Browsing Tag

air zam zam

d0649b58-6064-4615-8557-01942e4d8427
Berita Semasa, Personaliti, Pilihan Editor,

Pertembungan Vaksinasi dan Alternatif Perlu Seiring

no comment

MEDIA sosial memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan maklumat secara langsung kepada masyarakat.

Segala informasi yang benar mahupun palsu akan disebar luaskan daripada individu kepada individu lain hinggalah tidak lagi mampu membezakan fakta mahupun propaganda.

Perkara ini jugalah yang menyebabkan program vaksinasi yang sedang diusahakan kerajaan untuk memberi keyakinan penuh kepada masyarakat berkaitan kepentingan vaksin dilihat bergerak agak perlahan.

Bagi individu yang terpengaruh dengan propaganda yang yakin vaksin akan memberi kesan negatif kepada seseorang individu, mereka ini akan terus memilih untuk mencari perubatan alternatif seperti makanan sunnah, herba mahupun mengamalkan petua amalan masyarakat lama.

Hal ini seperti mengamalkan minum air zam-zam, air kelapa, bunga cengkih, habbatus sauda, madu dan sebagainya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam Program Forum Perdana Ehwal Islam dengan topik dibincangkan ‘Takut Allah Atau Takut Covid-19?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata, pertembungan perubatan alternatif dan program vaksinasi adalah objektif sama yang dituntut oleh Islam dalam kita mencari ikhtiar menghindari daripada wabak penyakit berlandaskan hukum ditentukan syarak.

“Apa yang dinyatakan dalam perubatan seperti yang disebut itu ada nas-nas dan dalil-dalilnya, sebagai contohnya kita mengambil hadis berkaitan zam-zam, kerana apa yang kita niat sifatnya baik, dengan izin Allah akan ada kesembuhan dengan apa yang kita niatkan, begitu juga dengan makanan-makanan yang tertentu dan juga ramuan tertentu.

“Jika sekadar itu amalan-amalan oleh orang lama maka kita anggap ia sebagai petua. Petua ada benarnya dan baiknya tetapi bukan bersifat testimoni dan bukan mewakili keseluruhan. Mungkin keserasiannya terjadi pada seseorang.

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri membicarakan berkaitan kepentingan vaksinasi.

“Begitupun vaksin telah mengalami fasa-fasanya, pakar-pakar perubatan membina sesuatu vaksin dan diuji hingga mendapat keberkesanannya. Jika kita belajar agama sekali memang ada hukum-hukum yang akan digunakan seperti akal, syuruk dan adat. Hukum dipakai apabila ia sudah melalui proses yang lama, sepertimana natijahnya dan kesannya maka itu yang akan kita pakai.

“Kajian ini bukan dibuat oleh seorang tetapi ramai pakar dari negara-negara luar yang terlibat dan hasil hipotisis yang dibuatnya telah mengalami ujian demi ujian. Apabila keputusan keberkesanannya melebihi 90 peratus berjaya maka keyakinan tentang hal itu lebih sesuai dan kukuh tanpa kita menafikan sebahagian daripada usaha dan ikhtiar serta petua orang-orang lama,” katanya ketika diundang menjadi tetamu di dalam Program Forum Perdana Ehwal Islam dengan topik dibincangkan ‘Takut Allah Atau Takut Covid-19?’ menerusi RTM, malam semalam.

Begitupun Mantan Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata, isu kefahaman dan makrifah ini sangat penting, apabila timbul sesuatu perkara kita tidak boleh melihat hanya satu pandang saja, malah perlu berdasarkan pertimbangan akal yang dipandu oleh nas-nas syarie.

Air kelapa juga ada khasiatnya sebagai perubatan alternatif.

“Memanglah tidak menjadi masalah untuk kita minum air kelapa, air zam-zam atau petua orang lama sebagai ikhtiar. Islam tidak melarang dan ia sangat dituntut, namun nasihat saya pergilah juga mengambil vaksin kerana ia sebahagian usaha dan ikhtiar kita yang diyakini oleh ulamak-ulamak Islam dari seluruh dunia,” katanya.