Browsing Tag

berkhatan

Berkhatan
Hukum,

Bolehkah berkhatan dengan doktor bukan Islam?

BERKHATAN menjadi seakan ‘acara’ wajib setiap kali musim cuti sekolah. Begitu juga ketika cuti persekolahan penggal 3 bagi sesi 2022/2023 yang bermula 9 atau 10 Disember lalu sehingga 31 Disember atau 1 Januari depan.

Meskipun waktunya singkat, tetapi nampaknya ibu bapa tidak melepaskan peluang tersebut sebelum sekolah kembali dibuka.

Malah, banyak klinik yang menawarkan khidmat berkenaan dengan pakej istimewa. Tidak kurang juga mereka yang mengikuti program berkhatan anjuran kariah masing-masing.

Masakan tidak, ia merupakan ibadah yang disyariatkan dalam Islam.

Selain soal kesihatan dan keselamatan kanak-kanak itu, ada suatu perkara yang jarang diberi perhatian iaitu doktor yang mengendalikan proses berkenaan.

Bolehkah kanak-kanak bersunat dengan doktor bukan Islam?

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sains Islam Malaysia, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan, terdapat tiga perkara penting yang perlu dilihat bagi menjawab soalan tersebut iaitu ibadah yang disyariatkan Islam, masalah aurat dan membuka aurat untuk tujuan perubatan kepada doktor bukan Muslim.

DR ZULKIFLI

Menurut pendapat muktamad dalam Mazhab Syafie, jelas beliau, kemaluan kanak-kanak lelaki dikira sebagai aurat, sama seperti budak perempuan.

“Haram untuk melihatnya melainkan ibunya sendiri ketika zaman menyusu sehingga selesai zaman tarbiyah,” katanya sebagaimana dipetik menerusi maktabahalbakri.com.

Mengulas tentang perihal aurat untuk tujuan perubatan kepada doktor bukan Muslim, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu menjelaskan, ia mempunyai perkaitan rapat dengan persoalan berkaitan masalah wanita yang membuka aurat bagi tujuan rawatan dengan perawat bukan Islam.

Baca juga Suami dayus benarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki? Fahami hukum sebenar

“Kami berpendapat, masalah doktor bukan Muslim melihat kemaluan kanak-kanak ini boleh diqiaskan dengan masalah tersebut. Ini kerana ‘illah pada kedua-dua masalah ini adalah berkaitan dengan aurat.

“Justeru, hukum mendapatkan rawatan daripada doktor pakar bukan Islam adalah harus sekiranya berhajat kepada kepakarannya dan sukar untuk mendapatkan doktor pakar Muslim,” katanya.

Diamalkan sejak 6,000 tahun lalu

Bagi lelaki, ejournal.um.edu.my melaporkan, berkhatan merupakan amalan tertua yang dilakukan sejak 6,000 tahun lalu ketika zaman Nabi Ibrahim AS.

Perkara itu ada dinyatakan secara jelas dalam dua hadis Rasulullah SAW.

Berkhatan

AMALAN berkhatan bagi lelaki sudah wujud sejak 6,000 tahun lalu ketika zaman Nabi Ibrahim AS. -FOTO: BERNAMA

Menerusi hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Ibrahim, Khalil ar-Rahman (kekasih ALLAH) berkhitan setelah berumur 89 tahun.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam satu riwayat lain, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Nabi Ibrahim AS berkhatan menggunakan Qadum (alat seperti beliung, kapak kecil) pada umur beliau 80 tahun.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Bahkan, amalan itu kemudian diikuti oleh para nabi seterusnya. Nabi Muhammad SAW juga telah berkhitan.

Baca juga [VIDEO] Anak sindrom down juga wajib berkhatan. Ibu ayah kena ambil tahu perkara ini…

“Ada pendapat yang mengatakan, baginda dilahirkan dalam keadaan sudah bersunat. Terdapat pula pendapat yang menyatakan, baginda dikhatankan oleh malaikat semasa dadanya dibelah. Satu lagi pendapat mengatakan, nabi dikhatankan oleh datuknya, Abdul Mutalib pada hari ketujuh selepas kelahirannya.

“Amalan itu turut dilakukan oleh baginda terhadap cucunya, Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka,” katanya sebagaimana dipetik menerusi ejournal.um.edu.my.

Menelusuri historiografi berkhatan bagi wanita pula, ia juga diamalkan sejak zaman Nabi Ibrahim AS. Isterinya, Sarah telah dikhatankan.

“Menurut riwayat, apabila Hajar mengandung, Sarah merasa cemburu, lalu bersumpah hendak memotong tiga dari anggotanya sendiri.

“Nabi Ibrahim AS bimbang Sarah akan memotong hidung dan telinganya, lalu baginda menyuruh agar dilubangkan kedua-dua telinga Sarah dan dikhatankan. Kemudian, amalan ini menjadi sunah wanita,” katanya dipetik daripada ejournal.um.edu.my.

pexels-raul-infante-gaete-8853182
Isu,

[VIDEO] Anak sindrom down juga wajib berkhatan. Ibu ayah kena ambil tahu perkara ini…

DIKURNIAKAN anak yang sihat merupakan satu rahmat buat buat pasangan suami isteri. Masakan tidak, setiap anak ada rezekinya masing-masing.

Sebagai ibu bapa, menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik mereka agar menjadi insan berguna kepada agama dan negaranya.

Ya, tugasan itu bukan mudah dilakukan. Namun begitu, amanah yang telah diberikan oleh ALLAH SWT perlu dilunaskan dengan sebaiknya.

Andai kita dikurniakan anak sindrom down, kita perlu reda dan menerima ketentuan-NYA. Jalankanlah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa sama sepertimana kita dikurniakan anak yang lain.

Dalam perihal berkhatan pula, bagaimana? Perlukah anak sindorm down tadi berkhatan seperti kanak-kanak normal yang lain?

Baca juga 5 Pendekatan Didik Anak Cara Rasulullah SAW Bagi Membentuk Mereka Menjadi Pemimpin Terbaik Pada Masa Depan  

Menjawab persoalan itu, Pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Universiti Utara Malaysia yang juga pendakwah selebriti, Dr Mohamad Fitri Mohamad Haris menjelaskan, mengikut Mazhab Imam Syafie, umat Islam diwajibkan berkhatan baik lekai mahupun wanita.

DR MOHAMAD FITRI

“Malah, penghidap sindrom Down itu tidak mengira jantina sama ada lelaki atau perempuan.

“Apa-apapun, kita perlu ingat bahawa berkhatan itu begitu signifikan.

“Berdasarkan kajian saintifik dan seumpamanya, apabila kita berkhatan, ia dapat mengurangkan ataupun dapat mengelakkan daripada terkena penyakit-penyakit kronik, selain menjaga kebersihan,” katanya.

Justeru, kepada mereka yang dikurniakan anak sindrom down, Dr Mohamad Fitri menyarankan agar ibu bapa membawa anak tersebut berkhatan.

“Ia selagai kanak-kanak itu tidak teruk meronta atau masih boleh lagi dibawa ke klinik untuk tujuan berkhatan.

“Insya-ALLAH kita dapat hikmah dan manfaat daripada ibadah khatan itu,” katanya.

Foto: Freepik & Pexels