Browsing Tag

amalan soleh

Untitled design - 2021-08-17T154315.385
Isu,

Dosa Digandakan Apabila Melakukan Maksiat Dalam Bulan Haram?

no comment

BULAN Muharam disebut dalam nas sebagai antara bulan-bulan haram yang mempunyai begitu terkenal dengan keistimewaan-keistimewaan tertentu.

Firman ALLAH SWT: “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah sebanyak dua belas bulan, seperti yang ditetapkan pada hari DIA menciptakan langit-langit dan juga bumi. Antaranya adalah empat bulan haram. Yang demikian itu adalah agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi diri kamu di dalam bulan-bulan tersebut (bulan haram).” (Surah at-Taubah, ayat 36)

Dalam sebuah hadis masyhur ada dinyatakan tentang empat bulan haram berkenaan sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Bakrah RA.

Beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya masa itu beredar seperti keadaan asalnya pada hari ALLAH menciptakan langit-langit dan juga bumi. Setahun itu ada dua belas bulan, dan ada empat bulan-bulan haram. Tiga yang berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam, serta bulan Rejab Mudhar yang berada di antara Jamadilakhir dan juga Syaaban.” (Riwayat al-Bukhari)

Baca juga Usah ‘Termakan’ Media Barat, Dunia Harus Beri Peluang Taliban Memerintah Negara Sendiri

Lantaran kelebihan yang dimiliki oleh bulan-bulan haram itu, segala amalan soleh yang dilakukan bakal meraih ganjaran pahala lebih besar berbanding bulan-bulan Islam lain.

Namun, bagaimana pula jika kita melakukan maksiat pada bulan haram berkenaan? Adakah dosa yang dilakukan juga akan diberatkan timbangannya?

Menjelaskan maksud bulan-bulan haram, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkata, terdapat dua maksud di sebaliknya.

Bulan haram

UMAT Islam dilarang berperang pada bulan-bulan haram kerana ia mempunyai kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Pertama, ia merupakan bulan yang diharamkan untuk umat Islam berperang dan kedua, bulan haram membawa maksud bulan yang sangat dihormati lagi dimuliakan.

“Sudah tentu setiap yang mempunyai kemuliaan dan kelebihan di sisi ALLAH SWT pasti menatijahkan ganjaran dan hukuman yang berbeza berkaitannya.

“Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu solat di dalam Masjid al-Nabawi, maka ganjaran pahalanya lebih besar berbanding solat di masjid-masjid selainnya kecuali Masjid al-Haram. Ini seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Muslim,” katanya dipetik menerusi artikel Al-Kafi #1656: Benarkah Pahala dan Dosa Diberatkan Dalam Bulan-bulan Haram yang disiarkan di laman web pejabat itu baru-baru ini.

Andai kita melakukan dosa dan maksiat pada bulan-bulan haram, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memetik pandangan Ibn Katsir menerusi tafsiran beliau pada ayat 36, Surah at-Taubah tadi.

Ibn Katsir berkata: “Sebagaimana ALLAH SWT melarang perbuatan zalim (maksiat) di dalam bulan-bulan haram. Sekalipun ia dilarang sepanjang tahun cumanya ia lebih berat apabila dilakukan dalam bulan-bulan haram. (Rujuk Tafsir Al-Quran Al-‘Azhim, Ibn Katsir (1/545)

“Begitu jugalah keadaannya dengan ganjaran pahala bagi amalan soleh yang dilakukan dalam bulan-bulan haram ini adalah lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain.

“Bahkan Imam Ibn Rajab al-Hanbali menukilkan pendapat Ibn Abbas RA yang menyebut: ‘ALLAH SWT telah mengkhususkan empat bulan dan menjadikan mereka sebagai bulan-bulan haram dan membesarkan kehormatan mereka. DIA juga menjadikan dosa-dosa padanya itu lebih berat serta menjadikan amalan soleh dan ganjaran pahala (di dalamnya) juga lebih besar (berbanding bulan-bulan lain)’,” katanya.

Bulan haram

TINGKATKAN amal soleh pada bulan-bulan haram.

Begitupun, jelas pejabat mufti berkenaan, apa yang dimaksudkan dengan ganjaran pahala dan dosa maksiat adalah lebih berat serta besar berbanding bulan-bulan Islam lain, ia bukanlah bermaksud dosa-dosa atau pahala-pahala tadi digandakan sebagaimana tanggapan segelintir orang.

“Sebaliknya, ia merujuk kepada perkataan lebih berat.

“Justeru, marilah kita bersama mempertingkatkan amalan soleh selama keberadaan kita dalam bulan-bulan haram serta meninggalkan maksiat. Mudah-mudahan ia menjadi asbab istiqamahnya kita dalam takwa kepada ALLAH SWT dalam bulan-bulan yang lain,” nasihatnya.

Foto: Freepik