Browsing Tag

Ad-Dukhan

Ismail Haniya Dipilih Sekali lagi Memimpin Hamas
Berita Semasa,

Bayangkan dunia gelap diselaputi asap tebal selama 40 hari, ketika itu munculnya ad-Dukhan…

SAAT munculnya ad-Dhukan pada akhir zaman nanti, tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaannya kelak. Pelbagai versi cerita mengenai ad-Dukhan atau kabut asap yang tebal. 

Menurut riwayat yang masyhur, Ad-Dukhan dikhabarkan bakal ‘menyelimuti’ bumi selama 40 hari 40 malam.

Barangkali kelam dunia manusia ketika itu. Masakan tidak, bukan sahaja gelap gelita, bahkan diselaputi asap tebal dan hampir tiada oksigen.

Itulah keadaan yang digambarkan apabila kemunculan al-Dukhan kelak. Ia membuatkan nyawa manusia ibarat di hujung tanduk. Malah, Dajal juga dikatakan takut untuk menghadapi peristiwa berkenaan.

Bahagian Kandungan TV Alhijrah dalam kenyataan kepada Sinar Islam menjelaskan, asap tersebut secara umumnya datang daripada langit dan bukannya bumi.

“Ia akan ‘menyelimuti’ seluruh umat manusia tidak kiralah sama ada seseorang itu Muslim, Mukmin ataupun bukan Islam sekalipun.

“Asap itu dikhabarkan akan memberi kesan dahsyat kepada seluruh dunia selama 40 hari. Sehinggakan kita sendiri pun kabur untuk melihat tangan sendiri kerana tebalnya asap berkenaan. Bahkan, ia memberi kesan yang amat dasyat iaitu orang tidak beriman yang mana terkena asap itu, kulitnya dikatakan akan melecur, lantas boleh menyebabkan kematian,” kata kenyataan tersebut baru-baru ini.

Semua itu bakal dikupas dalam episod 12, rancangan Al-Qariah yang disiarkan di TV Alhijrah jam 7.30 malam ini.

Dua pendakwah terkemuka, Datuk Badli Shah Alauddin dan Dr Muhammad Lukman Ibrahim diberi tanggungjawab untuk memperincikan topik ‘Kemuculan al-Dukhan di Akhir Zaman’.

Al-Qariah antara lain membincangkan tentang tanda-tanda besar hari kiamat yang mula menemui penonton sejak 3 Januari lalu.

Selepas menontonnya, jangan lepaskan peluang untuk menyertai  kuiz yang dianjurkan serta memenangi hadiah menarik ditawarkan.

Caranya mudah sahaja iaitu dengan mengumpulkan soalan dan jawapan pada setiap rancangan selama 16 episod sehingga 17 April ini.

Semua jawapan dan butiran lanjut yang dikehendaki hendaklah dihantar kepada pihak penganjur.