Browsing Tag

Anak

174175758_s
Ibadah,

Agar proses bersalin berjalan lancar, para ibu boleh melazimkan doa ini

AGAR proses bersalin berjalan lancar, para ibu boleh melazimkan doa ini.

Proses melahirkan cahaya mata oleh seorang wanita sering diibaratkan sebagai suatu perjuangan hidup dan mati.

Barangkali ada yang mengatakan kenyataan itu agak keterlaluan jika melihat kemudahan sains yang wujud pada hari ini, namun tidak dinafikan terdapat pelbagai risiko yang didepani oleh para ibu sewaktu bersalin.

Baca juga Begitu Besarnya Jihad Ibu Hamil, ALLAH Janjikan Imbalan Yang Bukan Calang-Calang

Bagi mana-mana pasangan suami isteri, semestinya antara waktu paling indah adalah ketika dikurniakan cahaya mata dalam hidup mereka. Foto: Pexels 

Turut disyorkan 8 cara pilih nama anak menurut Islam yang anda perlu tahu

Bagi wanita yang pertama kali hamil, masa diambil untuk bersalin boleh mencecah 13 jam berbanding mereka yang pernah melaluinya. Apalagi, sakitnya bukan kepalang seperti dikongsikan ramai ibu di luar sana.

Sudahlah menanggung sakit mengandung selama 9 bulan, para ibu juga perlu menahan keperitan semasa dan selepas melahirkan anak.

Itu antara bukti bahawa tingginya jasa dan taraf seorang wanita bergelar ibu. Disebabkan itu, ALLAH SWT menjanjikan pahala besar bagi kaum Hawa yang melahirkan anak.

Baca juga Bawa anak kecil solat di masjid. Ini tip elak ganggu jemaah lain

doa ibu bersalin

BERDOA dan berzikir kepada ALLAH SWT adalah antara cara yang boleh diamalkan ibu mengandung agar urasan bersalin dipermudahkan kelak. Foto: Unsplash

Baca juga Zikir untuk 100 kebaikan, dijauhkan 100 keburukan

Selanjutnya, ada banyak cara buat mereka yang bakal melahirkan cahaya mata untuk memudahkan urusan bersalin. Antaranya adalah dengan memohon kemudahan daripada ALLAH SWT dengan memperbanyakkan doa dan zikir kepada-NYA.

Dalam kitabnya al-Adzkar, Imam Nawawi memberitahu ada beberapa ayat al-Quran yang boleh diamalkan untuk membantu urusan kelahiran ibu yang ingin bersalin.

KETAHUILAH ALLAH SWT memberikan ganjaran besar kepada kaum Hawa yang menggadaikan nyawa melahirkan cahaya mata. Foto: Unsplash

Diceritakan bahawa ketika Saidatina Fatimah ingin melahirkan anaknya, Rasulullah SAW pernah berpesan kepadanya untuk melazimi ayat Kursi sambil diselitkan ayat 54 daripada surah al-A’raf, iaitu

إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّـهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ ۗ أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ ۗ تَبَارَكَ اللَّـهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

Ertinya: “Sesungguhnya TUHAN kamu ialah ALLAH yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Ia bersemayam di atas Arasy, IA melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (IA pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang (semuanya) tunduk kepada perintah-NYA. Ingatlah, kepada ALLAH jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. MAHA SUCI ALLAH yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.” (Surah al-A’raf, ayat 54)

Memetik portal Bincang Syariah, para ibu turut boleh mengamalkan surah al-Falaq dan an-Nas sebagai penenang diri dan untuk mendapatkan perlindungan ALLAH SWT daripada perkara tidak diingini.

Yang penting, jangan berhenti berzikir dan berselawat sepanjang urusan bersalin supaya ia berjalan lancar.

Agar proses bersalin berjalan lancar, para ibu boleh melazimkan doa ini.

Sumber: Bincang Syariah

Foto: 123RF, Pexels & Unsplash

Gaya Hidup,

Gunakan cara ini untuk jadikan anak seronok mengaji di rumah

SUSAH betul hendak suruh anak mengaji apabila sudah ‘melekat’ di rumah. Kadangkala ‘berbuih’ jugalah mulut ibu bapa membebel kepada anak-anak suruh mereka baca al-Quran.

Namun, mereka ini tetap tak makan ‘saman’. Dibuatnya tak tahu saja. Terus bermain dan buat aktiviti lain yang disukai mereka.

Walhal, kita cuma hendak minta mereka buat aktiviti yang mendatangkan pahala, bukannya perkara yang tak baik, bukan?

Baca juga 5 nikmat dan janji ALLAH SWT kepada pencinta al-Quran

Benar, bukannya anak-anak sahaja, malah kita sendiri pun kadangkala rasa kurang bersemangat dan malas untuk mengaji.

Ish, sayang betullah kalau tak mengaji sekarang ini. Apatah lagi, kita kan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Ada banyak masa yang boleh diisi dengan aktiviti berfaedah.

Bagaimana hendak bagi anak-anak ini supaya mereka semangat dan rasa seronok hendak mengaji?

Di sini, Sinar Islam Plus kongsikan 5 tip yang kita boleh lakukan untuk membangkitkan keseronokan anak-anak mengaji.

1. Sediakan ruang yang selesa.

SEDIAKAN bilik atau ruang yang selesa untuk mewujudkan suasana kondusif dan tenang apabila anak-anak mengaji.

Turut disyorkan Teladani sahabat nabi latih anak rajin puasa

Caranya mudah sahaja. Kalau ibu bapa mampu, sediakan satu bilik khas untuk mengaji. Di dalamnya, letakkan meja, kerusi dan al-Quran atau Iqra’ di situ.

Boleh juga kalau kita hendak hias bilik itu dengan hiasan ala-ala kubah masjid atau kartun kegemaran mereka yang sedang mengaji.

Cadangan lain, kalau tidak mampu sediakan bilik, apa kata kita sediakan satu sudut khas untuk mengaji. Asalkan ia selesa dan paling penting ruang itu boleh mewujudkan suasana kondusif dan tenang apabila kita baca kalam ALLAH.

2. Belikan eBook atau cakera padat (CD) mengaji.

Anak seronok mengaji

EBOOK akan membuatkan proses ngaji anak bertambah seronok. -Foto: Sumber Internet

Turut disyorkan Para Malaikat Akan Mengerumuni Mereka Yang Bertadarus Al-Quran, Berikut Hikmah-Hikmah Lain

Zaman sekarang tidak macam dulu lagi. Kita sudah ada banyak eBook belajar mengaji di pasaran pada hari ini. Jika tidak mampu, bolehlah belikan CD mengaji.

Kedua-duanya akan membuatkan pembacaan al-Quran anak-anak lebih seronok. Apa tidaknya, cara penyampaian mengaji itu menjadi lebih menarik.

Misalnya, CD kebanyakannya didatangkan dalam bentuk muzik dan alunan ngaji yang mudah dihafal oleh kanak-kanak.

Ya, kanak-kanak secara fitrahnya memang suka bermain. Apa salahnya kita berikan pengalaman mereka baca al-Quran dalam suasana menyeronokkan!

3. Baca al-Quran bersama-sama.

IBU BAPA bolehlah mengaji bersama dengan anak.

Baca juga Amalkan 3 cara didik anak ikut umur, ikuti panduan daripada Sayidina Ali RA

Anak-anak sememangnya akan bertambah semangat jika ibu bapa turut sama sertai mereka ketika mengaji. Bukan apa, selain dapat memperbetulkan bacaan al-Quran anak-anak, ia juga membina hubungan kekeluargaan yang erat.

Jika cara itu dilazimi kita pada setiap hari, pasti anak-anak akan rasa seronok dan menjadikan mengaji sebagai amalan wajib mereka.

4. Buat jadual mengaji.

Anak seronok mengaji

PILIH waktu yang sesuai untuk anak kita mengaji.

Turut disyorkan Selit Duit Dalam Al-Quran Dan Kitab Agama, Ini Jawapan Agamawan

Nampak perkara ini macam remeh, tetapi percayalah jika kita boleh menyediakan jadual itu untuk mereka patuhi, lama-kelamaan anak-anak sudah terbiasa.

Kalau boleh, pilihlah waktu yang benar-benar sesuai dan anak pun selesa. Contohnya selepas maghrib selama 10 ke 15 minit kerana pada waktu itu mereka dalam keadaan segar baru lepas mandi petang dan sudah berehat sebentar selepas melalui hari yang penat belajar atau bermain pada waktu siang.

Ingat ya, jadual itu bukan sekadar jadual tau. Ia sebenarnya boleh mendidik anak kita menjadi seorang yang berdisiplin.

Namun, kalau mereka memang sudah ada guru mengaji sebelum ini, ikutlah jadual tersebut sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

5. Beri ganjaran apabila anak berjaya tamatkan satu mushaf al-Quran atau Iqra’.

Anak seronok mengaji

BERILAH hadiah atau ganjaran mengikut kemampuan ibu bapa jika anak berjaya khatam al-Quran atau Iqra’.

Turut disyorkan Ibu ayah amalkan doa ini agar anak terhindar daripada perkara sia-sia

Siapa yang tidak seronok jika diberi ganjaran atau hadiah. Kalau kita sendiri yang dewasa pun rasa begitu, apatah lagi anak-anak kita.

Jadi, kalau mereka berjaya khatam Iqra’ atau al-Quran, berilah mereka hadiah atau ganjaran yang sesuai.

Bukannya perlu bagi hadiah atau ganjaran yang mahal-mahal pun, cukuplah memberinya ikut kepada keperluan ibu bapa.

Umpamanya belanja anak-anak makan di kedai kegemaran atau menghadiahkan mereka dengan barang yang mereka impikan.

Semoga hadiah atau ganjaran tadi akan membuatkan mereka terus termotivasi dan istiqamah untuk mengaji!

Jom kita sama-sama praktikkan di rumah. Insya-ALLAH, usaha yang baik akan dipermudahkan oleh-NYA.

Sumber: Sinar Plus

tip bawa anak ke masjid
Isu,

Bawa anak kecil solat di masjid. Ini tip elak ganggu jemaah lain

BERIKUT beberapa tip bawa anak kecil solat di masjid tanpa menganggu jemaah lain.

Setiap ibu bapa di luar sana mempunyai tanggungjawab memastikan anak mereka mengenali agama ALLAH SWT. Sesibuk mana sekali pun, pastikan anda tidak alpa dalam mendidik si manja dengan nilai murni serta pegangan agama yang kuat di jiwanya.

Oleh itu, ramai ibu bapa mengambil kesempatan membawa anak ke masjid dengan harapan agar si anak berjinak-jinak dengan ibadah.

Pun begitu, ada juga mak ayah yang terpaksa membatalkan hasrat mereka kerana bimbang anak kecil mereka mengganggu jemaah lain.

Baca juga Laksanakan solat sunat Tahiyyatul Masjid sebagai tanda memuliakan rumah ALLAH

Hukum kanak-kanak dibawa ke masjid dan dukung bayi ketika solat
Dalam mazhab Syafie, para fuqaha berpendapat bahawa tiada masalah untuk membawa kanak-kanak ke masjid berdasarkan sebuah hadis daripada Abu Qatadah RA iaitu,

Aku melihat Nabi SAW mengimami solat sedang mendukung Umamah binti Abi al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulullah SAW. Apabila baginda rukuk diletakkannya dan apabila bangun dari sujud baginda mengangkatnya semula.” (Hadis Riwayat Muslim)

Selain itu, melalui hadis ini ulama juga mengatakan bahawa perbuatan solat sambil mendukung bayi adalah dibenarkan, jelas portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Baca juga 12 amalan ringkas Rasulullah SAW. Rupanya senang nak dapat pahala

tip bawa anak ke masjid

RASULULLAH SAW sangat menyayangi sehingga baginda pernah memendekkan solat yang dilakukannya kerana terdengar tangisan anak kecil.

Kedudukan kanak-kanak di antara saf lelaki dewasa
Di dalam kitab Sahih al-Bukhari, terdapat sebuah hadis yang menceritakan bagaimana Rasulullah SAW menyusun saf kanak-kanak dengan mengarahkan Anas bin Malik RA berada bersama-sama kanak-kanak kecil dan kemudian Rasulullah SAW solat bersama mereka.

Menurut sebahagian ulama Syafie, seorang kanak-kanak boleh diletakkan di antara dua orang lelaki dewasa sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Nabi SAW supaya dia dapat mempelajari pergerakan solat.

Bahkan, ahli cendekiawan, al-Khatib al-Syarbini berkata kanak-kanak lelaki yang hadir terlebih dahulu berhak untuk solat di saf pertama dan tidak sepatutnya ditarik keluar semata-mata agar memberi laluan kepada lelaki dewasa.

Baca juga 5 perkara anak lelaki Muslim sejati harus kuasai di usia remaja 

Tip bawa anak solat di masjid tanpa ganggu jemaah lain:

1. Pilih masjid yang mesra jemaah.
Sebaik-baiknya pilihlah masjid yang luas, sejuk dan mempunyai kanak-kanak lain. Ini kerana masjid yang sempit boleh membuatkan anak-anak anda berasa tidak selesa.

tip bawa anak ke masjid

JIKA memilih masjid kecil yang cepat penuh, dikhuatiri boleh menyebabkan si kecil berasa kurang selesa kerana mereka sememangnya memerlukan ruangan besar agar dapat bergerak bebas.

2. Sediakan keperluan makanan dan mainan.
Anak yang masih kecil mungkin akan cepat meragam jika mereka lapar dan bosan. Oleh itu, sediakan keperluan makanan dan minuman supaya mereka tidak lapar atau dahaga.

Anda juga boleh membawa mainan kanak-kanak agar masa lapang anak dapat diisi. Tetapi, pastikan barang permainan tersebut tidak bising dan menganggu jemaah lain seperti buku warna, patung kegemaran dan lain-lain.

Baca juga Amalkan dodoi anak cara Islam

3. Membimbing dari masa ke semasa tentang adab di masjid.
Sentiasa membimbing serta mengingatkan anak-anak tentang adab berada di masjid seperti tidak meninggikan suara ketika bercakap dan berlari-lari sekitar ruang utama solat.

Nasihat boleh diberikan kepada anak bermula dari rumah lagi dan sepanjang berada di masjid.

Baca juga Hanya Kerana Lidah, ALLAH Akan Mencampakkan Muka Seseorang Dahulu Ke Dalam Neraka

4. Mengajak untuk bersolat bersama.
Selain itu, ajak dan beri galakan kepada anak anda untuk mengikuti imam supaya dia dilatih untuk bersolat.

tip bawa anak ke masjid

MEMANG seronok dapat mengimarahkan masjid namun ada ibu bapa yang terpaksa berfikir dua kali untuk menziarahi rumah ALLAH kerana bimbang anak akan menganggu jemaah lain.

5. Solat di hujung saf atau bersama saf kanak-kanak.
Bagi anak yang tidak menganggu tetapi keselamatannya dibimbangi oleh ibu bapa, tiada masalah untuk meletakkan anak di sebelah. Namun, dalam situasi ini, ibu bapa disyorkan bersolat di tepi dinding atau hujung saf.

Jika anak itu mampu berdikari, dia boleh berada bersama kanak-kanak di saf mereka tersendiri.

Baca juga Ibu bapa tanggung dosa anak-anak tinggalkan solat?

6. Beri pujian apabila dia berkelakuan elok dan tegah jika dia melampaui batas.

Jangan lupa juga untuk memuji anak anda apabila dia berkelakuan baik supaya dia bersemangat untuk terus menjadi baik.

Dalam masa sama, beri peringatan jika anak anda tersalah laku agar dia dapat memperbetulkan kesilapannya.

Baca juga Adakah dikira derhaka jika tegur ibu bapa lakukan kesalahan?

7. Solat di rumah lebih baik.
Bagi kanak-kanak yang terlalu kecil dan susah dijaga sehingga boleh mengganggu jemaah lain, maka sebaik-baiknya anak itu tidak dibawa ke masjid.

Dalam hal sedemikian, lebih baik bagi para ibu untuk beribadah di rumah sahaja jika risau tidak mampu mengawal keadaan anak di masjid.

Demikian beberapa perkara yang perlu diambil perhatian apabila membawa anak anda ke masjid.

tip bawa anak ke masjid

KEPADA ibu bapa dan para jemaah di masjid, gunakan bahasa yang lemah lembut apabila menasihati anak kecil supaya dia tidak takut untuk datang ke rumah ALLAH pada masa akan datang.

Yang paling penting, jangan biarkan anak anda begitu sahaja tanpa mengawasinya kerana jika tidak, dia tidak akan tahu bagaimana untuk menghormati masjid dan makmum yang lain.

Namun, dalam masa sama, jangan pula mengherdiknya kerana bimbang anak kecil itu tidak akan suka untuk datang ke masjid lagi.

Baca juga Masjid Namirah, khutbah terakhir Nabi SAW kepada umatnya di sini

Ingatlah, kanak-kanak akan tetap menjadi kanak-kanak walau di mana sekalipun. Oleh itu menjadi sebahagian tanggungjawab kita sebagai orang dewasa untuk menguruskan mereka.

Jadi, latihlah anak anda untuk ke masjid dari masa ke semasa supaya dia menjadi biasa serta lebih bersifat tertib dan tenang ketika berada di sana.

Foto & Sumber: The Asian Parent, Parents Connect Consultancy, Pexels & Unsplash

Nilai kemanusiaan
Isu,

Dera anak angkat ibarat mencabuli amanah yang dipertanggungjawabkan

KES dera anak angkat yang berlaku akhir-akhir ini begitu menggalaukan hati masyarakat. Satu demi satu perkhabaran duka itu disiarkan menerusi media utama mahupun laman sosial.

Ketika kes penderaan kanak-kanak istimewa yang dikenali sebagai Bella memuncak dan masih dalam perbicaraan mahkamah, rakyat Malaysia dikejutkan dengan penularan video yang memaparkan seorang wanita memukul anak angkatnya berusia empat tahun menggunakan penyapu gara-gara enggan makan nasi.

Berbicara tentang kes-kes menyentuh emosi ramai itu, penderaan kanak-kanak didefinisikan sebagai satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak mereka untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah, di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Demikian pengertiannya menurut Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara.

Begitupun, perbuatan mencabul hak kanak-kanak itu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Lihat sahaja pada statistik yang direkodkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor. Sebanyak 1,910 kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak dicatatkan berlaku antara Mac 2020 sehingga Mac tahun lalu.

Menurut kajian researchgate.net berkaitan Statistik Kes Penderaan Kanak-Kanak di Malaysia: Satu Analisis, antara tahun 2013 hingga 2017, kes penderaan di Malaysia menunjukkan peningkatan saban tahun. Tahun 2017 mencatatkan sebanyak 5,537 kes.

Hasil dapatan itu juga menyatakan, ia berpunca daripada institusi keluarga yang bermasalah, masalah kewangan, tekanan di tempat kerja dan kurangnya pengetahuan terhadap agama.

Bukankah anak itu merupakan amanah daripada ALLAH SWT tidak kiralah sama ada dia permata hati daripada zuriat sendiri atau anak angkat?

Baca juga Jangan Khianati Amanah, Ia Prasyarat Menilai Keimanan

Perbuatan yang dikutuk

Bagi mendasari isu berkenaan menurut perspektif Islam, Sinar Islam Plus menemubual Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, Unit Hal Ehwal Islam, Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor, Ustazah Noor Rashidah A Rahman.

USTAZAH NOOR RASHIDAH

Jelas beliau, mendera apalagi mencederakan seorang anak bukanlah suatu sifat yang baik. Bahkan, perbuatan itu amat dikutuk dan begitu hina.

“Anak yang dizalimi dengan ganas akan melahirkan sifat dendam, stres dan mengalami tekanan melampau sehingga membawa kepada kerosakan diri mereka sendiri.

“Ketahuilah, tiada istilah mendidik dalam mendera kerana anak tidak kiralah zuriat sendiri mahupun anak angkat merupakan amanah daripada ALLAH SWT untuk dibimbing, dididik dan dibelai oleh ibu bapa,” katanya ketika ditemu bual baru-baru ini.

Pendakwah itu turut memberi teguran terhadap ibu bapa yang hanya memandang tanggungjawab mereka terhadap anak hanya sekadar menyediakan makanan, minuman dan pakaian semata-mata.

Hakikatnya, ujar beliau, si anak memerlukan lebih daripada keperluan tersebut. Antara tugas yang dipertanggungjawabkan kepada penjaga adalah mendidik, mengajar, mengasuh, membimbing dalam amal ibadah dan melarang sebarang bentuk kemungkaran.

Baca juga Anak amanah ALLAH, usah sakiti apatah lagi mendera mereka…

“Ingatlah, soal penjagaan dan pendidikan kanak-kanak, lebih lebih lagi terhadap anak angkat merupakan amanah yang luar biasa. Malah, setiap amanah itu akan dipertanggungjawabkan kepada orang tuanya,” ungkap beliau.

Perkara itu ada disebutkan dalam sebuah hadis masyhur yang mana Nabi Muhammad SAW bersabda: “Setiap kamu adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab atas kepimpinannya. Seorang amir (pemerintah, pemimpin atau ketua) akan diminta bertanggungjawab terhadap rakyat yang dipimpinnya. Seorang lelaki (suami) adalah pemimpin akan ditanya terhadap keluarga yang dipimpinnya. Seorang wanita (isteri) adalah pemimpin terhadap rumah tangga suaminya akan dipertanggungjawabkan terhadap tugasnya. Bahkan seorang hamba (pembantu) juga adalah pemimpin yang dipertanggungjawabkan terhadap barang milik tuannya, juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu semua adalah pemimpin dan kamu juga akan diminta pertanggungjawaban terhadap hal dipimpinnya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bukan umat Nabi Muhammad SAW

Ustazah Noor Rashidah mengingatkan, Rasulullah SAW pernah memberi ancaman terhadap individu yang tidak mengasihi kanak-kanak.

Dera anak angkat

USAH sesekali membezakan
layanan terhadap anak angkat
dengan anak sendiri, sebaliknya
berilah kasih sayang dan perhatian sepenuhnya.

Antaranya, baginda SAW bersabda: “Bukanlah daripada golongan kami barang siapa yang tidak mengasihi kanak-kanak dan tidak menghormati orang dewasa.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Dalam satu riwayat lain, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Siapa yang tidak merahmati, nescaya tidak dirahmati.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Melihat dua ungkapan hadis berkenaan, penceramah itu menitipkan pesan agar umat Islam mengikuti saranan Rasulullah SAW supaya menjadi individu yang sentiasa menyantuni orang yang lebih muda daripada kita terutamanya kanak-kanak.

Bagi menghindari diri daripada tidak bersikap ihsan terhadap kanak-kanak, Ustazah Noor Rashidah menasihatkan agar masyarakat melibatkan ALLAH SWT dalam segala urusan keduniaan dan akhirat masing-masing.

Masakan tidak, apabila kita mendahulukan-NYA, nescaya DIA juga akan menjaga, mendidik dan membimbing hati kita ke jalan yang diredai-NYA. “Sebagai masyarakat juga, kita perlu cakna dengan keadaan sekeliling terutama isu penderaan kanak-kanak. Jika didapati ada kes, laporkan segera kepada pihak berkuasa.

“Bagi mereka yang berhajat mahu memelihara anak angkat, galilah ilmu berkaitan penjagaan dan pendidikan anak-anak sebelum mengambil keputusan berbuat demikian. Pada masa sama, betulkan niat sebelum membuat keputusan untuk memelihara anak angkat.

“Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian, kita perlu membudayakan perkhidmatan kaunseling atau bimbingan dalam masyarakat. Jangan sesekali berfikir bahawa kaunseling hanya untuk orang bermasalah sahaja. Sebaliknya, perkhidmatan ini lebih menyeluruh kepada sesi pertukaran maklumat, idea dan perbincangan,” ungkap beliau.

Beliau turut menyarankan agar umat Islam mencontohi Nabi Muhammad SAW melayani anak-anak kecil dan berakhlak baik dengan mereka. Antaranya, baginda SAW sentiasa menunjukkan kasih sayang kepada kanak-kanak dan sentiasa menyantuni mereka, selain melayannya dengan lemah lembut.

Baca juga 5 Pendekatan Didik Anak Cara Rasulullah SAW Bagi Membentuk Mereka Menjadi Pemimpin Terbaik Pada Masa Depan  

“Ketika anak-anak kecil melakukan kesalahan, Rasulullah SAW menegurnya dengan cara berhikmah dan mendidik dalam bentuk teguran,” katanya.

Menyokong fakta tersebut, pendakwah Ustaz Mohd Hassan Adli Yahaya atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Hassan menjelaskan, Islam sememangnya mementingkan kasih sayang dan ihsan dalam setiap perkara.

IMAM MUDA HASSAN

“Malah, ALLAH SWT mewajibkan sifat ihsan dan berlaku baik kepada semua bukan sahaja kepada ibu bapa, malah termasuk kanak-kanak dan sebagainya.

“Kadangkala ada orang cakap, dia tidak boleh melihat muka anaknya kerana terasa benci dan menyampah. Pada saya, ia tidak sepatutnya berlaku kerana anak itu adalah rezeki. Ramai orang yang berikhtiar untuk mendapatkan zuriat sendiri, tetapi apabila dikurniakan anak kandung ataupun anak angkat, ada pula manusia yang mudah lupa dengan rezeki yang diberikan,” katanya.

Jadi hamba kepada nafsu antara punca

Menyambung hujah, jelas Imam Muda Hassan, penderaan dalam Islam bukan sahaja dikira dari aspek fizikal semata-mata, tetapi termasuk juga dalam bentuk emosi dan seksual.

Sekalipun tiada kecederaan pada tubuh badan, namun ugutan dengan kata-kata kesat dan menakutkan juga dikira satu bentuk penderaan emosi, terangnya.

Mengapa perbuatan dera itu masih dilakukan walaupun ramai mengetahui bahawa ia tidak baik dan menyalahi undang-undang?

Jawab Imam Muda Hassan: “Dalam kitab al-Hikam, Ibn Athaillah as-Sakandari menyatakan, asal usul punca maksiat atau syahwat termasuklah hendak pukul orang, marah dan seumpamanya, ia berpunca apabila kita menjadi hamba kepada nafsu. Mudah kata, kita tunduk dengan nafsu sendiri. Ini bermakna, nafsunya lebih berkuasa daripada hatinya.

“Sebab itulah Imam al-Ghazali menyebut bahawa manusia mempunyai elemen yang tidak nampak dalam dirinya iaitu akal, nafsu dan hati. Satu lagi ialah roh.

“Nafsu ini ada banyak tingkatannya, cuma jika kita diserang sifat marah sehingga membawa kepada perbuatan dera, ia dipanggil ammarah bissu’ (nafsu yang mendorong kepada kejahatan).

Baca juga Jangan Tunduk Pada Hawa Nafsu

“Kata Imam al-Ghazali, hati itu ibarat raja. Ia mempunyai dua penasihat iaitu akal dan nafsu. Andai akal yang berdasarkan ilmu itu menguasai, kita tahu apa yang hendak dilakukan apabila marah sepertimana ajaran Nabi Muhammad SAW. Namun, jika nafsu yang menjadi penasihat, sebab itulah orang melakukan maksiat kerana dia kalah dengan nafsunya sehingga mendorongnya melakukan perkara tidak betul,” jelas beliau.

Dera anak angkat

HINDARI sifat marah yang boleh menjebakkan manusia mudah dikuasai syaitan sehingga hilang pertimbangan diri. -Gambar hiasan

Kepada satu soalan, pendakwah itu menjelaskan: “Walaupun anak angkat itu bukan darah daging sendiri, tetapi kita wajib bersifat ihsan dengannya. Sekiranya kita sudah mengambil keputusan untuk menjaganya, maknanya kita sudah tekad untuk menjaga amanah tersebut.

“Maksudnya, kita perlu memberikan nafkah kepadanya dan menjaga maruahnya. Kalau tidak sanggup, jangan sesekali kita mengambil tanggungjawab itu.

“Apabila kita mengambil amanah, kelak kita akan dipertanggungjawabkan dan akan disoal kelak sekalipun dia anak angkat kita.”

Dalam pada itu, Imam Muda Hassan menasihatkan agar sesiapa yang menanggung amanah memelihara anak angkat agar menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.

“Berilah kasih sayang sepenuhnya dan anggap anak itu macam anak sendiri. Kadangkala dengan kehadiran anak angkat, itulah caranya ALLAH SWT hendak meluaskan rezeki dan menambah kasih sayang dalam keluarga kita.

Baca juga Begitu besarnya pahala mendidik anak-anak. Ibu bapa jangan mudah mengeluh, jaga amanah ALLAH dengan sebaiknya

“Jika bukan darah daging kita dijaga dengan baik, pasti ALLAH SWT akan menggantikannya dengan lebih baik. Barangkali suatu masa apabila kita dapat menantu dan sebagainya, ALLAH SWT akan memberikan yang terbaik kepada kita.

“Mungkin kita tidak nampak perkara ini kerana ramai yang melihat tindakan itu menyusahkan diri, walhal itulah caranya ALLAH SWT hendak memberikan rezeki lain kepada kita kerana kesanggupan kita untuk menjaga orang yang bukan darah daging kita,” ungkapnya.

ANEKDOT

Hak anak angkat menurut undang-undang Malaysia

Dera anak angkat

  1. Pengambilan anak angkat bagi keluarga Islam boleh didaftarkan mengikut AKTA PENDAFTARAN ANAK ANGKAT 1952.
  2. Permohonanan pengesahan anak angkat di bawah peruntukan ini dibuat kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya selepas dua tahun anak itu berada di bawah penjagaan keluarga angkat.
  3. Pengambilan anak angkat secara sendiri perlu dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) mengikut SEKSYEN 35(1) AKTA KANAK-KANAK 2001, tidak lewat seminggu selepas pengambilan.
  4. Sekiranya gagal memaklumkan dan jika disabitkan kesalahan, pasangan atau individu berkenaan boleh didenda maksimum RM10,000 atau dihukum penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
  5. Maklumat proses pengambilan anak angkat ini penting supaya segala prosedur dapat dipatuhi dan pengangkatan seorang anak itu sah di sisi undang-undang.

Sumber: Dr Abidah Abdul Ghafar, Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia, ‘Celik undang-undang pelihara anak angkat’

Kewajipan penjaga terhadap anak angkat

  1. Memberi dan menjaga nafkah keperluan harian anak angkat
  2. Mendidik dan mengasuh mereka untuk menyara diri
  3. Memberi layanan kasih sayang yang sama seperti anak sendiri
  4. Penurunan wasiat kepada anak angkat mengikut syarat tertentu

Sumber: Dr Nur Mohammad Hadi Zahalan , “Janganlah dera…Ketahui peranan, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak angkat”.

Foto: 123rf, Freepik & Unsplash

 

Untitled design - 2022-08-01T171305.082
Isu,

5 perkara anak lelaki Muslim sejati harus kuasai di usia remaja

ANAK merupakan anugerah yang sangat bernilai daripada Sang Pencipta kepada hamba-NYA. Untuk mencorakkan anak menjadi Muslim sejati ia bermula daripada didikan dan asuhan insan yang bergelar ibu dan bapa.

Anak-anak yang sedang meningkat usia remaja sedang melalui fasa paling kritikal di dalam hidup. Justeru, peranan ibu bapa sangat diperlukan bagi membantu mereka melaluinya dengan wajar dan mengikut lunas agama.

Mendidik anak merupakan suatu bentuk ibadah dan gedung pahala kepada kedua orang tua jika mengikut acuan yang diajarkan Islam.

SEBAGAI ibu bapa, jika ajaran agama yang  betul dipraktikkan dalam kehidupan seharian dengan mendalam akan melahirkan anak yang  soleh. 

Sepertimana sabda Rasulullah SAW, “Perintahkanlah anak kamu sembahyang semasa umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka semasa umur 10 tahun serta asingkanlah tempat tidur mereka”. (Hadis Riwayat Abu Daud, Al-Hakim & Tirmizi).

Kewajipan solat bermula sejak baligh dan sesuai dengan tuntutan Nabi Muhammad SAW melalui hadis di atas, anak-anak telah sepatutnya diperintahkan solat seawal usia tujuh tahun lagi. Jika sedari kecil lagi sudah diasuh mematuhi perintah solat, anak itu akan membesar menjadi lelaki Muslim yang bertanggungjawab.

Rasulullah ikon manusia sejagat

Dalam sesetengah kelompok masyarakat di barat, pencapaian ini diukur dengan berapa banyak alkohol yang seseorang itu boleh minum tanpa berhenti mengambil nafas, atau bertahan untuk muntah setelah minum banyak minuman keras.

Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh ALLAH dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan-NYA. Salah satunya adalah pemuda yang sentiasa beribadat kepada ALLAH. 

Satu lagi definisi lelaki sejati dalam sejarah adalah bergantung kepada tegapnya tubuh seorang lelaki itu, tidak kira bagaimana cara dia melakukannya.

Hakikatnya, definisi “Lelaki Sejati” yang sepatutnya dijulang oleh umat Islam ialah ikon manusia sejagat iaitu junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Menelusuri perjuangan Baginda dan perihal hidupnya yang diuji seawal usia remaja, tiada seorang pun di dunia ini boleh dilabelkan sebagai lelaki sejati lebih daripada Baginda.

Baca juga Puasa Hari Asyura singkirkan dosa-dosa silam? Berikut perinciannya

Abdullah bin Umar RA mengkhabarkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Setiap kamu adalah pemimpin. Dan setiap pemimpin bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Imam itu pemimpin dalam keluarganya, bertanggung jawab tentang kepemimpinannya. Laki-laki itu pemimpin, bertanggung jawab tentang kepemimpinannya. Wanita itu pemimpin dalam rumah tangganya, dan bertanggung jawab tentang kepemimpinannya. Khadam itu pemimpin bagi harta majikannya, bertanggungjawab terhadap kepemimpinannya. Kata Abdullah, agaknya Nabi SAW juga bersabda: “Laki-laki itu pemimpin bagi harta-benda ayahnya dan bertanggungjawab terhadap kepemimpinannya. Kamu seluruhnya adalah pemimpin, bertanggungjawab atas kepemimpinannya”. (Hadis Sahih Bukhari)

CONTOHI dan hayati akhlak Rasulullah SAW sebagai tunjang utama dalam panduan hidup. 

Mengambil petikan ceramah daripada pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus di dalam You Tube yang berjudul ‘Anak jantan perlu kuasai lima perkara’, beliau menyenaraikan seperti berikut:

1. Pandai mengajar orang mengucap dua kalimah syahadah.

2. Pandai Iqamat dan azan

3. Tahu mengimamkan solat jenazah

4. Pandai membaca doa selamat

5. Boleh sambung takbir raya

Meskipun setiap lelaki melalui cabaran hidup yang tersendiri, namun seandainya mereka berusaha menguasai lima perkara di atas sebagai asas kehidupan, insya-ALLAH akan dapat membantu mereka melalui kehidupan bermasyarakat, membentuk karekter dan membina ciri kepimpinan di dalam diri mereka.

Tiga kepenatan disukai ALLAH
Isu,

Tiga jenis kepenatan yang disukai ALLAH

HIDUP sememangnya ada fasa pasang surut yang kadangkala memenatkan. Namun, tanpa disedari rupanya ada beberapa jenis kepenatan yang disukai oleh ALLAH SWT.

Kebiasaannya apabila sudah penat, bermacam rungutan terpacul dari bibir. Penat bekerja, penat memasak, penat belajar dan sebagainya.

Sepayah mana pun cabaran yang dihadapi, ingatlah ALLAH tidak akan menguji hamba-NYA melebihi kemampuannya. Ujian yang diberikan oleh YANG MAHA ESA tidak lain hanyalah untuk menguatkan jiwa.

tiga jenis kepenatan

DR AHMAD SANUSI AZMI

Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi di dalam hantaran Facebooknya menyatakan bahawa, ALLAH tidak pernah alpa dengan kesungguhan umat-NYA.

Jelas beliau, ada beberapa jenis kepenatan yang disukai ALLAH, iaitu:

1. Ibu bapa yang bekerja menyara keluarga

Kesungguhan ibu bapa yang bekerja pagi dan petang bagi menyara kehidupan keluarga adalah satu kepenatan yang disukai oleh ALLAH SWT. Bahkan Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa setiap suap yang diberikan suami kepada isteri akan diberi pahala.

Baca juga Model keluarga terbaik disebutkan dalam al-Quran

Sabda Nabi:
Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala).” (Hadis Riwayat Muslim)

Tiga kepenatan

BETAPA mulianya kesungguhan ibu bapa yang mencari rezeki buat keluarganya di mata ALLAH SWT.

Tambahan pula, sebaik-baik nafkah di jalan ALLAH adalah duit yang disumbangkan oleh ibu bapa kepada keluarganya.

Sabda Rasulullah: “Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (Hadis Riwayat al-Bukhari).

2. Ibu yang memberi makan kepada anak-anaknya

Seorang isteri dan ibu yang bersungguh-sungguh mendapatkan makanan buat anak-anaknya akan turut diberikan ganjaran pahala besar.

Baca juga 4 amalan ini akan memberatkan amalan di akhirat

Al-Imam Muslim meriwayatkan satu kisah di mana Saidatina Aisyah berkata seorang ibu telah datang ke rumahnya bersama dua orang anak perempuannya untuk meminta makanan.

Namun, tiada makanan lain dalam simpanan melainkan sebiji kurma lalu Aisyah berikan kurma tersebut kepada si ibu. Tanpa berfikir panjang, ibu itu membelah tamar tersebut kepada dua bahagian dan memberikan kepada kedua-dua anaknya tanpa meninggalkan sedikitpun untuk dirinya.

Keadaan itu membuatkan Saidatina Aisyah menangis. Apabila menceritakan peristiwa tersebut kepada Rasulullah SAW, baginda berkata,

Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas ibu tadi syurga (iaitu ibu tersebut pasti akan masuk ke syurga) atau (dengan amalan tersebut) Allah akan membebaskannya dari neraka.” (Hadis riwayat Muslim).

tiga kepenatan

SEMEMANGNYA bukan mudah menjadi ibu yang perlu menyediakan makanan buat keluarganya setiap hari. Namun, ketahuilah bahawa besarnya ganjaran pahala yang diperoleh daripada perbuatan tersebut.

3. Membelikan hadiah kepada isteri

Membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji.

Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut.

Lalu Amru menjawab: “Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah binti Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (Hadis Riwayat Abu Ya’la).

Baca juga Suami Isteri Ibarat ‘Pakaian’, Jaga Aib Pasangan Masing-Masing

Oleh itu, usah terus mengeluh apabila penat bekerja atau menjaga anak-anak kerana sebenarnya ada ganjaran pahala besar yang menanti. Yang penting buat segalanya demi ALLAH, nescaya urusan yang dilakukan akan terasa lebih mudah.

Foto: Pexels & Freepik

Bapa
Isu,

Anak lelaki atau perempuan, jangan lepaskan peluang berkhidmat untuk bapa yang lanjut usia

KASIH seorang bapa sukar dilihat pada mata kasar. Namun, cetusan rasa itu terlalu mencengkam sanubari saat kita berjauhan dengannya. Ketika itu, satu demi satu momen bersamanya menerjah ke dalam fikiran.

Ya, begitulah getar sukma yang dilalui oleh kebanyakan kita. Bila bercerita tentang figura seorang insan yang dipanggil ayah, abah, bapak, papa, daddy, abi dan sebagainya, emosi penulis mudah tersentuh. Apatah lagi apabila mengenangkan kisah yang pernah diceritakan oleh seorang kenalan kepada penulis.

Kata beliau, bapanya acap kali menyatakan keinginannya untuk memiliki sebuah jam tangan berjenama. Sebenarnya dirinya mampu sahaja membelikan barang itu buat ayahnya, cuma masa menjadi kekangan. Ketika itu, pembelian online tidak serancak masa kini.

Mengenangkan hajat ayahnya, akhirnya jam yang diidamkan-idamkan pun berjaya dibeli. Malangnya, belum sempat diserahkan, lelaki kesayangannya itu jatuh sakit, Penciptanya. Sehingga ke hari ini, kawan penulis berasa ralat. Apatah lagi, bapanya memang tiada sakit serius. Benarlah, ajal itu akan tiba bila-bila masa tanpa kita ketahui detiknya.

Kepada mereka yang masih punya bapa, santuni dan berbaktilah kepada mereka selagi masih hidup. Masa begitu singkat untuk bersama insan yang telah membesarkan kita. Sekejap sahaja mereka sudah dimamah usia dan mungkin telah uzur serta tidak mampu menguruskan diri sendiri.

Sempena Hari Bapa yang jatuh pada 19 Jun ini, Sinar Islam Plus mengajak semua untuk menyelami kewajiban dan tanggungjawab seorang anak terhadap ayah yang sudah lanjut usia.

Benarkah tanggungjawab menjaga bapa hanya terletak kepada anak lelaki sahaja? Bagaimana pula jika kita dikurniakan bapa yang ego sehingga enggan diuruskan oleh anak-anak walaupun kudratnya tidak lagi gagah?

Martabat bapa

Ketika ditemu bual Sinar Islam Plus secara maya baru-baru ini, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Ustazah Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah membuka kalamnya dengan kewajipan seorang anak terhadap kedua ibu bapanya.

USTAZAH SHARIFAH FADYLAWATY

Ujar beliau, kewajipan berbakti dan menghormati ibu bapa adalah besar selepas beriman kepada ALLAH SWT. Ini bermaksud, tidak lengkap iman seseorang jika tidak berbuat baik kepada ibu bapanya.

Meskipun terdapat hadis yang memerihalkan tentang kedudukan ibu adalah tiga kali tingkat lebih tinggi daripada bapa kerana pelbagai pengorbanan direntas mereka iaitu kesulitan atas kesulitan (wahnan ‘ala wahnin), namun ahli akademik itu menjelaskan, martabat seorang bapa sangat tinggi dalam Islam.

“Al-Quran telah merakamkan beberapa tokoh bapa untuk diteladani dari segi akhlak dan peranannya. Tokoh yang dimaksudkan ialah Nabi Ibrahim AS (Surah as-Saffat, ayat 100-102); , Nabi Yaakub (Surah Yusuf, ayat 83), Nabi Nuh (Surah Hud, ayat 42-43) dan Luqmanul Hakim (Surah Luqman, ayat 13-19). Seorang lagi tokoh yang disebutkan ialah Syaikh Madyan iaitu menurut pandangan ahli tafsir al-Quran, ia merujuk kepada Nabi Syu’aib (Surah Al-Qasas, ayat 26-27).

“Selain itu, perhatian anak terhadap seorang ayah turut dipengaruhi oleh kondisi tertentu. Andai mereka sakit, keutamaan dari sudut penjagaan dan seumpamanya perlu dititikberatkan,” ungkapnya.

Baca juga 5 kewajipan anak perempuan kepada ibu bapa meskipun telah bergelar isteri

Mengulas lanjut tentang penjagaan ayah yang sudah lanjut usia, Sharifah Fadylawaty mengakui ia tidak sama sepertimana keadaan biasa kerana menuntut kesabaran dan pengorbanan yang tinggi daripada anak-anak.

Pun begitu, kewajipan berkenaan perlu digalas oleh semua anak sama ada lelaki atau perempuan, terangnya.

Beliau turut menyenaraikan tanggungjawab yang perlu dilunaskan oleh seseorang terhadap bapanya yang sudah uzur antaranya termasuklah:

i. Sentiasa memberikan sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada mereka.

Bapa

BERBUAT baiklah kepada bapa dan jangan sesekali melakukan dosa terhadap mereka kerana doa seorang ayah tidak akan ditolak oleh ALLAH SWT.

ii. Bercakap dengan perkataan-perkataan mulia, penuh penghormatan dan indah.

iii. Sentiasa mendoakan dengan doa seperti: “Wahai Tuhan, kasihilah keduanya (ibu bapaku) sebagaimana mereka mendidik aku semasa aku kecil.” (Surah al-Isra’, ayat 24)

iv. Memberikan sentuhan fizikal seperti peluk, cium, picit kaki dan seumpamanya.

v. Sentiasa bersifat ihsan dan merendah diri di hadapan mereka.

vi. Memastikan keselesaan ibu bapa meliputi tempat tidur, ibadah dan sebagainya.

vii. Menghulurkan wang untuk menampung kos makan, perubatan dan keperluan asas seperti lampin pakai buang, alat bantuan umpamanya kerusi roda serta selainnya.

viii. Melindungi aset mereka dengan penuh amanah.

ix. Memuliakan dan menghubungkan silaturahim dengan sahabat-sahabat mereka.

Bapa syurga si anak

Menyambung hujahnya, Sharifah Fadylawaty kemudian menyentuh tentang komitmen anak lelaki yang lebih berat terhadap ibu bapa masing-masing.

Baca juga Walaupun ibu bapa telah uzur dan nyanyuk, jangan culas jalankan tanggungjawab kepada mereka…

Begitupun, beliau turut memberi peringatan bernilai buat para wanita. Meskipun mengikut aturannya seorang wanita yang telah berkahwin perlu mengutamakan suaminya, ia sama sekali tidak menghilangkan tanggungjawab anak perempuan untuk terus berbakti kepada orang tua mereka, lebih-lebih lagi kalau kedua-duanya sudah berusia dan uzur.

Bapa

BAPA umpama ‘syurga’ buat anak kerana reda ALLAH SWT terletak kepada ibu ayah.

“Paling terbaik, biarlah tanggungjawab itu dipikul secara bersama antara adik-beradik, tidak kira sama ada anak lelaki dan perempuan sebagai mengenang jasa ibu bapa membesarkan kita. Berundinglah dan cari konsensus terbaik bagi memastikan kebajikan orang tua tidak terabai.

“Antara kaedah yang baik adalah dengan mengamalkan sistem penggiliran supaya semua anak berpeluang meraih pahala berbakti kepada ibu bapa sementara mereka masih hidup. Menjadi satu kerugian besar jika kita tidak mengambil kesempatan yang ada untuk berbakti kepada kedua-dua insan penting yang telah melahirkan dan membesarkan kita. Ingatlah, mereka pintu syurga buat anak-anak.

“Barangkali bentuk bantuan yang diberikan oleh anak tidak sama. Semuanya bergantung kepada kemampuan dan kapasiti masing-masing sama ada dari segi kewangan, masa, penjagaan dan seumpamanya. Apa pun, jangan lepaskan kesempatan yang ada untuk mengambil bahagian dan membantu,” sarannya.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Nabi Muhammad SAW bersabda: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau kedua-duanya, namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” (Hadis Riwayat Muslim)

Bapa

KEPADA yang masih mempunyai ibu bapa, ziarahlah selalu serta penuhi segala keperluan mereka.

Jika bapa yang uzur perlu memakai lampin buang, bolehkah anak perempuan melakukannya?

Menjawab persoalan itu, ahli akademik tersebut menjelaskan: “Hukum asal aurat adalah sesuatu yang perlu dilindungi daripada pandangan atau sentuhan orang lain. Maksudnya, aurat tidak boleh dilihat atau disentuh sama ada oleh mereka yang sama atau berbeza jantina.

“Bagaimanapun, dalam keadaan terdesak atau darurat yang mana tiada pilihan lain, maka hukum asalnya diangkat dan diberi keringanan dalam batasan tertentu berasaskan kepada kaedah fiqh ad-Dharurah Tubihu al-Mahzurat (darurat menghapuskan yang terlarang).

“Cuma dalam soal penjagaan bapa khususnya untuk menukar lampin, sebaiknya ia diuruskan oleh isterinya (ibu kita). Jika tidak mampu, lebih utama diuruskan oleh anak lelaki. Andai tiada pilihan, boleh diuruskan oleh anak perempuan, tetapi perlu dilakukan dengan cermat, menjaga kehormatan dan aib ayah dengan berlapik.”

Wanita perlu keizinan suami

Bagi mengupas tentang tanggungjawab anak perempuan yang sudah berkahwin terhadap bapanya, Sinar Islam Plus menemuramah pendakwah Ustaz Mohd Hassan Adli Yahaya atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Hassan.

IMAM MUDA HASSAN

Juara program realiti Imam Muda musim kedua itu menjelaskan, mereka perlu mendapatkan keizinan daripada suami masing-masing untuk menjaga ayah sendiri.

Baca juga Reda isteri penyebab datang rezeki suami? Ini penjelasannya yang perlu kita tahu

“Keutamaan seorang wanita yang sudah berkahwin ialah suaminya. Justeru, keizinan suami perlu untuk berbuat demikian. Bagaimana jika suami tak berikan izin tersebut? Percayalah bahawa lelaki yang tahu dan memahami agama, pasti mereka tidak akan tergamak membiarkan isteri masing-masing tak menjenguk orang tua, apatah lagi jika ibu bapanya sudah uzur.

“Seorang suami yang baik perlu faham bahawa menjaga bapa sendiri dan mertua adalah saranan agama. Ia merupakan perbuatan mulia. Sedarlah bahawa setiap ihsan dan kebaikan yang dilakukan akan kembali semula kepada pelakunya,” jelasnya.

Kepada satu soalan, Hassan Adli menjawab: “Memang adakalanya seorang ayah berasa ego enggan diuruskan oleh anak-anaknya walaupun kudratnya tidak sekuat dulu. Namun sebagai anak, janganlah kita berputus asa dan mengambil hati dengan sikap mereka.

“Sebaliknya, anggaplah itu semua adalah ujian ALLAH SWT buat diri kita untuk berbakti kepada orang tua sehingga hembusan nafas yang terakhir. Sebenarnya, ALLAH hendak memberikan kita pahala dengan cara itu.

“Barangkali juga DIA akan menggantikan bakti kita tadi dengan mengurniakan anak yang baik perilaku dan akhlaknya. Apa jua yang kita lakukan, ingatlah bahawa ayah tadi adalah tanggungjawab kita dan merupakan syurga kita.”

Seperkara lagi, pendakwah itu berpesan agar tunaikanlah segera permintaan dan hajat bapa andai kita berkemampuan agar tidak berasa ralat pada kemudian hari jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Sebelum mengakhiri perkongsian ilmunya, Ustaz Mohd Hassan Adli menegaskan agar kita tidak sekali-kali berbuat dosa kepada bapa.

“Seseorang boleh jadi derhaka bukan sahaja jika dirinya tidak taat kepada ibu, malah terhadap bapanya. Boleh jadi ALLAH membalasnya secara tunai di dunia lagi dengan menyekat rezeki akibat dosa-dosa yang dilakukan.

Bapa

KERAPLAH menziarahi ibu bapa kita dan penuhi segala keperluan mereka jika berkemampuan.

“Rezeki bukan harta semata-mata. Barangkali balasan itu datang dalam pelbagai bentuk misalnya, mendapat isteri derhaka, anak tidak mendengar kata dan sebagainya. Ingatlah bahawa reda ALLAH itu terletak pada kedua ibu bapanya,” pesannya.

ANEKDOT

KELEBIHAN santuni bapa

1. Memperoleh keredaan ALLAH SWT.

Ia selari dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Keredaan Rabb itu bergantung kepada keredaan ibu bapa, kemurkaan ALLAH tergantung kepada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis Riwayat at-Tabarani)

Sebaliknya, anak yang menderhaka kepada ibu bapa dianggap melakukan dosa besar dan diancam dengan balasan sebagaimana dalam hadis Nabi Muhammad SAW: “Menyebabkan kedua ibu bapa menangis termasuk di antara perkara derhaka dan dosa-dosa besar.” (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari)

Dalam sebuah riwayat lain, baginda SAW bersabda: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada kedua ibu bapa.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

2. Dipanjangkan usia dan ditambahkan rezeki.

3. Memperoleh kemustajaban doa.

4. Dikurniakan pahala berlipat ganda.

Bapa

HORMATI bapa sama seperti kita menghormati ibu sendiri dan santunilah mereka dengan segala kudrat yang ada.

5. Perjalanan hidup dilancarkan dan dipermudahkan oleh ALLAH SWT.

6. Dikasihi oleh insan di sekeliling.

Sumber Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Ustazah Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah

Foto: 123rf & Freepik

Telaga air
Antarabangsa,

Kasih seorang bapa bina telaga air di Tanzania demi penuhi ‘wasiat’ anak

MEMBINA sebuah telaga air tidak semudah disangka. Bukan sahaja wang ringgit diperlukan, tetapi masa dan juga kerahan tenaga yang tidak berbelah bahagi.

Meskipun berdepan kesukaran, namun seorang bapa sanggup merentasnya demi memenuhi ‘wasiat’ anaknya yang sudah meninggal dunia. Benarlah pernyataan yang selama ini kita dengar bahawa kasih bapa membawa ke syurga.

Usaha murni itu dilakukan oleh Saghir Ahmed, seorang Muslim British dari Birmingham selepas anak perempuannya, Maryam Ahmed meninggal dunia akibat kanser ovari pada 2017. Ketika itu Maryam baru berusia tujuh tahun.

Hatinya pilu saat mengenangkan cahaya matanya itu sempat ‘berwasiat’ kepadanya sebelum meninggal dunia. Bayangkan anak sekecil itu menyimpan hasrat untuk membantu orang yang memerlukan di Afrika.

Baca juga Beza di antara faraid dan wasiat

“Dua minggu sebelum meninggal dunia, Maryam sempat memberitahu saya bahawa dia teringin untuk membina telaga di Afrika bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

“Memikirkan hajatnya itu membuatkan saya terpanggil untuk melunaskannya. Bagi saya, sangat penting untuk saya mencuba dan melakukannya demi anak perempuan yang dikasihi,” katanya sebagaimana dipetik menerusi BBC.

Telaga air

AHMED merancang untuk melawat telaga air di Tanzania pada bulan November ini.

Biarpun terpaksa menunggu selama beberapa tahun dan berdepan kesukaran untuk merealisasikan hajat Maryam, namun Ahmed yang bekerja sebagai Penolong Pengurus Operasi National Express West Midlands kini akhirnya boleh menarik nafas lega.

Masakan tidak, lelaki berusia 37 tahun itu berjaya mengumpulkan 100,000 pound (RM534,700) untuk menyokong pemasangan telaga air bagi masyarakat dan penduduk kampung di Tanzania.

Bukan itu sahaja, Ahmed juga berjaya mengumpul 20,000 pound (RM106,940) untuk menyediakan pakaian kanak-kanak Tanzania ketika sambutan Aidilfitri lalu, selain digunakan untuk membeli buku dan makanan bagi ratusan yang lain.

“Semua ini tidak mungkin berjaya tanpa sokongan keluarga, rakan-rakan dan komuniti setempat. Terima kasih atas bantuan daripada semua. Akhirnya saya dapat memenuhi hasrat anak perempuan saya.

Baca juga Larian amal 150 km sambil berpuasa bantu pelarian Afghanistan

“Kebanyaan orang yang saya temui di perkampungan Tanzania ini tidak mempunyai apa-apa. Jadi pertolongan kecil kami sedikit sebanyak dapat membantu mereka,” ucapnya penuh kesyukuran.

Telaga air

SAGHIR AHMED berjaya mengumpulkan wang untuk pembinaan telaga air dan untuk tujuan kerja amal lain seperti membeli pakaian dan makanan untuk golongan memerlukan.

Ahmed tidak bersendirian dalam menjalankan usaha murninya itu. Beliau turut bekerjasama rapat dengan badan amal Islamic Help yang berpangkalan di United Kingdom.

Jurucakap Islamic Help, Mohammed Ilyas berkata, inisiatif Ahmed begitu memberi inspirasi dan mencerminkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anaknya.

“Kata-kata sahaja tidak mampu menyatakan betapa besarnya pencapaian Ahmed. Beliau tidak mementingkan diri, sebaliknya kesungguhan yang ditonjolkannya itu bukan sahaja sebagai tanda ingatan kepada anaknya yang telah pergi, tetapi juga membantu beberapa komuniti termiskin dan memerlukan di dunia,” katanya.

Foto: BBC

Amalkan dodoi anak begini
Berita Semasa,

Amalkan dodoi anak cara Islam

AMALKAN dodoi anak cara Islam.

Selaras dengan perkembangan teknologi, pelbagai aspek dalam kehidupan kita turut berubah dipermudahkan oleh pembaharuan ini.

Ibu bapa kini juga bukanlah seperti mak ayah dahulu. Cara mendidik anak jauh berbeza dengan seperti apa yang dipraktikkan pada zaman sebelumnya.

Jangankan cara didikan, gaya mendodoi anak juga berubah.

USTAZAH ASMA’ HARUN

Pendakwah Ustazah Asma’ Harun berkata ada suatu amalan mendodoikan anak yang sering diabaikan ibu bapa zaman sekarang.

“Ramai ibu bapa hari ini nak mudah. (Mereka) letak anak di hadapan televisyen sampai anak itu tertidur.

Akhirnya, (perkara) itu yang terakam dalam minda mereka. (Apabila) bangun tidur, (anak tersebut) cari kartun. Tidur sambil main game. Bangun tidur, cari game,” ujarnya menerusi sebuah video yang disiarkan di laman sosial YouTube miliknya.

Nasihat Ustazah Asma’, sebaliknya dodoikanlah anak dengan zikrullah.

“Waktu kecil dahulu, mak dan nenek kita (akan dodoikan kita dengan kalimah) la ilaaha illallah. Itulah (cara) didodoikan anak kecil. Mereka dapat ilmu itu daripada ustaz dan alim ulama.”

Baca juga 5 Pendekatan Didik Anak Cara Rasulullah SAW Bagi Membentuk Mereka Menjadi Pemimpin Terbaik Pada Masa Depan  

Hakikatnya, ramai ibu bapa kini lebih cenderung dengan ajaran Barat. Cara dodoikan anak sebegini sudah semakin kurang diamalkan walhal perbuatan itu diajarkan oleh Rasulullah SAW sendiri.

Dari Ibnu ‘Abbas bahawa Nabi SAW bersabda, “Ajarkan kalimat la ilaaha illallah kepada anak-anak kalian sebagai kalimat pertama dan tuntunkanlah mereka mengucapkan kalimat laa ilaaha illallah ketika menjelang mati.” (Hadis riwayat Hakim)

“(Sememangnya) bayi setahun dua tidak faham kalimah la ilaaha illallah tetapi telinganya (mendengar). Apa yang kita baca itu menyerap ke dalam hatinya (lantas) membentuk hati (bayi tersebut) menjadi kuat.

Membentuk suatu hati yang segar dengan kalimah la ilaaha illallah sehinggakan Insya-ALLAH, apabila dia tidur dengan kalimah tersebut, dia (juga) akan bangkit dengan kalimah yang sama,” hujahnya.

Amalkan dodoi anak begini

BAGI anak-anak yang sukar tidur, ibu bapa boleh sematkan juga doa dan zikrullah ketika mendodoikan mereka.

Selain itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyenaraikan beberapa ayat suci yang boleh diamalkan oleh ibu bapa supaya anak tidak menangis di waktu malam.

Dianjurkan dalam beberapa hadis, doa-doanya adalah seperti berikut:

– Membaca surah al-Fatihah dan mengulang-ulanginya

– Membaca ayat al-Kursi

– Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas

– Membaca doa berikut sebanyak 3 kali:
بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ، أَوْ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ

Baca juga Benarkah Membaca Surah Tertentu Bakal Peroleh Anak Yang Hebat, Lawa

Di samping itu, Ustazah Asma’ juga mengingatkan bahawa zikrullah la ilaaha illallah juga boleh dipraktikkan oleh orang dewasa untuk mendapatkan kelapangan hati.

Semoga perkongsian kali ini bukan sahaja dimanfaatkan untuk menidurkan anak kecil, bahkan dijadikan amalan bagi kita yang dewasa ini juga.

Amalkan dodoi anak cara Islam.

Foto: Pexels & Tribun Pekanbaru

Wanita dimuliakan dalam Islam
Gaya Hidup,

Siapa Yang Wajib Jaga Ibu? Ini Penjelasannya

SEORANG ibu mampu menjaga 10 orang anak, tetapi seorang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu.

Demikianlah ungkapan yang sering kali kita dengar daripada orang di sekeliling. Ya, memang sukar untuk menafikan pernyataan tersebut pada masa ini.

Apatah lagi apabila si anak sudah mempunyai keluarga dan kehidupan masing-masing. Tambahan pula, kebanyakan daripada kita berkerjaya tidak kiralah sama ada lelaki ataupun wanita demi kelangsungan hidup.

Namun demikian, kita tidak boleh menidakkan fakta bahawa masih ada insan yang sanggup berhenti kerja demi menjaga ibu bapanya yang sudah tua.

Masya-ALLAH, begitu mulianya hati individu yang berbuat demikian. Ini kerana menjaga kedua-dua orang tua yang sudah lanjut usia memerlukan kesabaran dan penelitian yang tinggi. Apalagi jika mereka sakit.

Sebagaimana ibu bapa menjaga dan mendidik kita sejak lahir, seperti itulah kita perlu menyantuni mereka. Meskipun semua itu dilakukan tanpa sebarang keluh-kesah, namun perlakuan tersebut masih tidak dapat menandingi jasa orang tua kepada si anak.

Timbul persoalan siapakah sebenarnya orang yang paling layak menjaga ibu saat tiada lagi ayah di sisi selepas menemui Penciptanya?

Menjawab pertanyaan itu, pendakwah Ahmad Dusuki Abd Rani menjelaskan, jika begitulah situasinya, maka menjadi tanggungjawab anak lelaki sulung untuk menjaga ibunya.

AHMAD DUSUKI

“Selepas itu, barulah anak-anak perempuannya. Begitupun, jika ibu tadi tidak mempunyai anak lelaki dan hanya ada anak perempuan sahaja, maka dalam hal ini, anak perempuan sulung bertanggungjawab untuk menjaga ibunya.

“Jika tidak, ibu tadi boleh dijaga oleh bapa saudara atau individu seumpamanya yang mana mereka tidak batal sembahyang dengannya,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video TikTok yang dikongsikan di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Baca juga Anak Derhaka Tak Layak Cium Bau Syurga! Ini Yang Perlu Diketahui

Meskipun demikian, Ahmad Dusuki menyarankan supaya kita merebut peluang yang ada untuk menjaga insan istimewa yang melahirkan kita ke dunia ini.

“Janganlah kita saling tolak-menolak (untuk menjaga ibu yang sudah dimamah usia) bagaikan bola.

“Bukan begitu caranya, sebaliknya ambillah manfaat daripada keberkatan orang tua kita yang masih hidup. Sesungguhnya, begitu banyak pahalanya.

“Seperkara lagi, jangan pula kita biarkan pahala ini mendatangkan dosa,” pesannya.

Jaga ibu

LAZIMKAN diri untuk menziarahi ibu bapa dengan kerap dan menyantuni mereka.

Mengertilah bahawa kewajipan menjaga dan menyantuni kedua ibu bapa merupakan tanggungjawab anak-anak sebagaimana disebutkan dalam al-Quran.

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-NYA semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ha’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah al-Isra’, ayat 23)

Sementara itu, memetik artikel Irsyad al-Hadith siri ke-356: Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa yang disiarkan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, orang yang sempat berbakti dan bersama kedua ibu bapanya merupakan individu yang sangat bertuah serta beruntung.

“Ini kerana Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan bahawa orang yang hina ialah orang yang sempat bersama ibu bapanya, tetapi kesempatan yang ada itu tidak membolehkannya untuk dimasukkan ke dalam syurga,” kata artikel tersebut.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan”. Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya, namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” (Hadis Riwayat Muslim)

Justeru, buat mereka yang masih lagi mempunyai ibu atau bapa, berbaktilah kepada orang tua masing-masing selagi masih hidup. Bantulah mereka mengikut kemampuan setakat yang terdaya.

Jaga ibu

BERBAKTI dan taatlah ibu bapa kita selagi mereka masih ada di dunia ini.

Andai insan yang melahir dan membesarkan kita sudah tiada lagi di dunia, sentiasalah mendoakan mereka. Ingatlah, tiada tabir yang menghalang doa anak yang soleh kepada ibu dan bapa meskipun mereka sudah tiada lagi di dunia ini.

Foto: Freepik & 123rf