Browsing Tag

Brunei

Logo halal
Berita Semasa,

Guna logo halal palsu, Brunei rampas beberapa produk sejuk beku

GARA-GARA menggunakan logo halal palsu, beberapa produk sejuk beku tempatan dirampas di sebuah pasar raya di Brunei baru-baru ini.

Operasi dilakukan oleh Pegawai Penguatkuasaan Bahagian kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah Brunei, sebuah agensi di bawah Kementerian Hal Ehwal Agama (MoRA).

Baca juga Indonesia kenalkan logo halal baharu

Memetik laporan portal berita berpengaruh di Brunei, Borneo Bulletin, rampasan yang membabitkan produk ‘Dapur Nenek Mama’ itu dilakukan kerana menggunakan label halal Majlis Agama Islam Brunei (MUIB) tanpa kebenaran.

“Produk itu termasuklah 13 botol sambal katok, sambal penyet (13 botol), sambal ijo (14 botol), sos peri-peri (lima botol), sos ketumbar limau (13 botol) dan sos BBQ madu (lapan botol) yang disimpan di dalam peti sejuk beku di pasar raya berkenaan.

Logo halal

LOGO halal MUIB. -FOTO: BORNEO BULLETIN

“Selain itu, para pegawai turut menemukan 10 paket ayam rempat, ayam bakar (10 paket), kepak bakar (10 paket), kepak ayam BBQ (10 paket) dan rempah kepak ayam (10 paket),” katanya sebagaimana dilaporkan dalam borneobulletin.com.bn pada Isnin.

Baca juga Guna produk Muslim tapi tiada status halal, ini yang umat Islam patut tahu.

Dalam pada itu, MoRA turut mengingatkan agar syarikat dan peruncit supaya tidak menggunakan label halal MUIB tanpa kelulusan.

Ia melanggar Seksyen 12(3)(a) Sijil Halal dan Perintah Label Halal 2005 yang membawa hukuman tidak lebih BND8,000 (RM27,200) atau hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Bagi membanteras ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan di negara itu, kakitangan dari Bahagian kawalan Makanan Halal bersama agensi penguatkuasaan lain akan mempergiatkan operasi masing-masing.

***Foto: Borneo Bulletin