Browsing Tag

cambodia

logo halal Kemboja
Antarabangsa,

Penggunaan logo halal palsu oleh restoran meningkat di Kemboja

PENINGKATAN dalam penggunaan logo halal palsu oleh pihak restoran meskipun menjual makanan tidak halal menjadi kebimbangan umat Islam di negara jiran Kemboja.

Jika diikutkan, negara Angkor Wat itu sememangnya mempunyai pilihan premis makanan halal yang terhad lantaran kekurangan pembekal diiktiraf.

Namun, kemunculan beberapa restoran mendakwa menjual makanan halal walaupun tidak benar, menyukarkan lagi pencarian juadah menepati syariat bagi komuniti Islam Kemboja yang hanya membentuk dua peratus daripada 16 juta penduduk di sana.

Baca juga Festival Makanan Halal London dikunjungi lebih 18,000 pelawat

Memetik laporan Khmer Times, premis-premis makanan berkenaan mempamerkan logo halal di hadapan kedai tanpa menyertakan perakuan daripada Suruhanjaya Pemeriksaan Produk Halal di Kemboja (CEHP) yang bertanggungjawab meluluskan segala pensijilan produk halal dalam negara itu.

Selain itu, kebanyakan perniagaan tersebut beroperasi di kawasan dengan jumlah penduduk Islam tinggi seperti kawasan Chrang Chamres di daerah Russey Keo dan Chrroy Changvar, Phnom Penh.

Turut disyorkan Makanan Tidak Baik Jadi Punca Hati Gelap

MASIH ada segelintir umat Islam di Kemboja yang belum sedia maklum tentang logo halal rasmi digunakan oleh kerajaan tersebut. Foto: Khmer Times/Nuon Soksarim

Baca juga Malaysia pilihan teratas destinasi pelancong Muslim

Kata seorang penduduk Chrang Chamres, Saleh Binkriya, masih ramai orang dalam komunitinya tidak tahu tentang logo halal rasmi digunakan oleh kerajaan, jadi mereka mudah terpedaya dengan penjual yang menyalahgunakan tanda tersebut.

“(Isu) ini sangat membimbangkan dan pihak berkuasa harus menyelesaikannya secepat mungkin. Jika tidak, penipuan itu akan menyebabkan masyarakat Islam (di sini) hilang kepercayaan terhadap penjual dan produknya,” katanya.

Sas Los berasal dari Phnom Penh pula berkata dia pernah mengunjungi sebuah restoran ‘halal’ beberapa kali sebelum ia didedahkan menggunakan tanda halal palsu.

logo halal Kemboja

THORN Saron. Foto: Khmer Times/Nuon Soksarim

Baca juga Indonesia kenalkan logo halal baharu

Timbalan Ketua Pentadbiran CEHP, Thorn Saron memberitahu pihaknya mengambil serius tentang isu ini dan usaha sedang dijalankan untuk menanganinya.

“Sebagai contoh, minggu sebelumnya kami telah mendenda seorang pemilik restoran di Sihanoukville kerana menjual makanan halal palsu,” katanya.

Tambah beliau, mereka yang terlibat dalam jenayah ini menggunakan logo halal tidak rasmi sekadar untuk mengaut keuntungan dan bukannya memenuhi keperluan pengguna Muslim.

“Pemilik kedai hanya mencetak logo halal dan meletakkannya di hadapan kedai. Walau bagaimanapun, perakuan rasmi hanya boleh diperoleh daripada CEHP yang akan menjalankan pensijilan terdahulu,” jelasnya.

Turut disyorkan Guna produk Muslim tapi tiada status halal, ini yang umat Islam patut tahu.

LOGO halal rasmi yang digunakan oleh negara Kemboja. Foto: Khmer Times

Baca juga ALLAH sangat mencintai masjid dan membenci pasar

Thorn turut memberi jaminan bahawa tindakan sedang diambil oleh kerajaan selain mengaku sedikit masa diperlukan untuk mengesan premis yang terlibat.

Manakala, Ketua Pengarah Persaingan Perlindungan Pengguna dan Penindasan Penipuan (CCF) di Kementerian Kewangan, Phan Oun berkata, bukan mudah untuk mendapatkan lesen halal kerana pelbagai pemeriksaan perlu dilakukan terhadap perniagaan itu dahulu.

“Sekiranya perniagaan itu tidak memenuhi syarat, CEHP akan memberi nasihat kepada mereka. Jika mereka boleh mengikuti nasihat itu pada masa hadapan, ada kemungkinan besar mereka akan diberikan lesen halal,” katanya.

Beliau menambah, “Walaupun kerajaan mempunyai ramai penasihat yang dilantik berhubung pelesenan halal, masih ramai yang tidak mematuhi undang-undang.”

Baca juga Sunnah tutup makanan dan minuman walaupun dengan sebatang kayu, ini sebab-sebabnya

ISU penipuan logo halal itu dikhuatiri akan memberi kesan kepada peniaga lain yang sememangnya menjual makanan halal. Foto: 123RF

Baca juga Ketahui 4 perkara yang patut dielakkan ketika berniaga menurut Islam

Selain itu, isu penipuan logo halal tersebut turut dikhuatiri memberi kesan ke atas perniagaan lain yang mengikut undang-undang.

Menurut Kementerian Perdagangan, setakat Oktober 2021, terdapat 250 premis termasuk restoran, kilang makanan dan kedai makan telah memperoleh lesen. Manakala, ada 921 jenis produk diperakui halal.

Luah pemilik restoran Peach di Phnom Penh, Man Saly, dia telah memperoleh lesen halal untuk dua tahun dan sentiasa mematuhi syarat halal yang dikenakan.

Namun, dalam masa sama dia bimbang isu ini boleh menyebabkan rakyat Muslim tidak lagi ke kedainya kerana menganggap pensijilannya adalah palsu.

“CEHP mempunyai piawai yang tinggi dan mereka kerap memeriksa restoran ini termasuk cara saya menyedia, memasak dan menghidangkan makanan. Jika tidak mencapai tahap sepatutnya, lesen saya akan ditarik balik. Jadi, saya sentiasa mengikut prosedur dengan betul,” katanya.

Sumber: Khmer Times

Foto: 123RF & Khmer Times