Browsing Tag

badr

Badr al-Kubra
Jendela Dunia, Video,

[Video] Trivia Ramadan : Badar al-Kubra

no comment

Perang Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah merupakan perang pertama dalam Islam.

Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Makkah. Tentera Islam memilih lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang ada di situ.

Perang ini hanya melibatkan 313 orang tentera Islam manakala kaum musyrikin Makkah adalah seramai 1,000 orang tentera  yang lengkap bersenjata.

Dalam perang ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan dan selebihnya melarikan diri.

Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahawa mereka adalah pihak yang benar.

Umat Islam mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah.

Sebaliknya, pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot setelah kalah dalam Perang Badar.

Orang yang ditawan oleh tentera Islam setelah dilepaskan pulang ke Makkah telah menceritakan tentang kebaikan orang Islam.  Secara tidak langsung memberi pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah.

Old Madina

Gambar lama kota Madinah al-Munawwarah.