Browsing Tag

babi

babi
Berita Semasa,

Penyakit demam babi Afrika sedang berleluasa, benarkah membunuh babi dapat pahala sunat?

DALAM perkembangan terkini, negara sedang berdepan krisis penyakit demam babi Afrika (ASF) yang melanda beberapa ladang ternakan babi di sekitar Pulau Pinang dan Perak.

Pun begitu, tidak dinafikan rata-rata masyarakat Islam di sini tidak ambil pusing tentang isu berkenaan memandangkan melibatkan diri sama ada memegang atau memakan sebarang produk berkaitan haiwan tersebut antara perkara ditegah agama.

Sebagai umat Islam, kita tidak dibenarkan menyentuh apalagi memakan daging khinzir atas sebab kebersihan dan kesihatan.

Disebabkan statusnya di sisi agama, ada juga segelintir yang menyabitkan perbuatan membunuh haiwan babi dapat meraih ganjaran pahala.

Baca juga Makanan Tidak Baik Jadi Punca Hati Gelap

HATI-hati dengan makanan yang dijamah kerana ia akan dihadam menjadi sebahagian darah daging kita. Foto: Unsplash

Baca juga Hikmah Maryam diperintahkan ALLAH menggoncang pokok tamar selepas bersalin

Babi akan dibunuh ketika turun Nabi Isa AS

Perkara itu turut mendapat sokongan beberapa agamawan dengan bersandarkan sebuah dalil daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

Demi yang jiwaku ditangan-NYA sungguh hampir saja turun kepada kalian Isa bin Maryam sebagai Hakim yang Adil. Dia mematahkan salib, membunuh babi, dan meletakkan jizyah, tidak menerimanya dari orang kafir, datang harta yang banyak namun tidak ada seorang pun yang mau menerimanya, sehingga satu sujud lebih baik dari dunia seisinya.

“Kemudian Abu Hurairah berkata: jika kalian mahu bacalah ayat ALLAH: Tidak seorang pun dari Ahli Kitab, kecuali akan beriman kepadanya sebelum kematiannya, dan di hari kiamat nanti Isa itu akan menjadi saksi terhadap mereka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

HADIS mengatakan Nabi Isa AS akan turun pada akhir zaman nanti dan mematahkan salib serta membunuh babi. Foto: Google

Menerusi hadis berkenaan, dikatakan apabila turunnya Nabi Isa AS nanti, antara perkara akan Baginda lakukan adalah membunuh babi.

Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, ulama berpandangan bahawa Nabi Isa AS akan mematahkan salib serta membunuh babi untuk membatalkan ajaran agama Kristian.

Baca juga Cat rumah dengan berus yang dikhuatiri diperbuat daripada bulu babi, apa yang perlu kita lakukan?

babi

PARA penternak khinzir kini dilanda kerisauan terhadap penyakit demam babi Afrika (ASF) yang berleluasa di ladang. Foto: Unsplash

Benarkah bunuh babi dapat pahala sunat?

Namun begitu, sama ada wujud atau tidak ganjaran pahala bagi perbuatan membunuh babi, para fuqaha mempunyai pendapat berbeza, kata pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus.

“Ada ulama yang mengatakan harus membunuh babi, ada pula yang berkata sunat membunuhnya,” katanya yang memetik kitab al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah dalam sebuah tazkirah.

Tambah beliau, apa yang pasti umat Islam tidak dibenarkan membunuh babi yang dipelihara oleh orang kafir untuk elakkan perbalahan tidak diingini.

Baca juga Siang ikan hidup-hidup, di mana keihsanan sebagai manusia? Ini hukumnya yang wajib diketahui

JANGAN sewenang-wenangnya membunuh babi peliharaan orang kafir tanpa sebarang sebab, seperti dipesan pendakwah Ustaz Azhar Idrus. Foto: Unsplash

Jangan sesuka hati bunuh babi ternakan orang kafir

Jelas Azhar, “Pandangan ulama pula, jika ia adalah ternakan orang kafir yang dibenarkan hidup di negara Islam, tidak boleh (dibunuh).

“Yang liar (boleh dibunuh), bukan yang di dalam kandang. Tidak boleh, nanti jadi peperangan, jadi perbalahan.”

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang tinggal secara harmoni daripada berbilang kaum dan kepercayaan, umat Islam tidak boleh sewenang-wenangnya membunuh khinzir tanpa sebarang sebab.

Sebaliknya babi yang boleh dibunuh hanyalah sekiranya ia jenis haiwan liar yang tidak memiliki tuan atau boleh membawa kemudaratan kepada masyarakat sekeliling.

Turut disyorkan Kucing bukan haiwan kesayangan Nabi SAW? Ini sebabnya

UMAT Islam dibenarkan membunuh haiwan perosak yang membawa kemudaratan kepada manusia. Foto: Google

Baca juga Bela ular atau binatang liar, apakah hukumnya?

Haiwan harus dibunuh dalam Islam

Selain babi, umat Islam juga dibenarkan untuk membunuh beberapa haiwan lain seperti:

1. Tikus
2. Kala jengking
3. Burung helang
4. Burung gagak
5. Anjing gila atau ganas
6. Ular
7. Cicak

Makhluk-makhluk berkenaan boleh dibunuh atas sebab ia dianggap sebagai haiwan perosak yang mampu membawa bahaya kepada manusia sebagaimana sabda Nabi SAW:

Lima haiwan fasiq dan boleh dibunuh di tanah haram iaitu: tikus, kala jengking, burung helang, burung gagak, dan anjing gila atau ganas.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sumber: Maktabah al-Bakri & Youtube Ustaz Azhar Idrus

Foto: Google & Unsplash