Browsing Tag

abu dhabi

POSTER FILEM
Gaya Hidup, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

‘The Misfits’ Di Kecam Sindir Islam

no comment

FILEM terbaharu Hollywood, The Misfits yang dibiayai negara United Arab Bersatu (UAE) dan diterbitkan produksi Hollywood dikecam kerana menjadi model kiasan mengenai Islamofobia di negara Islam di Timur Tengah.

Aksi pelakon Hollywood, Pierce Brosnan dan Jamie Chung yang mengenakan pakaian Arab, Jubah. Gambar: indie Wire

Filem ini menceritakan kisah sekumpulan pencuri yang dilakonkan bintang James Bond 007, Pierce Brosnan dengan memegang watak sebagai Richard Pace telah mencuri duit jutaan dolar dari sebuah negara bernama Jazeeristan. Secara halus ia mengisahkan berlaku di negara Qatar dan disiarkan saluran berita berbahasa Inggeris, Al Jazeera, namun isu ini hanya didiamkan saja oleh UAE dan Arab Saudi.

Antara pelakon Hollywood yang menjalani penggambaran di Abu Dhabi. Gambar: Variety

Menurut TRT World, pihaknya telah melihat salinan filem itu yang sudah boleh diakses di Korea Selatan, Amerika Syarika dan UAE bulan depan. Filem itu didapati penuh dengan pandangan Orientalis yang menganggap orang Islam dan Timur Tengah sebagai malas.

Di tonjolkan pada satu babak dalam filem ini, sekumpulan pelayan secara berulang-ulang menyebut nama Muhammad dan Timur Tengah hanyalah wilayah keganasan dan kesengsaraan yang tidak kesudahan.

Seorang wartawan Palestin, Jamal Rayyan, menggambarkan filem yang dibiayai UAE sebagai tidak bermoral yang akan menuduh Abu Dhabi cuba bekerjasama dengan Israel dalam menyebarkan propaganda.

Filem The Misfits bertujuan meletakkan Abu Dhabi di peta dunia sebagai pusat hiburan global dan memaparkan kepada dunia apa yang sebenarnya kemampuan negara Arab itu.

Begitupun ia seolah menunjukkan industri perfileman UAE yang berkembang adalah untuk menghasilkan kandungan propaganda semata-mata, menggunakan pengaruh industri di Hollywood seperti Paramount Pictures dan Highland Film Group untuk menunjukkan tahap profesionalisme dan kesahihan.

Qatar digambarkan sebagai pusat Ikhwanul Muslimin dan Al Qaeda sebagai penaja keganasan global. Gambar: Pinsent Masons

Filem ini menggambarkan Qatar sebagai pusat Ikhwanul Muslimin, Al Qaeda dan penaja keganasan global. Sepanjang filem ini juga, nama-nama Arab seperti diperlekehkan.

Berbezanya Abu Dhabi dijadikan hab antarabangsa sebagai negara ‘bertumit tinggi’ terasa seperti iklan mahal sekiranya mengunjungi bandar itu berbanding dengan Jazeeristan. Di sana juga azan solat berkumandangan dan watak-watak lelaki berjanggut ada di mana-mana.

Pakaian gaya barat di Abu Dhabi berbeza dengan Jazeeristan, di mana kumpulan pencuri tidak mengenakan pakaian Arab namun mengenakan janggut palsu sebagai penyamaran yang akhirnya menjadikannya seperti watak pantomim.

Anak lelaki ketua Ikhwanul Muslimin digambarkan sebagai orang Arab yang suka berpesta dan menjalankan pengedaran dadah dalam berjihad.

Seorang pengkritik filem serantau menyebut produksi yang dibiayai UAE ‘memalukan’ kerana menggambarkan Qatar dan rakyatnya menyokong keganasan.

Akademik Qatar Dr Muhammad Al Kubaisi juga mengutuk penggambaran filem The Misfits dari negara itu.

“Mereka menggunakan Hollywood dan menghasilkan sebuah filem berjudul The Misfits, yang menelan belanja lebih daripada 50 juta dolar untuk merosakkan reputasi Qatar dan menuduh masyarakatnya yang aman sebagai pengganas.

“Saya tidak tahu kenapa UAE ingin merosakkan reputasi Qatar, adakah kerana kita adalah umat Islam dan bersatu dengan Tuhan?” kata Al Kubaisi di Twitter.

Ini bukan kali pertama Hollywood terlibat dalam penggambaran Islamofobia mengenai orang Arab dan rantau ini.

Pada tahun 2006 sebuah dokumentari berjudul ‘Reel Bad Arab: How Hollywood Vilify a People’ menganalisis lebih daripada 1,000 filem dan bagaimana sebahagian besar daripadanya menggambarkan secara negatif penduduk wilayah tersebut.

Filem Misfits banyak dipengaruhi dengan sejarah Hollywood yang jelas rasis terhadap Islam dan Arab, namun kali ini ia dibiayai sendiri oleh orang Arab.

Sumber: TRT World