Browsing Tag

Bantuan Allah

Bantuan ALLAH
Gaya Hidup,

Amalkan Selalu, Mudah-mudahan Bantuan ALLAH Segera Tiba

KETIKA hidup diselubungi resah, kehilangan dan segala macam perkara kurang enak, perkara yang selalu bermain di minda ialah untuk keluar segera dari kemelut itu. Mungkin ada yang memilih untuk bercerita kepada sahabat atau ahli keluarga terdekat. Mungkin juga ada gigih berikhtiar sepenuh hati agar segar masalah itu segera berakhir.

Hakikatnya, penyerahan total kepada Ilahi adalah solusi terbaik yang perlu dipilih oleh umat Islam tatkala hati dirundung duka.

Ulama tersohor Syria Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti Rahimahullah pernah berpesan di dalam sebuah kuliahnya agar umat Islam sentiasa melazimkan diri berzikir untuk segera keluar dari belenggu kepayahan.

Menurut beliau, sebagaimana dipetik dari laman Facebook  Mutarjim Clips :

“Ada satu wasiat yang ingin aku ceritakan kepada kalian. Ianya daripada sebahagian orang soleh di negara kita, yang mana aku percaya mereka adalah sebahagian dari kalangan wali Allah.

Mereka minta aku sampaikan kepada orang ramai supaya membaca Surah Yasin selepas Solat Subuh dalam masa 15 hari, dan beristighfar sebanyak 100 kali, (tidak kiralah) dengan lafaz istighfar bagaimana sekalipun.  Dengan niat agar dikurniakan kelapangan (daripada segala kesusahan).”

Ujar beliau lagi, orang soleh mengetahui dan merasainya. Justeru Allah memberikan petunjuk kepada mereka.

Bantuan ALLAH

Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti 

Sehubungan itu, tawakal kepada Allah, berikhtiar (usaha) dan doa (membaca al Quran dan melazimkan diri berzikir) amat perlu dan sentiasa seiring sebagai usaha proaktif untuk keluar daripada segala kesulitan hidup.

Tambah Syeikh Ramadan, kita semua amat medambakan dari aspek keagamaan. Keduniaanan, bahkan realitinya kita memang sentiasa perlu memperbanyakkan berzikir kepada Allah, lalu akan turun pertolongan.

Baca juga: Jangan Lupa Berdoa Ketika Senang, Ini Sebabnya

BACA YASIN 15 HARI BERTURUT-TURUT DAN ISTIGHFAR 100 KALI SEHARI

Syeikh Ramadan atau nama penuhnya Muhammad Said bin Ramadan bin Umar bin Murad al-Buti. Beliau lahir pada 1929M di perkampungan Jilika yang dikenali sebagai kawasan Butan, Turki.

Di antara ilmuan yang mendidik beliau ialah bapanya sendiri, Mulla Ramadan, Syeikh Hassan Habannakah, Syeikh Kuraiyim Rojih, Syeikh Mustafa al-Bugha dan Syeikh Wahbah al-Zuhaili. Bagi institusi pendidikan pula, beliau mendapat pendidikan di Maahad al-Mardini, Universiti al-Azhar dan beberapa tempat yang lain.

Beliau merupakan diantara ilmuan terulung dan tersenarai di antara 200 orang Islam berpengaruh di dunia pada tahun 2009. Keunggulannya diiktiraf sebagai di antara ilmuan terulung pada tahun itu selari dengan beberapa ilmuan dan pemimpin dunia yang lain.

Syeikh Ramadan dan cucunya terbunuh dalam serangan serangan bom ke atas Masjid Al Iman pada 2013 dan jenazahnya disemadikan berhampiran pusara pejuang Islam, Solahuddin Al-Ayubi.