Browsing Tag

Bulan Muharam

awal muharam
Gaya Hidup,

Awal Muharam, simbol pengertian hijrah sebenar

SABAN tahun apabila masuk Muharam Hijriah, kita sering menceritakan sebuah peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dari kota Mekah ke kota Madinah.

Walaupun pada hakikatnya, penghijrahan Nabi SAW ke kota Madinah berlaku pada Safar, bukan pada Muharam.

Namun, sesetengah pendapat mengatakan keazaman Rasulullah SAW untuk berhijrah itu bermula sejak Muharam selepas berbaiat pada Zulhijah.

Seperti dikongsi oleh penceramah bebas, Ustaz Hanzalah Azman, antara kisah masyhur pada awal Muharam ialah wujudnya sistem takwim ‘standard’ untuk kegunaan umat Islam.

Baca Juga Pengembaraan epik ikut laluan hijrah Nabi, lelaki ini berjalan 500km dari Mekah Ke Madinah

“Ia dibangunkan oleh Khalifah kedua, Saidina Umar al-Khattab sebagai satu pemantapan pentadbiran setelah gabenor di Basrah tidak mendapat sepucuk surat tidak bertarikh.

“Perkara tersebut dimesyuaratkan oleh para sahabat untuk menentukan permulaan takwim Islam dan diputuskan oleh Saidina Umar memulakan takwim Islam pada Muharam.

Hati

HAYATI ibrah daripada peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat yang sanggup berkorban apa sahaja demi menegakkan serta menyebarkan Islam.

“Hijrah pada asalnya ialah merujuk kepada penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dari kota Mekah ke kota Madinah iaitu sebagai satu inisiatif jalan keluar setelah penyeksaan yang dihadapi mereka.

“Penghijrahan tersebut tidak hanya melibatkan perpindah, namun ia juga salah satu insiatif Rasulullah SAW memperluaskan dakwah ke seluruh tanah Arab.

Hijrah batiniah dan lahiriah

“Rasulullah SAW memberi definisi atau makna sebenar hijrah iaitu bukan sekadar penghijrahan melibatkan perpindahan fizikal, tetapi dari sudut dalam jiwa seseorang, amal ibadahnya serta menjauhkan diri daripada melakukan larangan ALLAH SWT.

Sabda Rasulullah SAW: “Dan orang yang berhijrah itu ialah orang yang berhijrah (menjauhkan diri) daripada melakukan apa-apa yang ALLAH larang. (Hadis Riwayat Bukhari)

“Bahkan menurut Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitab Fath al-Bari syarah kepada Sahih Bukhari, hijrah itu ada dua, pertama lahiriah dan kedua batiniah.

Syaitan

HIJRAH bukan untuk golongan pendosa, tetapi ia sememangnya suatu tuntutan ke atas setiap umat Islam supaya berubah menjadi insan yang lebih baik.

“Hijrah batiniah ialah meninggalkan apa-apa sahaja yang diperintahkan oleh hawa nafsu yang selalu memerintahkan keburukan dan syaitan.

“Manakala, lahiriah pula menghindarkan diri dengan memelihara agama daripada fitnah.

“Sekiranya kita menelusuri makna hijrah, ia amat berkait rapat dengan kehidupan sejagat manusia iaitu sentiasa melakukan perubahan terhadap diri sendiri.

“Dan inilah perjalanan kehidupan sebenar manusia iaitu sentiasa ada fasa tertentu untuk berusaha melakukan perubahan pada dirinya sama ada luaran atau dalaman,” ungkapnya.

Bertepatan dengan hadis sebagaimana Baginda SAW bersabda: “Muslim itu ialah orang yang menjadikan Muslim yang lain selamat daripada lisan dan tangannya serta al-muhajir (orang yang berhijrah) ialah orang meninggalkan apa-apa sahaja yang ALLAH larang.”(Hadis Riwayat Bukhari)

Artikel Berkaitan 

Berita Semasa,

Ini kelebihan bulan Muharam yang perlu kita tahu

MUHARAM antara bulan yang begitu istimewa. Bukan sahaja disebabkan kelebihan yang ada padanya, malah ia merupakan bulan pertama dalam kalendar Islam.

Ia juga dikenali sebagai salah satu daripada empat bulan haram sebagaimana yang disebutkan dalam nas.

Firman ALLAH SWT: “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH SWT adalah sebanyak 12 bulan sebagaimana yang terdapat di dalam kitabullah (Lauh al-Mahfuz) pada hari diciptakan langit-langit dan juga bumi. Di antaranya (bulan-bulan tersebut) adalah empat bulan haram. Demikian itulah agama yang lurus maka janganlah kalian menzalimi diri kalian di dalam bulan-bulan tersebut.” (Surah al-Taubah, ayat 36)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW memberikan penjelasan tentang empat bulan haram tersebut.

Sabda baginda SAW: “Dalam setahun itu ada 12 bulan dan di antaranya adalah empat bulan haram. Tiga bulan yang berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam serta bulan Rejab yang berada di antara Jamadilakhir dan juga Syaaban.” (Riwayat al-Bukhari)

Dalam empat bulan haram itu, kita diharamkan berperang.

Ketahuilah, bulan-bulan berkenaan sangat dihormati dari sudut amalan soleh. Begitu besar ganjarannya jika melakukan amal kebajikan pada bulan-bulan berkenaan.

Namun, awas jika kita melakukan dosa dan maksiat! Ini kerana dosa dan maksiat itu akan menjadi lebih besar dalam bulan-bulan haram.

Pada bulan Muharam juga, ada satu amalan soleh yang sangat dituntut untuk dilakukan oleh umat Islam iaitu mempelbanyakkan berpuasa sunat.

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seafdal-afdal puasa setelah bulan Ramadan adalah berpuasa pada bulan ALLAH al-Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdal setelah solat fardu adalah solat malam (qiyamullail).” (Riwayat Abu Daud)

Dalam sebuah hadis lain ada diceritakan tentang seorang lelaki yang telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang bulan apakah yang Rasulullah perintahkan untuk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadan? Maka jawab baginda SAW:

“Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadan, maka berpuasalah kamu pada bulan al-Muharram kerana sesungguhnya ia adalah bulan ALLAH.” (Riwayat al-Tirmidzi)

(Artikel berkaitan: Berpuasa dapat menyembuhkan diri daripada pelbagai jenis penyakit)

Melihat hadis berkenaan, jelas menunjukkan bahawa Muharam bukan bulan calang-calang. Ia juga dikenali sebagai bulan ALLAH yang tidak disebut pada bulan-bulan lain.

Jika suatu perkara itu disandarkan kepada ALLAH, pastinya ia menjadi sesuatu yang mulia. Ia sama seperti Baitullah, Rasulullah, Abdullah dan seumpamanya.

Justeru, banyakkanlah melakukan amal kebajikan pada bulan ini. Elakkan diri daripada melakukan sebarang perkara yang ditegah oleh agama.

Jadikan bulan pertama dalam tahun baharu hijrah ini untuk membentuk diri ke arah yang lebih baik.

Sumber: Laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan