Browsing Tag

Akhlak di media sosial

Solat tidak jejaskan urusan
Gaya Hidup,

Akhlak Di Laman Sosial Adalah Cerminan Status Hati Kita. Sama-Sama Kita Renungkan

SEKALIPUN berinteraksi menerusi platform media sosial, namun jangan sesekali meminggirkan adab dan akhlak yang dianjurkan oleh Islam.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Islam sememangnya agama yang sempurna dan menyediakan panduan lengkap dalam setiap tindak-tanduk, bermula daripada seseorang bangun tidur sehinggalah kembali melelapkan mata.

MOHAMAD SHUKRI

“Semuanya sudah diperincikan dalam agama suci ini, begitu juga dalam perihal adab di media sosial. Antara perkara asas yang diajar adalah seperti tidak berbohong, memfitnah, mencarut apatah lagi memuat naik atau turun kandungan yang mendatangkan keghairahan,“ katanya baru-baru ini.

Baca juga Akhlak Di Laman Sosial Adalah Cerminan Status Hati Kita. Sama-Sama Kita Renungkan

Jelas agamawan itu, sebenarnya setiap perbuatan dan akhlak yang kita tonjolkan di platform media sosial adalah cerminan status hati kita.

“Hati kita umpama raja yang menguasai anggota tubuh yang lain seperti tangan, kaki, telinga dan lain-lain. Justeru, hati yang berkuasa dan bertindak sebagai ‘pemerintah’ pada tubuh. Andai kita menaip atau menyebarkan perkara-perkara yang buruk, maka demikianlah hati kita.

“Ulama tasawuf dan akhlak sering kali mengingatkan agar kita sentiasa memperbaiki hati supaya tidak terjebak dengan perkara yang dilarang oleh ALLAH SWT,“ katanya.

Ia bertepatan seperti yang diriwayatkan dalam Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim. Baginda bersabda: “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk, maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung).“

Akhlak di media sosial

BERHATI-HATILAH ketika menggunakan media sosial dengan tidak melakukan sebarang perkara yang dilarang oleh agama Islam.

Baca juga Boleh Tegur Orang, Tapi Jagalah Adab Ketika Beri Nasihat

Ketika ditanya tentang Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan berkaitan jenayah siber, Mohamad Shukri menjelaskan, pihaknya masih dalam proses perbincangan untuk membuat pindaan terutama melibatkan perkara baharu seperti jenayah agama di media sosial.

“Namun, ada beberapa kesukaran yang bakal dihadapi. Antara lain undang-undang tersebut hanya berkuat kuasa hanya di negeri tersebut.

“Andai kata, individu dari negeri lain yang melakukannya (kesalahan) atau menyebarkan doktrin ajaran sesat, maka Kelantan tidak boleh ambil tindakan tersebut,“ katanya.

Foto: Pexels & Unsplash