Browsing Tag

Bendera

Jack Gues
Jendela Dunia,

Objek dan Simbol Sudu Kini Meriah di Gaza

BENDERA dan sepanduk yang dihiasi dengan objek sudu kini menjadi strategi utama pejuang Palestin menjatuhkan moral dan maruah rejim Israel. Ia rentetan enam tahanan Palestin berjaya menusuk keluar dari penjara Gilboa yang dikhabarkan memiliki ciri-ciri keselamatan terbaik di dunia.

Enam tahanan Palestin berjaya melarikan diri pada 6 September lalu dari penjara itu melalui lubang singki dengan mengoreknya menggunakan sudu dan peralatan makanan lain.

Selepas beberapa hari usaha menjejak tahanan Palestin oleh tentera Israel dilakukan, akhirnya kesemua tahanan itu berjaya ditangkap kembali baru-baru ini.

Seorang pelukis menghasilkan sebuah mural dengan objek sudu sebagai simbolik . Gambar: Mahmud Hams/AFP

Menurut peguam kepada salah seorang rakyat Palestin yang ditangkap itu, Ruslan Mahajaneh, anak guamnya Mahmoud Abdullah al-Ardah mengatakan bahawa dia hanya menggunakan sudu, piring dan pemegang cerek untuk kerja menggali terowong dari selnya.

“Peristiwa memalukan itu mengingatkan kembali kejadian sama yang berlaku pada 1996 di Kota Tulkarem di Tebing Barat yang diduduki Israel. Tahanan Palestin, Ghassan Mahdawi berjaya melarikan diri dari penjara melalui terowong yang digali hanya dengan menggunakan paku.

“Dia telah ditangkap kerana didakwa telah menyertai kumpulan bersenjata semasa intifada Palestin pertama yang berlangsung hingga awal 1990-an. Mahdawi berjaya melarikan diri dari penjara dan ditangkap kembali, dia akhirnya dibebaskan selepas 19 tahun menjadi tahanan rejim Israel.

“Saya teringat kata-kata Mahdawi, untuk melarikan diri dari penjara Israel adalah sesuatu yang biasa akan dipikirkan oleh setiap tahanan. Semua yang berlaku ini akan tetap menjadi sejarah yang akan diingati oleh generasi akan datang,” katanya.

Orang ramai berhimpun di hadapan Masjid Dome of The Rock. Gambar: Ahmad Gharabli/AFP

Selepas kesemua enam tahanan itu ditangkap kembali, ramai rakyat Palestin mengadakan demonstrasi membantah penangkapan mereka. Kini di Kota Gaza, kelihatan seorang pelukis mengabadikan sebuah mural dengan objek sudu sebagai simbolik dan sindiran kepada rejim Israel.

Begitu juga kelihatan orang ramai berhimpun di hadapan masjid Dome of The Rock dengan di tangan setiap orang mengangkat sudu sebagai tanda sokongan kepada enam tahanan Palestin yang ditangkap.

Arca berbentuk tangan sambil memegang sudu. Gambar: Yasser al-Zayyat/AFP

Tidak ketinggalan, artis seni dari Kuwait, Maitham Abdal turut menghasilkan arca bernama ‘Spoon of Freedom’ sebagai menghormati tahanan Palestin itu.

Di Kota Umm al-Faham, ramai warganegara Palestin berhimpun dengan mengangkat sudu ketika mereka melakukan protes terhadap tindakan tentera Israel.

Malah, ramai penduduk Palestin menaikkan sepanduk dengan tanda pagar, ‘sudu ajaib’ sebagai sindiran untuk mengganggu mental dan menjatuhkan moral rejim Israel.

Sumber: Al Jazeera

Jewish ultranationalists wave Israeli flags participate in the Flags March next to Damascus gate, outside East Jerusalem's Old City, Tuesday, June 15, 2021. AP.jpg
Berita Semasa, Jendela Dunia,

“Perarakan Bendera” Yahudi Cetus Kontroversi Palestin – Israel

no comment

Oleh MUHAMMAD YUSUFF HASSAN

PERARAKAN bendera yang penuh kontroversi, yang dianjurkan oleh peneroka haluan kanan Israel dilaporkan telah sampai ke Gerbang Damsyik (Damsyik Gate), salah satu pintu gerbang Kota Tua Baitulmaqdis Timur.

Menurut laporan akhbar Israel Yediot Ahronoth, perarakan itu bermula hari ini dari jalan HaNevi’im di Baitulmaqdis Barat.

Dikatakan kira-kira 5,000 orang menyertainya – termasuk Itamar Ben-Gvir, seorang ekstremis haluan kanan dari Parti Keagamaan Zionis.

Beberapa pemuda Yahudi, kelihatan berlimlat-lompat, melambaikan tangan ke udara, sambil melaungkan: “Kematian kepada orang Arab!” Dalam nyanyian anti-Arab, mereka turut berteriak: “Semoga kampungmu terbakar.”

Polis Israel menyerang penduduk Palestin berhampiran Gerbang Damsyik di Baitulmaqdis Timur pada 15 Jun 2021 (AFP)

Akhbar itu juga melaporkan empat anggota parlimen Arab di Israel, Ahmad Tibi, Ayman Odeh, Osama Saadi dan Sami Abu Shehada, tiba di Gerbang Damsyik untuk menyertai bantahan terhadap perarakan tersebut.

Rakyat Palestin turut berprotes

Ratusan penduduk Palestin turut berkumpul di pintu gerbang itu membantah dengan membakar tayar.

Polis Israel bertindak menggunakan gas pemedih mata untuk melerai penunjuk perasaan Palestin itu.
Pegawai perubatan melaporkan 33 orang penduduk Palestin tercedera akibat tindakan polis berkenaan.

Perdana Menteri Israel baharu Naftali Bennett berkata pihak penganjur telah berunding dengan polis mengenai laluan perarakan itu, yang menghindari kawasan Muslim.

Sekatan polis dibina di hadapan Gerbang Damsyik Baitulmaqdis pada 15 Jun 2021 (MEE: Shady Giorgio)

Namun laluan itu masih membawa perarakan ultra nasionalis Yahudi itu melalui Gerbang Damsyik sebelum sebelum sampai ke Tembok Barat, tempat suci bagi orang Yahudi.

Aktivis Palestin sebelum ini melepaskan belon dan layang-layang dari jalur Gaza ke kawasan yang bersebelahan dengan sempadan di selatan Israel.

“Tindakan itu adalah sebagai tindak balas terhadap perarakan bendera provokatif di Baitulmaqdis Timur berkenaan ,” kata seorang aktivis Palestin yang ingin dikenali sebagai Abu Houzayfa kepada Agensi Anadolu.

Belon atau layang-layang itu mengandungi bahan mudah bakar atau kain yang direndam dengan minyak yang dapat menyalakan api apabila mendarat di tanaman atau tanaman kering.

Letusan api terlihat setelah serangan udara Israel mensasarkan Hamas di Kota Gaza, Gaza pada 15 Jun 2021. (Ali Jadallah: Agensi Anadolu)

Perarakan bendera penuh kontroversi

“March of the Flags” atau perarakan bendera adalah bagi extremis Yahudi meraikan ulang tahun “penyatuan semula” Baitulmaqdis setelah Israel menawan timur kota itu dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967, yang tidak diiktiraf oleh sebahagian besar masyarakat antarabangsa.

Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh mengecam perarakan itu sebagai provokasi pada ciapan beliau di Twitter.

Ketika perarakan awalnya diumumkan minggu lalu, pegawai kanan Hamas, Khalil Hayya memberi amaran bahawa ia boleh mencetuskan kembali kekerasan seperti peristiwa 10-21 Mei.

Sumber : Anadolu Agency/ TRT World/ Al Jazeera

Ahli politik sayap kanan Itamar Ben-Gvir dan Bezalel Smotrich pada perarakan pada Selasa (Middle East Eyes)