Browsing Tag

arab

MIZZ NINA
Berita Semasa,

Nikah kali kedua, Mizz Nina syukuri ketentuan Ilahi

AKTIVIS kemanusiaan terkenal, Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina, berkongsi berita gembira mengenai pernikahannya dengan penyanyi rap berdarah kacukan Maghribi-Amerika Syarikat, Essam Muhammad.

Perkara itu dikongsi olehnya sendiri menerusi satu hantaran di laman Instagram.

“Saya sudah bernikah pada suku kedua tahun 2023 dengan suami tercinta, Essam Muhammad dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan teman rapat.

“ALLAH SWT sebaik-baik perancang dan telah mengatur perjalanan kami dengan cantik sekali. Alhamdulillah dengan restu daripada kedua ibu bapa, kami kini melengkapi kehidupan masing-masing.

Pengumuman perkahwinan yang diadakan secara tertutup di luar negara itu menggembirakan para peminat.

Mendedikasikan kehidupan ke arah dakwah, Mizz Nina memaklumkan bakal mengadakan majlis resepsinya di ibu negara dalam masa terdekat.

PENGUMUMAN perkahwinan yang diadakan secara tertutup di luar negara itu menggembirakan para peminat.

Siapakah jejaka yang menawan hati pemilik nama Shazrina Azman ini? Berikut adalah info mengenai Essam:

1-Essam merupakan penyanyi rap kacukan Mahgribi dan Amerika Syarikat berasal dari Seattle, Amerika Syarikat (AS).

2-Essam aktif menjalankan kerja dakwah bagi komuniti Muslim di AS, Kanada, Sepanyol dan Belanda.

Baca Juga Lebih 98 peratus nama Muslim dalam senarai pantauan FBI

2-Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Media & Komunikasi, Universityof Washington Bothell dan bergraduasi pada tahun 2016.

3-Mula menulis puisi pada usia lapan tahun, Essam memulakan karier dalam bidang seni selepas melancarkan video pertamanya, West My Home pada Mei 2016.

ESSAM merupakan penyanyi rap kacukan Mahgribi dan Amerika Syarikat. 

4-Menurut Genius.com, kebanyakan karya Essam adalah diinspirasikan daripada ibunya.

6-Essam Muhammad telah mengeluarkan dua album, 12.12 pada 2018 dan Chapter20six pada 2020.

Baca Juga Malaysia negara pertama wujudkan mesin ATM bebas fi

Turut Disyorkan Anak lelaki kepada gipsi terkaya UK peluk Islam selepas temui ketenangan di masjid

7-Videonya, Runnin pernah dipilih untuk pameran American Muslim Futures, galeri kerja dalam talian yang menggandingkan kreativiti visual art sekali gus memberi gambaran situasi Muslim Amerika.

8-Terbaru, Essam muncul berlakon dalam filem Purple Don’t Cry yang mengisahkan komuniti Islam yang cuba melindungi generasi mudanya.

Kelihatan warganet Malaysia mula membanjiri ruangan komen Instagram Essam. Rata-rata memberikan ucapan tahniah atas perkahwinan penyanyi itu dengan Mizz Nina dan menitipkan doa kebahagiaan.

Yair Lapid. (Miriam Alster:Flash90)
Berita Semasa,

Parlimen Israel Bakal Menyingkir Netanyahu Ahad Ini

no comment

Oleh MUHAMMAD YUSUFF HASSAN

PARLIMEN Israel akan mengadakan undi yakin terhadap kerajaan baharu yang dianggotai gabungan parti pembangkang Ahad ini.

Jika keputusan undian itu berpihak kepada kerajaan baharu, ia akan mengakhiri  pemerintahan Perdana Menteri Benjamin Neyanyahu, pemimpin paling lama memerintah negara haram itu.

Ia juga bermakna untuk pertama kali dalam sejarah Israel parti Arab Islam akan berada dalam parti gabungan kerajaan.

“Perdebatan dan pungutan suara mengenai pemerintahan baharu akan berlangsung pada Ahad, 13 Jun 2021 pada sesi khas parlimen, “kata speker Knesset, Yariv Levin, dalam satu kenyataan.

Sekiranya undian berlaku, perdana mendijangka akan mengangkat sumpah pada hari yang sama.

Pemimpin pembangkang, Yair Lapid, telah mengumpulkan lapan parti Israel dengan perbezaan ideologi yang besar untuk membentuk apa yang disebutnya sebagai “pemerintahan perubahan”, tujuan utama adalah untuk menggulingkan Netanyahu, yang telah berkuasa selama 12 tahun berturut-turut.

“Ia sedang berlaku!” Lapid menulis di ciapan Twitter berikutan pengesahan tarikh. “Kerajaan perpaduan sedang dalam perjalanan dan siap untuk bekerja atas nama semua orang Israel.”

Perikatan rapuh itu termasuk bekas pemimpin sayap kanan, Naftali Bennett, yang di bawah perjanjian itu bakal menjadi perdana menteri untuk separuh penggal pertama  selama empat tahun sebelum menyerahkannya kepada Lapid.

Ahli politik Arab Islam dan Zionis dan ahli politik sayap kiri juga telah bergabung dalam gabungan itu.

Netanyahu, 71, telah berusaha untuk melemahkan pemerintah dalam menunggu dan mencari calon ‘pembelot’ dalam barisannya dengan harapan dapat meraih majoriti tipis dari 61 kerusi di Knesset 120 tempat duduk.

Waktu pemilihan undi yakin, yang ditetapkan oleh speker Knesset Levin, sekutu Netanyahu, dilihat memberikan masa tambahan kepada perdana menteri itu untuk menumpaskan rancangan gabungan. Tokoh pembangkang meminta tarikh lebih awal.

Media tempatan lain membayangkan Bennett dan Lapid sedang mempertimbangkan undang-undang untuk mencegah seseorang yang menjadi perdana menteri dalam lapan tahun terakhir menjadi anggota Knesset, peraturan yang dapat mengakhiri karier politik Netanyahu.

Netanyahu (Gambar : Sgt. Jack Sanders)

Sebagai tindak balas laporan tersebut, pihak parti Likud pimpinan Netanyahu, di akun Twitter rasminya, menuduh Lapid dan Bennett “mengubah Israel menjadi kediktatoran gelap dengan undang-undang peribadi kepada Perdana Menteri Netanyahu yang serupa dengan perintah Korea Utara atau Iran.”

Ia menambah bahawa Bennett telah melintasi “setiap garis merah dalam kegilaannya untuk mencari kerusi perdana menteri dengan apa jua cara”.

Ahad lalu, seorang ahli parlimen veteran mendesak ahli politik pembangkang kanan untuk menolak apa yang disebutnya sebagai “pemerintah sayap kiri yang berbahaya”, yang menurutnya adalah hasil dari “penipuan pilihan raya terbesar dalam sejarah negara”.

Netanyahu menuduh Bennett meninggalkan pengundi sayap kanan dengan bergabung dengan Lapid.

Sementara itu, sekutu-sekutu ultra-Ortodoks Yahudi Netanyahu mengecam pakatan yang dipimpin oleh Lapid, yang sekular.

Aryeh Deri, pemimpin parti  Shas yang berasaskan agama, memberi amaran bahawa cadangan pemerintah itu membahayakan negara Yahudi. “Ini adalah pencabulan agama di negara ini,” katanya, menurut Times of Israel. “Pemerintah baru  ini bakal menghancurkan identiti dan watak Yahudi negara ini, yang memungkinkan kita hidup bersama.”

Sumber : The Guardian

iswnews com
Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Musta’ribeen : Perisik Israel mudah menyamar sebagai rakyat Palestin

no comment

Oleh MUHAMMAD YUSUFF HASSAN

Bagaimana jika anda ditugaskan untuk bertindak, berfikir dan hidup seperti musuh anda? Itulah yang dilakukan oleh beberapa perisik Israel sebagai pekerjaan harian, mereka ‘berlakon’ sebagai rakyat Palestin.

Penyamaran ini termasuk berpakaian sebagai lelaki tua atau wanita Palestin yang berpura-pura memeluk bayi . Semasa tunjuk perasaan, mereka bersama dengan orang ramai sambil melaungkan kata-kata semangat dan kemudian melemparkan batu ke arah tentera. Strategi ini adalah untuk menggalakkan penunjuk perasaan lain untuk mendekati tentera. Ketika tiba waktu yang tepat, mereka tiba-tiba mula menangkap orang Palestin, yang mana sebentar tadi mereka sama-sama memprotes dan bergandingan ‘menentang’ kezaliman Zionis, perkara ini bukan suatu yang baharu dalam sejarah penjajahan bumi Palestin.

Semasa tunjuk perasaan, mereka bersama dengan orang ramai sambil melaungkan kata-kata semangat dan kemudian melemparkan batu ke arah tentera. Strategi ini adalah untuk menggalakkan penunjuk perasaan lain untuk mendekati tentera. (jerusalem.fund.org)

Mereka adalah Musta’ribeen

Musta’rib adalah perkataan Arab yang merujuk kepada seseorang yang hebat dalam bahasa atau budaya Arab atau turut ditakrifkan “seseorang yang tinggal di kalangan orang Arab atau menjadi Arab”, walaupun mereka sebenarnya bukan dari bangsa Arab sendiri. Perkataan musta’ribeen adalah sifat jamak bagi musta’rib.

Dalam konteks Israel, Musta’ribeen atau dalam bahasa Ibrani disebut Mista’arvim, merujuk kepada unit penyamaran Pasukan Pertahanan Israel, yang terdiri dari tentera Israel yang menyamar sebagai Arab dan menyusup masuk ke dalam wilayah Palestin.

gambar dipotong dari pita kamera pengawasan yang menunjukkan penyamar Musta’ribeen memegang senjata di dalam Hospital Al-Ahly di Hebron pada tahun 2015 (sumber : AFP)

Unit Mista’arvim mula ditubuhkan pada tahun 1942, sebelum negara haram Israel terbentuk dan mereka dilatih untuk berfikir dan bertindak seperti orang Arab dan mereka juga turut belajar cara hidup orang Palestin sambil melakukan apa yang mereka sebut sebagai operasi ‘melawan pengganas/counter terrorist’.’ Melalui cara ini, mereka dapat memperoleh akses ke wilayah Palestin yang biasanya mustahil sebagai individu yang berketurnan Yahudi di Israel.

Musta’ribeen belajar bertutur dalam bahasa Arab termasuk dialek bahasa Palestin seolah-olah itu adalah bahasa pertama mereka, berpakaian seperti orang Palestin yang memakai keffiyeh, mereka juga dilatih untuk bertindak seperti gerak geri orang Palestin. Selain dari menjadi perisik mereka juga dipertanggungjawabkan untuk melakukan operasi lain. Ini termasuklah menyelamatkan tebusan, mengumpulkan informasi dan seringkali menangkap atau mencari suspek “pengganas”.

Musta’ribeen belajar bertutur dalam bahasa Arab termasuk dialek bahasa Palestin seolah-olah itu adalah bahasa pertama mereka, berpakaian seperti orang Palestin yang memakai keffiyeh, mereka juga dilatih untuk bertindak seperti gerak geri orang Palestin. Selain dari menjadi perisik mereka juga dipertanggungjawabkan untuk melakukan operasi lain. Ini termasuklah menyelamatkan tebusan, mengumpulkan informasi dan seringkali menangkap atau mencari suspek “pengganas”.

Foto yang pernah tular pada 2017 oleh agensi berita AFP yang dirakam oleh Abbas momani apabila dari pasukan penyamaran Israel yang turut sama dalam tunjuk perasaan di Ramallah.(Sumber : AFP/ Twitter @Abbasmomani)

Seandainya operasi mereka diketahui, tentera Israel akan membubarkan unit tersebut dan membentuk pasukan baru dan walaupun tidak banyak yang diketahui mengenai unit ini atau bagaimana ia beroperasi, dipercayai terdiri daripada lebih empat unit yang operasi di pelbagai wilayah Palestin.

Siri drama Netflix ‘Fauda’ menggambarkan unit mista’arvim dan bagaimana mereka menjalankan operasi ‘melawan pengganas’ ini.

Jadi bagaimana mista’arivim dilatih untuk menjadi Arab?

Rakyat Isreal yang mempunyai raut wajah dan ’ciri-ciri seperti orang Arab’ dipilih untuk unit tersebut. Tetapi untuk menyempurnakan penyamaran mereka sebagai rakyat Palestin, mereka harus dilatih dengan ketat selama 15 bulan termasuk latihan ketenteraan dan empat bulan dari tempoh itu dihabiskan untuk mempelajari pelbagai perkara mengenai Arab seperti bahasa, tradisi, budaya dan mereka turut dilatih “bagaimana untuk kelihatan seperti orang Arab”.

Siri drama Netflix ‘Fauda’ menggambarkan unit mista’arvim dan bagaimana mereka menjalankan operasi ‘melawan pengganas’. Siri drama ini mendapat tentangan dari rakyat Palestin kerana dikatakan Pro-Zionis.(Sumber : Yes DBS Satellite/Netflix)

Tetapi bagaimana seorang Israel berjaya mempelajari ‘seni menjadi Arab’ hanya dalam beberapa bulan?

Jika dilihat Yahudi dan Arab mempunyai banyak persamaan, dari sudut nilai sejarah, kedua-dua bangsa ini adalah dari bangsa Semitik dan mereka boleh katakan ‘bersepupu’. Walaupun bahasa Ibrani dan Arab tidak sama, bahasa Ibrani dan Arab mempunyai persamaan dan sangat berkait rapat, dan jika anda sudah menguasai satu daripada bahasa ini, ia akan membantu anda mempelajari yang lain dengan lebih mudah.

Oleh itu, mungkin ini penyebab bagi seseorang Israel untuk fasih berbahasa Arab dan berpewatakan seperti orang Arab walaupun agak sukar, namun sebaliknya jika dilatih, seorang Arab juga boleh belakon sebagai seorang Yahudi.

Mesir menyatakan bahawa mereka berjaya memperoleh maklumat dari agen risikan/mata-mata yang dilatih mereka pada masa lalu, yang kemudian dihantar ke Israel, menyamar sebagai orang Yahudi untuk mengumpulkan rahsia risikan tentera untuk kegunaan tentera Mesir semasa perang satu ketika dahulu.

Oleh itu, bagaimana pendapat anda mengenai taktik penyamaran dan kejutan Israel?

 

Sumber :TRT World/Al-Jazeera/alquds.co.uk/

 

Mereka dilatih untuk berfikir dan bertindak seperti orang Arab dan mereka juga turut belajar cara hidup orang Palestin. (Sumber : AFP/ Twitter @Abbasmomani)

mariam
Personaliti, Pilihan Editor, Video,

[Video] Wanita Hebat Pelopor GPS : Mariam al-Astrulabi

no comment

Mungkin tidak ramai yang mengetahui, sains di sebalik teknologi GPS pada hari ini, diasaskan oleh Mariam Al-ijliyy Al-Asturlabi. Wanita hebat ini dilahirkan pada abad ke 10 Masihi di Aleppo, Syria, anak kepada ahli astrologi terkenal di Baghdad Al-Ijliyy Al-Asturlabi, Mariam merupakan pakar ilmu sains yang ternama dengan menemukan ilmu perkiraan menggunakan astrolab, sebuah alat pengiraan yang fungsinya sama seperti GPS pada masa kini.

Klik video yang disediakan untuk mengetahui kehebatan beliau #mariam #astronomi #astrolabe #sejarah #wanita #Islam #Muslim #syria #Malaysia #SinarIslamPlus #SinarHarian #kompas

Al-Fihri
Jendela Dunia, Pilihan Editor, Uncategorized, Video,

[Video] Universiti Pertama Dunia Dibina Oleh Wanita?

no comment

Tahukah anda? Universiti pertama di dunia yang diasaskan di Afrika Utara oleh seorang wanita yang berhasrat memberi pendidikan kepada semua yang mahu dari seluruh dunia.

Wanita berkenaan ialah Fatimah binti Muhammad Al-Fihtiyya Al-Qurashyi,
atau dikenali oleh dunia sebagai Fatima Al-Fihri
Kenali personaliti yang menjadi kebanggaan dunia ini.

#Personaliti​​ #SinarIslamplus​​​
#SinarHarian​​ ​#LifestyleSinarHarian​​​ #Africa​
#GayaHidup​​ #Wanita​
#WanitaIslam​ #Universiti