Browsing Tag

adab makan

rasulullah kunyah 44 kali
Hukum,

Rasulullah SAW kunyah makanan 44 kali, betulkah begitu?

KITA selalu mendengar, Rasulullah SAW amalkan kunyah makanan sebanyak 44 kali. Ia adalah antara pesanan yang sering dititipkan oleh ibu bapa sewaktu kecil dahulu supaya anak-anak makan perlahan-lahan serta mengunyah dengan tertib.

Malah, ada juga yang menyabitkan perbuatan itu sebagai sunnah yang perlu diikuti dengan mengatakan bahawa Rasulullah SAW mengunyah makanannya sebanyak 44 kali.

Namun, berhati-hatilah dengan mengeluarkan ungkapan sebegitu.

Baca juga [VIDEO] Neraka menanti pencipta hadis palsu

Ini kerana hukumnya adalah neraka bagi mereka yang mencipta hadis palsu dengan menyandarkan sesuatu perkara kepada Nabi SAW sedangkan Baginda tidak pernah melakukannya.

Berkenaan perbuatan mengunyah makanan sebanyak 40 kali itu, hakikatnya tiada dalil yang sahih daripada Baginda SAW mahupun para sahabat, menurut sarjana Islam, Imam al-Nawawi.

Tiada dalil yang sahih daripada Baginda SAW yang memerintahkan supaya makanan dikecilkan atau dengan suapan yang banyak.” (Sahih Ibnu Hiban, no. 4872)

rasulullah kunyah 44 kali

ANTARA sebab umat Islam sering diingatkan untuk menjaga adab makan adalah supaya kesihatan diri terpelihara.

Namun, anjurannya di sini ialah makanan yang masuk ke mulut perlu dikunyah dan tidak boleh makan begitu sahaja bagi memudahkan penghadaman dan juga untuk mengelakkan masalah perut.

Portal Tzkrh menjelaskan bahawa sebuah kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Amerika Syarikat terhadap sekumpulan lelaki mendapati perbuatan mengunyah makanan dengan lama boleh mengelakkan obesiti serta mengurangkan pengambilan kalori makanan.

Baca juga Lima hadis popular ini rupanya hadis palsu

Kata Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, walaupun tiada nas tentang mengunyah makanan melebihi 40 kali, tetapi jika ia melibatkan tujuan yang baik, maka tiada masalah untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Baca juga Terlupa baca doa makan? Gantikan dengan bacaan ini

rasulullah saw kunyah 44 kali

PASTIKAN kesahihan sesuatu maklumat dahulu sebelum terus menyandarkan perbuatan atau perkataan itu kepada Nabi SAW kerana takut akan diazab oleh ALLAH kelak.

Kesimpulannya, Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengunyah makanan sehingga 40 kali, namun Baginda ada mengajarkan beberapa perkara lain untuk diamalkan tatkala menjamu selera, iaitu:

1. Mulakan dengan Bismillah
2. Makan menggunakan tangan kanan
3. Tidak bersandar ketika makan
4. Memakan makanan yang terdekat dahulu
5. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang
6. Makan dan minum sambil duduk

Baca juga Organ dalaman haiwan tidak boleh dimakan? Ini hukumnya yang wajib kita tahu
7. Tidak bernafas ketika minum dan menjauhkan mulut dari tempat minum ketika bernafas
8. Menjilat jari selepas makan
9. Tidak berkata buruk makanan yang tidak disukai
10. Mengucapkan Alhamdulillah selepas makan

Semoga pencerahan ringkas ini dapat memberi sedikit kefahaman dan manfaat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Rasulullah SAW kunyah makanan 44 kali, betulkah begitu?

Foto: Pexels & Unsplash