Browsing Tag

Anjing

Randa Abdel-Fattah
Jendela Dunia,

“Anjing Anak Anda Dalam Ketakutan?”

no comment

“Anjing anak anda dalam ketakutan?”

Ada dalam kalangan anak-anak Gaza yang dibunuh, dibantai dan disembelih.

Ini adalah bagaimana penulis keturunan Palestin-Australia Randa Abdel-Fattah menjawab persoalan seorang wanita yang menyatakan keprihatinannya kerana “anjing anaknya itu tertekan” ketika roket Hamas dilancarkan ke atas Tel Aviv.

 

#Gaza #Palestine #TelAviv #Israel #Massacre #RandaAbdelFattah #KitaLaluiBersama #SinarIslamPlus

Hukum,

Mandi dalam kolam renang yang pernah dimasuki anjing, apa perlu dibuat…

MELIHAT sahaja kolam renang, kanak-kanaklah individu yang paling teruja. Laju sahaja kaki mereka melangkah menuju tempat berkenaan untuk mandi dan bermain air di dalamnya.

Mahu atau tidak, ibu bapa perlu mengawasi mereka. Kadangkala ibu bapa akan turut serta berendam di dalam air kolam tersebut.

Ya, itu situasi yang biasa kita lihat. Namun kadangkala, ada juga kes yang mana haiwan peliharaan turut sama berendam di dalam kolam yang sama.

Jika ia melibatkan haiwan yang bernajis berat seperti anjing, sudah tentu ia menggusarkan hati orang ramai.

Baca juga [VIDEO] Harus hukumnya beri makan kepada anjing lapar. Jangan kecam mereka yang berbuat ihsan pada haiwan

Masakan tidak, sudah tentulah ramai yang menganggap kolam renang berkenaan sudah tercemar. Adakah air kolam berkenaan menjadi mutanajjis? Bagaimana pula jika kita sudah terlanjur mandi dalam kolam berkenaan?

Menjawab soalan itu, pendakwah dan penulis, Ustaz Syed Shahridzan Syed Mohamed menjelaskan, hukum fiqh terutamanya Mazhab Syafie menyatakan bahawa air yang bercampur dengan bahan bernajis, maka air berkenaan menjadi mutanajjis iaitu air yang bernajis.

USTAZ SYED SHAHRIDZAN

“Hukum itu berdasarkan beberapa kaedah yang telah ditetapkan syarat-syaratnya. Ia seperti air yang sedikit bercampur dengan bahan bernajis, maka air itu tidak lagi suci dan menyucikan,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Begitupun, jelas beliau lagi, bukan semua air mutlak yang bertemu dengan bahan bernajis akan bertukar menjadi air mutanajjis.

Ketahuilah, dalam Fiqh Manhaji, para ulama meletakkan syarat bahawa hanya air berkapasiti sekurang-kurangnya dua kolah iaitu bersamaan 193 liter atau kilogram yang tidak berubah sifatnya apabila bertemu bahan bernajis, maka air itu kekal suci dan menyucikan, terang beliau.

“Perkara itu ada dijelaskan oleh Sheikhul Islam Zakaria al-Ansori dalam karyanya, ‘Asna al-Matolib,” katanya.

Abdullah Ibnu Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika kandungan air mencapai dua kolah, maka ia tidak mengandungi kotoran.” Dalam suatu lafaz hadis: “Tidak bernajis”. (Riwayat Abu Daud, al-Tirmidzi, Nasa’ie, Ibnu Majah dan dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah, Hakim, dan Ibnu Hibban)

Ujar Ustaz Syed Shahridzan, walaupun air berkenaan melepasi syarat kapasiti dua kolah, tetapi jika najis yang masuk ke dalam air tersebut mengubah sifatnya, ia tetap dikira bernajis.

“Selain syarat kapasiti air itu sekurang-kurangnya dua kolah, najis yang masuk ke dalam air tersebut hendaklah tidak merubah sifat air mutlak berkenaan iaitu najis itu tidak merubah salah satu dari sifatnya; bau, warna atau rasa.

“Ia bertunjangkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan al-Baihaqi,” jelas beliau.

Baca juga [VIDEO] Bila masuk ke rumah rakan yang bela anjing, ini perkara yang perlu kita ambil tahu

Berbalik kepada persoalan sekiranya anjing masuk dan berenang di dalam kolam renang, jawab pendakwah itu, ia sama sekali tidak menjadikan air itu bernajis (mutanajjis).

“Hal ini kerana air di dalam kolam renang berkapasiti sangat banyak iaitu jauh melebihi dua kolah dan keberadaan anjing itu dalam kolam sama sekali tidak merubah salah satu daripada sifat-sifatnya atau seluruh sifat-sifat air (bau, warna dan rasa).

“Pada masa sama, keberadaan anjing berkenaan juga tidak mengurangkan kapasiti air kolam berkenaan daripada dua kolah akibat jilatan atau haiwan berkenaan minum air di dalamnya.

“Bahkan, orang yang berada di dalam kolam tersebut juga badannya tidak dikira bernajis. Justeru tidak wajib disertu atau samak,” ujar beliau.

Kolam renang

ORANG yang berada dalam kolam tidak dikira bernajis yang perlu disucikan meskipun anjing berkenaan menjilat atau minum air kolam berkenaan tidak sehingga mengurangkan kapasiti air daripada dua kolah.

Dalam pada itu, Ustaz Syed Shahridzan turut mengemukakan pandangan yang dinukilkan oleh Sheikh al-Syubramullisi dalam karyanya Hasyiah ‘ala Nihayah al-Muhtaj.

Sheikh al-Syubramullisi menyatakan: “Badan seseorang menyentuh sesuatu daripada (anggota) anjing di dalam air yang banyak (dua kolah), maka ia tidak menjadi najis kerana apa yang disentuh itu terdiri daripada basahan yang berhubung dengan anjing selepas air (menjadi) banyak. Melainkan jika seseorang memegang ia (anjing) atau kaki menyentuh yang mana tiada antara anjing dan kakinya melainkan basahan, maka itu menjadi najis kerana air yang menyentuh tangannya ketika itu sudah menjadi najis.”

Berdasarkan kenyataan itu, jelas beliau, mana-mana anggota manusia yang menyentuh anjing dalam air yang banyak, maka tubuh badan manusia itu tidak dikira bernajis yang wajib disucikan.

Baca juga Tuan kepada kucing kena bersihkan jika haiwan peliharaannya berak di rumah jiran. Ramai yang pandang remeh perkara ini… 

“Ini kerana, individu berkenaan dan anjing itu berada dalam air yang berkapasiti banyak (sekurang-kurang dua kolah) dan air yang banyak tidak dikira menanggung najis selagi tidak berubah sifat,” katanya.

Kolam renang

Beliau turut menceritakan kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW yang boleh menjadi pedoman buat kita dalam perkara ini.

“Ketika itu, terdapat sebuah telaga yang bernama Buda’ah yang banyak airnya dimasuki daging anjing di dalamnya.

“Lalu, baginda menyifatkan air telaga itu kekal suci dan menyucikan kerana kapasiti air yang banyak (melebihi dua kolah) dan daging anjing itu tidak merubah sifat-sifat air mutlak di dalam telaga itu,” terang beliau.

Justeru, usah khuatir andai kita ‘termandi’ di kolam renang yang sebelum ini pernah dimasuki anjing. Selagi ia tidak merubah sifat air berkenaan, air berkenaan tidak dikira bernajis.

Sebaiknya, sebelum masuk ke dalam kolam renang itu, pastikan tahap kebersihan air berkenaan. Bukan apa, ia demi kesihatan dan kebaikan diri sendiri juga.

Sumber: Facebook Ustaz Syed Shahridzan Ben-Agil

Foto: Freepik & Canva.com