Browsing Tag

aib

Taasuber
Berita Semasa,

Taasuber, tidak perlu fanatik melampau kepada individu, tetapi taasublah kepada kebenaran

MUTAKHIR ini hangat di media sosial mengenai kisah-kisah pentaasub (pentaksub) atau fanatik yang dikatakan agak melampau menyokong idola yang mereka agungkan.

Tidak kira sama ada individu tersebut dalam kalangan selebriti, agamawan mahupun figura biasa, ketahuilah perbuatan tersebut dilarang sekeras-kerasnya dalam agama Islam.

Isu yang tidak pernah lekang ini juga pernah dibahas oleh penceramah bebas terkenal, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menerusi satu artikel yang disiarkan di laman portal tempatan.

Katanya, setiap pendakwah, termasuk pemimpin (parti) politik, yang melakukan apa juga kerja-kerja kebajikan, biarlah ikhlas dalam perjuangan yang benar-benar membawa imej Islam ini.

“Bukannya berpura-pura, penuh hipokrit, kerana yang akan menerima padahnya nanti, selain diri sendiri, lebih besar lagi adalah agama suci kita,” tegasnya.

Tambahnya lagi, jangan terlalu taasub kepada manusia atau individu (parti) tertentu, tetapi kepada kebenaran, tidak kira siapa. Neraca kita adalah apa yang benar, apa yang salah, bukan siapa atau siapa yang benar, siapa yang salah.

PROF Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

“Jangan kerana terlalu suka kepada seseorang, sehingga tidak nampak antara hak dan batil. Kita ada akal yang ALLAH kurniakan, nilaikan dengan mata hati. Seperti mana artikel yang saya sebelum, berjubah, berkopiah, bersongkok, tidak semestinya tidak rasuah, salah laku dan salah guna kuasa.

“Saya cukup bimbang dengan ‘trend’ yang berlaku hari ini, pantang dikritik dan disentuh sedikit figura-figura tertentu, maka akan ‘diserang’ oleh pentaasub-pentaasub. Ini bukan cara kita. Nilai dahulu, apa yang benar dan apa yang salah.

ARTIKEL BERKAITAN 

“Taasub sehingga tidak dapat membezakan mana benar, mana salah, adalah sangat bahaya.
Mempertahankan sesuatu tanpa menoleh lagi. Al-Quran memberi peringatan terhadap mereka yang terlampau taasub kepada orang tertentu yang menjurus kepada kebatilan dan kesesatan.

“Taasub atau fanatik ini juga merentas setiap anutan agama bukan sahaja di dalam Islam. Setiap agama ada golongan yang taasub. Hakikatnya, ia juga boleh menyebabkan huru-hara dalam masyarakat.

“Mereka yang taasub boleh bertindak ganas bagi mempertahankan anutan dan apa yang mereka bawa walau salah. Ingatan sekali lagi, jadilah manusia yang taasub kepada kebenaran, bukan kepada orang,” ujarnya.

AL-QURAN memberi peringatan terhadap mereka yang terlampau taasub kepada orang tertentu yang menjurus kepada kebatilan dan kesesatan. -Foto: Canva

Logik akal ‘taasuber’

Sementera itu, pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung menerusi satu hantaran di laman Facebook turut menyeru masyarakat agar jauhkan diri daripada menjadi pentaasub.

“….masyarakat dilarang berkongsi dan mengulas perbahasan agama di mana asatizah mengkritik pendapat satu sama lain.

Baca Juga Tegur kesalahan secara terang-terangan dikira mengaibkan orang lain?

“Ini kerana menurut logik taasuber, semua ini adalah membuka aib dan menyebarkan berita yang tidak pasti. Para penjenayah dan ahli politik ada sumbangan mereka dan jangan kerana satu kesalahan mereka maka kita lupakan kebaikan yang pernah mereka buat.

“Namun, tiada masalah untuk mana-mana portal hiburan melaporkan selebriti curang, selebriti bergaduh, skandal selebriti, menonjolkan selebriti berpakaian tidak senonoh dan sebagainya kerana menurut logik taasuber, semua itu bukan aib tetapi fakta yang perlu diketahui masyarakat sebagai kesedaran dan hiburan.

FIRDAUS WONG

“Kejahilan itu juga suatu aib yang perlu ditutup maka jikalau menurut logik taasuber, maka jangan komen apa-apa menunjukkan kejahilan diri kerana haram menyebarkan aib orang lain apatah lagi membuka aib sendiri.

“Proses mendidik masyarakat tidak taasub adalah satu proses berterusan. Bukan mudah tetapi itulah sunah dalam berdakwah.

Turut Disyorkan Umur pendek, hati gelap bila tonton video lucah

‘Saya mahu mendidik masyarakat jauhi taasub pada sesiapapun, organisasi apa sekalipun baik parti politik, NGO dan sebagainya kecuali kepada Rasulullah SAW dan juga taasub pada prinsip.

“Prinsip kebenaran berdiri dengan sendirinya tidak dimiliki secara mutlak oleh mana-mana individu atau organisasi. Para pendakwah, jangan kerana takut dikecam maka kita tidak terus mendidik. TERUSKAN..,” kongsinya.

Untitled design - 2022-06-14T164315.505
Isu,

Wajib jaga aib orang, aib sendiri apatah lagi

OLEH: MUHD AZMAN MOHD NAWI

HARI ini amalan membuka aib sama ada aib sendiri ataupun aib orang lain sudah semakin menular. Apatah lagi teknologi pintar memudahkan segala info, gambar dan video disebarkan dengan pantas terutama melalui aplikasi telefon mudah alih dan media sosial.

Namun sentiasalah berwaspada kerana kecanggihan itu boleh menjadi penyebab umat Islam disoal di akhirat  jika perkara yang disebarkan itu bersifat fitnah dan memalukan orang lain.

Justeru Islam menganjurkan mereka yang telah melakukan dosa untuk kembali kepada ALLAH SWT tanpa menceritakan keaibannya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap umatku dimaafkan (dosanya) kecuali mereka yang menunjuk-nunjuknya dan sesungguhnya di antara menunjuk-nunjukkan (dosa) adalah seorang hamba yang melakukan suatu perbuatan di waktu malam. Sementara ALLAH telah menutupinya kemudian di waktu pagi dia berkata: “Wahai fulan semalam aku telah melakukan ini dan itu, pada hal pada malam harinya (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya. Ia pun bermalam dalam keadaan (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya dan di pagi harinya ia menyingkap apa yang telah ditutupi oleh ALLAH”  (Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis ini menjelaskan bahawa orang yang bermaksiat pada waktu malam secara sembunyi, kemudian ALLAH menutup aibnya sehingga dia bertaubat kepada ALLAH; maka hal itu adalah baik baginya.

Namun kalau pada hari esok dia bertemu dengan orang lain dan bercerita tentang dosa yang telah dibuat, maka dia termasuk dalam kalangan orang yang tidak akan dimaafkan oleh ALLAH.

Akhir-akhir ini, kita melihat fenomena membuka aib sama ada diri sendiri ataupun keaiban orang lain secara terang-terangan.

 

Kenang si mati dengan amal kebaikannya

Perbuatan seperti berjoget di aplikasi TikTok tanpa malu dan rasa bersalah seakan telah menjadi budaya. Jadi, tepuklah dada tanyalah iman sama ada mahu meneruskan aktiviti masa senggang dengan perkara itu lagi.

Itu kalau membuka aib sendiri, bagaimana halnya dengan aktiviti membuka aib orang?

Apabila meninggalnya seorang selebriti atau tokoh masyarakat, semua orang bergegas memuat naik foto almarhum atau almarhumah diiringi ayat ‘al fatihah’ dan ‘innalillah..’. Ia perbuatan terpuji. Lebih mulia lagi apabila foto yang dipilih adalah foto terbaik di dalam keadaan arwah bertutup aurat.

Walaupun ada beberapa warga maya yang tidak bertanggungjawab berani mempertikaikan tentang keadaan si mati yang tidak menutup aurat dengan sempurna ketika masih hidup, namun sebaiknya kita tinggalkanlah urusan itu antara si mati dan ALLAH SWT. ALLAH MAHA MENGETAHUI perkara sebenarnya dan usahlah lagi dipersoalkan.

Sebaiknya, kalau mahu menyebut tentang ingatan kepada arwah, kenanglah si mati dengan segala amal kebaikannya.

baca juga Jangan menghina orang yang sudah meninggal dunia

Memetik kata Pencetus Ummah Haris Ismail atau PU Riz di dalam ciapan Twitternya, beliau  memohon agar peminat tidak berkongsi foto selebriti Allahyarham Adibah Noor yang tidak menutup aurat, dan cukup sekadar menyedekahkan al Fatihah buat Allahyarham.

Perbuatan menyebar aib sesama manusia turut mendapat perhatian laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Menerusi sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan ALLAH tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat. (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang mencari aib (atau kelemahan) saudaranya yang Muslim, nescaya ALLAH akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya,” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Budaya negatif ini termasuk dalam sunnah sayyiah (amalan buruk) yang berdosa. Daripada Jarir bin Abdullah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunnah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal denganya, dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun, dan barangsiapa yang memulakan dalam Islam suatu sunnah yang buruk, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan baginya dosa sesiapa yang beramal dengannya, tanpa berkurang dengan satu dosa suatu apa pun” (Hadis Riwayat Muslim)

Berdoalah selalu agar ALLAH memelihara aib kita daripada tersebar dan kita dijauhkan daripada menyebarkan aib manusia lain.

 

Prank
Berita Semasa,

Haram lakukan ‘prank’ yang melampau sehingga mengaibkan orang

TIDAK salah jika kita mahu melakukan prank ataupun bergurau, tetapi biarlah kena dengan situasi dan tempatnya.

Bercerita tentang hal itu, media sosial kini kecoh tentang prank tarik tudung wanita Muslimah yang tular di platform berkenaan baru-baru ini.

Isu itu bukan sahaja menjadi bualan hangat warganet, tetapi pihak polis turut menerima laporan berkaitan video bahan gurauan berkenaan demi untuk mendapatkan perhatian di media sosial. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah baru-baru ini.

Bagaimanapun, individu berkenaan yang juga seorang YouTuber tampil memohon maaf atas ketelanjurannya memuat naik video prank berkenaan pada hari Isnin.

Baca juga Budaya ‘Prank’ Undang Dosa Dan Maksiat, Ini Sebabnya

Tidak lama kemudian, dua wanita ‘mangsa’ tarik tudung tersebut juga membuat permohonan maaf kepada mereka yang tersinggung selepas menonton rakaman video berkenaan.

Dalam laporan terbaharu, YouTuber tersebut didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan dikenakan hukuman denda mengikut Seksyen 14 Akta 336.

Prank

AMBIL pengajaran daripada kisah video ‘prank’ tarik tudung Muslimah yang tular baru-baru ini agar umat Islam tidak mengulangi kesilapan yang sama kelak.

Meskipun perkara itu sudah diambil tindakan, kandungan media sosial yang disifatkan sebagai biadab kerana melibatkan maruah seorang Muslimah itu turut mendapat perhatian para asatizah.

Pendakwah Ustazah Asmak Husin menjelaskan, sengaja mencipta konten kontroversi itu sebenarnya melambangkan tahap kerendahan jiwa dan akal sehinggakan tergamak menghina wanita Islam.

“Andai tiada langsung semangat untuk mempertahankan Islam sekalipun, biarlah ada rasa hormat pada wanita,” tulisnya di Instagram miliknya.

Sementara itu, pendakwah Ustaz Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Syed berkata, selain membuat laporan kepada pihak berkuasa, individu yang menyiarkan konten berkenaan juga perlu dinasihati.

“Bayangkan perempuan itu mungkin isteri, adik perempuan atau ibu kita, bila ada orang tularkan ataupun buat konten dengan kaedah yang sangat hina.

Baca juga Berpada-padalah bila bergurau, ‘haram’ kalau sampai jatuhkan maruah orang

“Kita kena cari individu berkenaan dan berikan nasihat kepadanya. Kita perlu menyedarkannya bahawa isu berhijab itu bukan main-main.

“Ia adalah perintah ALLAH SWT supaya wanita menutup aurat. Malangnya ada pula yang menjadikannya sebagai gurauan yang hina,” ujarnya.

Prank

ALLAH SWT memerintahkan umat Islam supaya memelihara aurat masing-masing sebagaimana ketetapan syariat.

Sedangkan, Islam mengajar umatnya supaya mencegah kemungkaran.

Ia sebagaimana yang disebutkan ALLAH SWT menerusi firman-NYA yang bermaksud: “Kamu ialah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada ALLAH.” (Surah ‘Ali Imran, ayat 110)

Apatah lagi umat Islam sememangnya dilarang untuk membuka aib sesorang termasuk aib diri sendiri. Ia termasuklah berkongsi video yang membawa keaiban.

ALLAH SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (Surah al-Hujurat, ayat 11)

Bahkan, Islam menggariskan, haram hukumnya jika kita melakukan gurauan yang melampau seperti menipu orang lain, menakut-nakutkan, membuka aib pada orang ramai dan tidak boleh diterima oleh orang yang diguraukan.

Prank

BERHATI-HATILAH ketika mengusik atau bergurau dengan insan di sekeliling. Jangan melampaui batas sehingga menipu orang lain, menakut-nakutkan, membuka aib pada orang ramai dan tidak boleh diterima oleh orang yang diguraukan.

Apatah lagi jika video prank yang dirakam tersebut dimuat naik ke dalam talian dan akan ditonton oleh jutaan pelayar media sosial yang lain.

Demikian penjelasan yang dipetik menerusi artikel Irsyad al-Fatwa Siri ke-566: Hukum Prank Dalam Islam yang disiarkan menerusi laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Baca juga Begini rupanya cara Rasulullah SAW bergurau senda

Justeru elakkanlah diri daripada melakukan perkara yang dilarang dalam Islam. Kelak ia akan mendatangkan natijah yang buruk bukan sahaja kepada diri, tetapi juga insan di sekeliling.

Foto: Freepik & Pexels

Poligami
Gaya Hidup,

Suami Isteri Ibarat ‘Pakaian’, Jaga Aib Pasangan Masing-Masing

MEDIA sosial begitu ‘berkuasa’ pada era milenial kini. Masakan tidak, medium itu mampu menularkan informasi mahupun pelbagai jenis cerita hanya dalam masa yang singkat.

Apatah lagi jika ia melibatkan kisah sensasi atau menyayat hati sehingga menjadi topik hangat perbualan ramai.

Demikianlah penangan media sosial yang begitu berpengaruh dalam kehidupan kita pada hari ini.

Meskipun demikian, jika penggunaannya disalahgunakan, platform tersebut boleh mendatangkan dampak yang buruk bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga orang lain.

Apalagi andai kisah yang didedahkan itu berkaitan dengan pasangan dan perihal rumah tangga, seolah-olah membuka aib.

Dalam hal itu, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menegur tentang perbuatan mendedahkan keaiban pasangan.

DR AHMAD SANUSI

Beliau mengakui, perselisihan dalam rumah tangga pasti akan berlaku. Begitupun, ia bukanlah bermaksud kita dibolehkan berlaku tidak baik terhadap pasangan masing-masing.

“Sebaliknya, setiap pasangan hendaklah menjaga hubungan baik sesama mereka. Ingatlah bahawa Rasulullah SAW mencela pasangan yang mendedahkan keaiban pasangannya.

“Namun, seandainya pasangan telah melakukan kesalahan, dosa dan maksiat, sekiranya ia boleh diselesaikan dengan baik, selesaikan dengan cara yang sedemikian.

“Jikalau tiada solusi yang baik, maka mahkamah adalah tempat penyelesaian terbaik,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Dalam pada itu, pendakwah tersebut mengingatkan bahawa pendedahan berkaitan pasangan di media sosial bukanlah jalannya.

Ketahuilah bahawa ALLAH SWT memberikan perumpamaan dalam al-Quran bahawa pasangan suami isteri itu ibarat pakaian yang saling menutup keaiban dan melindungi sesama mereka, selain memelihara daripada disakiti, terangnya.

Menerusi kalam-NYA itu, ALLAH SWT berfirman: “Isteri-isteri kamu itu adalah seumpama pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.” (Surah al-Baqarah, ayat 187)

Dr Ahmad Sanusi kemudian menukilkan pandangan al-Raghib al-Asfahani yang menyatakan, perumpamaan bahawa suami isteri itu seperti pakaian adalah kerana mereka seharusnya saling menutup keaiban dan saling memelihara air muka masing-masing.

Baca juga 5 Tip Cara Bergurau Senda Tanpa Undang Kemarahan Pasangan

Kata al-Raghib al-Asfahani lagi: “Dijadikan pakaian itu sebagai satu perumpamaan di dalam al-Quran bagi seorang suami adalah kerana suami akan menjadi pelindung buat dirinya dan isterinya daripada terdedahnya keburukan mereka berdua.”

Melihat ungkapan itu, jelas ahli akademik tersebut, ia adalah sebuah pengajaran penting pada era dunia hari ini yang mana ada pasangan yang saling mendedahkan aib sesama mereka.

Aib suami isteri

JANGANLAH membuka aib pasangan kerana Rasulullah SAW mencela mereka yang berbuat demikian.

Malah dalam sebuah hadis, katanya, Rasulullah SAW mencela lelaki yang mendedahkan rahsia sulit pasangan mereka.

“Dalam sebuah insiden yang lain, seorang wanita pernah datang dan mendedahkan kepada baginda SAW bahawa dia telah berzina. Rasulullah kemudian meminta wanita tersebut pulang dan memikirkan kembali pendedahan tersebut. Ini kerana ALLAH masih membuka ruang taubat untuk kembali kepada-NYA.

“Namun, seandainya kesalahan tersebut telah sabit, maka selesaikanlah dengan pihak berautoriti seperti mana yang digariskan dalam syariat Islam.

“Janganlah dijadikan budaya bahawa setiap kesalahan atau kesilapan suami atau isteri itu dipamerkan dalam media sosial,” nasihat beliau.

Justeru, berhati-hatilah dengan penggunaan media sosial masing-masing agar tidak menimbulkan fitnah kepada diri sendiri dan orang lain.

Foto: 123rf

Gaya Hidup, Gaya Hidup, Panduan,

Jaga aib sendiri, orang lain. Tidak ada orang yang tak berdosa

RASULULLAH SAW melarang seseorang untuk membuka aib dirinya sendiri kepada orang lain.

Sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “Setiap umatku dimaafkan kecuali orang yang terang-terangan (melakukan maksiat). Dan termasuk terang-terangan adalah seseorang yang melakukan perbuatan maksiat di malam hari, kemudian di paginya ia berkata: Wahai fulan, kemarin aku telah melakukan ini dan itu – padahal ALLAH telah menutupnya- dan di pagi harinya ia membuka tutupan ALLAH atas dirinya.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bahkan Rasulullah memberikan khabar gembira bagi orang-orang yang menutup aib saudara-saudara mereka, dengan menutup aib mereka di dunia dan akhirat.

Seperti dalam hadis sahih; “Dan barang siapa yang menutup aib seorang muslim, nescaya ALLAH menutup aibnya di dunia dan akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim).

Islam mengkehendaki kesalahan dan keburukan yang dilakukan oleh orang Islam disembunyikan dan tidak boleh diheboh-hebohkan.

Tidak ada orang yang tidak berdosa, dan tidak ada orang yang tidak melakukan kesilapan.

Cuma bezanya, banyak atau sedikit, besar atau kecil, teruk atau tidak, kelihatan atau tidak kelihatan.

Taubat

LAFAZ istighfar perlu senada dengan niat dalam hati untuk meninggalkan perbuatan dosa dan diiringi penuh rasa penyesalan.

Bagi orang yang bijaksana, ia memandang pada dalam dirinya dan bertaubat dari dosa-dosanya dan membetul kesilapan-kesilapannya.

Dia menutup keaiban orang lain, dia menjaga harga diri sendiri dan harga diri orang lain.

Keaiban sesama Islam apabila didedahkan, maka bukan saja hilang kehormatannya malah sehingga orang bukan Islam tidak lagi menghormati masyarakat Islam.

Baca juga Rasulullah SAW menyayangi umatnya sehingga di akhirat. Contohilah keperibadian baginda dengan sebarkan kasih sayang

Usah kita menagih penghormatan daripada orang bukan Islam jika kita sesama agama sendiri tidak mengamal dan menghayati amalan hormat menghormati dalam erti kata sebenar yang dituntut oleh Islam.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Fb Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

Foto: peoplecreations/freepik

Berita Semasa,

Kaedah terbaik untuk meminta maaf kepada orang yang sudah meninggal

SETIAP orang pasti mempunyai kisah silam tersendiri. Adakalanya kenangan lama itu melibatkan kisah hitam hingga sukar dilupakan.

Namun, untuk menceritakan aib diri kepada orang, tidak sama sekali. Apa tidaknya, Islam melarang umatnya membuka aib tidak kiralah aib orang lain mahupun diri sendiri.

Meskipun demikian, kadangkala masa lalu menggamit kenangan pahit hingga terbawa-bawa ke hari ini. Apatah lagi jika kita pernah melakukan kesilapan dan dosa kepada individu lain.

Barangkali ada dalam kalangan kita pernah menyakiti hati kenalan sendiri hingga mengaibkannya. Tidak semena-mena tindakan kita membuatkannya hilang pekerjaan suatu ketika dulu.

Baca juga Jangan sesekali buka aib diri dan orang lain. ALLAH SWT tutup segala cela manusia, tak wajar kita dedahkannya

Malangnya, tatkala kemaafan mahu dipohon, insan tadi pula sudah meninggal dunia. Bagaimanakah caranya untuk kita meminta maaf kepada orang yang sudah tiada?

Pendakwah Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Da’i Fuad menjelaskan, dosa sesama manusia sangat sukar untuk diselesaikan berbanding apabila melibatkan dosa dengan ALLAH SWT. Masakan tidak, ALLAH SWT MAHA PEMAAF.

DA’I FUAD

“Andai kata, individu yang kita berhutang sama ada ‘hutang’ maaf atau duit sudah meninggal dunia, maka wajib bagi kita untuk mencari kerabat si mati sehabis ikhtiar.

“Antaranya menerusi platform media sosial, menjejaki rumahnya dan sebagainya sehingga kita dapat berjumpa dan meminta maaf dengan mereka. Mohonlah mereka supaya menerima diri kita dan melupakan segala-galanya jika mampu,” katanya.

Seperkara lagi, ujar Da’i Fuad, para ulama berpesan, tidak salah kita melakukan infak atau wakaf atas nama individu berkenaan walaupun sudah meninggal dunia.

Minta maaf kepada orang sudah meninggal

BERISTIGHFAR dan memohon taubat daripada ALLAH SWT untuk diri sendiri dan si mati antara satu kaedah yang diajar dalam Islam.

“Bukan itu sahaja, mohonlah taubat daripada ALLAH SWT untuk diri kita dan si mati yang pernah dianiaya. Ucapkanlah Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat pada setiap hari.

“Seandainya individu yang pernah kita aniaya tadi dibuang kerja dan meninggal dunia, maka tidak salah untuk menolong ahli keluarganya. Ziarah balu, anak-anak dan ahli keluarganya serta membantu mereka mengikut kemampuan.

“Akhir sekali, serahkan segala usaha dan ikhtiar kita tadi kepada ALLAH SWT supaya DIA akan mengampunkan dosa berkat kita berbuat baik kepada kerabat si mati,” katanya.

Foto: Freepik & 123rf