Browsing Tag

amalan ke syurga

Gaya Hidup,

6 amalan membawa ke syurga. Mungkin anda pernah lakukan tanpa sedar

ENAM amalan membawa ke syurga. Mungkin anda pernah lakukan tanpa sedar.

Umat Islam pastinya mempunyai matlamat mencari pahala sebanyak yang mungkin sebagai persiapan diri menuju akhirat yang kekal abadi.

Sebenarnya ada banyak amalan kecil yang selalu kita abaikan dan pandang remeh, sedangkan jika dilakukan, ia menjanjikan pahala yang bukan calang-calang tanpa disedari.

Sinar Islam Plus kongsikan enam amalan yang sering orang terlepas pandang, namun ternyata boleh membawa kita ke syurga:

TIADA siapa pun yang kalis daripada melakukan kesilapan. Sebaliknya, belajarlah untuk memohon maaf serta memaafkan sesama saudara Islam.

1.Mengalah ketika bergaduh.

Daripada Abu Umamah RA, ia berkata Rasulullah SAW bersabda, “Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun dia berada dalam kebenaran. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan kedustaan meskipun bersifat gurau. Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang berakhlak baik.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Baca juga Orang yang bergaduh, amal tidak diangkat ALLAH sehingga berdamai

2.Mengalihkan gangguan di atas jalan.

Dari Abi Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Aku telah melihat seseorang yang bersenang-senang di dalam syurga kerana dia telah membuang kayu yang berjuntai di jalan dan kayu tersebut menganggu orang yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)

amalan ke syurga

USAH pandang remeh terhadap segala amalan yang dikerjakan kerana ia mungkin membawa kita ke syurga. Foto: Pexels

Baca juga Lakukan tujuh amalan ini supaya pahala kekal mengalir setelah kita meninggal dunia

3.Menahan kemarahan.

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa menahan marah sedangkan dia mampu melampiaskannya, maka ALLAH memanggilnya di hari qiamat di hadapan para makhluk sehingga menyuruh dia memilih mana bidadari yang dia kehendaki.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Turut disyorkan Bagaimana Rasulullah SAW saat marah? Ini peristiwanya

4.Membela kehormatan saudaranya.
Sabda Nabi SAW: “Barang siapa mencegah (mengumpat) kehormatan saudaranya sesama muslim, maka ALLAH mencegah mukanya dari api neraka di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

KETAHUILAH, antara hak yang perlu dipenuhi oleh seorang Muslim adalah menjaga hubungan baik sesama saudara Islam. Foto: Unsplash

Baca juga Penuhi enam hak sesama Muslim, jamin keteguhan ukhuwah.

Turut disyorkan Suami dayus benarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki? Fahami hukum sebenar

5.Berwuduk dan solat dua rakaat.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada seorang pun yang berwuduk kemudian dia memperelokkan wuduknya lalu mendirikan solat dua rakaat yang dia memfokuskan jantung hati serta wajahnya dalam mengerjakannya melainkan wajib buat dirinya itu syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Baca juga Kisah Rasulullah SAW dengar tapak kaki Bilal bin Rabah di syurga bukan cerita dongeng. Ini rupanya amalan yang dilakukan oleh muazin pertama…

amalan membawa ke syurga

NAMUN berwaspadalah kerana bukan semua ilmu di luar bermanfaat. Bahkan, ada yang mampu membawa kemudaratan jika tidak digunakan dengan betul. Foto: Pexels

6.Menuntut ilmu.

Abu Darda’ berkata: “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka ALLAH memudahkan jalan baginya jalan ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayapnya kerana reda terhadap orang yang mencari ilmu. Dan sesungguhnya orang pandai dimintakan ampun oleh apa (siapa) yang berada di langit dan dibumi, sehingga ikan-ikan di air.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Baca juga Doa dijauhkan daripada 4 jenis ilmu yang tidak bermanfaat

Ingatlah, tiada jalan pintas ke syurga ALLAH. Maka, perbanyakkan amalan baik yang memberi ganjaran pahala berganda supaya mudah untuk kita menempah tiket ke syurga.

Foto: Pexels & Unsplash