Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Personaliti,

Syeikh Ramadhan Al-Buti, reformis ilmu pemikiran dan akidah

by Fatin Fatihah HussinDecember 2, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Syeikh Ramadhan Al-Buti
MUHAMMAD Said Ramadhan Al-Buti atau lebih dikenali sebagai Syeikh Dr. Muhammad Ramadhan Al-Buti.

SYEIKH Dr Muhammad Said Ramadhan Al-Buti (1929-013M) ialah sarjana yang banyak menyumbang dalam pembangunan pemikiran dunia Islam kontemporari.

Beliau telah menghasilkan 40 buku dalam bidang kesusasteraan, falsafah, sosiologi dan keagamaan. Kecerdasan inteleknya terserlah dalam kuliah dan ceramah yang disampaikannya di serata Syria.

Sebagai ahli akademik, Al-Buti turut menganggotai Majlis Tertinggi Akademi Oxford, England dan ‘Royal Society of The Islamic Civilisation Researches’ yang berpusat di Amman, Jordan. Antara bukunya yang masyhur ialah Fiqh Sirah yang menjadi rujukan di seluruh dunia. Tumpuan dalam ilmu akidah.

Cendekiawan tersohor itu dilahirkan pada 1929 di Jilika, sebuah perkampungan kecil di Turki, sebelum berhijrah bersama keluarganya ke Damsyik Syria pada usia empat tahun.Pada 1955, Al-Buti menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang keagamaan.

Beliau pernah menjadi pensyarah dan dekan di Universiti Damascus pada 1960-an sebelum melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Al-Azhar dalam jurusan undang-undang Islam.

IKLAN

BELIAU telah menghasilkan 40 buku dalam bidang kesusasteraan, falsafah, sosiologi dan keagamaan. 

Al-Buti memiliki wibawa tinggi dalambidang keilmuan dan pemikiran Islam sehingga jasanya diiktiraf pelbagai institusi Islam.

Tumpuan utamanya adalah dalam bidang pemikiran akidah dan falsafah. Beliau bersifat wasatiyyah (sederhana) dalam kerangka manhaj yang terjaga.

Al-Buti terkenal sebagai ulama berpegang teguh dengan mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah aliran Asyairah. Dalam persoalan jihad dan dakwah pula, Al-Buti membawa semangat dakwah seperti yang dianjurkan oleh al-Quran dan contoh sirah Nabi Muhammad SAW.

Pemikiran al-Buti juga dapat dianggap syumuliyyah(menyeluruh). Selaras dengan peranan agama Islam yang syumul meliputi seluruh aspek kehidupan.

Ia dapat difahami melalui kepelbagaian tema dan disiplin yang disentuh Al-Buti dalam karya-karyanya.Pada masa sama, Al-Buti merupakan seorang ilmuwan yang benar-benar menjaga manhaj (disiplin) ilmu.

IKLAN

Ia terlihat dalam kebanyakan karya dan penulisannya membahaskan soal metodologi sebelum memulakan perbahasan dalam sesuatu bidang ilmu tertentu.

PERGINYA seorang mujaddid pada 22 Mac 2013 dibunuh menggunakan bahan letupan tatkala sedang menyampaikan kuliah di Masjid al-Iman, Damsyiq. 

Naratif pemikran Al-Buti selari dengan banyak pemikiran ulama Ahlus Sunnah tetapi dalam pengendalian yang lebih kreatif dan kontemporari, misalnya ketika membahaskan persoalan akidah dalam kitab Kubra Yaqiniyyat.

Sumbangan ilmu dan pemikiran al-Buti amat besar terhadap pembangunan pemikiran di dunia Islam. Karya-karyanya mampu menjadi pedoman penting kepada umat Islam dalam menghadapi cabaran kehidupan hari ini.

IKLAN

Perginya seorang mujaddid pada 22 Mac 2013 dibunuh menggunakan bahan letupan tatkala sedang menyampaikan kuliah di Masjid al-Iman, Damsyiq. Al-Allamah al-Habib Umar Ben Hafizberkata, Syeikh Ramadhan meninggal dunia pada waktu yang mulia di antara Maghrib dan Isyak, pada malam yang mulia iaitu malam Jumaat, di tempat yang mulia iaitu di Masjid Iman, Damsyik dan juga pada majlis yang mulia iaitu majlis ilmu ketika beliau sedang menyampaikan kuliah agama di dalam masjid tersebut.

Baca juga Ibrah kisah Zulqarnain, pemimpin yang penuh sifat qawwam

Allahyarham Al-Buti juga merupakan salah seorang pensyarah Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Kekaguman terhadap ilmu dimiliki dan rasa penghormatan tinggi terhadap Allahyarham telah mendorong Dr Zulkifli menghasilkan sebuah karya berjudul Syeikh Muhammad Said Ramadan Al Buti yang Kukenali.

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitterdan Youtube Sinar Islam Plus.

IKLAN
Previous

Ini caranya ‘cuci’ atau lupuskan wang haram

December 2, 2022
Next

Fikiran menerawang ketika solat, bagaimana status ibadahnya?

December 5, 2022

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (50)
Personaliti,

Dizalimi dan dipenjarakan, lima ulama ini terus bertahan demi Islam

by Fatin Fatihah HussinJanuary 13, 2023
Untitled design - 2022-11-14T155851.643
Personaliti,

Tok Wali Pak Su Mid, ulama tinggi gaya bahasa dan unsur kiasan

by Fatin Fatihah HussinNovember 14, 2022
Untitled design - 2022-11-10T171452.205
Personaliti,

Inilah 10 Muslim hebat yang mengubah dunia

by Fatin Fatihah HussinNovember 10, 2022
Untitled design (92)
Personaliti,

Tok Selehor, ulama sufi yang kental jiwa Melayu

by Fatin Fatihah HussinOctober 14, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.