Browsing Tag

azan

pexels-shahbaz-hussain-shah-4664347
Berita Semasa, Gaya Hidup, Jendela Dunia, Personaliti, Pilihan Editor,

Seruan Illahi dari London Bridge

no comment

Minggu lalu, warga kota London diberi kejutan apabila mercu tanda terkenal Tower Bridge London bergema dengan laungan azan. Pastinya ia bukanlah gimik tetapi penghargaan yang diberikan pihak pengurusan Tower Bridge London kepada umat Islam sempena sambutan bulan Ramadan yang akan berakhir Rabu ini.

Usahawan Islam Britain, Kazi Shafiqur Rahman, 35 adalah insan istimewa yang dipilih untuk melaungkan azan sebagai tanda masuknya waktu berbuka puasa dan solat maghrib bagi kota metropolitan itu.

Kazi Shafiqur melaungkan azan mengikut gaya penyampaian Imam Besar Masjidil Haram, Makkah, Syeikh Ali Ahmad Mulla dengan lengkap mengenakan jubah putih menarik perhatian ramai warga kota yang melalui jambatan terkenal itu.

Selain pengurusan Tower Bridge London, acara laungan azan itu turut mendapat Kerjasama banyak pihak seperti Tower Hamlets Homes; East London Mosque & London Muslim Centre serta Tower Hamlets Interfaith Forum.

Menurut Kazi Shafiqur, melaungan azan di hadapan khalayak ramai adalah impiannya sejak kecil.

Syeikh Ali Ahmad Maulla

“Syeikh Ali Ahmad Maulla yang juga bilal di Masjidil Haram sejak 1975 adalah idola saya. Laungan azannya cukup dikenali diseluruh dunia dan semua umat Islam pernah mendengar beliau melaungan azan.

“Saya sangat bersyukur kerana diberi penghargaan untuk berada di sini. Saya hanya individu biasa dan bagi saya untuk diberkati dengan peluang seperti ini kita harus merendah diri,” katanya yang sudah 20 tahun menjadi bilal dan kali kedua azan di kota Londan ini.

Tahun lalu, beliau pertama kali diberi penghargaan melaungan azan di tengah-tengah pusat kewangan London, Canary Wharf dan video azannya ditonton berjuta-juta kali di laman sosial.

Katanya, , dia berharap dapat melaungan azan di lokasi ikonik terkenal lain seperti Masjid Besar Sheikh Zayed di Abu Dhabi.

“Setelah menyampaikan azan di Canary Wharf tahun lalu, saya menyedari bahawa panggilan ini adalah doa dan satu pesan yang kuat dan saya perlu menghantarnya ke seluruh dunia melalui media sosial.

“Ini memiliki jangkauan yang sangat besar bahkan di LinkedIn dan banyak orang bukan Islam mengatakan betapa memukaunya mereka mendengar azan dan bertanya tentang apa sebenarnya yang tersirat didalam azan itu,” katanya.

Tambahnya, pada awalnya beliau terkejut dengan jumlah tontonan azannya tahun lalu tetapi beliau menyedari bahawa ia adalah firman Tuhan dan panggilan untuk berdoa dan oleh itu ia pasti menjangkau banyak orang yang menontonnya.

“Kesan azan tahun lalu sungguh sukar saya percayai. Video itu menjangkau berjuta-juta penonton.

Katanya kepada ArabNews, beliau merasa gugup apabila diminta melaungkan azan kali pertama tahun lalu dan tidak mahu melakukan kesilapan.

“Saya tidak mahu membuat kesilapan dan saya mahu memenuhi harapan semua orang khususnya umat Islam. Saya hanya mengingatkan kepada diri saya bahawa saya lakukan ini demi Allah sahaja.

“Saya hanya orang biasa tetapi saya rasa Allah telah memberi saya suara dan peluang seperti itu, yang mana saya bersyukur sangat. Ini memberi saya rasa kepuasan bahawa azan yang saya sampaikan dihargai di seluruh dunia. Itu menjadikan saya lebih ingin mendekati dengan Allah,” katanya.

Sumber: ArabNews

Edmonton dan Calgary izin laungkan Azan sepanjang Ramadan
Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Edmonton dan Calgary Izin Laungkan Azan Sepanjang Ramadan

no comment
Pihak berkuasa bandaraya Edmonton dan Calgary di Kanada telah mengizinkan beberapa Masjid melaungkan azan Maghrib sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
 
Pegawai Polis Nader Khalil terpilih sebagai individu pertama yang telah melaungkan azan di Masjid Akram Jomaa pada 1 Ramadan tahun ini.
 
Laungan azan seperti ini telah diuji pada Ramadan tahun lalu bagi melihat jika terdapat sebarang aduan dan keluhan dari warga sekeliling. Kerana tiada sebarang aduan dari warga tempatan mengenai azan, Pemerintah Edmonton telah memutuskan untuk mengizinkan laungan azan pada bulan Ramadan tahun ini.
 
Dijangkakan lebih 100 ribu umat Islam tinggal di Edmonton dan Calgary.
 
Manakala lebih 1 Juta umat Islam tinggal di Kanada menjadikan populasi Muslim sebanyak 3.2 peratus secara keseluruhan.
 
#ramadandalamkeberkatan #SinarIslamPlus #ramadan2021
solat pada hujung waktu
Berita Semasa,

Jika tengah solat pada hujung waktu dan dengar azan, jangan berhenti, teruskan sembahyang

JIKA tengah solat pada hujung waktu dan dengar azan, jangan berhenti, teruskan sembahyang

Situasi setiap orang tidak sama. Walaupun kita mungkin duduk di dalam satu rumah yang sama, namun rutin atau urusan yang dilakukan pastinya berbeza.

Begitupun, sebagai orang Islam, kita tetap berkongsi kewajipan yang sama iaitu solat fardu lima waktu. Sesibuk mana pun, ibadah itu tetap wajib dikerjakan sekalipun seseorang itu sedang sakit atau berkelana.

Apa yang membezakannya adalah masa seseorang menunaikan kewajipan berkenaan apabila masuknya waktu.

Kadangkala ada sebab tertentu yang menyebabkan seseorang itu terlewat. Tidak kiralah sama ada ia disebabkan urusan sendiri atau berhadapan situasi darurat yang menyebabkan mereka terlewat untuk menunaikan solat.

Situasi di luar jangkaan ataupun sudah dijangka itu pastinya akan menyebabkan mereka menunaikan solat pada hujung waktu. Contohnya, solat Asar pada waktu hampir-hampir hendak masuk Maghrib.

Baca juga Terlelap ketika solat. Batal atau tidak?

Bagaimanakah status solat berkenaan yang dilakukan pada penghujung waktu dan kemudian terdengar azan solat waktu berikutnya ketika sedang menunaikan kewajipan berkenaan?

Pendakwah Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Azman menjelaskan, andai berlaku situasi tersebut, teruskan solat yang sedang dikerjakan itu.

“Jangan gelabah atau berhentikan solat tersebut. Teruskan sahaja solat tadi.

“Ini kerana jika kita sempat melakukan sebahagian aktiviti solat pada waktu sembahyang itu sendiri, kita telah mendapat keseluruhan solat berkenaan walaupun telah masuk waktu sembahyang yang lain,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikannya menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.

Solat hujung waktuPerkara itu ada dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang mana baginda bersabda:  “Barang siapa yang sempat melakukan satu rakaat Subuh sebelum terbitnya matahari, maka sesungguhnya ia sudah dapat keseluruhan Subuh dan barang siapa yang sempat satu rakaat pada solat Asar sebelum terbenamnya matahari, maka dia telah mendapat keseluruhan Asar.” (Sahih al-Bukhari)

Begitupun, PU Azman yang mesra disapa sebagai Cik Man mengingatkan agar umat Islam segera menunaikan solat apabila masuknya waktu.

Baca juga Jangan biarkan telekung, serban dan kopiah menutup dahi ketika sujud. Dikhuatiri tidak sah solat itu

“Apa pun yang terbaik, kita berusaha untuk solat pada awal waktu,” pesannya.

Alangkah bagusnya jika kita dapat menunaikan solat pada awal waktu. Terasa tenang dan tenteram hendak menghadap ALLAH SWT.

Tidak adalah kita terkejar-kejar dan tergopoh-gapah mahu mengejar waktu kerana khuatir ia akan tamat.

Biasakan diri kita untuk melakukan solat tepat pada masanya kerana ia antara amalan yang paling dicintai oleh ALLAH SWT.

Baca juga Solat, tetapi tak rasa kelazatan beribadah. Ini penawarnya

Ketahuilah, Rasulullah SAW pernah ditanyakan tentang amalan yang paling dicintai oleh ALLAH.

Lalu, baginda SAW bersabda: “Solat pada waktunya.” Dia (perawi) bertanya lagi kemudian apa, jawab baginda: “Berbuat baik kepada ibu bapa.” Dia bertanya lagi kemudian apa, jawab baginda: “Jihad pada jalan ALLAH SWT.” (Sahih al-Bukhari)

Sumber: Facebook PU azman – cik man

Foto: Freepik

Maldives News Network
Berita Semasa,

Kalimah ‘hayya ‘alassolah’ diperlahankan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

WALAUPUN semua aktiviti di masjid dan surau termasuk Jumaat dan solat berjemaah ditangguhkan sejak semalam, namun laungan azan tetap penting untuk berkumandang.

Selain menzahirkan syiar Islam, panggilan ILAHI itu bagi menandakan sudah masuknya waktu solat.

Menerusi IGTV zayan.my pada hari ini, dikongsikan cadangan cara azan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan iaitu sehingga 31 Mac ini.

Dalam video berdurasi 4.19 saat itu, seorang muazin menunjukkan cara mengalunkan azan tersebut dengan lafaz hayya ‘alassolah diperlahankan.

Turut kelihatan, Zulkifli yang mendengar azan tersebut dikumandangkan.

Azan

ZULKIFLI (kanan) turut kelihatan mendengar ketika azan dilaungkan oleh muazin dalam video yang dimuat naik di IGTV zayan.com pada hari ini.

Berikut adalah cadangan alunan azan di masjid atau surau ketika Perintah Kawalan Pergerakan:

1. Azan seperti biasa kerana ia syiar agama.

2. Kalimah hayya ‘alassolah (marilah bersembahyang) diperlahankan.

3. Setelah azan, muazin atau bilal hendaklah berpesan; “Solatlah di rumah atau tempat kamu” dalam bahasa Melayu kerana ia lebih difahami oleh umat Islam di Malaysia. Ia bagi meraikan beberapa hadis riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad. Imam al-Nawawi dalam Raudhah al-Talibin (1/208) yang menghukumkan sunat bagi muazin untuk menyebut sedemikian selepas azan.

Bagaimanapun, cadangan Zulkifli itu hanyalah untuk dilaksanakan di rumah ALLAH di Wilayah Persekutuan sahaja.

Bagi negeri-negeri lain, pelaksanaan itu diserahkan kepada pertimbangan pihak berkuasa agama masing-masing.