Browsing Tag

Canal

sumbr TRT
Berita Semasa, Jendela Dunia,

Erdogan: Terusan Istanbul Buka ‘Halaman Baharu’ Dalam Pembangunan Turki.

no comment

Oleh MUHAMMAD YUSUFF HASSAN

PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan menganggap projek Terusan Istanbul sesuatu diperlukan untuk menjamin keselamatan bandaraya itu di tengah peningkatan lalu lintas kapal melalui Bosphorus, salah satu laluan maritim paling sibuk di dunia.

Terusan Istanbul itu akan menjadikan “halaman baharu” yang bersejarah dalam pembangunan Turki, kata presiden negara itu dalam upacara pecah tanah untuk jambatan pertama projek mega itu.

Ancaman terhadap Bosphorus dan Istanbul daripada berkembangnya perdagangan maritim menjadikan Terusan Istanbul menjadi keperluan, kata Erdogan pada hari Sabtu, memuji projek yang disebutnya sebagai “impiannya”.

Menekankan bahawa jumlah kapal yang melintasi Selat Istanbul setiap tahun telah meningkat daripada 3,000 pada tahun 1930-an menjadi 45,000 hari ini, presiden itu menjangkakan sehingga 78,000 kapal mungkin akan melakukan perjalanan menjelang tahun 2050, dengan setiap kapal besar menimbulkan risiko serius kepada Istanbul .

Erdogan telah menyebutkan projek itu, menawarkan laluan alternatif yang menghubungkan Laut Marmara ke Laut Hitam, yang diperlukan untuk keselamatan Istanbul di tengah peningkatan lalu lintas kapal melalui Bosphorus, salah satu laluan maritim tersibuk di dunia.

Presiden Turki Erdogan berucap ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Jambatan Sazlidere Istanbul pada 26 Jun 2021.(-AA)

 

“Terusan Istanbul adalah projek penting untuk melindungi struktur sejarah dan budaya selat Bosphorus,” katanya, sambil menambah: “Kami menganggap Terusan Istanbul mampu menyelamatkan masa depan Istanbul.”

Bandar Dua Laut

Terusan yang akan dibina di bahagian benua Eropah metropolis Turki itu adalah sepanjang sekitar 45 kilometer, manakala lebarnya adalah 275 meter , dan dalamnya 20.75 meter.

Projek itu diharap dapat dibina di bawah kerjasama awam-swasta. Pada pertemuan di mana Erdogan mengumumkan projek itu, beliau berkata ia akan dibiayai sepenuhnya melalui sumber negara.

Enam jambatan akan dibina di atas terusan, mengubah Istanbul menjadi sebuah bandar dengan dua laut.

Bandar yang mempunyai sekitar 250,000 kediaman dirancang untuk dibina di kedua-dua sisi terusan.

Projek mega ini, bertujuan untuk mencegah risiko yang ditimbulkan oleh kapal yang membawa bahan berbahaya melalui Selat Bosphorus, telah disetujui oleh Kementerian Lingkungan dan Pembandaran negara.

Pembiaan terusan yang dianggarkan menelan belanja AS$15bn itu dijangka siap dalam masa enam tahun, kata Erdogan.

Sumber : TRT World / Al Jazeera/ kanalistanbul.gov.tr

Peta lokasi Terusan Istanbul (kanalistanbul.gov.tr)