mempunyai kawasan untuk berwuduk, Masjid Sepanyol kekal sebagai tempat ibadat yang aktif bagi masyarakat Islam Secunderabad serta mampu memuatkan 3000 jemaah dalam satu masa.

Baca juga Masjid Namirah, khutbah terakhir Nabi SAW kepada umatnya di sini

3. Masjid Sancaklar, Turkiye
Turkiye sememangnya terkenal dengan masjid-masjid besar zaman Uthmaniyyah. Namun, Masjid Sancaklar sedikit berbeza kerana ia bukan sahaja dilihat sebati, bahkan hampir tersembunyi di sebalik topografi tanah di sekelilingnya.

Pemenang Bangunan Keagamaan Terbaik di Festival Seni Bina Dunia pada 2013 itu bertempat dalam sebuah kejiranan di pinggir Istanbul, Buyukcekmece.

Kata Emre Arolat merangkap arkitek di sebalik masjid unik berkenaan, bangunan itu sengaja dibina dengan gaya ringkas menyerupai sebuah gua untuk mewujudkan hubungan mendalam bersama TUHAN.

masjid unik seluruh dunia kepelbagaian Islam

MENURUT pereka Masjid Sancaklar di Turkiye, bangunan tersebut dibina sedemikian sebagai suatu dunia tersendiri yang mengasingkan pengunjung daripada ikatan duniawi (Creative Commons)

Dari jauh, satu bongkahan batu mewakili menara masjid menjadi mercu tanda Masjid Sancaklar. Selebihnya adalah ruang solat yang dibina bersama lereng bukit. Beberapa celahan juga diukir pada dinding kiblat untuk membolehkan sedikit cahaya masuk dari arah Kaabah.

Untuk sampai ke masjid, jemaah perlu berjalan di sepanjang anak tangga menuruni bukit. Setibanya di halaman masjid, ada sebuah kedai teh, ruang berkumpul serta perpustakaan untuk kegunaan jemaah.

Baca juga Masjid al-Ghamamah, tempat terakhir Nabi SAW solat raya

4. Masjid Kruszyniany, Poland
Masjid kayu ringkas berwarna hijau ini boleh ditemui di perkampungan Kruszyniany berhampiran sempadan Belarus.

Dari sudut bentuk luarannya, masjid berkenaan dipengaruhi budaya tempatan dan menyerupai gereja-gereja kayu berhampiran. Bangunan segi empat tepat itu juga diperbuat daripada kayu pain, selain dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran pada sebelah dalam masjid.

masjid unik seluruh dunia kepelbagaian Islam

SATU plak batu di kawasan masuk masjid bahagian Muslimat menyatakan bahawa Masjid Kruszyniany di Poland pernah diubah suai pada tahun 1846 (Creative Commons)

Sementara itu, Masjid Kruszyniany merupakan salah satu daripada tiga masjid yang masih aktif di Poland.

Ia dikenali oleh masyarakat seawal tahun 1717 namun tiada siapa tahu tarikh sebenar masjid tersebut dibina. Plak batu yang ada di pintu masuk masjid bahagian Muslimat pula menyatakan bangunan itu pernah diubah suai pada tahun 1846.

Di Poland, 0.1 peratus daripada penduduknya beragama Islam. Dianggarkan terdapat 3,000 orang Tatar Islam termasuk 30,000 Muslim lain yang telah berhijrah dari tempat atau memeluk agama Islam di negara itu.

Baca juga Dua buku mengenai Hagia Sophia dikeluarkan Turkiye sempena ulang tahun kedua pembukaan semula masjid itu

5. Masjid Besar Djenné, Mali
Masjid Besar Djenné mula dibina pada abad ke-13 oleh Raja Koy Konboro, pemerintah Islam pertama di bandar itu. Khabarnya, Konboro sanggup merobohkan istananya untuk membina masjid di situ bagi menunjukkan ketaatannya kepada Islam.

Yang menariknya, masjid berkenaan adalah bangunan bata lumpur terbesar di dunia. Ia juga diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia Unesco pada tahun 1988.

masjid unik seluruh dunia kepelbagaian Islam

KAWASAN Masjid Djenné di Mali sering dinaiki air ketika musim hujan, menyebabkan bangunan itu perlu diperkukuh dengan tanah lumpur baru setiap tahun (Creative Commons)

Selain dipengaruhi seni bina tradisional Sudano-Sahel, Masjid Besar Djenné mempunyai ketinggian hampir 20 meter dan dibina di atas platform sepanjang 91 meter. Ini kerana masjid itu berhampiran Sungai Niger menyebabkan ia sering dinaiki air ketika musim hujan dan strukturnya perlu ditampal semula setiap tahun.

Di samping itu, terdapat sembilan puluh tiang kayu yang menyokong bumbung dan dinding masjid. Ruang solat masjid pula boleh memuatkan seramai 3 ribu jemaah.

Islam mula tersebar di Afrika Barat pada abad ke-19 oleh pedagang Berber dan Tuareg Muslim. Kini, 90 peratus rakyat Mali beragama Islam.

Baca juga Masjid Raya Baiturrahman Terus Gagah Menentang Badai

6. Masjid Niujie, China
Dibina pada 996, Masjid Niujie adalah masjid tertua di Beijing. Ia pernah diroboh dan kemudian dibina semula beberapa kali merentasi dinasti berbeza. Masjid itu perluaskan pada tahun 1696 di bawah dinasti Qing.

Walaupun bahagian luar masjid tersebut memiliki seni bina istana kayu tradisional Cina, namun ruang dalamnya dihiasi dengan kaligrafi al-Quran serta panel kayu merah Cina, memperlihatkan pengaruh Islam dan Cina Han.

masjid unik seluruh dunia kepelbagaian Islam

MASJID Niujie mendapat namanya sempena kawasan masjid yang berhampiran dengan penjual-penjual daging di daerah Xuanwu, Beijing.

Ciri paling unik dalam Masjid Niujie adalah Menara ‘Watching Moon’ setinggi 10 meter, berbentuk heksagon serta mempunyai bumbung emas. Menara ini pernah digunakan oleh imam masjid untuk melihat bulan bagi menentukan bulan-bulan Islam termasuk permulaan Ramadan.

Di China, Islam disebarkan melalui pedagang Arab dan Parsi. 90 peratus penduduk Islam di negara berkenaan terdiri daripada etnik Hui dan Uyghur.

6 reka bentuk masjid unik seluruh dunia membuktikan Islam meraikan kepelbagaian budaya

Foto dan Sumber: Middle East Eye

5f2644b6aed752b65f9f463061504969
Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Peguam AS Arah Hilton Batalkan Projek Hotel di Tapak Masjid Uyghur

no comment

SURUHANJAYA kongres Amerika Syarikat (AS) meminta Hilton Worldwide untuk tidak menggunakan namanya (Hilton) dikaitkan dengan projek hotel di tapak sebuah masjid yang dirobohkan pihak berkuasa di wilayah Xinjiang China.

Tapak lama masjid yang telah dirobohkan akan dibangunkan sebuah hotel. Gambar: SCMP

Dalam surat yang dihantar, semalam kepada Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Hilton Worldwide Holdings Inc, Christopher Nassetta; Senator Demokrat, Jeff Merkley dan Anggota Kongres, Jim McGovern telah menimbulkan kebimbangan mengenai laporan bahawa sebuah Hotel Hampton by Hilton sedang dibina di tapak masjid yang musnah pada tahun 2018 di Xinjiang’s Prefektur Hotan.

“Tapak itu melambangkan kempen pemerintah China untuk memusnahkan secara meluas kesan agama dan budaya Uygur di Xuar dan usaha untuk membasmi kebebasan beragama serta budaya Uygurs,”katanya yang merujuk kepada minoriti Muslim Uygur di wilayah otonomi Xinjiang Uygur .

Surat itu ditandatangani bersama oleh Suruhanjaya Eksekutif kanan Kongres Republik China, Senator Marco Rubio dan anggota kongres Jim Smith.

Antara kandungan surat itu turut mengatakan bahawa pemusnahan tempat keagamaan dan budaya Uygur sangat ditentang pemerintah AS yang menganggap pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan dilakukan terhadap umat Islam di Xinjiang adalah kejam.

“Hilton tidak boleh membiarkan namanya digunakan untuk menyokong dan mempromosikan penghapusan budaya serta penindasan berjuta-juta orang Uygur yang tinggal di Xuar,” katanya.

Pemandangan dari atas kawasan tapak masjid lama yang telah diratakan untuk pembinaan hotel. Gambar: Radio Free Asia

Majlis Hubungan Amerika-Islam dan Organisasi Advokasi Muslim AS, minggu ini meminta para pemegang saham Hilton untuk mencari perincian mengenai rancangan hotel yang didedahkan pada bulan Jun kepada media.

Hilton mengatakan hotel itu projek francais yang diawasi oleh sebuah firma China, Huan Peng Hotel Management, yang mengatakan bahawa pihaknya telah membeli tanah tersebut sebagai lot kosong melalui lelong awam.

Firma itu menambah bahawa ia akan mematuhi sepenuhnya semua undang-undang tempatan, pihak berkuasa bagi menggembangkan jenama Hilton.

Banyak kesan-kesan tempat beribadah termasuk masjid dirobohkan untuk pembinaan komersial.

Menurut penyelidikan, Suruhanjaya Eksekutif Kongres di China (CECC), pihak berkuasa di Xinjiang telah merobohkan dan memusnahkan sekitar 16,000 masjid dan lebih daripada separuh tempat keagamaan lain di rantau ini seperti kuil dan perkuburan dalam beberapa tahun terakhir sebelum ini.

Sumber: South China Morning Post