Browsing Tag

Arah kiblat

Arah kiblat
Berita Semasa,

Fenomena Matahari Tepat Atas Kaabah Esok, Jom Semak Arah Kiblat

no comment

PADA hari Jumaat ini iaitu esok (16 Julai 2021), matahari akan kembali melintas tepat di atas Kaabah. Justeru, inilah detiknya umat Islam menyemak semula arah kiblat masing-masing.

Peristiwa itu dikenali sebagai Istiwa’ A’dzam sebagaimana yang berlaku pada 28 Mei lalu ketika umat Islam masih lagi menyambut bulan Syawal.

Menurut Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak, peristiwa matahari istiwa’ (rembang) di atas Kaabah berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei lalu, jam 5.16 petang dan hari Jumaat ini, jam 5.28 petang waktu tempatan.

Baca juga Haram Makan Daging Korban Kerana Kasihan Pada Haiwan Yang Disembelih?

“Fenomena ini berlaku ketika nilai sudut istiwa’ matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Makkah iaitu tempat letaknya Kaabah. Ketika fenomena ini berlaku, bayang objek tegak di seluruh dunia akan bertepatan dengan arah kiblat.

Istiwa’ A’dzam berlaku apabila matahari berada tepat di arah kiblat. Dengan merujuk kepada arah bayang matahari, arah kiblat bertentangan dengan arah bayang,” katanya.

Arah kiblat

Peristiwa Istiwa’ A’dzam akan berlaku esok (16 Julai 2021) pada jam 5.28 petang. -Foto: Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak

Secara umumnya, ujar Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak, kita boleh menandakan arah bayang dua hari sebelum atau selepas tarikh tersebut.

“Malah, dalam lingkungan 10 minit sebelum dan selepas waktu yang dinyatakan, kita masih boleh menandakan kiblat. Ini kerana bayang yang kelihatan masih berada di arah kiblat.

“Maka semua umat Islam dapat mengambil peluang ini bagi menandakan arah kiblat terutama di rumah atau premis persendirian,” katanya.

Foto: Koleksi foto Sinar Harian & Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak