Browsing Tag

cara nak didik hati untuk tenang

Berita Semasa,

5 cara nak didik hati untuk tenang

SUNGGUH, andai kita tahu setiap yang ALLAH rencanakan untuk kita hari ini adalah jalan-jalan untuk memberikan yang terbaik, pasti kita reda dan tenang dalam menjalani ujian.

Cakap memang mudah kan? Tapi nak didik hati itu bukan senang. Ada ke cara nak didik hati untuk tenang? Jom kita semak.

1) Sangka baik pada ALLAH

Sepertimana ALLAH suruh kita beriman kepada qada dan qada, begitulah ALLAH ajar kita untuk didik jiwa supaya bersangka baik pada setiap pemberianNya.

Kita tak boleh pilih siapa ibu bapa kita, tapi kita boleh design cara didikan yang baik untuk anak kita. Kita tak boleh pilih untuk dapat anak lelaki atau perempuan, tapi ALLAH janji doa anak soleh akan sampai kepada kita walaupun kita dah mati nanti.

2) Banyakkan istighfar

Ujian biasanya disebabkan dosa. ALLAH tak kan biarkan orang Muslim meninggal dengan membawa dosa. Kalau sebelum meninggal pun ALLAH tak nak kita bawa dosa, sebab berat azabnya. Di dunia ni pun begitulah.

Bila kita tak mohon ampun, maka ALLAH beri ujian kepada kesihatan kita, supaya ketika itu kita kerap menyebut nama ALLAH. Supaya ketika sakit, kita jadi kurang makan, bukan lagi mengikut nafsu.

Supaya ketika sakit, kita jadi tak nak jumpa kawan-kawan, makanya dah berkurang dosa membawang. Begitulah. ALLAH atur satu-satu. Sebelum diberi ujian, bersihkan diri kita siap-siap supaya ALLAH tak paksa kita untuk dihapus dosa. Kan lebih tenang tu.

3) Banyakkan mengaji al-Quran

Al-Quran ni mukjizat. Ayat-ayatnya tak kan pernah berubah, tapi ayat-ayatnya mampu mengubah manusia. Jiwa resah gelisah boleh berubah Indah. Hati gundah gulana boleh bahagia.

Banyak mana nak mengaji? Sebanyak mana kita nak tenang, sebanyak itulah kita perlu mengaji.

4) Jaga & upgrade solat

Jaga solat di awal waktu, mula belajar untuk khusyuk. Cari tahu makna bacaan dalam solat. Mula jaga tertib solat, macam mana kita nak kehidupan tenang, begitu juga perlu buat dalam solat. Solat dengan tenang dan sabar.

5) Fokus penyelesaian bukan masalah

Serabut, stres, gelisah semua ni adalah masalah. Bukan penyelesaian. Cari balik punca masalah, betulkan satu persatu simpulan agar beroleh penyelesaian.

Tak ada duit contohnya, bukan mengeluh salahkan bos salahkan Covid-19, tapi cari side income yang boleh tambah pendapatan. Begitu.

Semoga beroleh manfaat. Alhamdulillah

Artikel berkaitan: 7 tip merawat jiwa yang kosong

SUSAH KONSISTEN?

Dah baca banyak tip-tip rezeki. Buat sekejap, lepas tu susah nak konsisten. Bila orang lain share petua sekian-sekian, sibuk nak buat juga tapi tetap ulang masalah sama, susah nak konsisten. Kenapa ya?

Pernah tak alami? Manusia memang sifatnya begitu, suka result pantas. Kalau boleh nak dapat apa yang dia doa time tu juga. Tak sedar dosa yang ada tak pernah minta ampun, tak ingat pernah tersakitkan hati orang lain. Takut-takut ini jadi punca kita tak dapat apa yang kita nak. Dan buat amalan semata-mata untuk dapat balasan dari ALLAH.

Itu yang jadi lepas dapat apa yang ALLAH bagi, mula stop beramal. Mula tercari-cari formula lain. Tuan guru kak su pesan, buat apa-apa dengan kualiti. Bila kualiti dijaga, insha-ALLAH kuantiti datang sendiri. Contoh mudah, kita mula baiki solat wajib. Fahami maksud bacaan dalam solat semua. Belajar untuk khusyuk. Dan InsyaAllah-ALLAH lepas kita dapat rasa kualiti solat kita, mudah je kita nak tambah dengan solat sunat pula.

Kak su suka dan setuju dengan ayat ni, “manusia bukan bekas yang perlu diisi, tetapi manusia adalah api yang perlu dimarakkan” maksudnya kita ni dah tahu, dah pernah buat amalan yang betul, jadi buat yang tu betul-betul. Buat dengan konsisten, InsyaAllah kita akan dapat balik result yang sama, malah boleh dapat lebih lagi.

Kalau tak tahu nak mula dengan apa, mulakan dengan baiki solat. Jaga solat awal waktu, fahami maksud Al-Fatihah, hayati maksud setiap pergerakan solat. InsyaAllah berjaya, kerana kejayaan ada dalam SOLAT.

Semoga dapat sesuatu. Assalammualaikum wbt, 🤗

Kredit: Suriani Mohamad