Browsing Tag

berlakon sebagai malaikat

berlakon malaikat
Hukum,

Pembikin filem sila ambil serius, berlakon sebagai malaikat seakan merendahkan martabat mereka sebagai makhluk suci

Pembikin filem sila ambil serius, berlakon sebagai malaikat seakan merendahkan martabat mereka sebagai makhluk suci…

FILEM bukan sekadar hiburan, bahkan ia mampu menjadi medium komunikasi ampuh yang menyampaikan pelbagai mesej sarat dengan teladan jika benar-benar dimanfaatkan.

Atas dasar itu, Islam tidak melarang umatnya berkarya asalkan hasil seni tersebut mengandungi nilai positif serta unsur Islam yang tidak setakat membangunkan minda masyarakat, namun turut membantu mendekatkan diri dengan TUHAN.

Pun begitu, sebelum ini sebuah filem tempatan menjadi bualan warga netizen apabila dikatakan mengandungi unsur tidak selari dengan ajaran agama.

Filem yang pernah mengungguli anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) itu memaparkan watak malaikat menerusi gambaran tidak bertepatan dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Baca juga Imam di United Kingdom digugurkan jawatan kerana anjur protes filem ‘The Lady of Heaven’

FILEM tempatan bualan orang ramai itu memaparkan watak malaikat yang dilakonkan oleh orang Islam. Foto: Google

Turut disyorkan Berkarya biarlah mengikut hukum-hakam Islam

Tambahan pula, ia dilakonkan oleh orang Islam sekaligus menimbulkan tanda tanya masyarakat tentang hukum di sebalik perbuatan berkenaan.

Menerusi artikel terbaharu Irsyad al-Fatwa, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, umat Islam dilarang membawa watak malaikat dalam lakonan kerana ia akan membuka ruang kepada golongan berniat jahat menghina agama Islam.

Menurut pihaknya, lakonan dalam filem tersebut secara tidak langsung merendahkan kedudukan malaikat sebagai makhluk yang suci.

Hakikatnya, malaikat adalah makhluk yang mempunyai kedudukan istimewa dalam Islam sebagai makhluk paling taat kepada ALLAH SWT. Kehadiran mereka pula hanya diketahui melalui wahyu daripada YANG MAHA ESA.

Baca juga Tiga waktu malaikat ada bersama manusia

berlakon malaikat

MALAIKAT adalah makhluk ALLAH SWT paling taat yang diperbuat daripada cahaya. Foto: Unsplash

Baca juga Ketahui kedudukan Baitul Makmur – rumah ibadat para malaikat yang berada di langit ketujuh

Oleh itu, segala gambaran imej malaikat dalam lakonan terbabit tidak bertepatan dengan al-Quran dan Sunnah adalah dilarang, tulis portal itu.

Dalam pada itu, pihak Mufti juga meluahkan rasa kesal terhadap filem berkenaan yang meniru gaya pemikiran orang-orang Barat.

Jelasnya, lakonan manusia menyerupai malaikat banyak diadaptasi dalam karya di Barat sejak sekian lama. Jadi, majoriti ilustrasi bagi makhluk suci itu bersumberkan unsur serta ideologi bukan Islam seperti Judeo-Christianity dan Greco-Roman.

Turut disyorkan Jangan pandang remeh perbuatan hina agama

berlakon malaikat

PARA pembikin filem tempatan seharusnya lebih sensitif dengan unsur agama dalam karya yang dihasilkan. Foto: 123RF

Pihaknya turut mengingatkan bahawa malaikat termasuk dalam perkara al-Ghaibiyyat iaitu perihal yang tidak dapat dicerap dengan pancaindera kebiasaan manusia.

Berlandaskan perkara itu, Majlis Ulama Kanan Arab Saudi ada menjelaskan fatwa bahawa menggambarkan watak para nabi, malaikat, Khulafa’ ar-Rashidin dan para sahabat merupakan satu perbuatan tercela.

Oleh itu, melakonkan watak malaikat dalam filem bukan sahaja dilarang bagi umat Islam, tetapi ia juga bercanggah dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-bahan Penyiaran Berunsur Islam dikeluarkan pada tahun 2015.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: 123RF & Unsplash

Pembikin filem sila ambil serius, berlakon sebagai malaikat seakan merendahkan martabat mereka sebagai makhluk suci…