Browsing Tag

Bradford

Pub jadi masjid
Berita Semasa,

Tapak Bangunan Pub Terbiar Di Bradford, Bakal Dibangunkan Masjid

no comment

UMAT Islam di Bradford, England kini mampu menarik nafas lega apabila Dewan Bandar Raya Bradford meluluskan rancangan untuk membina masjid baharu di atas tapak sebuah pub terbiar baru-baru ini.

Difahamkan, Pub Fountain yang terletak di Heaton itu terbiar bertahun-tahun lamanya.

Memetik laporan portal The Telegraph & Argus, sebelum ini, terdapat banyak cadangan dan rancangan untuk membangunkan semula tapak berkenaan. Bagaimanapun, semua itu gagal direalisasikan.

Akhirnya, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pengawalseliaan dan Rayuan Dewan Bandar Raya itu pada Khamis lalu.

Jawatankuasa berkenaan antara lain memberi lampu hijau terhadap rancangan untuk merobohkan pub di Heaton Road dan membina sebuah masjid serta pusat komuniti di situ.

Mengikut perancangan, pembangunan masjid itu melibatkan pembinaan kubah dan menara, selain tempat letak kenderaan yang boleh memuatkan 24 buah kereta.

Masjid tersebut bakal menggantikan masjid sedia ada yang jaraknya tidak jauh dari lokasi pub berkenaan.

Baca juga Masjid Hasan Bek: Karya Agung Uthmaniyyah Di Tengah Tel Aviv

Pub jadi masjid

BANGUNAN bekas pub yang terbiar selama bertahun-tahun bakal dirobohkan untuk dibangunkan sebuah masjid dan pusat komuniti di atas tapaknya.

Pegawai Perancang Dewan Bandar Raya Bradford, Ross Hallam menjelaskan, bangunan bekas pub itu kini berada dalam keadaan rosak dan kebanyakan bumbungnya hilang.

Andai rancangan itu dipersetujui, salah satu syarat yang perlu dipenuhi ialah masjid sedia ada di 394 Heaton Road akan dihadkan penggunaannya sebagai madrasah.

Pada mesyuarat jawatankuasa berkenaan, anggota dewan, Nussrat Mohammed (Lab, Heaton) menjelaskan, kota tersebut mempunyai populasi dan keluarga muda. Bahkan, komuniti Muslim juga memerlukan kemudahan tempat ibadah seperti itu.

“Justeru akan ada ruang yang dikhaskan bukan sahaja untuk tujuan keagamaan, tetapi juga sebagai tempat komuniti.

“Jadi akan ada ruang khusus untuk wanita, suatu yang sangat penting pada masa kini. Masjid lain di daerah ini tidak memiliki kemudahan seperti ini,” katanya.

Sumber & foto: The Telegraph & Argus