Browsing Tag

Brooklyn

9503abb4-f185-4469-9975-da86ae2f7f2b
Berita Semasa, Gaya Hidup, Gaya Hidup, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Komuniti Islam New York Bantu Imigran Sambut Ramadan Lebih Sempurna

no comment

“Kita ingin membina satu sistem sokongan di mana kita menyokong peniaga tempatan dan dalam masa yang sama menjaga kebajikan keluarga imigran ini agar terus kekal tinggal bersama kami,” kata Penganjur Program Muslim Giving Back, Asad Dandia.

Muslim Giving Back adalah projek gabungan komuniti Islam di New York yang menyediakan tabung makanan percuma kepada imigran yang tinggal di bandar Brooklyn.

Sukarelawan Muslim Giving Back berpusat di Sunset Park, iaitu Pusat Komuniti Islam yang mempunyai ahli majoritinya adalah imigran.

“Keluarga imigran ini menjadi pelanggan kepada kedai-kedai tempatan di mana mereka mendapatkan makanan dan barang keperluan harian mereka sepajang masa.

“Sempena Ramadan ini, kami mengajak masyarakat beramal dengan memastikan kejiranan Brooklyn mempunyai makanan di atas meja ketika berbuka puasa terutama dalam suasana pandemik yang menghalang masayarakat bebas keluar mencari rezeki.

“Kami juga telah mengagihkan kupon bekalan makanan percuma kepada golongan sasaran iaitu imigran,” katanya.

Dari Brooklyn hingga Bronx, pertubuhan komuniti Islam membina rangkaian bantuan kecemasan untuk membantu keluarga Muslim yang memerlukan makanan, di mana ramai antaranya bergantung kepada makanan percuma ketika berbuka puasa di masjid berhampiran.

Sukarelawan Muslim Giving Back mula menyusun kotak-kotak makanan untuk diedarkan kepada yang memerlukan.

Program Muslim Giving Back membeli kad hadiah atau kad diskaun daripada peniaga berbangsa Arab, Asia, serta farmasi Muslim, pasaraya dan pasar daging halal untuk diberikan kepada imigrin Muslim. Mereka diberikan kad kupon bernilai US$150 untuk membeli barangan halal bagi keluarga yang tinggal di Brooklyn dan Queens.

Selain Muslim Giving Back, organisasi lain yang terlibat membantu seperti Balady Halal Food Market; Nile Redfe Pharmacy; Met Fresh Supermarket; Dwip Bangla Grocery dan Green House Deshi Supermarket yang semua permis perniagaan ini bertempat di kawasan kejiranan Kensington dan Broolyn Bay Ridge. Di sini terdapat ramai golongan imigran Muslim terutamanya pekerja, pelarian, mahupun yang tinggal tanpa dokumen. Mereka tidak mampu menjana pendapatan tinggi untuk kekal di situ.

Antara wakil NGO yang turut sama menyokong projek Muslim Giving Back.

Dandia juga bekerjasama dengan Shahana Hanif, iaitu seorang pengelola sebuah komuniti di Brooklyn. Beliau adalah wanita Islam pertama menjadi ahli Majlis Perbandaran New York dan berhubungan dengan keluarga imigran Bangladesh. Beliau bergerak secara solo dalam usaha melawan masalah kekurangan makanan di kalangan imigran Bangladesh terutama warga emas, ibu tunggal dan mereka yang kehilangan keluarga akibat penyakit.

“Ini adalah usaha berkumpulan, mengumpulkan dan menguruskan mereka yang terkesan. Kami tidak meminta bantuan kerajaan mahupun jutawan, ini adalah usahasama komuniti, di mana kami bersama mengumpulkan sumber agar dapat membantu antara satu sama lain,” kata Shahana.

Antara bekalan makanan yang disumbang masyarakat kepada projek Muslim Giving Back.

Setiap hari sepanjang Ramadan, beliau dan sukarelawan lain akan mengagihkan makanan iftar percuma di Bay Ridge kepada golongan memerlukan. Muslim Giving Back juga mengajurkan makanan percuma kepada gelandangan setiap minggu, bantuan makanan kepada golongan miskin dan menyediakan pantry makanan percuma setiap minggu kepada lebih 50 keluarga sekitar Brooklyn yang kehilangan pekerjaan.

New York adalah tempat tinggal kepada 22 peratus populasi Muslim Amerika, 300 masjid dan 100,000 pemilik perniagaan beragama Islam. Sejak dilanda Covid19, banyak masjid ditutup dan tidak lagi dapat menjadi pusat untuk penduduk New York mendapatkan bantuan makanan percuma.

Minggu lalu, New York mengumumkan pelan 500,000 bantuan makanan halal percuma kepada Muslim sempena Ramadan.

“Satu dari keistimewaan Ramadan ialah amalan memberi makan kepada mereka yang lapar” kata Datuk Bandar New York, Bill de Blasio.

Sukarelawan Muslim Giving Back menyantuni gelandangan di sekitar bandar Brooklyn.

Hingga pertengahan Mac, rekod menunjukkan 26.5 juta penduduk Amerika yang kehilangan pekerjaan memohon bantuan. Krisis hilang pendapatan ini banyak memberi impak kepada keluarga Muslim ini. Sebanyak 40 peratus dari mereka adalah pemandu teksi bandar dan hampir separuh lagi adalah peniaga makanan.

Buruh, peniaga makanan jalanan, pekerja penghantaran biasanya tidak layak memdapat bantuan dari tabung perniagaan, cuti sakit berbayar, insurans dan lain-lain keistimewaan kerajaan.

Pelbagai NGO Muslim di New York berusaha memberi bantuan di bandar ini demi membantu keluarga yang terkesan.

Mereka biasa menerima 25 permintaan bantuan setiap hari. NGO ini turut berusahasama dengan masjid-masjid tempatan.