Browsing Tag

bantuan

turkiye-syria
Antarabangsa,

Masyarakat dunia bantu mangsa gempa Turkiye-Syria, ada sinar di sebalik bencana

Masyarakat dunia bantu mangsa gempa Turkiye-Syria, ada sinar di sebalik bencana…

GEMPA bumi besar berukuran 7.8 pada skala Richter yang membadai wilayah Kahramanmaras di Turkiye sehingga turut dirasai Syria, Mesir dan Palestin minggu lalu telah menjejaskan lebih 20 juta insan.

Portal berita CNN melaporkan hampir 36,000 mangsa terkorban dan angka ini dijangka meningkat.

Di seluruh dunia, orang ramai telah menyaksikan pelbagai imej ngeri bangunan diranapkan serta jalan raya musnah melalui liputan meluas tentang bencana menyayat hati tersebut.

Siapa sangka, di samping misi mencari dan menyelamat terus berjalan di Turkiye dan Syria, masyarakat dunia juga tidak putus menawarkan sokongan serta bantuan lantas memberikan sinar harapan di sebalik musibah yang berlaku.

Baca juga Kereta ‘usang’ sarat dengan bantuan mangsa gempa Turkiye, netizen kagum kegigihan pemuda ini

Solidariti masyarakat dunia terhadap mangsa gempa

1.Kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun derma wang saku.

Pernah terselamat daripada gempa bumi berukuran 6.0 skala Richter melanda Turkiye pada November 2022, seorang kanak-kanak lelaki bernama Alparslan Efe Demir tekad membantu mangsa gempa kali ini.

Justeru, warga Turkiye berusia 9 tahun itu telah menyumbangkan tabung wang simpanan miliknya beserta sepucuk surat hasil tulisan sendiri kepada pasukan Bulan Sabit Merah.

Gara-gara gempa bumi tahun lalu, kanak-kanak lelaki tersebut dan keluarganya terpaksa tinggal di dalam khemah.

Alparslan memberitahu ahli penyelamat, dia sendiri pernah mengalami rasa takut akibat gempa bumi.

ALPARSLAN Efe Demir, 9, pernah terselamat daripada gempa bumi. Foto: Omer Urer/AA

Baca juga Turkiye berada dalam salah satu zon gempa bumi paling aktif di dunia

2. Perhimpunan solidariti di US, Pakistan dan UK.

Perhimpunan solidariti telah diadakan di beberapa negara seperti Amerika Syarikat (US), United Kingdom (UK) serta Pakistan dengan menyalakan lilin sebagai tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa gempa bumi Turkiye-Syria.

Misalnya, di Washington DC, US, lebih 50 orang dari pelbagai bangsa telah menyertai perhimpunan solidariti yang dianjurkan komuniti Amerika-Syria. Orang ramai yang hadir turut digalakkan menderma serta menghulurkan bantuan dengan apa cara yang mereka mampu.

Baca juga 5 kisah meruntun hati di sebalik gempa bumi Turkiye-Syria

3. Iraq hantar bantuan.

Selain itu, pasukan Bulan Sabit Merah Iraq telah menghantar 150 ahli paramedik ke Turkiye untuk membantu dalam usaha mencari dan menyelamat.

Dalam masa sama, Kementerian Kesihatan wilayah Kurdistan turut berkata, ia telah menghantar bantuan perubatan sebanyak 20 tan kepada negara berkenaan.

Manakala, Direktorat Migrasi dan Pemindahan wilayah Dohuk pula melancarkan kempen derma bagi mangsa gempa bumi.

“Kebanyakan mereka yang datang menderma adalah orang miskin. Sebahagian daripada mereka menderma 10,000 dinar Iraq (RM30), malah ada yang mencecah 50,000 dinar Iraq (RM150).

“Terdapat juga kanak-kanak menderma sebagai tanda sokongan kepada mangsa gempa bumi,” kata pengarah Warwin Sabah kepada agensi berita Middle East Eye.

4. Penduduk Gaza derma darah.

Di samping itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) pernah melancarkan kempen derma darah di Semenanjung Gaza.

Laporan media menyatakan bahawa ramai sukarelawan beratur untuk menderma darah di Hospital al-Amal di kejiranan Khan Younis, selatan Gaza. Program tersebut berlangsung selama dua hari.

Selain itu, beratus-ratus rakyat Palestin turut menunaikan solat jenazah di Masjid al-Aqsa untuk mangsa gempa bumi.

Baca juga Israel rancang bina 18,000 penempatan baharu di Tebing Barat? Tindakan itu beri ancaman besar pada Palestin

Turkiye-Syria

WARGA Palestin di Gaza menderma darah buat mangsa gempa bumi Turkiye-Syria. Foto: Al-Jarmaq News

Turut disyorkan Gempa bumi, bencana yang ALLAH telah jelaskan banyak kali dalam al-Quran

5. Taiwan hantar pasukan penyelamat.

Dalam sebuah video dikongsikan di internet, anggota penyelamat dari Taiwan dilihat tiba di Turkiye bagi membantu usaha mencari dan menyelamat.

“Kami menghantar dua kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada 40 orang, manakala yang kedua terdiri daripada 90 orang,

“Kira-kira 20 tahun lalu terdapat gempa bumi besar di Taiwan. Pada masa itu, Turkiye menghantar pasukan penyelamat. Kali ini giliran kami untuk membantu pula,” ujar salah seorang ahli pasukan tersebut.

6. Malaysia hantar pasukan SMART.

Malaysia turut tidak ketinggalan menghulur bantuan. Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kedua di bawah seliaan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang dihantar ke Turkiye pada 8 Februari.

Pasukan yang merangkumi 72 anggota daripada SMART serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di negara itu.

Pada 6 Feb lepas, Malaysia menghantar pasukan pertama SMART yang terdiri daripada pasukan perubatan daripada Kor Kesihatan Diraja (KKD) serta Unit K9 JBPM dan pasukan khas bahan kimia berbahaya (Hazmat) bagi membantu misi SAR sebagai tanda solidariti.

Baca juga Gempa bumi Turkiye dan Syria: Pelajar Malaysia mohon doa orang ramai

MALAYSIA turut menghulurkan bantuan kepada Turkiye dengan menghantar pasukan SMART. Foto: NADMA

Turut disyorkan Panjatkan doa jika tak mampu hulur wang, sumbang kudrat

Dalam pada itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut melaksanakan kutipan derma di masjid serta surau di bawah seliaan masing-masing bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar dalam satu kenyataan pada minggu lalu berkata, kutipan derma itu akan dibuat pada setiap Jumaat selama tiga minggu berturut-turut bermula bermula10 Februari.

JAKIM akan melaksanakan kutipan derma di Masjid Negara, Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, manakala JAWI akan melaksanakan kutipan derma di masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sumber: Middle East Eye

Foto: AFP, AA, NADMA, Al-Jarmaq News

Lupa baca doa awal dan akhir tahun
Isu,

Panjatkan doa jika tak mampu hulur wang, sumbang kudrat

GETAR rasa ingin hulur wang atau bantuan terhadap insan yang dihimpit kesempitan begitu membuak-buak dalam diri. Hati bagaikan ditarik-tarik mahu membantu mereka.

Namun apakan daya, diri tidaklah berpoket tebal, apatah lagi menyimpan gunungan harta. Wang yang berbaki dalam dompet hanya sekadar cukup-cukup makan.

Bukan itu sahaja, faktor jarak adakalanya membantutkan niat murni kita tadi. Mahu menyumbang kudrat pula kadangkala tidak terdaya.

Bukan mahu beralasan, tetapi barangkali ada dalam kalangan kita yang mempunyai hambatan kesulitan tersebut.

“Aku nak tolong mereka, tapi aku tak ada duit, sudahlah mereka duduk jauh.”

Hulur wang

MENGHULUR bantuan tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit, banyak lagi cara lain boleh dilakukan. -FOTO: 123RF

Demikian antara frasa yang acap kali dibangkitkan. Masakan tidak, apabila melihat orang lain dirundung kesusahan, tetapi kita pula tidak mampu hulur wang atau membantu apa-apa. Sukar untuk diungkapkan perasaan terkilan yang membelenggu jiwa.

Baca juga Tidak Mampu Bantu, Jangan Pula Beri Mudarat Kepada Orang Lain

Ketahuilah bahawa dengan berdoa, kita sebenarnya boleh membantu meringankan beban ditanggung oleh insan yang ditimpa ujian.

Perkara itu juga dilakukan oleh Rasulullah SAW saat baginda tidak mampu membantu orang yang mendapat musibah dengan kudratnya.

Bahkan, ada sebuah hadis yang memerihalkan bahawa antara doa yang ‘diangkat’ oleh ALLAH SWT adalah apabila seorang hamba mendoakan saudaranya dalam keadaan mereka tidak mengetahuinya.

Rasulullah SAW bersabda: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab. Di sisi orang (yang berdoa) itu ada malaikat yang mencatatnya. Setiap kali orang itu mendoakan kebaikan bagi saudaranya, maka malaikat mengucapkan: ‘Semoga ALLAH mengabulkan dan untukmu juga seperti itu.'” (Hadis Riwayat Muslim)

Baca juga Betulkan niat masa tolong orang, kelak ALLAH akan bantu kita

Ketika zaman Nabi Muhammad SAW, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menjelaskan, pada suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh sekumpulan manusia yang sangat miskin.

DR AHMAD SANUSI

Mereka hanya berkaki ayam, di samping berpakaian dan berpenampilan yang menggambarkan kesusahan hidup masing-masing.

Sahabat nabi yang menyaksikan peristiwa itu berkata: “Berubah wajah Rasulullah bila mana melihat keadaan susah yang mereka hadapi.” (Hadis Riwayat Muslim)

“Begitulah Rasulullah. Pemimpin yang sangat sensitif melihat kesusahan rakyat sehingga dapat dikenali daripada riak wajahnya. Rasulullah segera menghimpunkan para sahabat (setelah selesai solat) dan Baginda menyarankan agar golongan susah ini dibantu,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya.

Baca juga Sama-sama Hulur Pertolongan Kepada Insan Yang Dihimpit Kesukaran Ketika Pandemik

Rasulullah SAW kemudian lantas membaca ayat 18, Surah al-Hasyr yang sering kita dengar dalam solat yang bermaksud: “Bertakwalah kamu sekalian kepada ALLAH dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah dipersiapkan buat dirinya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada ALLAH.”

Jelas ahli akademik berkenaan, Surah al-Hasyr dipilih kerana ia seakan Rasulullah SAW ingin menjelaskan kepada kita bahawa sumbangan yang kita berikan kepada orang susah akan menjadi bekalan yang pasti buat kita di akhirat kelak.

“Mengertilah, membantu orang susah adalah sebahagian daripada sifat takwa. Begitulah kecintaan Rasulullah untuk membantu dan duduk bersama orang-orang yang susah.

“Baginda bukan sahaja mempunyai sifat kasih yang tinggi pada mereka, malah menyeru para sahabat agar membantu saudara mereka ini,” ungkapnya.

Hulur wang

HULUR wang atau bantuan mengikut kemampuan masing-masing terhadap insan yang memerlukan pertolongan. -FOTO: 123RF

Perbuatan dicintai ALLAH

Suatu perkara yang perlu diingati, menghulur bantuan tidak hanya terbatas kepada golongan fakir dan miskin sahaja, tetapi juga kepada semua yang memerlukan pertolongan.

Ia boleh sahaja datang dalam bentuk bantuan yang memberi manfaat kepada orang lain.

Dalam sebuah riwayat yang masyhur, pada suatu hari, terdapat seorang hamba ALLAH mendapati satu dahan pokok yang merentasi laluan orang ramai.

Dia pun bertekad: “Demi ALLAH, aku akan mengalihkannya supaya tidak menyakitkan (mengganggu) orang Islam. Hasilnya dia dimasukkan ke syurga kerana amalannya itu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Menerusi hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu memandang remeh terhadap kebaikan sekalipun hanya dengan kamu menuang air baldi ke dalam bekas orang yang meminta minuman. Ataupun hanya ketika kamu bertemu rakan kamu, kamu tersenyum kepadanya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sesungguhnya, Islam memang sangat menganjurkan umatnya supaya saling membantu dan memudahkan urusan orang lain.

Baca juga Amalkan Selalu, Mudah-mudahan Bantuan ALLAH Segera Tiba

Memetik artikel yang disiarkan dalam portal berita berpengaruh Indonesia, Republika menjelaskan, sesiapa yang berbuat demikian, ALLAH SWT akan melepaskannya daripada satu kesukaran pada hari kiamat kelak dan akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat.

Ia sebagaimana disebutkan dalam hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa yang melapangkan seorang mukmin daripada kesusahan dunia, maka ALLAH SWT akan melapangkannya daripada kesusahan di hari kiamat…” (Sahih Muslim)

Hulur wang

RINGANKAN beban orang lain dan mudahkanlah urusan mereka. -GAMBAR HIASAN/ FOTO: 123RF

Bahkan, dalam sebuah hadis lain, ketika ditanyakan oleh sahabat tentang perbuatan apa yang dicintai oleh ALLAH SWT, maka baginda SAW bersabda: “Manusia yang paling dicintai oleh ALLAH ialah manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna bagi manusia lain. Sedangkan perbuatan yang paling dicintai ALLAH adalah memberikan kegembiraan kepada orang lain atau menghapus kesusahan orang lain, atau melunaskan hutang orang yang tidak mampu atau menghilangkan rasa laparnya. Sungguh aku berjalan bersama saudaraku yang Muslim untuk suatu keperluan lebih aku cintai daripada beriktikaf di masjid ini (Masjid Nabawi) selama sebulan penuh.” (Hadis Riwayat at-Tabarani)

Baca juga 6 ciri orang dicintai ALLAH, adakah anda salah seorang darinya?

Lihat betapa besarnya imbalan buat mereka yang menghulurkan pertolongan kepada golongan memerlukan.

Semoga bantuan kecil yang diberikan memberi kebahagiaan kepada orang lain dan memudahkan urusan mereka. Insya-ALLAH asbab amalan kita tadi, ALLAH SWT akan membantu kita kelak.

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.

Musim sejuk
Antarabangsa, Berita Semasa,

Syria, Kami Datang 7.0 dilancarkan, sama-sama kita bantu mereka yang terkesan akibat musim sejuk

BAGI pelarian Syria, musim sejuk seumpama mereka ‘berperang’ antara hidup dan mati. Kedinginan yang dirasai begitu mencengkam sehingga ke tulang-temulang.

Buktinya, lihat sahaja pada angka yang maut akibat kesejukan. Pada 2 Februari lalu, media tempatan dan antabangsa melaporkan, dua orang bayi mati kesejukan akibat suhu melampau dan salji lebat melanda kem pelarian di barat Laut Syria.

Pada tahun 2018 pula, dilaporkan 17 pelarian Syria menemui ajal akibat cuaca terlalu sejuk ketika melarikan diri ke Lubnan.

Demikian begitu tragiknya kelompok berkenaan untuk meneruskan kehidupan mereka dalam musim dingin andai tiada bantuan dihulurkan.

Ketua Pegawai Operasi Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Ustaz Hasbullah Najib yang terlibat hampir 10 tahun dalam misi bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara berkongsi pengalamannya pada Majlis Syria, Kami Datang 7.0 di sebuah hotel di ibu negara pada Sabtu.

Pelarian Syria

USTAZ HASBULLAH (tengah) ketika berkongsi pengalaman dalam sesi Let’s Talk About Syria di Kuala Lumpur pada Sabtu. -FOTO: IHSAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA

Jelas beliau, begitu kritikalnya musim suhu rendah di sana apabila pelarian Syria yang berada di kem-kem tidak bertanyakan tentang makanan apabila bantuan tiba, sebaliknya mereka lebih mementingkan diesel.

“Ini kerana bahan bakar itu menjadi salah satu barang penting untuk mereka berdepan kegetiran cuaca sejuk.

Baca juga Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

“Sejuknya di sana macam mencucuk-cucuk kepala, survival antara hidup dan mati. Jika kita tidak menghulur bantuan, akan ada keluarga yang mati kesejukan,” katanya ketika sesi Mari Bercakap Tentang Syria (Let’s Talk About Syria) dalam majlis di Kuala Lumpur.

Lantaran itu, MVM menjalin kerjasama dengan Karisma Humanitarian Outreach Mission (KHOM) melancarkan bantuan musim sejuk untuk pelarian Syria di Jordan yang bermula Januari 2023 yang menyasarkan kutipan RM500,000 untuk misi kali ini.

Ia melibatkan projek jangka pendek dan panjang. Untuk misi jangka pendek bantuan akan disalurkan bermula 12 Januari depan sebelum kembali semula ke Malaysia tujuh hari kemudian.

Pelarian Syria

BENDAHARI Ahli Lembaga Pemegang Amanah MVM, Nuratia Hanis Ahmad (tengah) menyerahkan sijil penghargaan kepada para penaja sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MVM, Mohd Fauzan Abdul Sukor (kiri).

Pemberian membabitkan bantuan kecemasan musim sejuk seperti baju sejuk, stoking, pek makanan, masakan panas, selimut tebal dan alat pemanas bersama tong gas, selain alat tulis dan permainan kanak-kanak.

Projek jangka panjang menyusul lima atau enam bulan kemudian yang merangkumi kelas pendidikan, kesihatan mental dan fizikal serta pembinaan tandas dan tangki air.

Misi anjuran MVM itu bakal menampilkan usahawan dan selebriti, Nana Mahazan selaku ikon pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut yang bakal mengikuti projek berkenaan.

Pemilik nama lengkap Nurul Hana Che Mahazan itu berkata, dirinya tidak pernah terfikir bakal terpilih untuk mengikuti misi dianggapnya begitu besar sehingga beliau dilihat mengalirkan air mata ketika sesi perkongsiannya dalam majlis berkenaan.

“Sejujurnya, saya sangat tersentuh kerana diberi peluang menjadi sebahagian dalam misi ini. Saya selalu fikir, saya terlalu kerdil dan bukan sesiapa, tetapi diberi kesempatan begitu berharga untuk memberikan impak yang lebih baik, insya-ALLAH.

NANA MAHAZAN

“Terasa sebak sebab saya insan terpilih untuk pergi. Saya terfikir, apa yang saya buat sehinggakan ALLAH memberikan kebaikan dan keberkatan-NYA membuatkan saya terpilih (mengagihkan sumbangan kepada pelarian Syria),” ungkapnya yang dilantik menjadi ikon MVM sejak awal tahun ini.

Baca juga Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

Peluang keemasan itu tidak akan disia-siakannya apatah lagi suaminya, Mohamed Raqeem Brian Abdullah turut memberikan lampu hijau.

Nana begitu mengharapkan agar beliau mampu membawa ‘rasa’ daripada misi berkenaan kepada masyarakat supaya lebih ramai sudi menghantarkan sumbangan.

“Ada banyak sebenarnya bantuan-bantuan yang terpaksa dihentikan kerana kekangan dana. Mungkin orang tidak menyumbang sebab mereka tidak peduli atau tidak tahu.

“Jadi saya hendak bawa ‘rasa’ itu dan cerita mereka di sini,” ujarnya.

Bagi mereka yang ingin menyumbang, layari laman web MVM untuk maklumat lanjut.

Bayar zakat walaupun bukan Islam
Isu,

Bekas banduan boleh mohon bantuan zakat jika termasuk kategori asnaf

ISTILAH bekas banduan tidak wujud dalam ‘kamus’ Islam. Justeru, tiada isu golongan tersebut tidak boleh memohon bantuan di bawah institusi zakat andai mereka termasuk dalam lapan senarai kelompok asnaf selagi bergelar Muslim.

Demikian komentar Ketua Unit Pembangunan Asnaf, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MAIP), Ustaz Md Hashrul’din Amdan ketika ditanya berhubung bentuk bantuan kepada bekas banduan untuk kembali meneruskan kehidupan selepas dibebaskan.

Jelas beliau, di bawah skim bantuan zakat MAIP, terdapat banyak jenis bantuan seperti modal dan peralatan, sara hidup, mualaf serta lain-lain.

“Kita tidak memilih waima mereka banduan atau bekas banduan, selagi dia orang Islam dan termasuk sebagai asnaf tidak kiralah sama ada fakir, miskin atau al-gharimin, mereka layak dapat bantuan.

USTAZ MD HASHRUL’DIN

“Cuma kena buat permohonan. Setakat ini, pihak kami tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana bekas banduan atau persatuan tertentu untuk bantuan zakat. Yang ada hanyalah daripada program Komuniti Intervensi Dadah Malaysia (DiC),” katanya ketika dihubungi Sinar Islam Plus baru-baru ini. Bukan sahaja bantuan, Ustaz Md Hashrul’din menjelaskan, MUIP mempunyai sebuah penempatan asnaf yang dikenali sebagai Pusat Komuniti Asnaf Bukit Kenau melibatkan sebanyak 80 unit jika mereka memerlukannya.

Baca juga Tunai zakat bukan untuk tambah rezeki? Umat Islam diminta jangan salah faham objektif tunaikan Rukun Islam ke-4 itu

Peluang pekerjaan

Kepada golongan asnaf termasuk bekas banduan dalam kategori berkenaan di Pahang, katanya, mereka boleh cuba membuat permohonan tertakluk kepada kekosongan.

“Jika ada ruang, kami akan hubungi mereka dan panggil menghadiri sesi temuduga untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar layak boleh mendiaminya secara percuma selagi mana mereka bergelar asnaf.

“Pada masa ini, terdapat 25 unit penempatan dalam proses baik pulih, insya-ALLAH kita akan buat kemasukan baharu pada tahun depan.

“Dalam penempatan itu juga, kami dalam proses untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada komuniti di situ,” katanya sambil menjelaskan antara kriteria pemohon yang dipertimbangkan termasuklah kategori fakir, miskin dan keutamaan diberikan kepada mereka yang berkeluarga serta tiada tempat untuk dituju.

KEPADA kelompok asnaf, mereka boleh mengisi borang permohonan untuk bantuan tertentu sebelum proses saringan dan tapisan dilakukan oleh pihak berkuasa agama di negeri masing-masing. -GAMBAR HIASAN/ FOTO: FREEPIK

Bagi penceramah bebas, Ustaz Mohamed Sabir Jamaludin, bekas banduan memerlukan rumah perlindungan untuk mereka memulakan kembali kehidupan selepas lama ‘dikurung’.

Lebih-lebih lagi mereka yang sebatang kara, sudah berusia lanjut dan hidup dalam buangan serta langsung tiada sumber kewangan.

Sebagai penceramah jemputan yang terlibat dalam program pemulihan dan rawatan di penjara, beliau melihat peri pentingnya hal perkara tersebut pada masa sekarang.

Baca juga Peluk Islam ketika dalam penjara, bekas banduan kini jadi pendakwah

“Ada dalam kalangan mereka memang benar-benar telah insaf, tetapi tidak diterima oleh masyarakat. Ke mana mereka hendak pergi? Di mana mereka hendak tidur?

“Lebih-lebih lagi bekas banduan yang sudah tua dan tiada sesiapa,” katanya ketika ditemui Sinar Islam Plus di pejabatnya di Kajang, Selangor baru-baru ini.

Jati diri bekas penghuni penjara

Meskipun perkara itu kelihatan remeh, namun sewajarnya perkara itu perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa agama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini memandangkan ia berkait rapat dengan soal akidah mereka.

“Kita tidak mahu lihat ada pihak lain yang membantu kelompok ini, seterusnya menarik mereka dalam dakyah yang memesongkan,” tegas beliau.

Sebelum ini, bekas Pengarah Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Ibrisam Abdul Rahman yang kini merupakan Timbalan Komisioner Jeneral Penjara, Jabatan Penjara Malaysia pernah menyuarakan perkara sama pada tahun lalu.

Memetik laporan media tempatan, beliau meluahkan rasa sedih kerana kurangnya pembabitan NGO Islam di negara ini dalam membantu bekas banduan dari aspek pemulihan, sokongan dan mendapatkan pekerjaan, sebaliknya lebih cenderung kepada isu di luar negara.

Perkara itu diberitahu ketika Perbincangan Meja Bulat Mengenai Proses Integrasi Semula Bekas Banduan Dalam Masyarakat secara maya dan turut disertai bekas Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Jerald Joseph serta beberapa NGO lain.

Baca juga Pernah bergelar banduan, bekas guru ini bangkit daripada kisah silam

Selain bekas banduan, Ustaz Mohamed Sabir yang juga Presiden Pertubuhan Alif dan Ketua Pegawai Eksekutif Alif Consultant Plt berpandangan, penghuni penjara juga memerlukan ‘suntikan luar’ untuk memantapkan jati diri mereka apabila dibebaskan kelak. “Mereka bukan hanya perlu solat dan baca al-Quran sahaja, tetapi juga kena memahaminya. Jika tidak tahu inti patinya akan memberi implikasi kepada jati diri mereka.

USTAZ MOHAMED SABIR

“Walaupun para banduan sudah diberikan bimbingan agama oleh kader daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan pegawai penjara, namun kita ada banyak NGO Islam di luar. Mungkin mereka boleh menghulurkan bantuan berbentuk ceramah motivasi kepada penghuni tirai besi.

“Pihak institusi pengajian tinggi pula boleh bantu mereka dari segi cara hidup dengan memberikan sijil-sijil pencapaian tertentu,” sarannya.

Inst-FB-POST-1200px1200px-AR20192
Jendela Dunia,

Hikmah Pandemik, Pendapatan IRW Meningkat RM861.39 Juta

PENDAPATAN Islamic Relief Worldwide (IRW) meningkat kepada £149 juta pound (RM861.39 juta) tahun lalu akibat didorong oleh kenaikan sumbangan dan harta pusaka secara mendadak.

Ia meningkat sebanyak £18 juta pound atau sekitar 14 peratus menurut akaun kewangan badan amal untuk tahun itu yang berakhir Disember 2020, yang diterbitkan, kelmarin.

IRW mengumpul lebih daripada £15 juta pound sepanjang Ramadan tahun lalu dan menjadi jumlah sumbangan tertinggi yang pernah dicatat walaupun dunia beralih kepada sistem perkhidmatan secara atas talian akibat pandemik Covid-19.

Terdapat juga peningkatan derma yang banyak dipindahkan ke IRW oleh badan amal yang bekerja mewakili sebahagian daripada organisasi Bantuan Islam di tempat lain seluruh dunia.

Akaun tersebut menunjukkan bahawa IRW bekerjasama dengan pakar luar untuk menyelidiki semula lebih daripada 100 kakitangan kanan di seluruh rangkaian Islamic Relief tahun lalu, setelah Suruhanjaya Amal menyiasat aktiviti media sosial antisemit oleh beberapa pemegang amanah.

Bantuan di salurkan kepada umat Islam di seluruh dunia.

Pendapatan, perbelanjaan, rizab

Wang yang diperoleh daripada derma dan sumbangan di United Kingdom (UK) meningkat daripada £27 juta pound menjadi £36 juta pound, sementara pendapatan yang diserahkan kepada IRW daripada bahagian lain jaringan Bantuan Islam global meningkat sebanyak £82 juta pound menjadi £91 juta pound.

Ia diimbangi oleh penurunan pendapatan yang mendadak daripada kerja amal IRW yang lebih rendah £600,000 berbanding tahun 2019.

Perbelanjaan IRW juga meningkat sedikit, daripada £128 juta pound kepada £129.4 juta pound selepas membiayai beberapa projek di 39 negara termasuk UK.

Badan amal itu mengatakan bahawa ia mengurangkan perbelanjaan dengan membekukan pengambilan pekerja dan menangguhkan beberapa projek baharu akibat pandemik Covid-19. Sementara jumlah kakitangan yang diambil oleh IRW hampir tidak berubah, menurun dari 469 menjadi 465 orang.

Rizab tidak terhad meningkat daripada £9.4 juta pound kepada £12.4 juta pound.

Suruhanjaya Amal membuka kes pematuhan kepada IRW pada musim panas 2020, setelah akhbar The Times mendedahkan bahawa tiga daripada pemegang amanah amal telah menyiarkan kandungan antisemit di media sosial peribadi mereka.

Pada bulan Januari 2021, Suruhanjaya menyimpulkan bahawa badan amal tersebut telah melakukan pecah amanah dalam kepimpinannya.

Suruhanjaya bebas yang mengurus tadbir IRW dan diketuai oleh mantan jaksa agung Dominic Grieve, mengatakan bahawa IRW adalah organisasi yang sangat berkesan tetapi perlu menangani risiko reputasi yang berterusan.

Kenyataannya mengatakan, lembaga pengawas berkomitmen secara terbuka untuk melaksanakan semua saranan daripada Suruhanjaya Amal dan agensi bebas.

Akaun tersebut juga menunjukkan bahawa IRW menangani 12 kes di mana pekerja telah mengemukakan masalah keselamatan yang berkaitan dengan rakan sekerja di badan amal itu. Daripada kes yang disimpulkan sebelum akhir tahun 2020, IRW mengambil empat tindakan kes berkaitan termasuk pemecatan pekerja.

Sumber: CivilSocirty News

Hulur pertolongan
Gaya Hidup,

Sama-sama Hulur Pertolongan Kepada Insan Yang Dihimpit Kesukaran Ketika Pandemik

no comment

Oleh DR SHAMSIAH MOHAMAD

FIRMAN ALLAH SWT: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada ALLAH kerana sesungguhnya ALLAH MAHA BERAT azab seksa-NYA (bagi sesiapa yang melanggar perintah-NYA).” (Surah al-Ma’idah, ayat 2)

Berdasarkan kalamullah itu, ALLAH SWT secara jelas memberi arahan supaya kita saling tolongmenolong dalam membuat perkara kebaikan dan melarang sama sekali hamba-NYA melibatkan diri dengan memberi bantuan ke arah perkara yang membawa kepada dosa.

Dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa, tentu sekali semakin ramai yang mengalami masalah kewangan. Ia sama ada kerana diberhentikan kerja atau dipotong gaji bulanan atau kerana tidak boleh meneruskan aktiviti perniagaan seperti biasa.

Dalam penulisan sebelum ini, saya menyentuh tentang kesediaan pihak institusi kewangan Islam untuk terus memberi moratorium kepada pelanggannya yang terkesan akibat PKP terutama golongan yang disebutkan tadi.

Hulurkan pertolongan

BARANGKALI ada dalam kalangan kita yang sedang dalam kesusahan akibat hilang punca pendapatan atau menerima pengurangan gaji gara-gara PKP hingga menyebabkan sesak dada untuk membayar komitmen bulanan dan meneruskan kelangsungan hidup.

Baca juga Manfaatkan Kemudahan Bantuan Bayaran Balik Pembiayaan Yang Ditawarkan Institusi Kewangan Islam

Ya, memang tidak dinafikan langkah itu sebagai salah satu cara pihak institusi kewangan Islam meringankan beban kewangan pelanggannya. Namun, keringanan itu hanyalah dari aspek melewatkan bayaran hutang semata-mata. Ini bermakna, mereka yang layak diberi bantuan moratorium tersebut tetap tidak terlepas daripada tanggungjawab membayar hutang setelah tamat tempoh yang diluluskan.

Hakikatnya, bagi mereka yang kehilangan pekerjaan, beban hutang yang dipikul tetap menyesakkan kepala, biarpun moratorium telah diluluskan. Ini kerana ia akan terus digalas sampai bila-bila selagi mana hutang itu belum habis dilunaskan.

Bagaimana cara untuk membantu mereka keluar daripada bebanan hutang dalam situasi tiada punca pendapatan atau gaji yang ada tidak mencukupi untuk membayarnya? Adakah memadai dengan pemberian bantuan moratorium daripada pihak institusi kewangan Islam semata-mata?

Sebenarnya, dalam situasi yang amat sukar itu, kerjasama daripada pelbagai pihak amat perlu untuk mengurangkan pundak kewangan yang dihadapi oleh mereka yang terjejas teruk akibat PKP. Tidak mungkin hanya satu pihak sahaja yang perlu mengambil inisiatif membantu golongan itu keluar daripada kepompong kesukaran tersebut.

Pada pandangan saya, mungkin sudah tiba masa pusat zakat untuk meneliti isu berkenaan secara serius. Pada masa sama, bantulah mereka untuk membayar hutang sekiranya cukup syarat-syarat yang melayakkan kelompok berkenaan menerima zakat atas kapasiti asnaf al-gharimin.

Hulur pertolongan

SEBAGAI masyarakat, bantulah golongan yang terjejas teruk akibat PKP mengikut kemampuan masing-masing supaya mereka dapat meneruskan kehidupan dengan baik.

Memang tidak dinafikan bahawa pusat zakat perlu menilai dahulu sama ada hutang tersebut berkaitan dengan keperluan asas dan utama atau sebaliknya. Ini kerana seandainya pelanggan institusi kewangan Islam itu telah memohon pembiayaan bagi memperoleh sesuatu untuk tujuan bermewah-mewah misalnya, saya berpandangan zakat tidak layak diberi bagi membantunya melangsaikan hutang berkenaan.

Dalam hal berkenaan, pusat zakat perlu ada parameter khas dalam mengkategorikan sesuatu hutang itu sama ada ia berkaitan dengan keperluan asas atau sebaliknya. Selain daripada pihak berkuasa zakat, orang ramai juga boleh memainkan peranan dalam membantu mereka yang dibelenggu hutang yang menyesakkan.

Alangkah baiknya jika seluruh rakyat Malaysia saling menyumbang untuk membantu mereka yang hilang punca pendapatan dalam melunaskan keseluruhan hutang atau sebahagian daripadanya.

Saya yakin dengan sikap prihatin masyarakat dan semangat saling membantu pada saat getir ini dapat mengurangkan tekanan perasaan mereka yang dihimpit masalah kewangan. Wallahualam.

***Dr Shamsiah Mohamad berpengalaman sebagai Penyelidik Isu-Isu Kewangan Islam dan Syariah

Foto: Freepik